Thursday, February 14, 2008

'Pade Doh!' 18 tahun



SEBAR PEMBAHARUAN: Khairy bersama Pemuda Umno Kelantan melaungkan slogan Pade Doh! pada sidang media di Kuala Lumpur.

Pemuda sasar golongan muda pulang mengundi: Khairy

KUALA LUMPUR: Pemuda Barisan Nasional (BN) yakin golongan muda di Kelantan akan menolak kepemimpinan Pas yang selama ini gagal membawa sebarang kemajuan, walaupun selepas 18 tahun memerintah negeri itu.

Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin, berkata 'mood perubahan' itu sedang melanda Kelantan, terutama di kalangan generasi muda, sekali gus menerbitkan keyakinan BN mampu merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang.

Justeru, beliau yang juga Naib Ketua Pemuda Umno berkata, Pemuda BN akan menggunakan dua strategi iaitu dengan menyediakan Bilik Gerakan 'Pakat Kelik Ngundi' (pakat balik mengundi) yang ditujukan kepada golongan muda Kelantan yang tinggal di luar Kelantan dan pengenalan slogan 'Pade Doh!' yang bermaksud cukup lah 18 tahun PAS memerintah negeri itu.

"Sudah cukuplah Pas memerintah, tiada perubahan pun yang dibawa. Cukuplah 18 tahun menabur janji kosong, rasuah, curi balak. Demi masa depan mereka (rakyat Kelantan), cuba buat perubahan sekali. "

Kita lihat apa yang kita (BN) boleh buat di Kelantan dan bandingkannya. Jangan 18 tahun pilih orang yang sama, pemimpin sama, Menteri Besar sama.

Ini satu gelombang besar yang akan melanda dan sampai ke rakyat Kelantan," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata, gerakan 'Pakat Kelik Ngundi' itu akan menggalakkan kira-kira 50,000 pengundi muda negeri itu berada di luar Kelantan, pulang mengundi pada hari pengundian kelak.

"Golongan muda ini mempunyai pengaruh, berpengetahuan tinggi dan akan bercerita kepada orang tua, saudara-mara dan pengundi lain, maka jika mereka ini mahu perubahan saya percaya pengundi lain akan turut serta," katanya.

Beliau menjelaskan, bilik gerakan ditubuhkan di ibu kota kerana lebih 30,000 pengundi negeri berada di luar Kelantan, tinggal di Lembah Klang.

Justeru, penubuhan bilik gerakan di ibu pejabat Pemuda Umno di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, itu juga akan membantu mereka mendapatkan semua maklumat yang diperlukan dengan menghubungi talian 03-40439517 atau 012-7527775/0172631455.

Selain itu, Khairy berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan BN dan Pemuda Kelantan untuk memastikan bukan mereka saja yang balik mengundi, tetapi juga rakan dan keluarga masing-masing juga pulang ke Kelantan untuk mengundi.

"Ini penting kerana banyak kerusi yang dimenangi Pas pada Pilihan Raya Umum 2004 dengan majoriti kecil dan jika pengundi luar diberi tumpuan saya percaya Kelantan boleh ditawan pada tahun itu," katanya.

Beliau berkata, semua kelemahan dan kekurangan yang berlaku pada Pilihan Raya Umum 2004 akan diatasi untuk memastikan lebih ramai yang pulang ke Kelantan untuk mengundi.

Sementara itu, beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa bagi mewujudkan beberapa cadangan untuk golongan muda Kelantan yang khusus jika BN menang di negeri berkenaan.

"Ini merangkumi agama, sukan, sosial dan peluang ekonomi. Kita nak tumpukan cadangan khusus yang diperjuangkan Pemuda BN jika Kelantan kembali ditawan BN," katanya.

35 comments:

Anonymous,  February 15, 2008 at 3:00 AM  

pada aku mudah aje, ape2 pun umno tetap berkuasa!

Anonymous,  February 15, 2008 at 3:05 AM  

nak belasah kj ni pun tak guna!
setakat cakap kosong, kelaut la!
melainkan dia dikalahkan masa pilihanraya ni! if bapa mertua still berkuasa pun. paling tidak boleh letak kj jadikan senator!
pada aku orang melayu sendiri kena sedar, bangsa2 lain duduk pandang hina! duduk melalak aje lebih, bila disogok tentang hiburan lupa balik!

Anonymous,  February 15, 2008 at 12:41 PM  

KJ nak cepat jadi hero. Satu percaturan yang baik setelah nak singkirkan Hishamuddin. Ini cara KJ nak jadi Ketua Pemuda jika berjaya dia dianggap hero, Hishamuddin akan kepunan utk kerusi Naib Presiden apabila dia akan dilantik MB Johor. Syabas KJ semoga berjaya.Kita akan lihat lagi drama2 hero dalam UMNO

Anonymous,  February 16, 2008 at 7:03 PM  

AKU NAK BAGITAU LA

SOALAN KUBUR TAKDE TANYA PASAL UMNO

SO INSAFLAH WAHAI ORANG ISLAM MELAYU...

Anonymous,  February 16, 2008 at 7:05 PM  

PADA YG CAKAP UMNO TETAP BERKUSA TU... BERTAUBATLAH

ALLAH YG MAHA BERKUASA

INILAH HASIL PIMPINAN UMNO... MAKA LAHIRLAH ORANG ISLAM MELAYU YG MUNAFIK...

Anonymous,  February 16, 2008 at 7:32 PM  

JANGAN UNDI BARISAN NASIONAL

Anonymous,  February 16, 2008 at 7:37 PM  

dollah badawi adalah perdana menteri malaysia yg pendek pemerintahannya... sepenggal shj

maka berkuburlah cita-cita khairy jamaluddin utk menjadi perdana menteri malaysia diumur 40tahun

Anonymous,  February 16, 2008 at 8:03 PM  

Dengan ini aku sebagai anak Kelantan di Kuala Lumpur

Akan balik ke Kelantan pada 8 Mac ini dengan satu hasrat sahaja

AKAN MENGUNDI PAS

dan akan berharap PAS mengekalkan pemerintahan di Kelantan

Anonymous,  February 17, 2008 at 8:28 AM  

ape yg Umno maksudkan dengan pade doh???sbb takde disko2 ker?sbb takder tempat pelacur cm kat kl ker??sbb bila prayaan cina sume bkalan cukup ker??sbb jual bon kat singapura ker??atau sbb Umno ni nk sgt sbb ada minyak kat kelantan??sbb nk tmbah karung guni dengan duit haram ker??

bertaubat la sblm kamu xsmpat...

Anonymous,  February 18, 2008 at 2:19 AM  

to inam kitites

komen kau dah menunjukan kebodohkan kau!
memang betul umno pegang malaysia ni!
pada komen anonymous yang post tu betul ape!
kau ni mat rempit ke?
bodoh betul!

Anonymous,  February 18, 2008 at 1:57 PM  

umno parti yang sebaiknya...undilah BN pada pilihanraya nanti.

umnoparoijaya February 18, 2008 at 9:25 PM  
This comment has been removed by the author.
umnoparoijaya February 18, 2008 at 9:27 PM  

UMNO PAROI JAYA SEREMBAN.
Kami sentiasa percaya dengan kepimpinan dan kebijaksaan pimpinan UMNO dan akan menyokong penuh perjuangan UMNO
KETUA CAWANGAN UMNO PAROI JAYA

Anonymous,  February 19, 2008 at 2:07 AM  

realitinya umno & bn tetap berkuasa!
samada majoriti bertambah atau berkurangan aje!

Anonymous,  February 19, 2008 at 9:00 AM  

Salam perjuangan,

kebarang kalian kelantan di tawan oleh BN kali ini 50/50. menurut sebuah agensi perisikan setelah menerima tanparan hebat dikelantan PAS telah melaksanakan misi sulit dgn secara agresif dan terancang melaksanakan kempen agar penyokong pas yg belum mendaftars egera mendaftar bagi meningkatkan jumlah undi pas dalam kewasan tertentu... di sesetengah kawasan pas secara terancang memindahkan penyokongnya untuk emndaftar mengundi di kawasan strategik bagi menumbangkan BN. ini terbukti jika meneliti maklumat sulit SPR kita dapat melihat trend besar-besaran pertukaran kawasan mngundi yg berlaku. senang cerita pertarungan di kelantan kali ini lebih sengit dgn BN dan PAS telah siap siaga dengan strategi masing bagi menguasai kelantan.

Apapun hakikat undi anak perantauan kelantan merupakan golongan penentu kemenangan tidak dinafikan. kita juga mesti terima hakikat Anak Kelantan terpaksa merantau bekerja menabur bakti di NEGERI ORG sbb kelantan tak membangun, tak ada peluang keje, miskin dan mundur...

betul juga dlm hidup kita seharusnya mencari jln menuju keRedhaan Allah SWT namun perlu seimbang akhirat dan duniawinya. pandangan sempit dan taksub serta membenarkan perkara yg salah xharus jadi budaya kita... jgn halalkan cara dgn sanggup mempergunakan Islam dan mengorbankan Islam demi matlamat nak berkuasa dan harta duniawi... itu lebih salah dan parah lagi...

LIHAT SAJA KOMEN MEREKA YG MENGAKU BERJUANG DEMI ISLAM disini... sama seperti pemimpin mereka berserban dan nampak macam ULAMA ISLAM tapi sebaliknya dalam ceramah sanggup mencaci, memaki, mencarut dan membuat fitnah demi mraih sokongan... masyaALLAH. inikah yg Islam ajarkan... merekalah golongan yg Rasulullah sabdakan akan wujud di akhir zaman... yg sanggup mempergunakan Islam demi kepentingan diri... apapun tahniah kpd mereka terlibat kerana menjadi sebahagian tanda akhir zaman...

Kelantan perlukan perubahan, undilah pemimpin yg mampu membawa perubahan kerana terbukti walau IMEJ ISLAM, pemimpin PAS juga korup dan terbabit dlm byk perkara yg bercanggah dgn islam. pengundi perlu bijak...

renung-renungkan, selamat berjuang

Anonymous,  February 19, 2008 at 10:52 AM  

Di N.Sembilan kalau undi PAS yang untung UMNO

Senario politik di Negeri Sembilan untuk PAS adalah amat berbeza sekali dengan lain-lain negeri di Malaysia ini. Ini adalah kerana Melayu di Negeri Sembilan ini tiada seorang pun suara pembangkang. Apabila tiada suara pembangkang maka parti yang berkuasa di negeri ini seolah-olah merasa begitu selesa kerana sokongan majoriti rakyat N.Sembilan.

Apabila parti yang memerintah merasa begitu selesa dengan sokongan majoriti rakyat terutama orang Melayu Negeri Sembilan, maka tidak ada persaingan politik. Ini boleh dilihat denagn tawaran pembangunan untuk Negeri Sembilan ini begitu sedikit jika dibandingkan dengan negeri lain yang kuat pembangkang. Hinggakan Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau sanggup pergi ke Kelantan menggerakkan jentera pilihanraya di sana, tetapi tidak menghabiskan sepenuh masa, tenaga dan kewangan untuk menambat hati pengundi, hati petugas UMNO di Negeri Sembilan dan Rembau khususnya.

Kenapa dikatakan di N.Sembilan ini jika undi PAS yang untung UMNO ? Jika diperhatikan, PAS hanya akan bertanding 13 kerusi Dewan Undangan Negeri di Negeri Sembilan ini, sementara PKR 12 kerusi dan DAP 11 kerusi. Andaikata, satu pencapaian atau keputusan yang hampir mustahil untuk PAS memenangi kesemua 13 kerusi di N.Sembilan ini, adalah mustahil PAS akan memerintah N.Sembilan kerana hanya memenangi 13 dari 36 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Justeru itu apabila PAS memenangi mana-mana DUN di Negeri Sembilan ini, sudah pasti DUN tersebut akan menjadi tumpuan UMNO untuk memenanginya semula. Maka besar kemungkinan banyaklah projek pembangunan yang akan dibuat di DUN tersebut yang akan disalurkan melalui Bahagian dan Cawangan-cawangan UMNO di DUN tersebut. Maka siapa yang akan untung sekarang kalau bukan UMNO di DUN tersebut ? Kalau tidak percaya , ahli-ahli UMNO di Negeri Sembilan ini, tanyalah pada ahli-ahli UMNO yang kuat pembangkang terutama di Kelantan dan Terengganu.

Oeh itu orang UMNO, ahli UMNO, ketua-ketua cawangan UMNO , Puteri UMNO , Putera UMNO , tidak perlulah risau untuk mengundi PAS di Negeri Sembilan ini. Anda sendiri yang akan mendapat keuntungan dari sudut material.

Inilah yang dinamakan Politik Logik , Politik Statistik ( The Politic of Logic and the Politic of Statistic )

Anonymous,  February 19, 2008 at 12:20 PM  

kawe g doh bilik gerake umno "pade doh" dipwtc.rato2 puok2 ni dale bilik bilik tu sombong blako...kawe g jugok register..tapi pakat gi undi parti tok guru weh..

sapo tok sey balik pree ko klate weh awe...

marghi kito rhgamai2 pakat klik ngundi pree...tapi ambo npk seru semuo pakat ngudi parti tok guru kesayange kito...

bakpo la susoh2 kj nok margi klate..g la kepen tepat lain.

Anonymous,  February 19, 2008 at 3:07 PM  

semoga BN dapat menawan semula kelantan, dan dpt memajukan negeri kelantan yg selama ini agak ketinggalan dgn negeri2 lain ,

Anonymous,  February 19, 2008 at 7:57 PM  

KJ GUA CAYA SAMA LU, SEMUA BENDE KO NAK BUAT MASA NAK PILIHANRAYA NI, TAPI2 AKU RASE KO TAKDE PELUANG NAK MENANG.. KO BUSUK LA

Anonymous,  February 19, 2008 at 8:02 PM  

bro jinggo, khairy bertanding kat mana, tolongla bgtau kitorang ni,, ko kan barua dia. tak sabar nak tau..tenkiu
hidup khairy, hidup maya karin

Unknown February 20, 2008 at 12:56 AM  

SALAM PERJUANGAN…..
MENANTU PM KATA,JIKA PEMBANGKANG LAKSANAKAN ‘NEGARA BERKEBAJIKAN’ NEGARA AKAN BERHUTANG DAN AKAN JADI SEPERTI AFRIKA…DSAI TAK PERLU JAWAB HASIL PEMIKIRAN BUDAK2 YANG MASIH HINGUS MELELEH NI…MENANTU PM,NAK SEBUT NAMA PUN MALU DEKAT PAK MENTUA DIA, DIA LUPA SEBENARNYA,DIA INGAT YANG NAK LAKSANAKAN NEGARA BERKEBAJIKAN TU UMNO…KALAU UMNO MEMANGLAH TAK BOLEH..BUKAN SAJA AKAN BERHUTANG MALAH,NEGARA PUN AKAN DIJUAL..
KALAU PEMIMPIN2 UMNO TERMASUK ANAK2 DAN MENANTU,USAHKAN NEGARA BERKEBAJIKAN,HASIL2 NEGARA,LAGI BANYAK MASUK LAGI BANYAK LAH DIA BELASAH…RAKYAT TERLOPONG,NAK HADAP HARGA BARANG NAIK..BIAR PUN HASIL PETRONAS MELABUNG BERJUTA BILION SEKALIPUN,JANGAN HARAP LAH PEMIMPIN2 UMNO MAMPU LAKSANAKAN SEPERTI APA YANG BARISAN RAKYAT INGIN LAKSANAKAN…LAGI BANYAK MASUK,LAGI HEBAT MEREKA MEROMPAK..
PADA MENANTU PM YANG MASIH BERHINGUS TU…KALAU NAK BERKEMPEN,KEMPEN DENGAN KANAK2 BOLEH LAH MEREKA LAYAN KEBODOHAN KAMU TU…BELAJAR TINGGI TAPI OTAK BEBAL..KALAU NAK TAHU SAMADA BOLEH KE TIDAK LAKSANAKAN NEGARA BERKEBAJIKAN,KAMU DENGAR CERAMAH DSAI..DSAI BAGI KAMU ILMU SECARA PERCUMA UNTUK KAMU BELAJAR JADI DEWASA UNTUK FIKIR GUNA OTAK BUKAN GUNA KEPALA LUTUT.

Anonymous,  February 20, 2008 at 10:50 AM  

kat negeri sembilan mmg lain... memang yg ramai sokong umno

pasal ramai yg tak ambik tau pasal senario politik semasa... masih ramai orang kg yg masih nak undi umno dgn upah kain batik dan duit poket rm30... tak caya pegi kat ulu-ulu solok- solok n.sembilan... kat sinilah org2 umno dpt undi mereka

w/pun begitu ramai generasi muda n9 memang meluat sgt dgn umno... diharap golongan ini akan memberi saingan sengit dlm undi BA nnti... mmg bukan mudah untuk menanggalkan tartar/karak gigi umno yg busuk kt org2 kg kt n.sembilan ini...

Anonymous,  February 20, 2008 at 11:28 AM  

AWAS DAN BERHATI-HATI DGN PROVOKASI POLIS

POLIS MENYATAKAN AKAN MENAMBAHKAN ANGGOTA2NYA DI KAWASAN PANAS PILIHANRAYA.

DENGAN REKOD BURUK POLIS KEBELAKANGAN INI YG MENYEBELAHI PARTI UMNO. MAKA MEREKA AKAN HADIR BUKAN SAHAJA UNTUK MENJAGA SITUASI KAWASAN TERSEBUT. KEMUNGKINAN MEREKA AKAN MENYELINAP MASUK DLM PENYOKONG BA UNTUK MENIMBULKAN KEKACAUAN DAN MENGHASUT...

KEPEDA PENYOKONG BA DAN DIHARAP MENJAGA DISIPLIN SEMASA BERKEMPEN. JIKA ADA YG MENIMBULKAN PROVOKASI PASTIKAN MEREKA DIKELUARKAN DARI KUMPULAN DGN BANTUAN UNIT AMAL DAN KESELAMATAN.

Anonymous,  February 20, 2008 at 8:59 PM  

Dalam Goverment takde jawatan
tapi mengalahkan perdana menteri
polis nak diarah kalau boleh tentera nk dikerah, duit rakyat habis dikerah, nk puas hati nafsu tak sudah,dok KL Rembau nk Dilapah,Tak sudah² dengan projek wilayah,orang luar senang org sendiri susah,tuduh orang ganster die apa ntah,baru tubuh satu pasukan bola sepak, yng berpengalaman dianggap memtah, gaya lagak macam hang tuah, LEMBIK mengalahkan ulat buah, dalam parti ketua dah cam anak buah, itulah Khairy menantu PAKLAH>>>>>>

Anonymous,  February 21, 2008 at 8:15 AM  

Hidup BN, hidup Khairy. Aku pakat2 ngan kawan gantung bendera BN,poster dll.
tapi bayar dulu. "no money, no work " ok.
p/s. undi adalah rahsia.
jadik paham2 la yer.

Anonymous,  February 21, 2008 at 8:56 AM  

khairy kipas bontot pak lah, pak lah kipas lipas...

inam kitites February 21, 2008 at 4:00 PM  

setakat anta komen tapi takde id lagi teruk pada mat rempit..
aku komen, aku maki, pun korg bley cari lagi..
dari korg yg pro-kj tapi takut nak dedah id..
mcm mat indon ilang visa..

aku cabar pro-kj suruh KJ ajk polis heret aku ke ISA!!!

Anonymous,  February 22, 2008 at 4:39 AM  

JANGAN KUTUK REMPIT!
KAMI NI LAH PERJUANG MELAYU!
APE KEJAYAAN MELAYU?
JAWAPANNYA MAT REMPIT!
PUTERA UMNO SIAP ANGKAT KAMI!
HIDUP REMPITTTTTTTTTT!!!!!

Anonymous,  February 25, 2008 at 6:44 PM  

KJ mintak tolong sponspor kami perempit2 semua .. nanti kami undi ko, cayalah KJ. baru negara maju ada pejuang seperti kami...

HIDUP KJ,

Anonymous,  February 28, 2008 at 2:10 PM  

Kata sokong PAS. Tp tak reti jaga bahasa. Maki hamun ikut suka. Di mana Islamnya? Kalu diri sendiri tak betul, jgn nak kata org lain tak Islam.

Salah BN korg nampak tp salah PAS korg tak nampak. Begitu sekali hati korg dah dibutakan oleh pemimpin korg. Kalu sama2 ada salah, faham2 la sendiri..

Aku sendiri pun PAS tp skrg dah tak yakin lgsg sbb pemimpin PAS teruk sgt dah. Aku aktif dlm PAS sampaikan aku dah tgk mcm2 tingkahlaku pemimpin PAS yg seleweng, tipu & mcm2 lg. Politik punya pasal sampai sanggup menghalalkan yg haram. Matlamat tak blh menghalalkan cara. Kalu nak Islam, biar betul2 Islam. Amalkan ajaran Islam. Bkn stkt solat 5 waktu je. Perbuatan, percakapan, & amalan mesti mengikut ajaran Islam.

Jgn pilih parti. Pilihlah pemimpin yg baik.

Anonymous,  March 1, 2008 at 12:07 AM  

Siapa yg fitnahkan DSAI sampai masuk penjara.Rasanya bukan orang PAS atau DAP atau....Bukalah mata.Bukan menggunakan agama tetapi politik dan agama tu tak boleh dipisahkan.Tanda akhir zaman makin banyak sekarang.Lihatlah manusia berlumba membina bangunan tinggi,ramai anak luar-nikah,hiburan menjadi-jadi,disko merata-rata.Tu semua bawah pemerintahan siapa?Siapa pemimpinnya?Tok sahlah slogan Islam Hadhari kalau keluarga sendiri tak menutup aurat.Kita wajib menegur pemimpin kalau salah.Negara kita dah jadi tak tentu hala sejak kebelakangan ini.Yg ditembak polis dipenjarakan,yg memukul polis lepas keluar.Apa nak jadi dah??

Anonymous,  March 6, 2008 at 8:45 AM  

ingat kelate xdok pat disko pak pelacur, xdok pelacur ko.
oyak buleh la wei,xdok guno pakoh sajo,kalu hok pakoh pun 2x5 pemimpin dio..pas pas jgk puok mung ni
pade doh 18 tahun doh wei,
"habuk pung tarak"

Anonymous,  March 10, 2008 at 10:13 AM  

silap besor la BN bazer pitih bg tiket free ke org klatang kelik ngundi..

koho sedap awok ye pakoh PAS..
klu x caye tgk la..

mapuh trus Awang Adek..

aniff March 11, 2008 at 4:58 PM  
This comment has been removed by the author.
Anonymous,  May 29, 2008 at 5:44 PM  

hahhaha apa citer? menang ke kat kelate? dpt tawan ke? hahahhahahaahah

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP