Khairy Jamaluddin Bakal Ketua Pemuda UMNO Malaysia?
Saya sealiran berfikir dengan sdra Datuk Jamlus Aziz Ketua Pemuda UMNO N.Sembilan bahawa orang yang paling layak menerajui Pemuda UMNO bagi mengganti Datuk Seri Hishammuddin secara ikhlas adalah sdra Khairy Naib Ketua Pemuda dewasa ini.
Berdasarkan pengalaman dan kejayaan beliau membawa arah tuju Pemuda bersama Ketuanya Datuk Seri Hishammuddin perlu minda pemuda ketika ini memikirkan secara rasional dan berhemah.Pada saya,sebarang kritikan yang dilontarkan kepada beliau adalah seumpama permainan politik "cubit paha kanan,paha kira terasa sakit".Beliau menjadi "mangsa" keadaan yang tidak seharusnya sebilangan kecil pimpinan UMNO terikut-ikut.
Memang sesuatu kerugian besar tokoh yang sudah digilap dan banyak melakukan pengorbanan dalam perjuangan parti tidak dapat menyumbang kehadapan sekiranya sdra Khairy tidak diberikan peluang ini.Sebagai ahli biasa,harapan kami ahli-ahli UMNO diseluruh negara biarlah perebutan jawatan itu dilakukan dengan "timbangtara" yang cukup teliti dan jangan bermainkan emosi yang direka cipta oleh mereka yang kecewa.Umno sebuah parti yang utuh dan sudah tentulah berpayung dipersadanya "Melayu Takkan Hilang Di Dunia".
Saya percaya dan yakin pemimpin akar umbi akan menyokong sdra Khairy untuk meneruskan agenda politik melayu di kalangan Pemuda UMNO.
Pemuda UMNO Harus Bersama Khairy.
Sdra Khairy dari golongan Pemuda yang berintelektual dan mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang luar biasa serta memiliki ketahanan jiwa yang patut kita ketengahkan sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru.
Walaupun kedudukkan pencalonan dewasa ini menunjukkan beliau tertinggal sedikit dari sdra Mukhriz Mahathir namun kita percaya arus perubahan minda dan keinginan Pemuda yang lebih mantap dan berwibawaan akan menentukan kepimpinan Pemuda itu sendiri.
Kita bertanding secara baik dan terhormat,apa-apa pun yang diputuskan oleh Pemuda adalah wadah perjuangan yang panjang.Namun,saya masih percaya akan keutuhan Pemuda dapat digerap hanya oleh sdra Khairy Jamaluddin.
Pemuda UMNO jangan terbelenggu dalam pemikiran lapuk dan tidak berpijak di bumi nyata!Anda harus siap siaga mengangkat martabat Pemuda dengan berani dan bertindak tanpa terikut-ikut Sang Belalang yang kerjanya " mengunyah " tidak keruan.Pastikan,anda memilih pemimpin yang bersedia mendengar dan menggerakkan jati diri dan Roh Pemuda yang lebih perkasa serta dapat menawan hati golongan muda dewasa ini.
Marilah bersama-sama kita memikul dan mengangkat semula tiang seri UMNO di persada abad ke 21 ini.