Monday, November 24, 2008

Tun perlu betulkan Mukhriz sebelum berbicara mengenai rasuah

Apa yang Tun katakan agar orang Melayu menekan mereka yang memberikan rasuah sememangnya boleh kita persetujui, tetapi Tun juga harus bercakap melalui tauladan. Tun juga perlu menekan Mukhriz dari berhenti membeli undi (pencalonan) dengan menggunakan agen-agen beliau. Apa guna Tun bercerita pasal politik wang seolah-olah anaknya tidak menggunakan politik wang sedangkan anaknyalah yang paling banyak menggunakan wang untuk mendapat pencalonan secara terang-terangan. Malahan ada kata-kata, minta apa sahaja dari Mukhriz (mesin ATM) Anaz akan laksanakan. Minta lembu, lembu akan sampai, minta bantuan itu dan ini, itu dan ini yang akan sampai. Cakap saja, janji berikan pencalonan. Selanjutnya>>

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP