Wednesday, December 3, 2008

Rocky oh Rocky


Pada 1 Disember tadi, Blogger “Otai” Rocky Bru telah membuat blog artikel berjudul “KJ: UMNO Youth chief should be Minister”.

Berikut adalah artikel blog tersebut:

"Khairy Jamaluddin says - and this is according to his trusted New Straits Times here ok? - the Umno Youth chief should be a Minister in Najib Razak's Cabinet. Najib is scheduled to take over from KJ's father-in-law in March 2009 and KJ is contesting the post. As the current Umno Youth deputy chief, the SIL has an edge over Mukhriz Mahathir (who's talking like an Education Minister, here) and Khir Toyo, even though both received more nominations than he did to qualify for the contest.

Actually, KJ is just stating an Umno/BN tradition. If he wins the Umno Youth chief, tradition would beg Najib to make him a full Minister. If Mukhriz Mahathir wins, he should be in the Cabinet, too. The problem is if Khir Toyo wins. He would have to be made a senator first as he is not an MP. I was told, however, that Khir Toyo does not wish to be in the Cabinet even if he wins the Umno Youth chief post. He wants to focus on taking back Selangor and rebuilding the Youth movement, he once said.

But tradition or not, a lot of people can't quite stomach the prospect of KJ being a Minister. Wonder why ...”

Ada Lima Perkara yang saya nak komen:

Pertama

Sebagai seorang blogger Otai penyokong kuat Mukhriz, Rocky nampaknya telah merudumkan kredibilitinya sebagai seorang blogger veteran dan disegani ramai. Lihat dan bandingkan sahaja gaya tulisan beliau mengenai isu perlantikan sebagai Menteri ini – penuh dengan putar belit dan sinis.

Tajuknya berbunyi “KJ: UMNO Youth chief should be Minister” – yang kalau dari judulnya sudah memberi idea dan imbasan mental yang KJ umpama mendesak supaya KP UMNO patut jadi Menteri dan ini di jelas dan diperkuatkan lagi dalam ayat berikut, pada perenggan pertama yang berbunyi: “the Umno Youth chief should be a Minister in Najib Razak's Cabinet”.

Namun, rujukan Rocky adalah dari NST, yang memang beliau rujuk pun dalam blog tersebut tetapi tidak secara penuh dan dirujuk pula pada blogger yang anti Khairy – kenapa Rocky tidak pula merujuk pada keratan NST yang penuh melalui hyperlink atau melalui cut-and-paste yang biasa dilakukan oleh bloggers lain, umpamanya Jeff Ooi?

Kenyataan Khairy, di dalam NST tadi, berbunyi:

“SEREMBAN: Umno Youth deputy chief Khairy Jamaluddin said the head of the party wing should be a member of the cabinet.

He said the appointment of the cabinet was the prerogative of the prime minister and the candidates vying for the post of Umno Youth chief should not deny themselves the opportunity to serve.
“I don’t think it is our place, as candidates, to say whether one should be in the cabinet line-up or not.

“After the party elections in March, it will be the discretion of Datuk Seri Najib Razak to decide on the matter.”

Khairy is contesting the Umno Youth leadership against Datuk Mukhriz Mahathir and Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

“If the prime minister decides that he needs the Umno Youth leader in his cabinet then we should accept the challenge.”

Kalau di lihat pada apa yang KJ katakan itu, tidak sama sekali beliau kata yang KP UMNO patut jadi Menteri. Dan kenyataan ini amat konsisten dalam beberapa temubual beliau dengan media-media yang lain. Kenapa Rocky memutar belitkan kenyataan KJ?
Kedua:

Apa yang KJ katakan itu bolehlah dirumus sebagai berikut:

[1] Hak melantik seseorang Menteri itu adalah hak mutlak Perdana Menteri; itu hak eksklusif Perdana Menteri

[2] Siapalah beliau, mahupun orang lain untuk membuat terma atau conditions bagi mempengaruhi, menidakkan atau mengenepikan keputusan Perdana Menteri.

Kerana apa?

Kerana sememangnya Perdana Menteri yang melantik Menteri di Kabinet. Kalau ada orang yang meletakkan terma dan kehendak peribadi ia umpama mempertikaikan kewibawaan dan kebijaksanaan Perdana Menteri sebagai tukang lantik Menteri, pastinya jika seseorang itu dilantik atau tidak dilantik, mempunyai asas dan merit dalam pertimbangan Perdana Menteri – jadinya amat tidak wajar dan sumbang kalau seseorang meletakkan beban ke atas Perdana Menteri dalam pertimbangan beliau dengan penolakan atau sebagainya, apatah lagi sebelum sebarang keputusan dibuat.

Ia umpama, in away, tindakan insubordination kerana tidak menghormati hak dan pertimbangan superior.

Maksud KJ, kalau ada perlantikan itu adalah hak mutlak Perdana Mengteri dan kalau tiada lantikan pun, ia juga hak Perdana Menteri… itu sahaja. Dan kalau dilantik, siapalah yang dilantik untuk menidakkan keputusan Perdana Menteri. Dan kalau tidak dilantik, siapalah pula yang tidak dilantik itu untuk memprotes keputusan Perdana Menteri. KJ cume menjelaskan martabat dan hak Perdana Menteri, itu sahaja.

Ketiga:

Rocky kemudiannya menjelaskan yang apa yang KJ cakap itu adalah tradisi dalam UMNO dan Kerajaan – di mana bagi beliau, KP UMNO, secara tradisinya, patut jadi Menteri. Saya nak sangkal apa yang Rocky tulis ini.

Ini bukan tradisi UMNO. Lihat sahaja Zahid Hamidi yang pernah menyandang jawatan KP UMNO tapi tak pegang jawatan Menteri pun, so apa yang tradisinya?

Kalaupun nak bercakap mengenai tradisi atau precedents, bagi saya dia kena dikupas melalui dengan dua points:

Point Satu: bahawa pemilihan dan perlantikan Menteri itu adalah hak dan pertimbangan mutlak Perdana Menteri, sebagaimana semua orang maklum dan sebagaimana yang KJ jelaskan

Point Dua: bagi menjelaskan KP UMNO yang sebelum ini, dan sekarang ini, dilantik sebagai Menteri – ia adalah berdasarkan merit peribadi, potensi dan interpretasi kepentingan dan juga harapan sumbangan dari seseorang tersebut pada Kabinet. Maknanya, KP UMNO itu dilantik atas meritnya.

Point kedua diatas bukan untuk menidakkan merit bagi KP yang tidak dilantik tetapi ia harus dibaca dengan Point pertama jua, iaitu atas merit setinggi langit pun, perlantikan masih dan adalah hak mutlak Perdana Menteri.

Keempat:

Rocky merujuk kepada Mukhriz yang dinobatnya umpama bercakap seperti Menteri Pelajaran… Untuk itu saudara dan saudari amatilah apa yang dikata oleh Mukhriz itu dan bandingkan pula dengan kualiti dan pertimbangan yang patut difikir dan diutarakan oleh sebagai seorang Menteri diperingkat nasional. Fikir-fikirlah…

Kelima:

Rocky umpama berniat jahat dan berselindung di dalam bait-bait ayat yang berpusat kepada strategi correlated sequence, di mana beliau mengupas apa yang KJ cakap supaya KP UMNO patut jadi Menteri, lepas tu dia kata itu adallah tradisi, dan sebab tradisi PM akan lantik KP UMNO jadi Menteri, TAPI dia cetuskan pemikiran yang KJ ni adalah masalah kalau jadi Menteri…

Apa maknanya? Maknanya kalau nak elak masalah bila KJ jadi Menteri maka KJ tak patut menang KP UMNO. Itulah yang Rocky dok goring menggoreng ni…

Dan kita sedih dan simpati kerana Rocky selaku blogger otai yang rasional dan selalunya objektif menjadi blogger tunggangan orang, menjatuhkan orang lain sebegitu rupa. Kenapa?

Kesimpulan saya, sekali lagi kita melihat banyak pihak berusaha menjatuhkan KJ ini. Kepada Allah kita berserah

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP