Monday, November 17, 2008

YB Khairy Jamaluddin yang mudah didekati


[Gambar atas: SUKJ berbaju kemeja biru]

Sebelum ini saya ada dengar sesetengah orang mengatakan KJ itu sombong dan susah untuk kita dekati dirinya.

Maka atas faktor itu, saya telah berusaha untuk mengenal pasti apakah dakwaan-dakwaan sesetengah pihak itu benar atau disebaliknya.

Akhirnya saya dapat bertemu juga dengan KJ minggu lepas. Di sini saya ingin menyatakan bahawa apa yang dikatakan itu adalah tidak benar sama sekali. Pertama kali dapat berjumpa KJ, saya rasa beliau sememangnya merupakan seorang pemimpin yang amat mudah untuk kita dekati.

Dalam pertemuan pertama kali itu, saya telah melontarkan berbagai-bagai soalan sama ada berkaitan politik, sosial, ekonomi sama ada dalam mahu pun luar negeri. Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah saya akui dan mengiktiraf YB Khairy Jamaluddin sememangnya merupakan seorang Pemimpin generasi muda UMNO yang amat berkualiti pada masa kini.

Terus terang saya katakan UMNO akan rugi sekiranya pemimpin pemuda seperti Khairy Jamaluddin ini tidak diberi tempat oleh ahli-ahli UMNO khususnya dikalangan pemuda-pemuda. Bukanlah niat saya untuk sengaja mengangkat atau memujinya tanpa sebab dan fakta tetapi itulah realitinya. Pemilihan KJ sebagai pemimpin masa depan pilihan saya adalah tepat sekali dan tidak boleh dinafikan lagi.

Sebenarnya pada hari ini UMNO kekurangan pemimpin-pemimpin yang 'berkualiti'. Jika UMNO mempunyai pemimpin yang berkualiti, saya percaya UMNO tidak akan menghadapi masalah seperti hari ini.

Hari ini rakyat dahagakan dan mahukan seorang pemimpin yang berkualiti. Saya tidak menafikan bahawa Dr.M adalah seorang pemimpin yang berkualiti. Begitu juga Datuk Seri Anwar Ibrahim juga seorang pemimpin yang berkualiti.

Kenapa Dr.M boleh bertahan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun? Ini kerana beliau seorang pemimpin yang berkualiti. Begitu juga kenapa kini ramai dikalangan anak muda agak condong ke pihak pembangkang? Ini kerana di situ terdapat seorang pemimpin yang lebih berkualiti iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Oleh itu mulai sekarang sekiranya UMNO mahu kekal sebagai parti pilihan rakyat dan parti pilihan golongan muda-mudi, saya fikir UMNO mestilah melahirkan dan menampilkan pemimpin-pemimpin yang lebih berkualiti.

Dalam hal ini saya ingin meyakinkan semua pihak terutamanya ahli-ahli UMNO bahawa Khairy Jamaluddin merupakan seorang pemimpin yang berkualiti yang ada dalam UMNO pada hari ini. Oleh itu tidak salah lagi sekiranya saya meletakan diri beliau sebagai pemimpin masa depan pilihan saya.

SUARA SUKJ

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP