YB Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO?
Pasti ramai yang memandang sinis terhadap beliau. Ialah, terlalu cepat naik. Cakap-cakap biasa yang kita dengari, biasalah kalau dah jadi anak menantu kepada Perdana Menteri. Hehehe… Anak menantu tu memanglah. Tapi kalau difikirkan, aku sangat-sangatlah kagum dan terpegun dengan kredibiliti beliau. Kepetahannya berpidato sukar untuk ditandingi. Kalau ditanya siapakah individu di Malaysia ni yang boleh ditemukan dengan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat satu lawan satu, sememangnya YB Khairy Jamaluddin lah orang yang paling layak sekali.
Secara peribadi aku amat mengkagumi pemimpin muda ini. Jujur aku katakan di sini bahawa dulu pemimpin idolaku ialah YB Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kini tidak lain dan tidak bukan YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Ayuh… marilah kita semua ketepikan sebarang tanggapan yang kurang elok terhadap beliau. Kita fikirkan secara rasional. Beliau amat-amat berkemampuan untuk mengambil alih tugas yang bakal ditinggalkan oleh YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien sebagai Ketua Pemuda UMNO. Insya’ Allah sekiranya YB Khairy Jamaluddin berjaya dalam pemilihan kelak, Pergerakan Pemuda UMNO akan kembali perkasa dalam menjadi tulang belakang perjuangan UMNO itu sendiri.
Aku bukanlah menidakkan kemampuan calon-calon lain yang semuanya bukan calang-calang pemimpin. Namun sekiranya aku diberi peluang untuk membuat pilihan, undi ku adalah kepada YB Khairy Jamaluddin.
Kini gelanggang telah dibuka. Mereka berempat akan bertarung sebagai anak jantan. Kepada semua perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO seluruh Malaysia… buatlah pilihan yang tepat.
Kepada YB Khairy Jamaluddin @ KJ, selamat berjuang diucapkan.
Kiriman artikel melalui e-mail
arisarapa.com