Thursday, December 25, 2008

Malaysiakini - Kampus cawangan UiTM di Rembau

REMBAU 24 Dis. - Sebuah kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bakal dibangunkan di sini tidak lama lagi selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk mewujudkan koridor pembangunan pendidikan di negeri ini.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, perbincangan mengenainya telah diadakan dengan pengurusan UiTM selain Kementerian Pengajian Tinggi malah maklum balas yang diterima amat menggalakkan.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya masih lagi menunggu kata putus oleh kerajaan Persekutuan bagi membolehkan kampus cawangan berkenaan dapat didirikan di kawasan itu.

"Kita sebenarnya telah lama berhasrat untuk mengadakan satu kampus UiTM di sini. Saya dan Menteri Besar (Datuk Seri Mohamad Hasan) telah meminta kepada kerajaan Persekutuan untuk membuat permohonan supaya diwujudkan kampus cawangan di sini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 Parlimen Rembau di sini semalam.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP