Saham KJ melonjak
11:10 mlm 24-Nov-2008. Pada hujung minggu lepas , saya Wenger J Khairy, membuat andaian bahawa KJ ini seakan Bank Gergasi Citigroup
Di cerca, di hina, di jual pendek (short selling), di serang bertubi tubi oleh spekulator yang begitu ramai - tetapi tuan tuan dan puan puan, KJ ni sama seperti Citigroup, adalah institusi yang terunggul. Bukan calang calang orangnya.
Tuan tuan, sedar strategi Wenger J Khairy ni memang meletak wang pada mulutnya. Pada saat KJ ni begitu cukup ditentang oleh para bloggers dan para bekas pemimpin, pada saat Citigroup pula diserang spekulator yang mejual terus saham syarikat tersebut sehingga turun 90% dan membeli kontrak CDS (seakan insurans nyawa bagi syarikat), Wenger J Khairy bersama sama para penyokong KJ lain tidak berganjak, tatkala mereka ‘double down’ dalam usaha menjaga nama baik pemimpin dari Rembau lalu menangkis segala tomahan dan kritikan yang tak berasas.
Tuan tuan dan puan,
Kita harus menganalisis seorang pemimpin ataupun syarikat berdasarkan fundamental-nya. Dan kita lihat fundamental KJ dan fundamental Citi itu sebenarnya kukuh!
Kukuh dan mantap.
Maka bagi mereka yang taat dan setia, walaupun berada di saat yang genting, nescaya ada untungnya. Pada hari ini saham Citigroup melonjak 50%, pada hari esok Saham Khairi Bin Jamaluddin, sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru akan pula melonjak 200%!
Tuan tuan dan puan puan,
Laman Padedoh ini berbeza dari laman blog lain. Cerita cerita di Kepulauan Padedoh ini seakan cerita yang terpapar di akhbar “Tomorrow” dalam filem James Bond Tomorrow Never Dies. Tiap - tiap kali, Lembaga Penyunting Padedoh membuat posting, tiap tiap kali, akan berlakunya perisitwa yang diramalkan dalam posting tersebut. Kita tidak menggunakan sebarang ilmu hitam - sebenarnya ini berdasarkan teori matematik yang cukup komplexs - dan buat masa ini, ramalan Padedoh adalah bahawa jangan tersalah hitung akan kebolehan KJ, kerana anda akan mengalami ’short squeeze’ - iaitu fenomena dimana seseorang spekulator mengejar saham yang dijual, kalau diibaratkan dalam suasana politik, bermaksud seseorang yang dulunya menghentam KJ bertubi-tubi tetapi kemudiannya terpaksa bercium tangan dan mengampu secara berlebihan kerana memerlukan pertolongannya.
Tu aje - ni nak raya ni…. Wenger J Khairy