Cadang 30% kerusi DUN ditandingi Pemuda UMNO
PULAU PINANG - UMNO Bahagian Tanjong mencadangkan agar 30 peratus daripada jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi oleh UMNO di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang diberikan kepada calon Pergerakan Pemuda UMNO.
Ketua UMNO Bahagian Tanjong, Datuk Ahmad Ibnihajar berkata, cadangan itu dibuat bertujuan untuk memberi peluang kepada muka baru dan tenaga baru meneruskan perjuangan pemimpin yang telah lama berkhidmat dengan UMNO.
"Pemuda memiliki ramai calon berwibawa dan layak, jadi kalau ada pemimpin yang tidak menunjukkan prestasi baik, elok kita tukar dengan muka baru," katanya ketika berucap pada majlis Pelancaran Skuad Gerak Gempur Jentera Pilihan Raya Pemuda UMNO Tanjong di Muzium Perang, Batu Maung di sini hari ini.
Majlis itu disempurnakan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Sementara itu, Ahmad berkata, jentera pilihan raya UMNO Bahagian Tanjong telah bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.
Katanya, UMNO bahagian itu juga akan pergi ke mana sahaja yang dikehendaki parti untuk memberikan sokongan kepada calon yang bertanding.
"Kami akan turun memberi sokongan kepada UMNO dan BN di mana sahaja kami diperlukan. Asalkan kami dikehendaki, kita akan pergi," katanya.
Jelas Ahmad, walaupun penduduk Melayu di kawasan Tanjong hanya 5,000 orang berbanding 45,000 bukan Melayu, UMNO bahagian itu optimis membantu mana-mana calon parti komponen BN yang bertanding di kawasan tersebut.
"Setiap kali pilihan raya, mula-mula kita kena pastikan BN menang dahulu. Selepas itu, barulah kita boleh rancang apa yang kita boleh buat untuk membantu rakyat terutama masalah penduduk setempat seperti kemiskinan dalam bandar.
"Apapun, rakyat kena pilih kita dahulu, baru kita boleh buat kerja," katanya.
4 comments:
Orang PAS dan PKR jangan nak beranganlah menang di Rembau ni. Orang Rembau akan tetap pangkah BN walau siapa pun calon mereka. Ada lambang dacing , mereka akan pangkah dacing. Khairy akan menang majoriti mudah kalau bertanding di Rembau ni. KJ tak payahlah dengar ugutan mana-mana cawangan UMNO, pemuda UMNO dalam Rembau ni, terutama yang dari Silau, Rantau tu. Juga tak payahlah nak keluar duit berjuta-juta ringgit kempen di Rembau ni. Tak bagi duit puit pun orang Rembau tetap akan pangkah BN , dulu , kini dan selamanya. Tak caya , tengoklah nanti. Tak payah kempen pun BN akan menang mudah di Rembau ini.
siapa nak pilih tunggul kayu yang tak guna seperti umno nie? lagi baik pilih pas! mampuslah umno! gerenti kali nie kalah punya! banyak orang kau dah sakiti! korang ingat khairy bengong tu boleh selamatkan umno? jangan mimpi di siang hari lar@ bila umno telungkup, dialah orang pertama akan cabut! hahahaa! puak umno memang bodoh-bodoh belaka! sampai budak macm nie pun boleh mempermainkan umno! HAHAHAHAHA!
hidup umno!!!!!
saya tak fahamlah kenapa masih ada manusia di muka bumi Allah ni yang suka bercakap atau beri komen ikut nafsu... kalau tak pandai menilai kebaikan orang jangan menghina.. buka mata luas2. kalau pemberi komen sokong PAS iaitu parti islam malaysia... jadi beri komen yang menunjukkan yang kamu orang yang beragama dan beradab.. ni macam tak berpedoman je. macamana melayu dan beragama islam nak maju..
Post a Comment