Thursday, November 13, 2008

Kerusi Ketua Pemuda Milik Khairy


Kita memerlukan seorang ketua pemuda yang berani lagi lantang di persada politik masa kini yang boleh membela nasib orang melayu… seorang ketua daripada golongan yang eklusif dan bangsawan yang sukar didampingi perlu di tolak untuk memimpin pemuda UMNO malaysia…. hanya mereka yang pernah melalui kesusahan memahami jiwa rakyat kebanyakkan terutama melayu kita… Manifesto setiakawan yang diperkenalkan oleh Khairy, menggambarkan perjuangan persahabatan dengan tujuan utama untuk mengurangkan jurang antara akar umbi dan pemimpin.

Khairy Jamaluddin mampu menewaskan calon lain teramasuk anaknya Mukhriz jelas Tun Mahathir yang mengucapkan “selamat Berjaya” kepada Khairy Jamaluddin. Khairy sememangnya merupakan calon yang dikatakan paling panas di pasaran telah membuat bukan calon-calon lain yang menjadi kendur tetapi telah membuat bekas Perdana Menteri lemas dan mengakui bahawa Khairy adalah lebih panas dari anaknya,Walaupun Tun cuba bermain kotor dalam tulisan beliau baru-baru ini di laman blognya dengan menuduh Khairy Jamaluddin sebagai’ pencuri yang bijak ‘ namun semua ini tidak langsung menjadi kudis kepada penyokong Naib Ketua Pemuda UMNO untuk memberikan sokongan kepada beliau. Pastinya sokongan Pemuda kepada Khairy bertambah kental dan padu dan mereka mahu memastikan kerusi Ketua Pemuda UMNO di isi oleh penyandang yang sepatutnya,

Khairy Jamaluddin telah melaksanakan tugas beliau sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO dengan baik dan telah menjalinkan hubungan yang rapat dengan ahli-ahli Pemuda UMNO Malaysia . Tidak ada sebab beliau yang berjaya melaksanakan tanggungjawab walaupun terpaksa menempuh berbagai dugaan dalam kerjaya piolitik beliau tidak mampu untuk memenangi kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Kepada semua calon-calon perwakilan pemuda buat lah pilihan yang bijak dalam menentukan siapakah bakal ketua anda… jangan nilaikan anak siapa.. menantu siapa… anda sendiri menilaikan pucuk kepimpinan… dan saya yakin lagi cukup percaya.. pewakilan adalah daripada golongan yang cerdik pandai dalam menilai siapakah yang bakal akan menjadi ketua mereka.. ketepikan lah buat sementara budaya bodek membodek dalam memilih siapakah yang bakal menerajui pemuda UMNO Malaysia…

HIDUP Khairy… teruskan perjuangan mu.. Allah bersama dengan mereka yang ikhlas… Selamat Berjaya dan selamat menjalankan tanggung jawab mu…

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP