Tuesday, November 18, 2008

Khairy Jamaluddin :SAYA RELA MENJADI MANGSA DARIPADA MENJADI BIADAB


Mungkin kita tidak perasan dan mungkin juga kita tidak pernah mahu memikirkan tentang satu perkara yang ada kala sengaja kita mengapa ianya sebagai sesuatu yang remeh. Sebenarnya jika kita benar-benar meletakkan perkara ini sebagai satu perkara yang perlu kita nilaikan kembali, ianya sebenarnya adalah satu perkara yang serious yang wajar kita pertimbangkan sebagai waris anak bangsa Melayu yang kaya dengan adat dan budi bahasa.

Cuba kita kupas dan memikirkan apakah wajar kita berikan pertimbangan sebagai waris bangsa Melayu yang kaya dengan warisan nenek moyang kita yang kaya dengan budibahasa. Salah satu ciri budi bahasa yang diwarisi oleh bangsa Melayu adalah hormat kepada yang lebih dewasa. Itulah sebabnya kita memanggil orang yang lebih tua kepada kita sebagai Pak Cik, Mak Cik, Pak Long, Abang Long Kak Long , Abang Ngah dan sebagainya.

Dari kecil lagi kita diajar untuk menghormati yang lebih tua dari kita. Kita juga dididik untuk setia dan menghormati pemimpin. Orang dahulu sanggup mempertahankan pemimpin dan sanggup mati demi pemimpin dan negara, tentu kita masih ingat dengan pepatah, “Biar berputih mata jangan berputih tulang.”

Tidak pernah dalam sejarah UMNO berlaku , pemuda UMNO bersikap biadab dengan pemimpin tertinggi , tetapi hari ini telah berlaku di mana sikap ini berlaku apabila anak kepada Mantan Perdana Menteri bersikap biadab kepada Perdana Menteri. Bagi ramai ahli UMNO ini membayangkan dan mencerminkan sikap keluarga itu sendiri. Bapa borek anak pun rintik, ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi.

Apa saja yang tidak kita dengar tentang Tun mengutuk menantu Pak Lah dan apa saja yang tidak kita dengar anak Tun mengutuk bapa mentua Khairy Jamaluddin. Bukan sahaja menantu Pak Lah menjadi kutukan keluarga Tun , tetapi seluruh keluarga Pak Lah termasuklah anak perempuan Pak Lah , isteri kepada Khairy juga menjadi mangsa kutukan Tun dan anaknya Mukhriz.

Pernah kah kita dengar , Pak Lah mengutuk atau berbahasa yang agak kasar terhadap Mukhriz atau Tun , melainkan apabila Pak Lah tidak lagi menahan kesabaran apabila Tun terlalu banyak menyerang keluarganya. Pernahkah kita dengar menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin membuka mulut menghentam Mukhriz mahupun Tun ?

Ini tidak berlaku, kerana bagi Khairy Jamaluddin , itu bukan cara berpolitik , hentam menghentam keluarga dan peribadi adalah cara berpolitik yang tidak matang. Lambat laun rakyat juga akan terbuka minda mereka dan dapat menilai kan politik yang sebenar. Mukhriz terlalu lantang sehingga biadab kepada orang yang lebih tua darinya dan yang paling buruk adalah Mukhriz biadab kepada pemimpin tertinggi UMNO dan kepada Orang yang telah matang dan lebih lama berkecimpung dalam politik tanah air.
Apabila di tanya kepada Khairy Jamalludin , mengapa beliau tidak pernah bersuara atau menangkis segala tohmahan yang dilemparkan oleh Tun Mahathir kepada beliau, beliau hanya menjawab,

” Beginilah ..segala tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar. Tetapi saya memilih untuk diam sebab saya rasa tidak sesuai saya jawab kepada seorang Negarawan yang semua orang hormat. Saya rasa untuk menjawab yang Tun berpendapat sedemikian kalau perkara itu mempengaruhi pendapat orang ramai tidak apalah yang saya boleh buat,memang kod diri saya dan kod budaya kita tidak elok kita menjawab .

Kita kadang-kadang nak menjawab dengan fakta dan sebagainya ,tapi bekas PM..orang lama ..tak elok .SAYA RELA MENJADI MANGSA DARIPADA MENJADI BIADAB “

Betul lah apa yang dilakukan oleh Khairy, biar lah kita menjadi mangsa dari kita di cop sebagai biadab. Kita tidak akan dipanggil hero apabila kita biadab dan kurang ajar kepada yang lebih tua kepada kita. Kini Mukhriz telah di anggap sebagai biadab dan apabila Pak Lah telah membuat keputusan untuk mengundurkan diri , rakyat mula terasa, merasai , mula membuka mata dan nampak kebaiadaban anak kepada Tun Mahathir ini kepada pemimpin tertinggi UMNO ini.

Kita juga dapat melihat bagaimana , di akhir-akhir pencalonan , Mukhriz agak megah dan ke populariti beliau agak menurun dan kemungkinan Mukhriz tidak akan dapat mempertahankan ke populariti beliau untuk sampai ke garisan penamat. Jika dikira dengan pencalonan yang beliau dapat , Mukhriz bukan lah calon yang popular sangat kerana lebih dari setengah bahagian tidak mencalonkan beliau. Kita masih punya masa untuk memilih pemimpin yang terbaik, jangan sampai satu ketika nanti Tun sendiri akan mengumumkan sekali lagi bahawa anaknya bukanlah pilihan yang terbaik dan beliau sekali lagi telah melakukan kesilapan yang besar.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP