Wednesday, December 17, 2008

Nori selamat lahirkan anak kedua, Timor Abdullah

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin hari ini mendapat cahaya mata kedua yang dinamakan Timor Abdullah, suatu nama yang dipetik daripada nama seorang pahlawan Uzbekistan, Amir Temur, pada Zaman Pertengahan.

Isteri Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu, Nori Abdullah, selamat melahirkan bayi lelaki mereka pada pukul 4.15 petang di Pusat Perubatan Pantai (PMC) di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut melawat anak perempuannya itu di PMC dan gembira dengan kelahiran cucu keenam beliau.

Anak sulung Abdullah, Datuk Kamaluddin Abdullah dan isterinya Datin Azreen mempunyai empat orang anak.

Khairy dan Nori mendapat anak pertama mereka, Jibreil Ali Jamaluddin Abu Bakar pada 13 September tahun lepas- Utusan

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP