Thursday, November 13, 2008

Selamatkan UMNO Dari Anasir Seperti Ini

Kain rentang yang muncul bagai cendawan di beberapa tempat popular di Kuala Lumpur menimbulkan banyak keghairahan dan persoalan di kalangan penduduk Kuala Lumpur amnya dan ahli UMNO khususnya.

Kain Rentang yang hanya menyebut – http://selamatkanumno.blogspot.com/ pada asasnya sudah pasti akan menimbulkan perasaan ingin tahu. Lebih-lebih lagi banyak dari kain rentang ini digantung bersama-sama kain rentang yang menyoal kemimpinan Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak.

Apabila pelawat mengunjungi laman web yang banyak memaki hamun Timbalan Presiden, Dato' Sri Najib ini, sudah tentu pelawat akan membuat konklusi bahawa laman web ini dikawal selia oleh pihak pembangkang.

Namun, apa yang benar-benar memeranjatkan ialah apabila "blog roll" atau "link" laman web ini menunjukkaan beberapa pemimpin UMNO termasuk Menteri Pelancongan, Dato' Azalina, Menteri Penerangan Dato Shabeery dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Beberapa laman web yang menyokong Khairy Jamaluddin seperti ProKhairy, SUKJ dan beberapa laman web yang lain turut tersenarai.

Ini sudah pasti akan menimbulkan perasaan syak wasangka yang menggunung, adakah laman web selamatkanumno.blogspot.com ini bersangkut paut dengan penyokong Khairy Jamaluddin?

Sebagai antara laman web yang tersenarai, pengelola laman web penyokong Khairy, dengan tegasnya kami menggariskan bahawa laman web ini tiada kena mengena dengan laman web http://selamatkanumno.blogspot.com/ ini.

Tetapi kami juga ingin melontar persoalan, apakah niat sebenar laman web-laman web segelintir pemimpin UMNO tersenarai sebagai "link" di dalam blog ini? Jika terdapat unsur-unsur yang cuba memporak-perandakan lagi UMNO, kita perhatikan dan gunakan akal untuk berfikir, siapa yang meraih keuntungan?

Jawapan anda itu ialah jawapan kepada persoalan, siapa tuan punya blog ini

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP