Khairy Sedia Menerima Teguran Dari Jentera Akar Umbi
Oleh : Jinggo
Seremban 26 mac – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin meminta orang ramai, khususnya golongan yang berpengalaman didalam bidang politik, memberi tunjuk ajar kepada beliau untuk melaksanakan tugasnya sekirannya beliau menang dalam pilihanraya umum nanti.
“Ini penting, sebagai wakil rakyat yang muda, saya memerlukan tunjuk ajar dan teguran dari orang yang lebih berpengalaman dari saya. Disini pun ramai pemimpin yang lebih berpengalam boleh membimbing untuk saya mengetahui kehendak rakyat”. Katanya ketika menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat, di Kampong Gedung Lalang, Rantau.
Beliau hadir bersama Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan yang turut padang untuk beramah mesra bersama rakyat. Turut hadir sama wakil dari MIC dan MCA.
Khairy yang juga timbalan Pengerusi Pemuda BN dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia seterusnya berkata jentera jentera dari akar umbi perlu bertindak dengan pantas untuk memastikan segala fitnah yang ditaburkan oleh pembangkang dapat diketepikan.
Pada sebelah malam Khairy dan rombongannya bergerak ke Pasar Malam Chembung untuk beramah mesra bersama penduduk tempatan. Turut hadir di pasar malam tersebut adalah isterinya Nori Abdullah.
Khairy dan isterinya disambut dengan mesra oleh peniaga – peniaga pasar malam dan penduduk – penduduk tempatan. Mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk bersalaman dan beramah mesra bersama Khairy dan isterinya.
Seterusnya belau melawat bilik gerakan diserata Rembau untuk mendegar segala masalah penduduk – penduduk tempatan dan beliau berjanji akan berusaha untuk menyelesaikan segala kesulitan yang dihadapi oleh penduduk tempatan Rembau.
3 comments:
oh ye ke! sedia terima teguran? sampai macam tu sekali ye nak pancing undi! kalau suruh jilat bontot pun dia sanggup kot! hehehehe! kesiannya!
ITU ADALAH CIRI2 PEMIMPIN YG DI SEGANI SERTA DIHORMATI...
SEDIA DITEGUR...
TAK KAN LA ORG SURUH MAKAN TAHIK PUN NAK MAKAN..ITU BUKAN TEGURAN.ITU MENGHINA NAMA NYA.
KAMI SEDIA MENEGUR MANA2 YG BOLEH DI PERBAIKI KJ.ASALKAN KEMAJUAN BAKAL DI NIKMATI SERTA PENDUDUK,MASYARAKAT REMBAU AKAN MENDAPAT MANFAAT DI ATAS LIMPAHQAN EKONOMI NEGARA.
* SOGO *
Cakap tak serupa bikin.Orang Umno mana nak terima teguran.Mukriz cakap sikit kat perhimpunan,melenting bukan main penjilat AAB.Lagi nak tegur si keri ni.Dengan Tun pun dia gelar org tua tu beruk.Poorah!!Spesies Samy Veloo,cakap berbelit.Patut dipupuskan aje dari mukabumi ni.
Post a Comment