Monday, November 17, 2008

Khairy Jamaluddin Memperkasakan Sekolah


Agenda pendidikan sememangnya dekat di hati Saudara Khairy Jamaluddin. Jika sebelum ini dia menyentuh isu biasiswa JPA di lintas lansung dari Parlimen menyaksikan Saudara Khairy menyentuh tentang program integrasi sekolah yang dimulakan oleh YAB Perdana Menteri semasa menjawat Menteri Pelajaran telah dihidupkan semula oleh YB Menteri Pelajaran

Di bawah program ini, sekolah-sekolah dari aliran kebangsaan dan aliran alternatif dalam kawasan yang berdekatan dibawa bersama, berkumpul bagi program seperti sukan dan sebagainya.

Saudara Khairy berpendapat mungkin terdapat masalah dari segi perancangan dan perlaksanaan bagi Sekolah Wawasan seperti mencari tapak yang sesuai bagi menempatkan ketiga-tiga sekolah aliran kebangsaan, jenis kebangsaan cina dan India di dalam satu tapak. Di samping itu perbincangan mengenai sekolah wawasan mungkin membawa kepada polemik yang tiada penghujung dan hasil.

Beliau juga menyentuh tentang 'additional budget stimulus package' atau rangsangan ekonomi yang baru dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, terdapat peruntukan untuk sekolah aliran alternatif termasuklah sekolah agama rakyat. Ini merupakan satu pengiktirafan Kerajaan kepada semua sekolah secara adil dan menyeluruh.

Bagi sekolah di Sabah pula, kita prihatin terhadap keperluan rakyat Sabah. Sabah merupakan penerima peruntukan pendidikan terbesar dalam RMK9. Isu keperluan asas dan prasarana penting, namun harus di imbangi dengan keperluan dan kualiti pengisian pendidikan.

Menyedari pentingnya semangat perpaduan antara kaum dipupuk dari bangku sekolah lagi, Khairy memuji Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) di mana pelajar-pelajar dari sekolah pelbagai aliran diberi peluang bergaul dan menjalankan aktiviti akademik dan kokurikulum. Dengan penglibatan masyarakat setempat juga, potensi RIMUP untuk membina negara bangsa tidak boleh dipertikaikan.

Kemampuan saudara Khairy untuk memberi hujah mempertahan dasar-dasar Kerajaan sekali lagi terserlah dalam rancangan lintas langsung dari Parlimen hari ini. Dalam pada keadaan pembangkang kian lantang mengkritik Kerajaan, kepentingan Khairy untuk agenda UMNO dan Barisan Nasional wajar diteliti sebaik-baiknya melalui kanta objektif dan tidak berprejudis.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP