Monday, November 10, 2008

Khairy pertahan Ketua Pemuda Bahagian Rembau


Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin kekal sebagai ketua Pemuda UMNO bahagian itu selepas menang tanpa bertanding pada persidangan perwakilan bahagian yang berlangsung di Dewan Merdeka di sini hari ini.

Bahagian itu juga mencalonkan Khairy untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dan Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk jawatan naib ketua pada pemilihan sayap itu Mac depan.

Sementara itu Mohd. Shafrul Azman menang tanpa bertanding bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian itu selepas memperoleh 96 pencalonan daripada 100 cawangan UMNO dalam bahagian berkenaan.

Seramai 308 perwakilan hadir pada persidangan yang dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Rembau yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Persidangan dihadiri 308 perwakilan dari 100 cawangan.

Khairy yang ditemui pemberita selepas itu, menganggap pencalonan itu sebagai melengkapkan kempennya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda.

''Pencalonan ini tidak sempurna jika tidak dapat sokongan daripada Pemuda UMNO Bahagian Rembau. Ini maruah saya dan jika saya menang Ketua Pemuda pada Mac nanti, maka Pemuda UMNO Bahagian Rembau yang sebenarnya menang.

''Ini adalah kubu kuat kita, rumah kita. Di tempat keramat ini, saya telah diumumkan sebagai Ahli Parlimen pada pilihan raya umum yang lalu. Di sinilah saya mengharapkan pencalonan untuk Ketua Pemuda UMNO," ujar beliau.

Mengenai pencalonan Reezal, beliau berkata, ia adalah keputusan perwakilan.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP