Friday, February 22, 2008

Pembangkang bukan ancaman sebenar BN, kata Khairy

BERA — Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pembangkang bukan halangan utama kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 ini, sebaliknya ancaman sebenar parti itu ialah sekiranya wujud perpecahan dalam kalangan anggotanya.

Beliau berkata, pembangkang bukan merupakan parti yang kuat malah kekuatannya bergantung kepada individu tertentu berbanding BN yang mempunyai ramai pemimpin berkualiti.

“Pakatan pembangkang ini seperti kahwin Mutaah dan bermusim berbanding BN yang kukuh bukan sahaja pada pilihan raya malah setiap masa.

“Walaupun UMNO, MCA, MIC, PPP, Gerakan dan lain-lain kadang-kadang mempunyai masalah tetapi ia tetap boleh diatasi dan bersatu apabila menghadapi pilihan raya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gerak Gempur Jentera Pilihan Raya Pemuda BN Parlimen Bera di sini, hari ini.

Oleh sebab itu katanya, anggota BN perlu mengekalkan sikap bersatu padu dan bekerja dalam satu pasukan sekiranya mahu memenangi pilihan raya kali ini dengan jumlah undi yang besar.

Katanya, anggota BN harus membuang sikap cemburu, berpecah belah, iri hati dan berpaling tadah terutama jika tidak terpilih menjadi calon.

“Soal siapa yang dipilih menjadi calon hanya ditentukan pucuk pimpinan parti dan mereka yang melobi terutamanya di saat akhir untuk menjadi calon hanya membazir masa sahaja kerana pucuk pimpinan sudah tahu dan memerhati siapa sebenarnya yang bekerja dan akan dicalonkan,” katanya.

Mengenai calon Pemuda, Khairy berkata, pergerakan itu tidak akan mendesak atau mensasarkan bilangan tertentu sebaliknya menyerahkan perkara tersebut kepada pucuk pimpinan parti.

Katanya, Pemuda hanya mementingkan kerja-kerja jentera pergerakan itu dalam memastikan setiap calon BN menang dengan majoriti yang besar.-

2 comments:

Anonymous,  June 26, 2008 at 6:54 PM  

Hehe, pasni upah la sape2 hack email aku..
ape punye jantan la kau ni..
Kat sidang parlimen pun aku sikit punye malu tengok kau..
Camni punye melayu pun ada ka..
Ang banyak wat lawak dari nak naikkan isu2 yang berkait ngan rakyat..
Stop la..
Pi duk bawah celah ketiak pak bodolah kau tuh..
Mesti busukkan, dah la bulu beruban..
Bulu tua sial x sedar nak mampos..

Anonymous,  July 11, 2008 at 7:39 PM  

YA ALLAH... AKU MEMOHON KEPADAMU AGAR ENGKAU SEGERA MENYENTAP KUASA SEMENTARA YANG ENGKAU BERI KEPADA SEMUA PEMIMPIN UMNO SEKARANG SAMADA PEMIMPIN DUN, PARLIMEN DAN MENTERI YANG NIAT DIHATI MEREKA HANYA INGIN BERKUASA, TAMAK, PERASUAH, PENZINA, PEMABUK, PENTINGKAN KELUARGA DARIPADA RAKYAT, MENGUMPUL HARTA KEKAYAAN, SELALU MENYUSAHKAN RAKYAT, BERCAKAP BOHONG, BERMUKA-MUKA, PEMBODEK, MENGGUNAKAN BAPA MERTUA UNTUK KEPENTINGAN DIRI, PEMBELOT KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA... YA ALLAH.. KABULKANLAH DOA HAMBAMU YANG MERASA DIRI DIKHIANATI OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN SEBEGINI..AMIN..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP