Thursday, December 25, 2008

Malaysiakini - Khairy nafi sokong hudud di KB

Pejabat Ahli Parlimen Rembau

Dengan hormatnya kami ingin merujuk kepada laporan Malaysiakini bertarikh 23 Disember bertajuk "Khairy: Husam Longlai Digertak DAP Isu Hudud".

Izinkan saya menjelaskan kenyataan sebenar Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang merujuk kepada hukum hudud dalam Wacana Perdana: Transformasi Politik Malaysia di Kota Bharu pada Sabtu lalu, 20 Disember 2008.

Kami dapati terdapat kesilapan dalam laporan sesetengah pihak termasuk Malaysiakini sendiri.

Kami petik laporan tuan:

"Khairy, calon ketua Pemuda Umno, juga dilaporkan bersetuju untuk melaksanakan hudud dalam perdebatan tersebut tetapi cepat-cepat menafikan pernah berkata demikian semalam".

Pada hakikatnya apabila ditanya oleh moderator wacana tersebut, Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, mengenai pendirian beliau mengenai hudud dalam wacana perdana itu, Khairy dengan jelas dan nyata menegaskan seperti yang berikut:

"Secara jelas kita meneruskan apa yang ada. Itu dasar Kerajaan Barisan Nasional".

Saya berharap pihak tuan dapat menyiarkan penjelasan ini dengan secepat mungkin agar kekeliruan yang telah timbul dapat diperbetulkan.

Terima kasih.

Nota editor: Malaysiakini merujuk laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada hujung minggu lalu yang menyebut sedemikian. Akhbar yang sama menerbitkan kenyataan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menafikan pernah berkata sedemikian keesokannya.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP