Thursday, December 25, 2008

Malaysiakini - ANUGERAH KECEMERLANGAN UPSR PARLIMEN REMBAU MENGHARGAI KEJAYAAN PELAJAR DAN SUMBANGAN GURU

Oleh: Rizuan
Gambar: Kuloi Panchang

Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR 2008 Parlimen Rembau telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dengan kehadiran para pelajar dan ibu bapa dan tetamu seramai lebih kurang 1200 orang.

Majlis ini turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Azman Bin Haji Hassan, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, YB Zaifulbahri Bin Idris, ADUN Chembong, En. Mohd Sah Bin Zainal Abidin, Wakil Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Tuan Haji Mohd Rawi Bin Baharom, Pegawai Daerah Rembau, En. Mohd Radzi Bin Abd. Wahab, Pegawai Pelajaran Daerah Rembau dan En. Rosni, wakil Pejabat Pelajaran Daerah Seremban.

Antara tetamu lain yang hadir adalah Cik Hjh. Hasnal Bt Peral, Ketua Wanita UMNO Bahagian Rembau, Puan Zuliana Bt Ridzuan, Ketua Puteri UMNO Bahagian Rembau dan seluruh Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Rembau 4 peringkat.

Tujuan program ini dianjurkan adalah sebagai rangsangan kepada para pelajar untuk terus mencipta lebih banyak kejayaan di masa yang akan datang, dan sebagai pemangkin kepada para pelajar UPSR Tahun 2009 untuk mencatat kejayaan yang lebih cemerlang. Para pelajar yang bertuah ini menerima hadiah berupa wang tunai, sijil dan tiket ke Eye Of Malaysia, Melaka.

Bagi pihak Sekolah pula, Anugerah Sekolah Cemerlang (Setiap DUN) dan Anugerah Khas Kecemerlangan (Parlimen Rembau) akan dijadikan batu asas untuk mereka memastikan kejayaan yang seimbang di kalangan para pelajar, dengan matlamat mencapai lebih banyak keputusan 5A disamping tidak meminggirkan para pelajar yang lemah.

Pemilihan Sekolah ini adalah berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) yang mana ianya digunakan oleh pihak Kementerian Pelajaran bagi mengukur purata pencapaian pelajar dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.

YB Khairy Jamaluddin selaku Pengerusi Program ini berpuas hati dengan penglibatan pelajar dan komitmen yang ditunjukkan oleh para guru, ibu bapa dan pihak-pihak yang terlibat.


Sumber: Rembau News

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP