Saturday, December 20, 2008

Konvensyen BN perlu lebih terbuka

Oleh ARSHAD KHAN dan NAZMIL NASIRUDDIN

Pemuda Barisan Nasional (BN) mahu Konvensyen BN yang dijadual berlangsung Februari depan berbincang secara terbuka dan berani berkaitan semua isu yang menjadi 'duri dalam daging' terhadap hubungan antara kaum di negara ini.

Timbalan Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata, Pemuda BN tidak mahu konvensyen itu hanya berbincang sesuatu isu sekadar di permukaan atau kulit sahaja.

"Mesej kita kepada jawatankuasa (penganjur), jangan buat konvensyen yang tidak mendalam atau hanya cakap atas permukaan sahaja, kita mahu isu sebenar diperbincangkan secara mendalam," katanya selepas Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemuda BN di sini hari ini.

Beliau berkata, Pemuda BN juga menyambut baik penghargaan yang diberikan kepada pihak itu apabila Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong dipilih untuk membentangkan kertas kerja utama pada konvensyen itu.

Katanya, Pemuda BN memandang serius tanggungjawab yang diberikan dan akan memperincikan isu-isu dan permasalahan rakyat pelbagai kaum masa kini dalam kertas kerja bertajuk 1 Malaysia.

"Kita mahu menegaskan semula semangat perkongsian kuasa yang tulen antara parti-parti BN, kita ambil maklum pelbagai masalah yang perlu ditangani secara bersama.

"Bukan lagi masalah orang Melayu oleh UMNO, masalah kaum Cina oleh MCA dan masalah kaum India oleh MIC semata-mata, kita mahu semua parti menangani masalah semua kaum. Ini semua adalah masalah Malaysia," katanya.

Beliau berkata, bagi tujuan menyampaikan sebuah kertas kerja yang benar-benar mencerminkan kehendak rakyat pelbagai kaum, Pemuda BN akan bertemu beberapa kali lagi selepas ini bagi berbincang secara terbuka untuk memperincikan topik-topik yang perlu dibentangkan dalam konvensyen tersebut.

Kata Khairy, matlamat utama yang ingin dicapai pihaknya melalui konvensyen itu ialah semangat perkongsian kuasa BN perlu diperkukuhkan kembali.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP