Monday, December 1, 2008

Baitulmal jangan pilih kasih

KHAIRY Jamaluddin melawat kawasan rumah setinggan di Kampung Sentosa Jaya, Paroi, Seremban, kelmarin.

Oleh JAMLIAH ABDULLAH

SEREMBAN 29 Nov. - Baitulmal negeri disarankan untuk bersikap adil dalam pengagihan bantuan kepada golongan memerlukan dalam usaha meluaskan jaringan keselamatan sosial seperti yang disarankan oleh kerajaan.

Menurut Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, pengagihan perlu dilakukan tanpa dipengaruhi unsur pilih kasih termasuk walaupun pegawai yang memproses permohonan itu berlainan ideologi politik dengan pemohon bantuan.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO berkata, banyak aduan daripada golongan memerlukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi dalam Parlimen berkenaan yang mendakwa tidak mendapat bantuan daripada Baitulmal walaupun sudah beberapa kali membuat permohonan.

"Saya berharap tidak adalah unsur pilih kasih dalam Baitulmal dan pegawainya bersikap terbuka, adil serta saksama dalam memproses semua permohonan, sama ada ia dikemukakan pemohon sendiri atau melalui Ahli Parlimen atau Pusat Khidmat Barisan Nasional (BN).

"Sebelum ini saya menerima banyak aduan ada sedikit kepincangan dari segi proses tapisan permohonan, tetapi tak tahu sama ada ia berunsur politik atau tidak. Ada penduduk yang sudah beberapa kali memohon bantuan, tetapi sentiasa ditolak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan majlis dialog dengan penduduk Kampung Sentosa Jaya di Paroi di sini, kelmarin, serta melawat lima keluarga setinggan di kampung berkenaan.

Mengenai keluarga setinggan terbabit, beliau berkata, masalah mereka yang masih berstatus setinggan walaupun ada yang sudah lama mendiami kawasan itu termasuk sejak lebih 13 tahun lalu kini dalam perhatian kerajaan negeri.

"Keluarga berkenaan berharap kerajaan negeri dapat mengeluarkan geran hak milik tanah kepada mereka dan ia memang dalam perhatian, tetapi saya berharap proses pengeluaran geran itu dapat dipercepatkan. Isu lain ialah keadaan rumah yang perlu dibaiki dan saya harap Baitulmal dapat memberi perhatian kepada perkara ini," katanya.

Beliau juga berharap semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) meningkatkan usaha mengesan golongan memerlukan di kawasan masing-masing supaya dapat dimasukkan ke dalam sistem jaringan keselamatan sosial untuk dibantu.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP