Jangan fitnah saya - Khairy
REMBAU 26 Feb. - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin membidas tindakan pembangkang yang sengaja menabur fitnah terhadapnya semata-mata untuk meraih undi pada Pilihan Raya Umum Ke-12.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata, dakwaan pembangkang seperti beliau tidak layak bertanding kerana tidak mendaftar sebagai pemilih di kawasan tersebut jelas membuktikan bahawa mereka begitu terdesak.
Beliau berkata, tindakan pembangkang mengungkit perkara remeh-temeh itu juga jelas membuktikan pembangkang kini ketandusan idea untuk berkempen.
''Kalau mereka menuduh saya tidak mendaftar sebagai pemilih di kawasan ini, maka rumusan yang saya dapat buat adalah mereka buta huruf.
''Ini kerana kalau pergi ke SPR memang jelas bahawa saya adalah pengundi di Rembau dan Kampung Gadong menjadi cawangan saya sendiri,'' katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengiringi Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan ke majlis peletakan batu asas Masjid Baru Kg. Pedas Hilir di sini hari ini.
Beliau menegaskan, fitnah yang ditaburkan oleh pembangkang itu sedikit pun tidak mengganggu tumpuannya dalam berkempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac ini.
''Tumpuan saya sekarang adalah untuk rakyat dan bertemu mereka kerana saya ingin memperkenalkan diri saya sebagai calon," kata beliau.
Menyentuh Manifesto BN yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam, kata Khairy, ia adalah satu manifesto yang menyeluruh dan merangkumi beberapa langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam tempoh lima tahun akan datang.
''Ia menggambarkan laporan pencapaian dan apa yang kerajaan BN janjikan. Ia juga bukan sekadar janji kerana turut mengemukakan kejayaan negara selama empat tahun di bawah pentadbiran BN.
''Selain itu, ia juga yang memberikan penerangan tentang apakah langkah yang diambil oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat dalam bentuk pelaburan, bantuan dan gaji," ujar beliau.
7 comments:
fitnah? oh ye ke? semua tu fitnah ye!fitnah yang hari dalam suratkhabar, televisyen tu macam mana pula? apa lar khairy nie!
Hoi...nak tanya sikit kat Khairy the Beruk ni...berapa hari kau duduk kat Rembau dalam setahun ..... Lepas menang nak jenguk Pekan Rembau pun menyampah...Porah Chit...ada hati mengaku orang Rembau....
rembau apanya ! agen singapore tu! lepas nie dia pakat nak lelong satu malaysia kat singapore! salahkan orang rembau kalau pilih dia!
Soalan: Kenapa Khairy Jamaludin nak sangat bertanding di Rembau, Negeri Sembilan?
Jawapan: Kerana menantu Pak Lah ni bakal mendapat undi bukan sahaja dari orang-orang bebal yang hidup tapi juga dari hantu-hantu di kuburan.
Bukti: Sila klik dan semak lah sendiri
Sumber: Laman Web SPR
Gambar khairy kt pasar malam tu... bukan ramai org pun keliling dia tu... ramai pengawal peribadi dan pengampu2 dia aje... ramai org yg pegi mlm tu tau dia adakat situ... tapi tak teruja pun nk pegi kat dia tu
Amik gmba pastu nk bagi publisiti konon... hahaha samalah nk menipu mcm pakmentua dia
Macam baik,orang nak fitnah dia.Kalau dah betul bukan fitnah namanya.Orang Rembau undilah penyangak ni.Otak dia cuma $$$.Gadaikan negara tak pe.Lahir pun kat Kuwait.Patut pergi bertanding kat Kuwait je.
hoi kera,
fitnah tu merupakan tuduhan tak berasas ke atas seorang yang tidak berdosa,
yang Cikgu Bad bongkar pula are the facts which can be proven in black and white, kalau tak betul saman je le..
ini kera tara baca...
UMNO Kelantan
Post a Comment