Wednesday, December 26, 2007

KJ: "Husam jangan takut"

Read more...

Kegagalan skuad bola sepak di Sukan SEA bukan total – Khairy

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Khairy Jamaluddin berkata, kegagalan skuad kebangsaan pada Sukan SEA tidak harus dianggap kegagalan total, sebaliknya beliau percaya masih ada faedah jangka panjang yang telah dikutip pasukan negara daripada penyertaan di Korat.

Menurut Khairy, terdapat 16 pemain sama ada dalam skuad Sukan SEA mahu pun skuad latihan yang masih layak untuk beraksi pada Temasya di Laos 2009.

Katanya, sebahagian besar daripada pemain muda yang akan menyarung jersi Malaysia dua tahun dari sekarang sudah memiliki pengalaman Sukan SEA, sekali gus mampu menjanjikan aksi yang lebih mantap.

Temasya Sukan SEA mewajibkan setiap negara menghantar skuad bawah 23 tahun.

Antara tonggak utama skuad Sukan SEA 2007 yang masih layak mewakili negara di Laos adalah pasangan kembar, Mohd. Aidil Zafuan dan Mohd. Zaquan Abdul Razak, Syafiq Rahim, Syed Adney, Norsharul Talaha, Mohd. Bunyamin Omar, Mohd. Amirulhadi Zainal, Mohd. Khyril Muyameen, Shahurain Abu Samah, Mohd. Farizal Marlias dan Tengku Quyumm.

Lima pemain yang gagal mendapat tempat dalam pasukan tahun ini tetapi masih layak beraksi dua tahun dari sekarang ialah Mohd. Sabree Abu, K. Thanaraj, Jazarin Jamaluddin, Abdul Manaf Mamat dan Ahmad Azlan Zainal.

Penyertaan

‘‘Kita tidak harus cepat mengatakan bahawa penyertaan di Korat adalah satu kegagalan kerana masih terdapat beberapa aspek yang memberi keuntungan jangka panjang,’’ kata Khairy pada sidang akhbar skuad bawah 19 tahun kebangsaan di Wisma FAM, semalam.

Menurut Khairy lagi, beliau sudah pun menyediakan laporan mengenai prestasi keseluruhan skuad kebangsaan di Sukan SEA dan akan diserahkan kepada Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah.

‘‘Saya sudah menerima laporan daripada jurulatih (B. Sathianathan) dan pada masa yang sama saya juga menyediakan laporan saya sendiri.

‘‘Kita jangan melihat perkara ini daripada satu sudut yang teruk, ada beberapa aspek yang masih boleh diperbaiki dan ia boleh menjadikan pasukan ini lebih baik.

‘‘Salah satu daripada aspek utama yang harus diberi perhatian serius adalah kecenderungan pemain-pemain melakukan kesalahan yang tidak perlu yang akhirnya menyebabkan mereka digantung perlawanan,’’ katanya.

Malaysia, juara Pesta Bola Merdeka 2007 bukan saja gagal memperbaiki pencapaian meraih pingat gangsa pada Sukan SEA di Manila dua tahun lalu, malah gagal melayakkan diri ke separuh akhir di Korat.

Selepas tumpas 1-3 kepada Vietnam dalam perlawanan pembukaan mereka kembali mencerahkan peluang dengan membelasah Laos 4-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan B.
Bagaimanapun, pasukan negara hanya mampu seri 1-1 dengan Singapura pada perlawanan terakhir, yang sekali gus menyaksikan kita tersingkir daripada Sukan SEA.

Thailand terus unggul mendominasi acara bola sepak dengan merangkul kejuaraan kelapan berturut-turut selepas menumpaskan Myanmar 2-0 pada perlawanan akhir.

Read more...

Tuesday, December 18, 2007

Anwar Ibrahim-Ajijahku Tak Datang



Sebuah lagu ciptaan Anwar Ibrahim yang telah di siarkan keudara di television Indonesia.

Lagu yang berjodol "azizah Ku Tak Datang"

Lirik: Anwar Ibrahim

Sumber http://www.kpmu.net/

Read more...

Friday, December 14, 2007

Pahang Bakal Menjadi Sebuah Negeri Maju

by: jinggo

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan tetap meneruskan kesinambungan usaha pembangunan negara dengan memperkenalkan prinsip Islam Hadhari dan menekankan modal insan bagi mengekalkan kemajuan yang dicapai.

Pada majlis perjumpaan dengan penjawat-penjawat awam negeri Pahang di Kuantan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memaklumkan bahawa Pahang bakal mengalami perubahan dramatik dan menjadi sebuah negeri maju dengan pelaksanaan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Koridor tersebut merupakan satu kemajuan selepas meletakkan Pahang bukan hanya di peta Malaysia tetapi juga akan dikenali oleh syarikat-syarikat antarabangsa dan pasti akan menarik syarikat-syarikat tersebut melabur di negeri itu.

Pahang yang menjadi hub logistik di Pantai Timur akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang merangkumi bidang pelancongan, industri minyak, gas, petrokimia, industri pembuatan, halal hub, pertanian, pendidikan dan aliran perhubungan yang akan memberi manfaat kepada 3.9 juta penduduk.

Walaupun sektor perkhidmatan awam telah menunjukkan peningkatan terutama dari segi sistem penyampaian maklumat kepada pihak awam, sector tersebut perlu mengekalkan momentum berkenaan supaya bertambah baik untuk melancarkan pembangunan dan kemajuan yang dirancang.

Matlamat Dasar Ekonomi Baru adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional serta mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan memberi peluang-peluang pekerjaan meningkatkan dan menambah sumber pendapatan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Pak Lah diperlihatkan sebagai seorang yang ikhlas dalam perjuangannya untuk mencapai perpaduan kaum. Beliau juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara.

Kejayaan pembangunan negara akan meyakinkan rakyat bahawa kerajaan serius dalam membangun dan memajukan negara demi kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum.

Bagi beliau, pembangunan tidak boleh dilaksanakan sekiranya perpaduan tidak dicapai.

Read more...

5 pemimpin Hindraf kena ISA


Penahanan berasas kewajaran: PM

Lima pemimpin Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam operasi polis di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan, semalam.

Mereka ialah P Uthayakumar, 46; V Ganabatirau, 34; M Manoharan, 46; dan R Kengadharan, 40 – semua Penasihat Undang-Undang Hindraf, manakala seorang lagi penyelaras pertubuhan berkenaan, K Vasantha Kumar, 34. Ganabatirau dan Manoharan juga adalah ahli DAP.


Kelima-limanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebelum dihantar ke Kem Tahanan dan Perlindungan Kamunting di Taiping, Perak untuk menjalani perintah tahanan serta-merta.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam kenyataan dikeluarkan Bukit Aman, berkata, Kengadharan ditahan di Jalan SS2/55 Petaling Jaya pada jam 12.30 tengah hari, diikuti Manoharan di Jalan Pantai Baru, Bangsar (1.55 petang) dan Vasantha Kumar di sebuah restoran di Brickfields (2 petang).

Ganabatirau pula ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan (2.10 petang) dan Uthayakumar di pejabatnya di Menara Mutiara Bangsar di sini (2.30 petang).


Di KUANTAN, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata penahanan pemimpin Hindraf itu mengikut ISA dibuat berasaskan kewajaran kerana tindakan mereka mengancam keamanan dan keselamatan negara.

"Menjadi kewajipan saya untuk bertindak segera kerana rakyat tidak ingin melihat negara kita dalam keadaan porak-poranda," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Pahang.

Mengenai kemungkinan tindakan itu dipolitikkan pembangkang, beliau berkata: "Sejak bila pembangkang tak guna macam-macam helah? Pembangkang, kerja dia membangkang."

Ditanya sama ada ramai lagi pemimpin Hindraf akan ditangkap, Perdana Menteri berkata: "Saya tidak boleh cakap... tandatangan, tangkap."

Sementara itu, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum, berkata perintah tahanan itu ditandatangani Abdullah selepas meneliti laporan polis pagi semalam yang menunjukkan kegiatan pemimpin Hindraf itu boleh menggugat keselamatan negara.

Mengikut Seksyen 8(1) ISA 1960, Menteri Keselamatan Dalam Negeri mempunyai kuasa menandatangani perintah menahan mana-mana individu sehingga dua tahun tanpa perlu perbicaraan.

Tempoh tahanan itu boleh dilanjutkan atas persetujuan menteri berkenaan.

Pada 6 Disember lalu, Musa mendedahkan Hindraf sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan dan bantuan kumpulan pengganas antarabangsa serta merancang menggunakan kumpulan gangster bagi menghalang pihak berkuasa merobohkan kuil pada masa depan.

Sehari selepas itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pula mendedahkan Hindraf mempunyai hubungan dengan kumpulan pemisah Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) berdasarkan laporan polis yang dibuat orang awam.

Kumpulan pemisah itu diisytiharkan sebagai pengganas oleh Amerika Syarikat, Britain, Kesatuan Eropah, India dan Australia


INFO: Siapa mereka

K Vasantha Kumar, 34 - Eksekutif kanan di Malaysia Building Society Bhd (MBSB). Juga penyelaras Hindraf dan namanya digunakan dalam permohonan permit bagi perarakan pada 25 November lalu tetapi ditolak.

V Ganabatirau, 34 - Penasihat Undang-Undang Hindraf dan juga Penasihat DAP Cawangan Sri Muda Shah Alam, Selangor. Namanya turut tersenarai dalam perintah mahkamah melarang perhimpunan haram pada 25 November lalu.

R Kengadharan, 40 - Mempunyai firma guaman sendiri di Petaling Jaya. Turut mengendalikan kes sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

M Manoharan, 46 - Penasihat Undang-Undang Hindraf ini adalah graduan ekonomi yang kemudian menjadi peguam. Ahli DAP dan sudah berkecimpung dalam politik selama 15 tahun. Mewakili Uthayakumar, Ganabatirau, dan Waythamoorthy ketika ketiga-tiga mereka ditahan dua hari sebelum perhimpunan haram pada 25 November.

P Uthayakumar, 46 - Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Police Watch and Human Rights Committee. Pernah didakwa atas dua kesalahan di mahkamah. Pada 20 Mei 2004 dia ke United Kingdom mendapatkan suaka politik, kerana mendakwa diancam dan diawasi polis.

Read more...

Thursday, December 13, 2007

ANUGERAH PELAKON TERBAIK MALAYSIA - DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

www.kpmu.net


Episod demi episod, lakaran pembangkang mencabar pihak kerajaan sungguh berkesan. Skrip yang diatur cukup rapi oleh pembangkang. Tapi mana lead actor @ director nya? Nampaknya hero kampung ‘Anwar Ibrahim’ rupa - rupanya baru turun di Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada awal pagi 11 Disember 2007.

Read more...

Umno youth lodges complaint against PKR's Tian Chua

Read more...

Cyber war is on says Umno youth deputy head

Read more...

Demonstrasi Pemuda Bukan Demontrasi Haram


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata demonstrasi anjuran pergerakan itu sebelum ini tidak sama dengan demonstrasi yang diadakan pihak-pihak tertentu baru-baru ini kerana ia diadakan secara haram.

Tegas beliau setiap demonstrasi dan perhimpunan Pemuda UMNO terlebih dahulu telah mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Malah demonstrasi Pemuda UMNO sama sekali tidak menyentuh keharmonian kaum dan kestabilan negara katanya merujuk Demonstrasi yang dianjurkan Pemuda Umno bagi membantah kehadiran Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice ketika persidangan Menteri-menteri Luar Asean (AMM) tahun lalu.

"Dalam demonstrasi yang kita lakukan ketika Condoleezza Rice datang dulu tujuannya untuk menunjukkan bantahan kita.

"Demonstarsi tersebut tidak mendapat bantahan orang ramai atau mana-mana pihak, sebaliknya mereka bersetuju dengan perjuangan kita," katanya di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pihak tertentu yang cuba menyamakan demonstrasi Hindu Right Action Force (Hindraf) dengan demonstrasi Pemuda UMNO khususnya demonstrasi bantahan terhadap kehadiran Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice ketika persidangan AMM.

Pada persidangan AMM tahun lalu, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mengetuai demonstrasi melepasi sekatan polis di kawasan persidangan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk menyampaikan memorandum bantahan kehadiran Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu.

Bantahan itu juga bagi menyuarakan tentangan rakyat negara ini terhadap sikap Amerika Syarikat yang disifatkan mengamalkan dasar 'double-standard' dalam menangani kekejaman Israel di Palestin dan Lubnan.

Jelas Hishammuddin lagi, isu larangan mengadakan demonstrasi jalanan itu harus dilihat daripada sudut lebih menyeluruh dengan mengambil kira keadaan semasa negara.

"Jangan tengok kes ini sebagai kes terpencil. Perkara ini bermula daripada kes di Kuala Terengganu, kemudian gerakan Bersih, Majlis Peguam dan kemudian Hindraf.

"Jika kita tengok secara menyeluruh, semestinya pihak berkuasa akan mengambil kira suasana hari ini apabila memutuskan tidak mengizinkan dan tidak memberi permit. Jika mereka terus berdegil, ini bermaksud mereka sudah bercanggah dari segi undang-undang," ujarnya.

Beliau seterusnya berkata walaupun Pemuda berkemampuan mengadakan demonstrasi lebih besar dari apa yang telah dilakukan pihak-pihak tertentu kebelakangan ini namun berpendapat tindakan itu tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.

Oleh kerana itu kata beliau Pemuda bersikap rasional dan sentiasa meletakkan undang-undang melebihi kepentingan individu.

Read more...

Wednesday, December 12, 2007

PENDEDAHAN VIDEO SKANDAL SEKS ANWAR IBRAHIM

Read more...

Pemimpin Kanan Parti Pembangkang Antara 29 Yang Ditahan Polis


KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Penerangan PKR Tian Chua adalah antara 29 orang yang ditahan polis kerana sekali lagi menyertai perhimpunan haram di hadapan bangunan Parlimen di sini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata mereka terdiri daripada parti pembangkang dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) ditahan kerana mengingkari perintah mahkamah yang melarang perhimpunan haram itu.

Antara mereka ialah Bendahari PAS Mohd Hatta Ramli dan Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Dr Lo'Lo Ghazali.

Sementara itu lima lagi wakil pemimpin pembangkang dan NGO yang diketuai oleh Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali ditahan setelah melanggar kebenaran memasuki Bangunan Parlimen dengan menyerahkan memorandum kepada anggota Parlimen bagi menolak usul pindaan ke atas Akta Perlembagaan untuk meningkatkan tempoh umur persaraan kepada 66 tahun bagi anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang berlangsung hari ini.

Mereka yang lain ialah Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Yap Swee Seng; ahli Writers Alliance of Media Independence, Wong Chin Huat; Pengasas Pusat Komunikasi Masyarakat, Mein Lor dan Pengarah Eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas, V Gayathry.

Mereka juga adalah kalangan yang menyertai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil di ibukota pada 10 Nov lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ketika ditanya pemberita berhubung perkara itu berkata polis berhak menahan sesiapa saja di dalam kawasan Parlimen jika mereka didapati memberi ancaman keselamatan.

Beliau berkata kumpulan yang memasuki bangunan parlimen itu telah diberi pas masuk dan menjadi tetamu kepada Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) ke Parlimen, bagaimanapun didapati telah menceroboh ke dalam zon sekuriti dan mendesak menghantar memorandum berkenaan.

Menurutnya kumpulan itu juga gagal memaklumkan terlebih dahulu kepadanya selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap Parlimen mengenai niat sebenar mereka ke Parlimen.

Empat daripada mereka yang ditahan kira-kira pukul 1.00 petang di hadapan pintu masuk utama Parlimen tidak membantah apabila ditahan oleh polis berpakaian biasa.

Bagaimanapun Mustafa, bekas anggota parlimen yang ditahan 45 minit kemudian ketika keluar dari bangunan Parlimen kelihatan cuba melawan dan menolak anggota polis, sebelum ditahan dan dibawa keluar dengan van.

Beberapa anggota Parlimen pembangkang yang berada bersama Mustafa dan dilihat membantah tindakan polis ialah Ketua Pembangkang Lim Kit Siang dan M.Kulasegaran (DAP-Ipoh Timur), Teresa Kok (DAP-Seputeh) dan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam).

Memorandum mereka itu berkait dengan persidangan Dewan Rakyat hari ini untuk meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2007 bagi meminda umur persaraan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada 65 tahun sekarang kepada 66 tahun.

Pindaan itu kemudian diluluskan dengan keputusan itu dicapai menerusi undi belah bahagian dengan majoriti 189 undi daripada 219 anggota Parlimen.Bersih menentang pindaan itu kerana didakwa untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Rahman.

Sebelum penahanan, mereka selaku wakil Bersih telah menyerahkan memorandum bertajuk "Say no to the 'Save Rashid' amendment of the Constitution" kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa anggota Parlimen pembangkang di Lobi Parlimen.

Semasa di ruang Lobi Parlimen, Yap (Swee Seng) secara tanpa izin turut mengadakan sidang akhbar dan membacakan memorandum itu kepada media yang antaranya mempertikaikan kredibiliti Abdul Rashid.

Wartawan Bernama mendapati sejak pagi ini polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU), ditempatkan di beberapa lokasi berhampiran bangunan Parlimen terutamanya di Jalan Tangsi bagi memeriksa kenderaan yang menghala ke Parlimen.

Tian Chua ditahan setelah berdegil cuba membolosi sekatan polis di laluan utama menghala ke bangunan Parlimen.Kesemua yang ditahan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi diambil keterangan, sebelum dibebaskan secara berperingkat mulai tengah hari sehingga malam ini.

Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani ketika dihubungi berkata mereka dibebaskan tanpa syarat dengan jaminan polis selama seminggu."Mereka akan didakwa di mahkamah Selasa depan," katanya.

Read more...

Tuesday, December 11, 2007

PENULIS BLOG ROCKY'S BRU KAKI ARAK


Ahirudin Attan :Hebat menghentam kerajaan.Rupa-rupanya kaki arak..

Read more...

Pemuda Umno tak sertai perhimpunan


BERTANYA KHABAR: Khairy (kiri) berbual dengan seorang peserta forum, Husam Eldeen Mohammed Ibrahim selepas membentangkan kertas kerjanya, di Kuala Lumpur.

Khairy ulangi SMS ketuai tunjuk perasaan bersama Hishammuddin di Kampung Baru adalah fitnah

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata beliau dan ketua pergerakan itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak akan menyertai sebarang perhimpunan untuk membakar sentimen perkauman hingga mewujudkan suasana tegang dalam negara.

Beliau berkata, tindakan pihak tertentu menyebarkan menerusi SMS kononnya mereka berdua akan mengetuai satu perhimpunan orang Melayu di Kampung Baru di sini untuk menyemarakkan perasaan benci kepada kaum lain pada 19 Disember ini adalah fitnah dan pembohongan besar.

Katanya, penyebaran SMS itu adalah usaha pihak tertentu untuk memburukkan lagi keadaan dan cuba mengheret Hishammuddin dan beliau dalam kemelut yang dicetuskan pelbagai penganjur perhimpunan dan demonstrasi haram sebelum ini.

"Kenyataan yang kami keluarkan sebelum ini adalah menerusi Pemuda Umno bahawa kita tidak mahu melihat keadaan (berikutan demonstrasi haram) menjadi lebih buruk.

Kita tak mahu melihat keadaan tegang antara orang Melayu dan kaum-kaum lain.

"Kita mahu rakyat Malaysia melihat masalah besar yang disebabkan perhimpunan haram seperti anjuran Hindraf (Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu) baru-baru ini, bukannya mencari kesempatan politik untuk mewujudkan lebih banyak lagi perhimpunan hingga mencetuskan suasana huru-hara," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjadi ahli panel pada forum Kestabilan Politik dan Tabdir Urus Baik: Prasyarat Kepada Pembinaan Negara anjuran South-South Information Gateway (SSIG), Kementerian Penerangan.

Khairy mengulas kenyataan Hishammuddin kelmarin mengenai cubaan terbaru pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan SMS jahat bertujuan menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum negara ini. Sebelum ini SMS juga disebarkan kononnya Hishammuddin mendakwa beliau tidak perlukan sokongan pengundi Cina dan India.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, SMS fitnah seperti sudah menjadi satu budaya dan beliau sedih dakwaan palsu itu sudah menjadi isu besar.

Khairy berkata, beliau sudah melihat SMS itu dan juga pelbagai SMS (fitnah) lain seolah-olah rakyat Malaysia seperti tiada kerja lain, selain berdemonstrasi dan merusuh, sedangkan majoriti rakyat Malaysia tidak setuju dengan cara ini dan menolaknya.

"Semakin lama lebih banyak lagi demonstrasi yang akan dibuat, malah saya minta mereka (penganjur) ini berhati-hati kerana toleransi rakyat Malaysia terhadap demonstrasi ini sudah tidak ada lagi.

"Mungkin kali pertama, bukan kata mereka boleh terima, tapi mereka boleh lepaskan, kali kedua mereka marah dan kali ketiga pasti majoriti rakyat akan lebih marah.

"Kepada pihak berkenaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pembangkang yang cukup mahir dan pakar menganjurkan demonstrasi ini, berhati-hatilah kerana bukan saja kerajaan akan bertindak tetapi rakyat Malaysia akan menolak dengan satu suara yang begitu jelas dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Ditanya adakah beliau akan membuat laporan polis berhubung SMS berkenaan, Khairy berkata, beliau berharap tindakan boleh diambil termasuk membuat laporan polis.

Read more...

Mohamad Sabu dan Tian Chua didakwa di mahkamah…




Mohamad Sabu (kiri) dan Tian Chua antara yang didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan Bersih di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.

Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan seorang lagi pemimpin kanan PKR, N. Gobalakrisnan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyertai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di ibu kota pada 10 November lalu.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Turut didakwa atas tuduhan sama dan pertuduhan pilihan ialah pemandu, Mohamad Zad Abdullah, 39; penoreh getah, Taib Abdullah, 33; dua remaja masing berusia 17 dan 16 tahun; penganggur Mohamad Abi Salam Arifin, 24, dan pekerja kampung, Ishak Othman, 33.

Lelaki-lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu di sebelah bangunan Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada kira-kira pukul 1 tengah hari 10 November lalu.
Lapan lagi didakwa atas pertuduhan yang sama di Jalan Raja Laut di sini pada kira-kira 3.50 petang hari yang sama.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sendiri mendakwa mereka di mahkamah.
Selain tuduhan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan, Mohamad Sabu, Tian Chua, Gobalakrisnan dan para penyokong pembangkang itu juga didakwa di bawah pertuduhan pilihan kerana ingkar perintah untuk bersurai yang diberikan oleh Cif Inspektor Riduan Khalid di Jalan Istana Baru di sini pada pukul 3.05 petang.

Bagi pertuduhan itu mereka didakwa di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 27(8) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara sehingga setahun jika disabitkan kesalahan.

Mereka mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rozana Ali Yusoff.

Rozana menetapkan kes itu dibicarakan selama empat hari bermula 11 Februari depan.
Antara peguam yang mewakili para pemimpin dan penyokong parti pembangkang itu ialah Mohamed Hanifah Maidin, Ranjit Singh, C.H. Lai, G.K. Ganesan, Rajpal Singh dan S. Kartigesan.

Sementara itu, lima peguam dan empat aktivis hak asasi manusia dihadapkan ke sebuah lagi Mahkamah Sesyen di sini, juga dengan Abdul Gani sendiri mengetuai pasukan pendakwaan, atas pertuduhan menyertai perhimpunan haram ‘People’s Freedom Walk’ sempena Hari Hak Asasi Manusia di sini pagi semalam serta menghalang penjawat awam daripada menguatkuasakan undang-undang.

Lima peguam yang didakwa itu ialah K. Sivarasa, Latheefa Beebi Koya, Amer Hamzah Arshad, N. Surendran dan Edmund Bon.

Empat aktivis pula ialah Johny Andu @ Abu Bakar Adnan, Eric Paulsen, Noorazah Othman dan seorang warganegara India, Ashraf Ali Sadakatullah.

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim S.M. Komathy Suppiah.

Empat peguam termasuk Sivarasa, Latheefa, Amer Hamzah, Surendran dan empat aktivis didakwa bersama-sama sebagai ahli perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan tujuan melakukan mudarat awam di hadapan bangunan Kamdar, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini antara pukul 8.10 pagi dan 8.50 pagi, semalam.

Seorang lagi peguam, Edmund Bon, 33, pula didakwa atas tuduhan menghalang penjawat awam iaitu penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) daripada menurunkan kain rentang di hadapan bangunan Majlis Peguam, Jalan Leboh Pasar Besar di sini pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari semalam.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan dan denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Para peguam yang mewakili mereka antaranya ialah P. Puravelan, Tommy Thomas dan K. Ragunath.

Bagi pertuduhan pilihan, mereka didakwa di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 atas tuduhan mengambil bahagian dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang pada masa dan tempat yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 27(8) akta yang sama iaitu hukuman didenda tidak melebihi RM10,000 dan penjara maksimum setahun.

Bagi pertuduhan kedua, mereka dituduh terus menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan mengetahui perhimpunan itu telah diarahkan bersurai.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 145 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Bagi pertuduhan pilihan, mereka didakwa di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 sebagai anggota perhimpunan yang menyalahi undang-undang dan telah mengingkari perintah untuk bersurai oleh Supritendan Che Hamzah Che Ismail pada waktu dan tempat yang sama.

Abdul Gani yang mengetuai pendakwaan membantah sebarang jaminan terhadap kesemua tertuduh di kedua-dua Mahkamah Sesyen itu.

Beliau berhujah bahawa perbuatan menyertai perhimpunan haram serta enggan mematuhi
arahan pihak berkuasa boleh mencetuskan huru hara dan mengancam keselamatan negara.

Peguam Negara berpendapat sekiranya tertuduh dalam kedua-dua kes itu dibebaskan dengan ikat jamin, mereka akan mengulangi perbuatan yang sama dengan menyertai perhimpunan haram pada masa akan datang.

Beliau berkata, nama Mohamad Sabu dan Tian Chua tersenarai dalam satu laman web sebagai antara orang yang akan menyertai perhimpunan di hadapan Parlimen, esok.

(Perhimpunan itu dikatakan akan diadakan bagi membantah pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan bagi menaikkan had umur bersara anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dari 65 kepada 66 tahun.)

Bagaimanapun, mahkamah membebaskan Mohamad Sabu dan Tian Chua masing-masing dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang lain termasuk lima peguam dan aktivis masing-masing dibenarkan jamin antara RM1,000 dan RM3,000.

Komathy kemudian menetapkan perbicaraan kes yang dikendalikannya selama tiga hari bermula 3 Mac 2008.

Read more...

Friday, December 7, 2007

Kerajaan Tidak Perlu Mengadakan Pertemuan Dengan Anggota Hindraf

Sumber dari www.kpmu.net


Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mencadangkan agar pihak kerajaan tidak memuliakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) dengan bersetuju untuk mengadakan pertemuan dengan anggotanya.

Khairy membuat saranan tersebut ketika berucap pada Forum "Kestablian Politik dan Tadbir Urus Kerajaan : Prasyarat Terhadap Pembinaan Negara", yang diadakan di ibu negara pada 6 Disember lalu (semalam).

Walaupun cadangan Khairy itu tidak mampu mempengaruhi tindakan kerajaan, namun apa yang disuarakan oleh Khairu itu sebenarnya merupakan nada ataupun suara hati golongan muda khususnya Pemuda UMNO Malaysia.

Menurut beliau, memorandum yang dihantar oleh Hindraf dan menjadi tuntutan mereka adalah merupakan satu pembohongan, sesuatu yang mengarut dan tidak boleh diterima akal. Dakwaan yang kononya kerajaan mengamalkan pembersihan etnik lima tahun lepas di Kampung Medan, ternyata helah terangcang mereka semata-mata.

Tuduhan Hindraf bahawa kira-kira 100 orang India telah dibunuh di Kampung Medan adalah suatu yang tidak masuk akal kerana menurut pihak polis angka sebenar hanyalah sekitar 6 orang sahaja.

Rusuhan di Kampung Medan akibat perselisihan faham antara sesetengah penduduk di kampung itu berikutan dengan perarakan pengkebumian semasa satu majlis perkahwinan itu sebenarnya tiada kaitan langsung dengan dakwaan Hindraf yang kononnya apa yang berlaku itu merupakan agenda pembersihan etnik.

"Adakah anda serius dengan mengatakan kerajaan mengamalkan ekstremis Islam, dengan memusnahkan tempat sembahyang agama Hindu? Adakah anda mempersenda saya?"

"Dalam hati nurani anda, adakah percaya sebenarnya bahawa negara ini di mana anda dilahirkan, di mana anak anda dilahirkan dan di mana cucu anda akan dilahirkan telah menafikan anda sesuatu yang adil?" bidas Khairy lagi.

Sebagai menafikan tuduhan bahawa masyarakat India tidak berbuat yang baik di negara ini, Khairy berkata seseorang itu hendaklah melihat bilangan profesional India seperti peguam dan doktor di negara ini.

Bagaimanapun, beliau turut mengakui yang kerajaan masih belum melakukan sepenuhnya bagi masyarakat India di negara ini. Tetapi menurutnya, keadaan yang sama juga turut dialami oleh kaum-kaum lain termasuk Melayu dan Cina.

"Tidak ada kerajaan di dunia yang sempurna tetapi kerajaan ini telah melaksanakan yang terbaik sejak 50 tahun lepas," kata beliau.Khairy juga menekankan bahawa akar umbi ketegangan etnik mestilah ditangani dengan segera.

"Jika kita tidak lakukannya, kita sebenarnya dalam kesusahan dalam erti kata pembinaan negara," ujar beliau lagi.Beliau juga berkata banyak masalah yang dihadapi masyarakat hari ini disebabkan kurangnya pengetahuan agama dan bertolak ansur.

"Saya fikir kita perlu memahami diri kita dengan lebih baik, memahami orang lain dengan lebih baik dan memahami keperluan setiap kumpulan secara berasingan dengan lebih baik dan memahami di mana orang lain datang.

"Khairy juga bercakap mengenai senario kesan selepas rusuhan 13 Mei dan memberikan perhatian terhadap dua objektif utama Dasar Ekonomi Baru yang menghasilkan pembasmian kemiskinan dan pengenalan bangsa dengan fungsi ekonomi.

Katanya tindakan bersungguh-sungguh itu telah mengurangkan fungsi ekonomi yang sama yang selalunya dikenalpasti dengan sesuatu bangsa dan perkembangan terbaru di negara ini menunjukkan peluang telah bertambah baik bagi bukan Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.

Read more...

Thursday, December 6, 2007

Hishammuddin Nafi Ketuai Perhimpunan Di Kg Baru 19 Disember Ini

Singapura - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan bahawa beliau dan naibnya, Khairy Jamaluddin akan mengetuai perhimpunan di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 19 Disember ini, untuk menyemarakkan kemarahan orang Melayu terhadap kaum lain.

Menurut beliau SMS terbaru itu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab, bertujuan menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum negara ini

"Tohmahan itu yang disebarkan menerusi SMS sejak beberapa hari lalu, jelas berniat jahat kerana mendakwa kononnya beliau tidak memerlukan sokongan kaum Cina dan India.

"SMS itu tidak benar, ia fitnah berbaur perkauman yang menuduh saya dan Khairy akan berada di Kampung Baru kononnya untuk menyemarakkan semangat marah orang Melayu terhadap kaum lain", katanya selepas mengadakan lawatan rasmi di Kolej ITE, di sini, semalam.
Hishammuddin yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), seterusnya berkata SMS itu jelas berniat jahat bagi mengeruhkan keadaan, sama seperti pelbagai fitnah sebelum ini kononnya beliau tidak memerlukan sokongan orang Cina dan India.

"Penyebaran SMS sebegini perlu dipantau dan saya akan mendapatkan bantuan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi dalam perkara ini", ujarnya.

Read more...

Wednesday, December 5, 2007

Pendirian Anwar jual maruah negara

Dipetik dari : Utusan.com

Pergerakan Pemuda UMNO hari ini menyifatkan pendirian bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong campur tangan kerajaan India dalam isu perhimpunan haram Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai perbuatan menjual maruah negara.

Ketua Penerangannya, Datuk Azimi Daim berkata, tindakan itu menggambarkan sikap sebenar seorang bekas pemimpin Melayu yang terdesak.

‘‘Dia (Anwar) kini sanggup melakukan apa sahaja termasuk mendapatkan sokongan puak pelampau.

‘‘Perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah jauh terpesong. Matlamat parti itu yang dicanang sebelum ini untuk membela rakyat jelas palsu belaka,” kata Azimi ketika dihubungi di sini.

Semalam, Anwar dilaporkan berkata dalam laman web NDTV.com bahawa keputusan kerajaan India dalam menyokong isu kaum India di Malaysia adalah ‘tindakan yang dilihat betul’.

Penasihat PKR itu berkata, kerajaan telah membuat pendirian yang salah mengenai konflik etnik di Malaysia.

Beliau menyokong kerajaan India kerana memanjangkan isu itu.Menurut Azimi, Anwar kini mula menayangkan agenda tersendiri yang selama ini disembunyikan.

‘‘Kita boleh lihat sendiri bagaimana Anwar sanggup merelakan urusan negara dicampuri pihak luar.

‘‘Dia ada motif tersendiri yang semuanya kerana kepentingan diri dan PKR,” ujarnya.Azimi yang juga Exco kerajaan negeri Kedah turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak melayan permintaan golongan pelampau Hindraf yang tidak mempunyai hala tuju.

‘‘Kita minta Pak Lah tidak memberi muka kepada mereka. Jika tidak akan muncul pula golongan lain yang mendakwa perkara yang sama.

‘‘Sepatutnya kita memberi tumpuan kepada cara bersaing untuk meningkatkan pendapatan negara dan bukan membanding-bandingkan keistimewaan antara kaum,” ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, tindakan Anwar yang menghalalkan perhimpunan haram Hindraf merupakan sesuatu yang sudah dijangka.

‘‘Rakyat negara ini sudah mengenali Anwar yang suka memberontak dan menggunakan cara demonstrasi jalanan untuk menyelesaikan isu peribadinya.

‘‘Memberontak di jalanan dilihat satu cara politik murahan. Kini dia sanggup menggadai maruah negara untuk kepentingan politiknya,” ujar beliau.

Read more...

Tuduh UMNO Penyebab Pembunuhan Di Kampung Medan Melampau

Kuala Lumpur - Pemuda UMNO menyifatkan tuduhan Hindu Rights Action Force (HINDRAF) yang mendakwa UMNO bertanggungjawab terhadap pembunuhan 100 orang India di Kampung Medan pada tahun 2001 sebagai melampau.

Justeru Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin menggesa pucuk pimpinan parti mengambil tindakan undang-undang terhadap HINDRAF.

Jelas beliau tuduhan itu melampau dan menyebabkan ahli-ahli Pemuda marah sehingga mahu pucuk pimpinan UMNO bertindak segera agar ia tidak menjadi lebih rumit.

"Saya amat risau dengan maklum balas yang diterima ahli kita yang menyatakan rasa marah mereka dengan tindakan HINDRAF seolah-olah mempertikaikan kerajaan yang membawa pembangunan kepada rakyat di negara ini.

"Ia perlu diselesaikan sebelum ia menjadi rumit", katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Kecanggihan Penyelidikan Dalam Sains Halal di PWTC di sini, Khamis.

Tegas beliau tuduhan HINDRAF serius dan jika UMNO tidak perbetulkan tuduhan itu ia akan membawa tanggapan negatif terhadap UMNO itu sendiri.

Pada masa yang sama beliu juga berharap Pemuda UMNO mengamalkan pendekatan matang walaupun berasa tidak puas hati dengan tindakan HINDRAF itu.

"Walaupun kita tidak puas hati tapi kita tahu itu satu tindakan minoriti bukan mewakili semua kaum India di negara ini.

"Jangan kita salahkan mana-mana kaum dalam perkara ini kerana secara langsung mencetuskan perasaan tegang", ujarnya.

Read more...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP