Wednesday, February 13, 2008

Saya akur sama ada terpilih atau tidak: Khairy

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti berhubung penyenaraian namanya sebagai antara lima calon yang dipertimbangkan untuk bertanding kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum akan datang.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Rembau berkata, beliau tidak mahu membuat sebarang komen mengenai perkara itu kerana pihaknya akan sentiasa akur terhadap sebarang keputusan yang dibuat pucuk pimpinan.

“Saya akan tunggu keputusan pucuk pimpinan dan tidak mahu memberi sebarang komen berdasarkan andaian,” katanya selepas majlis memeterai perjanjian penajaan antara Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) dengan Malaysia Super League Sdn Bhd (MSL) di sini, semalam.

Pada majlis itu, Bank Rakyat diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat dan Pengurus Besar Perkhidmatan Korporatnya, Datuk Rosely Samsuri manakala MSL diwakili Khairy selaku Pengerusinya dan Setiausaha Agungnya, Jen (B) Datuk Azzudin Ahmad.

Khairy yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diminta mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengesahkan beliau adalah antara lima nama yang disenaraikan sebagai calon awal kerusi itu.

Mohd Hasan yang juga Ketua Umno Bahagian Rembau dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan berkata, turut termasuk dalam senarai lima calon awal itu ialah penyandang kerusi Parlimen itu, Datuk Firdaus Muhammad Rom Harun.

Menteri Besar itu berkata, keputusan meletakkan nama Khairy itu dibuat selepas mendapat persetujuan Umno bahagian Rembau yang mengambil kira jawatan politiknya di Rembau serta pada peringkat Umno Pusat.

Terdahulu pada majlis itu, Kamaruzaman berkata, penajaan RM1 juta oleh Bank Rakyat itu turut membabitkan untuk Liga Super, Liga Perdana dan Piala FA.

“Kita harap penajaan ini dapat memberikan keyakinan baru kepada sukan bola sepak negara dan menggalakkan lagi pembabitan syarikat swasta dalam bidang sukan. Dengan penajaan ini, kita berharap dapat memberikan suntikan baru kepada pasukan pada musim ini,” katanya.

12 comments:

Anonymous,  February 16, 2008 at 7:42 PM  

Tolonglah undi paklah.... please... tolonglah kekal dia sbg PM kesayangan kita

Aku merayu ni.... pleaseeeee

Undilah pak lah.... pleaseee... aku melutut di kakimu

Pleaseeeeeee

Selamat Paklah selamatlah Khairy Jamaluddinku

Dengarlah rintihanku ini...

Anonymous,  February 17, 2008 at 8:37 AM  

aku tgk laman ni penuh ngn brita....tp isu hgt xder pon...cm gmbr ke video ker....nmpk sgt la umno kkeringan isu....harap kan duit jer....

Anonymous,  February 17, 2008 at 1:58 PM  

Betullh xde info menarik&brguna.walaupun sibuk turun padang brkempen,jgn lupa 'padang cyber'.contohi parti pembangkang yg agresif bg maklumat di ruang cyber di pelbagai peringkat hingga ke peringkat kampung!

Anonymous,  February 18, 2008 at 1:59 PM  

aku akan undi BN jika org BN bagi kain pelikat free ke, duit free ke, makan2 free ke..

Anonymous,  February 19, 2008 at 9:22 AM  

Salam Perjuangan...

pesanan kepada khairy jamaluddin

1. Kata org tua-tua cepat naik akan cepat jugalah kita jatuh....
2. Kalau dah penat kita berjalan diatas dunia, berhenti duduk sejenak baru sambung perjalanan...
3. Semua org boleh berjaya tapi berapa ramai org yg boleh berbangga dgn cara dia berjaya...
4. Semua org boleh bwk kereta laju tapi berapa org boleh bwk kereta dgn perlahan (cermat dan teliti)...
5.ketika berlari pantas menuju ke destinasi berapa org yg boleh berhenti dan melihat kebelakang untuk bersama membawa mereka yg tertinggal.
6. Kaum lelaki hanya akan berjaya jika berjaya mengawal perkara berikut nafsu kpd perempuan, keinginan kpd harta dan ambisi kepada kekuasaan...
7. pangkat dan kedudukan boleh dibeli tapi rasa hormat dan setia kawan serta pengiktirafan datang dengan keiklasan.
8. niat ikhlas dan usaha yg jujur tanpa mengharapkan balasan akan memastikan kejayaan datang dengan sendirinya.
9. ukur baju badan sendiri sebelum menerima untuk menggalas beban.

* fikirkan maksud tersirat dan tersurat serta maksud mendalam disebaliknya... u'll understand.

renung-renungkan selamat berjuang...

Anonymous,  February 19, 2008 at 12:14 PM  

den setuju KJ betanding di Rembau.pasal den pun bhgn situ.tp apolah guno eh..kok nak bertanding kek Rembau..tp sibuk poiue bekempen kek negori lain.apo jadah ehhh.....nogori sendiri pun x habih bejalan..

kok ko kj jd mp kek n9...elok tu..jgn jadi mp tunggul yo...tolong bangun an n9 tu jadi maju setaro kl ko...penang ko..

macam tok mat..den respek samo eh...tabik tok mat!

Anonymous,  February 19, 2008 at 2:20 PM  

SP...
tak setuju khairy jadi MB N9
sbb tok mat terbukti berjaya bawa perubahan dan kemajuan...
bagi tok mat at least 1@2 penggal lagi agar projek dan perancangan beliau untuk n9 menjadi realiti...
khairy sabar lah.... ko pun budak lagi... dlm politik kene sabar. klu tak sabar takut ko tersungkur nanti...
amik contoh najib dgn paklah...
najib sabar.......... kut kirakan pemilihan lepas sokongan utk dia lebih kuat berbanding pak lah tp diatak langgar paklah dia sabar runggu turn dia... and that make people respect dia...
paklah pun dulu.... pun sabar bila ke kene pulau dlm UMNO tp sbb sabar dapat jadi PM... ok pe...
khairi jgn gelojoh sgt tak seronok org tgk pun... ermmmm tah lah... sendiri mau ingat la...

Anonymous,  February 19, 2008 at 8:06 PM  

Bila video KJ nak kluar, tak sabar nak tengok ni..

Anonymous,  February 21, 2008 at 8:21 AM  

"Vote KJ for the next N9 MB"
what the f**k is that.
He got nothing and just a loser2...
Hate KJ, hate patrick badawi

Anonymous,  February 21, 2008 at 8:28 AM  

zoo di Rembau la bro..

Anonymous,  February 22, 2008 at 10:06 PM  

TAK PA, TAK PA ...KHAIRY AKAN MENANG JUGA, DIA AKAN BERTANDING DI DUN TANJUNG BUNGAH, PENANG KAT WATERFALL, SANA ADA BANYAK MONYET NAK UNDI DIA...MONYET LAWAN KERA LUTONG...HE..HE..HE..

Anonymous,  February 22, 2008 at 10:13 PM  

TAK PA, TAK PA ...KHAIRY AKAN MENANG JUGA, DIA AKAN BERTANDING DI DUN TANJUNG BUNGAH, PENANG KAT WATERFALL, SANA ADA BANYAK MONYET NAK UNDI DIA...MONYET LAWAN KERA LUTONG...HE..HE..HE...TAPI KJ KATA DIA BUKAN BERASAL DARI SANA, SUSAH NAK MENANG (SEBAB MUKA DIA TAK MACAM ZAINUDIN MAIDIN-BERUK MAK'YE)DIA NAK BERTANDING KAT NOGHORI JUGAK, MUNGKIN KAT ULU BENDUL....KAT SANA ADA MONYET KA.?

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP