Saturday, November 8, 2008

Pemuda Rembau calonkan KJ

Oleh Hassan Md Hussein

USAHA beberapa pihak untuk menafikan pencalonan untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, buat Khairy Jamaluddin dari Pergerakan Pemuda Umno Rembau, nyata hampa apabila, perwakilan cawangan-cawangan sebulat suara mahukan Khairy bertanding jawatan itu.

Sebelum ini, Ketua Pergerakan Puteri Umno Rembau, Bibi Shaliza Mohd Khalid yang turut menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Puteri, gagal mendapat pencalonan dari bahagian yang diketuainya sendiri.

Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Rembau, sejak dua penggal lalu menang tanpa bertanding kerusi itu dan merupakan Ahli Parlimen Rembau terus dikagumi dengan gaya kepimpinannya dan semangat setiakawannya.

Sebuah akhbar politik sebelum ini menyebut, seorang lagi calon Ketua Pemuda, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir sedang berhempas pulas mencari pencalonan dari Pemuda Umno Bahagian Rembau, tetapi nyata gagal.

Apa yang menarik, Umno Rembau merupakan satu-satunya bahagian terbesar dalam Negeri Sembilan dengan empat Dewan Undangan Negeri, iaitu Cembong, Rantau, Paroi dan Kota terletak di bawahnya.

Ketua Umno Bahagian Rembau, Datuk Seri Mohamad Hassan, yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan.Ketika dua lagi calon Ketua Pergerakan Pemuda, Mukhriz dan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo bukan dari kalangan pemimpin Pemuda di mana-mana bahagian, Khairy dilihat bakal mencipta sekjarah sendiri Pergerakan Pemuda jika menang jawatan tersebut yang dikosongkan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Laungan hidup KJ dan hidup Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hassan) bergema di persidangan Pemuda, pagi tadi (Sabtu).

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP