Tuesday, February 5, 2008

Sentimen antiperpaduan nasional amat bahaya, kata Khairy

TAWAU, 3 Feb — Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, sentimen antiperpaduan nasional yang dimainkan oleh parti pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meraih sokongan di Sabah menjelang pilihan raya akan datang amat bahaya.

Sentimen seumpama itu katanya, boleh merenggangkan hubungan baik antara rakyat Sabah dan negeri-negeri lain di negara ini.

“Nampaknya PKR memainkan isu politik yang tidak sihat iaitu antiperpaduan nasional. Pendekatan ini harus ditolak oleh rakyat Sabah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Khairy berada di Sabah bagi melancarkan kursus intensif gerak kerja pilihan raya Pemuda Umno Sabah di Semporna semalam.

Naib Ketua Pemuda Umno menasihatkan para pengundi khususnya golongan muda supaya tidak terpedaya dengan taktik pembangkang yang hanya pandai menabur janji kosong bagi meraih sokongan.

3 comments:

Anonymous,  February 9, 2008 at 7:27 PM  

"antiperpaduan" ? siapa yang dok hunus keris tu macam orang buang tabiat? siapa yang dok meniupkan api perkauman selama ini ? Siapa pula yang asyik melalak dengan Dasar Ekonomi Baru? Siapa pula yang suka meramas mayat? Siapa pula yang asyik merobohkan tempat berhala tu? Bukankah kerajaan UMNO yang bertopengkan Barisan Nasional? Jadi selama ini pembangkan dah buat apa ye? Bukankah mereka tidak diberi sebarang peluang langsung dalam pentadbiran, media dan macam-macam lagi? Jadi macam mana mereka boleh berbuat apa-apa kalau tidak diberi peluang? Semuanya dilakukan oleh kerajaan UMNO juga! Hahaha! Siapa korang nak tipu sekarang hah?

Anonymous,  February 12, 2008 at 11:11 PM  

Oi KJ monyet balik jaga mertua kau yg selalu tidur..bermesralah dgn Jibrail & Jeanne! ha ha ha..

Anonymous,  February 18, 2008 at 12:58 AM  

selagi rakyat malaysia bicara kaum masing-masing,
cina cakap cina
india cakap india
melayu cakap melayu

perpaduan takkan terjalin
tengok bumi Kelatan
cina, india, melayu
cakap satu bahasa shj
loghat Kelantan

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP