Friday, February 29, 2008

Hari Penamaan Calon








Read more...

Thursday, February 28, 2008

Kenali Rakyat Bukan Serang Individu, Kata Khairy

SEREMBAN, 27 Feb - Pembangkang sepatutnya menggunakan kempen pilihan raya umum sebagai gelanggang untuk mengenali rakyat, bukan menyerang peribadi lawan, kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Khairy yang juga calon BN bagi Parlimen Rembau berkata mereka sepatutnya tidak mensia-siakan peluang berkempen itu, yang merupakan sebahagian daripada amalan demokrasi di negara ini, dengan sewajarnya.

"Takpelah kalau nak serang pemimpin... itu keputusan dia. Kita bebas untuk berkempen selagi ikut undang-undang," katanya kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan Jentera Pilihan Raya BN di Felda Sendayan, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di bawah Parlimen Rembau di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai kecenderungan pembangkang menyerang kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam siri ceramah dan rapat umum yang dianjurkan.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno Rembau mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau tidak akan melayan sebarang serangan peribadi daripada lawan selagi pembangkang tidak melampaui batas dengan mengheret sentimen agama dan perkauman ketika berkempen.

"Setakat ini, belum sampai tahap melampau," katanya.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebelum ini berkata ceramah yang berunsur maki hamun, serangan peribadi, membuat hasutan dan sebagainya dilarang, dan akan dihentikan pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya bertugas.

SPR juga menetapkan mana-mana calon yang berkempen atau mengedar bahan kempen perlu membayar deposit RM5,000 bagi Parlimen dan RM3,000 bagi DUN.

Mengulas lanjut, Khairy berkata terdapat masih banyak kawasan di Parlimen itu yang belum dilawatinya walaupun beliau bekerja keras siang dan malam untuk mendekati pengundi.

"Tempoh kempen 13 hari ini cukup untuk kenali pengundi," katanya.

Pada 8 Mac depan 62,896 pengundi akan menentukan sama ada Khairy, 32, atau anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrul Hisham Shaharin, 30, menjadi wakil rakyat di kawasan itu yang merupakan kubu kuat BN.

Read more...

Wednesday, February 27, 2008

Pengundi mahu Khairy menang


AMBIL BERAT : Khairy bersama Nori bertemu peniaga pasar malam di Kota, Rembau, malam kemarin

REMBAU: Kesungguhan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendengar masalah rakyat terbukti apabila beliau meluangkan masa hampir setiap malam mengunjungi pasar malam sekitar kawasan berkenaan.

Antara pasar malam dikunjunginya ialah di pekan Kota dan di Taman Tuanku Ja'afar, Senawang, yang turut disertai isteri, Nori Abdullah untuk bertanya khabar serta mendengar masalah peniaga dan pengunjung.

Kunjungannya menggembirakan peniaga yang berpendapat pemimpin muda itu prihatin serta mampu memastikan kebajikan dan pembangunan penduduk.

Peniaga, Dara Mohd Salleh, 46, amat berharap Khairy menang kerana beliau pemimpin pelapis berkaliber serta disenangi ramai, selain tahu selok belok kawasan berkenaan untuk merancang dan membawa pembangunan terutama kemudahan jalan kampung.

Seorang lagi peniaga, Ismail Ibrahim, 58, yakin BN akan mempertahankan Parlimen Rembau yang mendapat pelbagai pembangunan ketika diwakili Datuk Firdaus Muhammad Rom Harun dan pasti mendapat lebih banyak suntikan idea baru daripada Khairy untuk manfaat rakyat.

Mohd Huzaimi Anuar, 21, pula mengakui kehadiran Khairy sebagai calon menarik minat golongan muda untuk mengambil tahu hal politik kerana berpendapat Ketua Pemuda Umno bahagian Rembau itu lebih dekat dengan mereka.

Beliau juga yakin kredibiliti Khairy yang sebelum ini banyak membabitkan diri dalam kegiatan sukan berupaya menarik remaja menyertai aktiviti berfaedah, sekali gus mengelak terjerumus kegiatan negatif.

Sementara itu, Khairy berkata BN tidak memerlukan pengundi hantu untuk menang di Rembau seperti tuduhan pembangkang.

"Dia tuduh ada pengundi hantu di sini, tetapi kita tak perlukan pengundi hantu kalau setakat nak menang majoriti besar," katanya selepas majlis peletakan batu asas masjid baru Kampung Pedas Hilir yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Read more...

Jangan fitnah saya - Khairy

REMBAU 26 Feb. - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin membidas tindakan pembangkang yang sengaja menabur fitnah terhadapnya semata-mata untuk meraih undi pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata, dakwaan pembangkang seperti beliau tidak layak bertanding kerana tidak mendaftar sebagai pemilih di kawasan tersebut jelas membuktikan bahawa mereka begitu terdesak.

Beliau berkata, tindakan pembangkang mengungkit perkara remeh-temeh itu juga jelas membuktikan pembangkang kini ketandusan idea untuk berkempen.

''Kalau mereka menuduh saya tidak mendaftar sebagai pemilih di kawasan ini, maka rumusan yang saya dapat buat adalah mereka buta huruf.

''Ini kerana kalau pergi ke SPR memang jelas bahawa saya adalah pengundi di Rembau dan Kampung Gadong menjadi cawangan saya sendiri,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengiringi Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan ke majlis peletakan batu asas Masjid Baru Kg. Pedas Hilir di sini hari ini.

Beliau menegaskan, fitnah yang ditaburkan oleh pembangkang itu sedikit pun tidak mengganggu tumpuannya dalam berkempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac ini.

''Tumpuan saya sekarang adalah untuk rakyat dan bertemu mereka kerana saya ingin memperkenalkan diri saya sebagai calon," kata beliau.

Menyentuh Manifesto BN yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam, kata Khairy, ia adalah satu manifesto yang menyeluruh dan merangkumi beberapa langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam tempoh lima tahun akan datang.

''Ia menggambarkan laporan pencapaian dan apa yang kerajaan BN janjikan. Ia juga bukan sekadar janji kerana turut mengemukakan kejayaan negara selama empat tahun di bawah pentadbiran BN.

''Selain itu, ia juga yang memberikan penerangan tentang apakah langkah yang diambil oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat dalam bentuk pelaburan, bantuan dan gaji," ujar beliau.

Read more...

Tidak gentar Khairy

‘‘Saya hanya orang kampung untuk melawan nama besar seperti Khairy, tetapi itu tidak pernah membimbangkan saya,’’ kata calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin.

Beliau yang berusia 30 tahun itu bakal menentang, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bagi merebut kerusi Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac ini.

Kata Badrul Hisham, beliau tidak risau untuk bertanding dengan sesiapa pun kerana menganggap pertandingan dalam pilihan raya sebagai pertarungan untuk negara.

‘‘Ini pertarungan negara, bukan antara Badrul atau Khairy, begitu juga PKR atau Barisan Nasional (BN) tetapi pertembungan rakyat yang mahukan perubahan,” jelasnya.

Beliau juga mendakwa, PKR mempunyai pengaruhnya yang tersendiri dalam Parlimen Rembau.

Badrul mula terlibat dalam politik sejak tahun 1998 apabila menyertai perjuangan reformasi PKR.

Pada ketika itu, beliau masih menjadi guru di Sekolah Kebangsaan Mambau, dekat sini sehingga 2001.

‘‘Saya pernah ditahan dan dikenakan tindakan kerana menyertai gerakan reformasi. Saya tinggalkan kerjaya sebagai guru kerana mahu menumpukan sepenuhnya kepada politik,” jelasnya.

Read more...

Khairy Mendapat Sokongan Padu Pengundi Rembau

Oleh : Jinggo

Rembau 26 Feb – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin hari ini menghadiri Majlis Peletakan Batu Asas Masjid Baru KG. Pedas Hilir dan Penghayatan Islam Hadhari.

Acara Meletakkan Batu Asas Masjid Baru Kg Pedas hilir tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Utama Mohamad Hassan. Di Majlis yang meriah tersebut Datuk Seri Utama Mohamad Hassan mengambil kesempatan untuk memperkenalkan calon BN Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan calon N26 Chembong, ZaifulBahri Idris kepada pengundi-pengundi Rembau.

Kesempatan itu diambil supaya rakyat dapat mengenali dan beramah mesra bersama Calon BN yang baru dengan lebih dekat lagi.

Mengikut perancagan, Masjid Baru Kampung Pedas Hilir ini akan didirikan di kawasan rizab masjid. Ianya terletak di Kampung Pedas hilir, di sebelah kanan di km 4.4 jalan raya Pedas ke Linggi.

Lokasi ini juga adalah stratigik memandangkan di utara tanah tersebut adalah Institut Latihan Peindustrian (ILP), manakala ditimur dan barat tanah tersebut adalah merupakan

Di sebelah tengahari pula Khairy dan rombongannya bergerak ke Taman Kelab Tuanku untuk menghadiri Majlis Pemimpin bersama Rakyat. Tetamu terhormat yang menghadiri majlis tersebut adalah Menteri Besar Datuk Seri Utama Mohamad Hassan.

Setelah bertemu dan beramah mesra bersama rakyat dikawasan tersebut, Khairy meneruskan kempennya ke Kampung Sawah Raja.

Disebelah malam pula, Khairy berhenti solat waktu magrib di masjid Taman Tuanku Jaafar, Khairy mengambil kesempatan tersebut untuk mengenali ahli-ahli masjid dan Imam Masjid dikawasan tersebut.

Khairy juga tidak mahu melepaskan peluang untuk bertemu dan beramah mesra bersama rakyat di pasar malam Taman Tuanku Jaafar. Rata-rata peniaga pasar malam dan orang ramai menyambut kedatangannya dengan mesra. Kata Khairy dengan turut ke pasar malam adalah cara yang terbaik untuk bertemu rakyat.

Seterusnya Khairy menghadir Majlis Makan Malam yang bertempat di Dewan Orang Ramai Taman Tuanku Jaafar. Turut hadir bersama ialah calon BN N25 Paroi Datuk Zaharudin Mohd Sharif.

Ketika Khairy menyampaikan ceramah di majlis tersebut, suasana majlis bertambah ceria dan menerima tepukan padu apabila ibunya Datuk Rahmah dan isterinya Pn Nori Abdullah hadir memberi sokongan kepada beliau.

Beliau mengakhiri kempennya pada malam itu dengan melawat beberapa tempat peti undi dikawasan paroi bersama ibu dan isteri. Beliau mahu memastikan jentera-jentera akar umbi sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan berlangsung pada 8 Mac nanti.

Read more...

Khairy Sedia Menerima Teguran Dari Jentera Akar Umbi

Oleh : Jinggo

Seremban 26 mac – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin meminta orang ramai, khususnya golongan yang berpengalaman didalam bidang politik, memberi tunjuk ajar kepada beliau untuk melaksanakan tugasnya sekirannya beliau menang dalam pilihanraya umum nanti.

“Ini penting, sebagai wakil rakyat yang muda, saya memerlukan tunjuk ajar dan teguran dari orang yang lebih berpengalaman dari saya. Disini pun ramai pemimpin yang lebih berpengalam boleh membimbing untuk saya mengetahui kehendak rakyat”. Katanya ketika menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat, di Kampong Gedung Lalang, Rantau.

Beliau hadir bersama Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan yang turut padang untuk beramah mesra bersama rakyat. Turut hadir sama wakil dari MIC dan MCA.

Khairy yang juga timbalan Pengerusi Pemuda BN dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia seterusnya berkata jentera jentera dari akar umbi perlu bertindak dengan pantas untuk memastikan segala fitnah yang ditaburkan oleh pembangkang dapat diketepikan.

Pada sebelah malam Khairy dan rombongannya bergerak ke Pasar Malam Chembung untuk beramah mesra bersama penduduk tempatan. Turut hadir di pasar malam tersebut adalah isterinya Nori Abdullah.

Khairy dan isterinya disambut dengan mesra oleh peniaga – peniaga pasar malam dan penduduk – penduduk tempatan. Mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk bersalaman dan beramah mesra bersama Khairy dan isterinya.

Seterusnya belau melawat bilik gerakan diserata Rembau untuk mendegar segala masalah penduduk – penduduk tempatan dan beliau berjanji akan berusaha untuk menyelesaikan segala kesulitan yang dihadapi oleh penduduk tempatan Rembau.

Read more...

Monday, February 25, 2008

Bertanding Untuk Rakyat Bukan Calon Lawan

Oleh : Jinggo

Rembau 24 Feb – Dewan Merdeka, Majlis Daerah Rembau hari ini menjadi tumpuan orang ramai dimana Dewan tersebut menjadi pusat penamaan calon bagi Parlimen Rembau.

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai calon Barisan Nasional (BN) tiba seawal pukul 8 pagi dan berarak menuju ke Dewan Merdeka bersama lebih 5,000 penyokong BN mereka untuk mengemukakan borang pencalonan mereka.

Turut mengikuti perarakan tersebut isteri Khairy, Nori Abdullah dan ibunya, Datuk Rahmah Abdul Hamid.
Khairy, 32, yang ditentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrul Hisham Shaharin, 30, berkata beliau tidak hairan dengan serangan peribadi oleh lawannya itu.

“Niat saya ialah kepada rakyat bukan calon lawan” kata Khairy, membidas hujah Badrul, yang sebelum ini Badrul mengemukan hasrat untuk mengekori kemana sahaja Khairy akan bertanding.

Khary menyifatkan niat Badrul itu adalah salah kerana Badrul bertanding bukan untuk rakyat Rembau sebaliknya untuk mencabar Khairy dan berkemungkin besar Badrul ada menyimpan dendam pada Khairy.

Katanya lagi beliau akan turun padang bersama pemimpin tempatan untuk mendengar suara hati rakyat yang berbilang kaum.

Kawasan Parlimen mempunyai empat kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Paroi, Chembong, Rantau dan Kota dan mempunyai 62,896 pengundi berdaftar termsuk 894 pengundi pos.

Read more...

Khairy Bertanding Untuk Kerusi Perlimen Rembau

Oleh : Jinggo

REMBAU, 23 Feb - Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini beramah mesra dengan para penduduk yang menghadiri majlis tahlil dan doa selamat yang diadakan di Kampong Gadong.
Turut hadir bersama di majlis tersebut AJK bahagian Rembau Datuk Mohd Yusof dan ketua kampung Gadong yang juga imam Kampong tersebut.

Naib Ketua Pemuda UMNO itu akan dicabar calon Parti Keadilan Rakyat Badrul Hisham Sharin pada pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac ini.

Beliau berkata, tidak akan mengikut rentak pembangkang dan rakyat patut meneliti siapa sebenarnya mereka yang menjadi calon.

"Yang penting bagi saya bukan calon pembangkang tetapi pengundi di Rembau, kita jangan respons terhadap apa yang mereka buat pada kita, kita tumpukan sahaja usaha kita," kata calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Rembau ini.

Katanya, ”rakyat sendiri patut lihat calon-calon Barisan Altenatif (B.A), adakah mereka ikhlas berjuang untuk rakyat atau bertanding kerana kecewa selepas tidak mendapat sesuatu daripada kerajaan atau syarikat milik kerajaan.

Khairy berkata parti pembangkang terutamanya PAS tidak ada isu yang boleh digunakan di negeri ini dan beliau sudah bersedia untuk menerima serangan peribadi daripada calon-calon PAS ini.

Beliau berkata mereka (calon pembangkang) akan bangkit macam-macam isu dan fitnah yang diambil dari internet. Jadi rakyat boleh melihat dari situ dan tidak sukar bagi mereka untuk memilih sama dari kalangan orang yang akan membantu mereka atau yang memburukkan seseorang dalam pertandingan lagi, katanya.

Khairy berkata beliau bertanding di Rembau kerana daerah ini merupakan tempat asal usul keluarga dan orang tuanya, menyebabkan beliau berazam ingin membantu penduduk di daerah ini dan perkara itu telah pun disampaikan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Dalam pada itu, Khairy berharap penyandang kerusi di Negeri Sembilan yang digugurkan tidak menjauhkan diri dari parti dan rakyat.

"Peluang kita sebagai wakil rakyat bukan sesuatu yang menentukan kita akan kekal selama-lamanya dan ini jelas membuktikan Perdana Menteri menunaikan janji beliau bahawa wakil rakyat yang tidak dapat berkhidmat dengan cemerlang akan digantikan," katanya.



Read more...

Saturday, February 23, 2008

Khairy bertanding Parlimen Rembau




SEREMBAN 22 Feb. – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sah bertanding kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya kali ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan pula kekal bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Read more...

BN Negeri Sembilan kemuka 16 calon baru

SEREMBAN _ Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menyenaraikan 16 calon muka baru termasuk 12 daripada UMNO untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-12.
Ini termasuk Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang akan bertanding kerusi Parlimen Rembau menggantikan Datuk Firdaus Haron.

Pemilihan muka baru ini juga menyaksikan empat Exco negeri digugurkan termasuk Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, Datuk Norhayati Omar.

Turut digugurkan Penolong Setiausaha Puteri UMNO, Bibi Sherliza Mohd. Khalid (DUN Paroi).
Kuota Wanita UMNO diisi oleh Timbalan Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Zainab Nasir yang akan bertanding DUN Gemas bagaimanapun tidak ada calon daripada Puteri.

Read more...

Tiada alasan gagal – Khairy -- Perlu bukti kemampuan dalam capai kejayaan

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa, skuad negara tidak boleh memberi sebarang alasan lagi sekiranya masih gagal menyerlah dalam Kejohanan AFF Ketujuh di Indonesia dan Thailand dari 5 hingga 28 Disember ini.

Katanya, skuad negara perlu membuktikan kemampuan dalam mencapai kejayaan yang ditagih FAM dan peminat tempatan kerana mereka bakal diberikan sokongan dan pendedahan sewajarnya selain dijamin tidak akan diganggu lagi dengan jadual perlawanan Liga Malaysia musim 2007- 2008.

“Kejohanan AFF merupakan matlamat baru kami selepas pasukan diberikan dua lagi tugasan antarabangsa, Kejohanan Jemputan Antara Benua (Mei) dan Pestabola Merdeka (Ogos). Tiada alasan jika skuad negara gagal lagi kali ini,” katanya.

Khairy berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian penajaan antara FAM dan jentera pemasarannya, MSL Sdn. Bhd. dengan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd semalam.

Kecuali menjulang Pestabola Merdeka (Ogos), skuad negara mencatat pencapaian kurang memuaskan sepanjang tahun lalu antaranya dibelasah teruk dalam Piala Asia di Kuala Lumpur (Julai) dan kecundang kepada Bahrain dalam pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2010 di Manama dan Shah Alam (Oktober).

Malaysia cuma terdaya ke separuh akhir Kejohanan AFF 2007 atau dulunya Piala Tiger yang menghimpunkan pasukan handalan Asia Tenggara lain seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, Myanmar dan juara dan naib juara pusingan kelayakan, Laos dan Filipina.

Skuad negara bimbingan B. Sathianathan yang menjalani latihan pusat fasa pertama dari 3 hingga 6 Februari lalu, mengandungi 36 pemain barisan utama dan skuad bawah 23 tahun yang disaring awal daripada persembahan sepanjang Liga M sejak pertengahan November lalu.

Malah Khairy mengakui, sejumlah besar peruntukan kewangan FAM termasuk penajaan Bank Rakyat sebanyak RM1 juta itu disalurkan kepada Liga M (Liga Super, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia) dan dalam membiayai persediaan skuad negara.

“Ia turut menjadi kebimbangan utama FAM kerana baki peruntukan kewangan itu masih tidak memadai untuk membiayai pembangunan akar umbi sehingga kami perlu mendapatkan kerjasama Kementerian Pelajaran, Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata, sumbangan itu membuktikan kesungguhan mereka menyokong pembangunan bola sepak negara selepas peningkatan minat penonton dari 16.7 juta orang pada 2005 kepada 17.3 juta (2006).

Read more...

Awas pengaruh ‘kahwin cerai’ – Khairy

BERA – Rakyat diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan ‘politik kalau’ dan ‘politik kahwin cerai’ yang diamalkan oleh parti pembangkang dalam usaha meraih undi menjelang pilihan raya umum ke-12.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, ‘politik kahwin cerai’ atau perkahwinan mutaah yang diamalkan pembangkang menggambarkan mereka hanya mempergunakan antara satu sama lain pada waktu-waktu tertentu.

Menurutnya, gabungan pembangkang juga menggunakan slogan ‘politik kalau’ yang tidak boleh diterima kerana ia tidak berpijak di bumi nyata.

‘‘Walaupun parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) mempunyai pelbagai masalah dalaman, ia boleh diatasi secara bermuafakat dan bersatu padu tetapi tidak pernah bercerai seperti gabungan pembangkang,” katanya kepada para pemberita selepas melancarkan Majlis Gerak Gempur Jentera Pilihan Raya Pemuda BN dan UMNO Parlimen Bera di Dataran Bera di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Bera, Datuk Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pemuda UMNO Pahang, Datuk Khairuddin Yaakob.

Khairy berkata, amalan ‘politik kalau’ parti pembangkang yang membuat pelbagai janji jika menang pilihan raya umum akan datang, termasuk menjadikan Malaysia negara kebajikan, hanyalah janji-janji kosong.

Sebaliknya, kata Timbalan Pengerusi Pemuda BN itu, kerajaan sedia ada telah membuktikan kemampuan melaksanakan apa yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang dan ia bukan sesuatu yang sengaja diada-adakan.

Read more...

Usah sabotaj jika tak dipilih

BERA – Ahli-ahli UMNO yang membelakangkan kepentingan parti disebabkan tidak tercalon dalam pilihan raya umum ke-12 perlu ditolak daripada parti, tegas Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, tindakan merajuk atau mensabotaj parti sehingga ada yang menutup bilik gerakan merupakan satu kesalahan besar kerana ia melanggar tata etika parti.

‘‘Peraturan parti kita memang jelas, kalau ada unsur-unsur sabotaj dan kempen menentang parti, itu bertentangan dengan etika dan Perlembagaan serta semangat perjuangan parti.

‘‘Kalau ada asas, bukti dan disahkan bahawa mereka melakukan perbuatan-perbuatan ini, mereka perlu ditolak daripada parti.

“Kita tidak boleh berkompromi dalam hal ini,” kata Khairy selepas melancarkan Gerak Gempur Jentera Pilihan Raya Pemuda Barisan Nasional (BN) dan UMNO Parlimen Bera di sini hari ini.

Menurut Khairy, peringatan itu diberikan supaya ahli-ahli UMNO terutama Pemuda tidak mengulangi kesilapan yang pernah mereka lakukan pada pilihan raya lepas.

‘‘Pernah berlaku dulu, selepas penamaan calon dalam dua tiga hari pertama kempen, ada yang tutup bilik gerakan kerana merajuk tidak menjadi calon, ada unsur-unsur sabotaj dan sebagainya.

‘‘Saya dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengarahkan ahli-ahli Pemuda tidak melakukan tindakan seumpama itu,” tegas beliau.

Khairy seterusnya berkata, yang menjadi pesaing UMNO dan BN dalam pilihan raya umum bukan pembangkang tetapi masalah dalaman parti sendiri.

‘‘Inilah yang menyusahkan parti dan calon-calon kita. Walaupun kita rasa sedih, kecewa dan tidak setuju, kita mesti menyokong keputusan yang telah dibuat,” katanya.

Mengulas ‘cakap-cakap’ tentang penonjolan dirinya melebihi Hishammuddin pada majlis-majlis pelancaran jentera pilihan raya, Khairy menjelaskan, perkara tersebut sebenarnya tidak berlaku, sebaliknya beliau telah diarahkan berbuat demikian.

Read more...

Friday, February 22, 2008

‘Saya tidak mahu ulas’

SEREMBAN – Ahli Parlimen Rembau, Datuk Firdaus Harun tidak mahu mengulas sama ada beliau akan dicalonkan semula pada pilihan raya umum ke-12 ini atau memberi laluan kepada Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bertanding di kerusi berkenaan.

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau berkata, keputusan itu terserah kepada pucuk pimpinan parti dan tidak mahu perkara tersebut diperbesarkan lagi.

‘‘Saya tidak mahu ulas. Biarlah pucuk pimpinan parti yang menentukannya. Saya tidak pula bercakap untuk memberi laluan, itu tidak benar,” kata Firdaus ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagi Firdaus, sebagai wakil rakyat beliau akan mengikut apa sahaja yang diarahkan oleh parti dan akur jika parti mahukan perubahan.

‘‘Kita kena ikut arahan parti. Itu pun yang kita lakukan sebelum dan semasa menjadi wakil rakyat,” jelas Fidaus.

Penentuan calon pada kerusi Parlimen Rembau menarik perhatian umum apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan nama Khairy turut dicalonkan untuk bertanding bersama penyandang sedia ada, Firdaus dan tiga lagi nama lain.

Pada pilihan raya 2004, Firdaus menewaskan calon Pas, Dzulkefly Ahmad dengan kelebihan 18,656 undi. Firdaus memperoleh 28,664 undi berbanding Dzulkefly, 10,008 undi.

Read more...

Pembangkang bukan ancaman sebenar BN, kata Khairy

BERA — Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pembangkang bukan halangan utama kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 ini, sebaliknya ancaman sebenar parti itu ialah sekiranya wujud perpecahan dalam kalangan anggotanya.

Beliau berkata, pembangkang bukan merupakan parti yang kuat malah kekuatannya bergantung kepada individu tertentu berbanding BN yang mempunyai ramai pemimpin berkualiti.

“Pakatan pembangkang ini seperti kahwin Mutaah dan bermusim berbanding BN yang kukuh bukan sahaja pada pilihan raya malah setiap masa.

“Walaupun UMNO, MCA, MIC, PPP, Gerakan dan lain-lain kadang-kadang mempunyai masalah tetapi ia tetap boleh diatasi dan bersatu apabila menghadapi pilihan raya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gerak Gempur Jentera Pilihan Raya Pemuda BN Parlimen Bera di sini, hari ini.

Oleh sebab itu katanya, anggota BN perlu mengekalkan sikap bersatu padu dan bekerja dalam satu pasukan sekiranya mahu memenangi pilihan raya kali ini dengan jumlah undi yang besar.

Katanya, anggota BN harus membuang sikap cemburu, berpecah belah, iri hati dan berpaling tadah terutama jika tidak terpilih menjadi calon.

“Soal siapa yang dipilih menjadi calon hanya ditentukan pucuk pimpinan parti dan mereka yang melobi terutamanya di saat akhir untuk menjadi calon hanya membazir masa sahaja kerana pucuk pimpinan sudah tahu dan memerhati siapa sebenarnya yang bekerja dan akan dicalonkan,” katanya.

Mengenai calon Pemuda, Khairy berkata, pergerakan itu tidak akan mendesak atau mensasarkan bilangan tertentu sebaliknya menyerahkan perkara tersebut kepada pucuk pimpinan parti.

Katanya, Pemuda hanya mementingkan kerja-kerja jentera pergerakan itu dalam memastikan setiap calon BN menang dengan majoriti yang besar.-

Read more...

Pembangkang mimpi di siang hari

LENGGONG - Strategi pembangkang bergabung bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang tidak akan berjaya.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, walaupun parti pembangkang kononnya bersatu dalam pakatan mereka tetapi hakikatnya mereka sentiasa bertelagah kerana tiada persefahaman dan agenda perjuangan parti masing-masing yang berbeza.

"Semua pakatan yang dibuat oleh pihak pembangkang sebelum ini masih belum berjaya menunjukkan sebarang kejayaan kerana mereka tidak mampu untuk bertolak ansur bagi pembangunan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jentera Sedia Gempur BN Lenggong di Dewan Merdeka di sini hari ini.

Khairy berkata, berdasarkan senario itu, pihaknya yakin rakyat akan memilih BN semula berbanding parti pembangkang yang hanya kerap menabur janji manis hingga memakan diri sendiri.

Beliau berkata, walaupun senario itu lebih memihak kepada BN untuk mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum akan datang, beliau tetap menegaskan bahawa BN tidak akan mengambil ringan ancaman parti pembangkang.

Katanya, usaha meningkatkan persiapan jentera pilihan raya di seluruh negara sedang giat dijalankan bagi memastikan BN tidak leka dengan kewujudan parti-parti pembangkang.

"Kita tidak pandang ringan (ancaman pembangkang) dan kita akan pastikan kemenangan besar calon BN tetapi dalam soal pembangkang ini, saya rasa mereka hanya mimpi di siang hari termasuk kononnya akan menang besar.

"Saya percaya apa yang dibuat oleh parti pembangkang itu cuma satu propaganda dan sekarang mereka sudah mula termakan dengan mimpi-mimpi indah mereka sendiri," ujar beliau.

Sementara itu, Khairy dalam ucapannya menegaskan, jentera Gerak Gempur Pemuda BN mesti turun padang bagi mematahkan segala dakyah dan fitnah yang ditaburkan pembangkang kepada rakyat sebelum ini.

Katanya, isu kenaikan harga barang dan minyak umpamanya mesti dijelaskan sebaik mungkin berdasarkan usaha keras kerajaan bagi mengawal situasi tersebut.

Beliau berkata, antara langkah yang telah diambil kerajaan ialah dengan mengekalkan subsidi petroleum hingga menjadikan harga minyak di negara ini paling murah di Asia Tenggara.

"Bagi kenaikan harga barangan pula, kerajaan telah mewujudkan stok penimbang dengan membeli barangan asas seperti beras, minyak masak dan gula, jadi bila ada kekurangan bekalan kita akan keluarkan stok supaya harga produk itu stabil," katanya.

Read more...

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

KEDUDUKAN Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam pilihan raya umum ke-12 nanti menarik perhatian ramai.

Apakah beliau akan bertanding? Itulah persoalan yang menjadi cakap-cakap politik menjelang pilihan raya, yang dijangka diadakan sedikit masa lagi.

Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan mencalonkan Khairy untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Rembau dengan mengambil kira kapasiti beliau sebagai Ketua Pemuda bahagian tersebut.

Pada Awang, Khairy cukup layak untuk bertanding atas rekod dan potensi yang beliau perlihatkan sebagai pemimpin masa depan. Lebih-lebih lagi, beliau adalah orang nombor dua Pergerakan Pemuda UMNO.

Soal beliau menantu Perdana Menteri, tidak sepatutnya dijadikan isu. Soal usianya yang muda iaitu 32 tahun, juga bukan halangan. Akan ada saban masa calon muda yang berkebolehan diketengahkan.

Tidak silap Awang, Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak mula bertanding pada usia 23 tahun.

Begitu juga beberapa tokoh lain antaranya Rahim Thamby Chik berusia 28 tahun; Isa Samad pada usia 30 tahun dan Muhyiddin Yassin ketika berumur 31 tahun.

Awang – Pilih kerana merit.

Read more...

Thursday, February 14, 2008

'Pade Doh!' 18 tahun



SEBAR PEMBAHARUAN: Khairy bersama Pemuda Umno Kelantan melaungkan slogan Pade Doh! pada sidang media di Kuala Lumpur.

Pemuda sasar golongan muda pulang mengundi: Khairy

KUALA LUMPUR: Pemuda Barisan Nasional (BN) yakin golongan muda di Kelantan akan menolak kepemimpinan Pas yang selama ini gagal membawa sebarang kemajuan, walaupun selepas 18 tahun memerintah negeri itu.

Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin, berkata 'mood perubahan' itu sedang melanda Kelantan, terutama di kalangan generasi muda, sekali gus menerbitkan keyakinan BN mampu merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang.

Justeru, beliau yang juga Naib Ketua Pemuda Umno berkata, Pemuda BN akan menggunakan dua strategi iaitu dengan menyediakan Bilik Gerakan 'Pakat Kelik Ngundi' (pakat balik mengundi) yang ditujukan kepada golongan muda Kelantan yang tinggal di luar Kelantan dan pengenalan slogan 'Pade Doh!' yang bermaksud cukup lah 18 tahun PAS memerintah negeri itu.

"Sudah cukuplah Pas memerintah, tiada perubahan pun yang dibawa. Cukuplah 18 tahun menabur janji kosong, rasuah, curi balak. Demi masa depan mereka (rakyat Kelantan), cuba buat perubahan sekali. "

Kita lihat apa yang kita (BN) boleh buat di Kelantan dan bandingkannya. Jangan 18 tahun pilih orang yang sama, pemimpin sama, Menteri Besar sama.

Ini satu gelombang besar yang akan melanda dan sampai ke rakyat Kelantan," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata, gerakan 'Pakat Kelik Ngundi' itu akan menggalakkan kira-kira 50,000 pengundi muda negeri itu berada di luar Kelantan, pulang mengundi pada hari pengundian kelak.

"Golongan muda ini mempunyai pengaruh, berpengetahuan tinggi dan akan bercerita kepada orang tua, saudara-mara dan pengundi lain, maka jika mereka ini mahu perubahan saya percaya pengundi lain akan turut serta," katanya.

Beliau menjelaskan, bilik gerakan ditubuhkan di ibu kota kerana lebih 30,000 pengundi negeri berada di luar Kelantan, tinggal di Lembah Klang.

Justeru, penubuhan bilik gerakan di ibu pejabat Pemuda Umno di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, itu juga akan membantu mereka mendapatkan semua maklumat yang diperlukan dengan menghubungi talian 03-40439517 atau 012-7527775/0172631455.

Selain itu, Khairy berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan BN dan Pemuda Kelantan untuk memastikan bukan mereka saja yang balik mengundi, tetapi juga rakan dan keluarga masing-masing juga pulang ke Kelantan untuk mengundi.

"Ini penting kerana banyak kerusi yang dimenangi Pas pada Pilihan Raya Umum 2004 dengan majoriti kecil dan jika pengundi luar diberi tumpuan saya percaya Kelantan boleh ditawan pada tahun itu," katanya.

Beliau berkata, semua kelemahan dan kekurangan yang berlaku pada Pilihan Raya Umum 2004 akan diatasi untuk memastikan lebih ramai yang pulang ke Kelantan untuk mengundi.

Sementara itu, beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa bagi mewujudkan beberapa cadangan untuk golongan muda Kelantan yang khusus jika BN menang di negeri berkenaan.

"Ini merangkumi agama, sukan, sosial dan peluang ekonomi. Kita nak tumpukan cadangan khusus yang diperjuangkan Pemuda BN jika Kelantan kembali ditawan BN," katanya.

Read more...

Wednesday, February 13, 2008

Saya akur sama ada terpilih atau tidak: Khairy

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti berhubung penyenaraian namanya sebagai antara lima calon yang dipertimbangkan untuk bertanding kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum akan datang.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Rembau berkata, beliau tidak mahu membuat sebarang komen mengenai perkara itu kerana pihaknya akan sentiasa akur terhadap sebarang keputusan yang dibuat pucuk pimpinan.

“Saya akan tunggu keputusan pucuk pimpinan dan tidak mahu memberi sebarang komen berdasarkan andaian,” katanya selepas majlis memeterai perjanjian penajaan antara Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) dengan Malaysia Super League Sdn Bhd (MSL) di sini, semalam.

Pada majlis itu, Bank Rakyat diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat dan Pengurus Besar Perkhidmatan Korporatnya, Datuk Rosely Samsuri manakala MSL diwakili Khairy selaku Pengerusinya dan Setiausaha Agungnya, Jen (B) Datuk Azzudin Ahmad.

Khairy yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diminta mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengesahkan beliau adalah antara lima nama yang disenaraikan sebagai calon awal kerusi itu.

Mohd Hasan yang juga Ketua Umno Bahagian Rembau dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan berkata, turut termasuk dalam senarai lima calon awal itu ialah penyandang kerusi Parlimen itu, Datuk Firdaus Muhammad Rom Harun.

Menteri Besar itu berkata, keputusan meletakkan nama Khairy itu dibuat selepas mendapat persetujuan Umno bahagian Rembau yang mengambil kira jawatan politiknya di Rembau serta pada peringkat Umno Pusat.

Terdahulu pada majlis itu, Kamaruzaman berkata, penajaan RM1 juta oleh Bank Rakyat itu turut membabitkan untuk Liga Super, Liga Perdana dan Piala FA.

“Kita harap penajaan ini dapat memberikan keyakinan baru kepada sukan bola sepak negara dan menggalakkan lagi pembabitan syarikat swasta dalam bidang sukan. Dengan penajaan ini, kita berharap dapat memberikan suntikan baru kepada pasukan pada musim ini,” katanya.

Read more...

‘Terserah kepada pucuk pimpinan’

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyifatkan tindakan Pemuda Umno bahagian Rembau mencalonkannya untuk bertanding kerusi Parlimen itu sebagai amalan biasa dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti bagi membuat keputusan.

Katanya, amalan mencalonkan individu tertentu bagi kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah perkara biasa kerana setiap bahagian akan mengemukakan lima nama untuk pertimbangan pemimpin parti.

“Ini cerita lama yang berlaku dua bulan lalu ketika mesyuarat Pemuda Umno Bahagian Rembau, seperti mana juga dilakukan bahagian lain.

“Pada 2004 pun nama saya disenaraikan sebagai bakal calon untuk Parlimen Rembau tetapi saya tak jadi calon. Jadi, pada saya, ini bukan benda luar biasa atau akan menjamin apa-apa, ini semua hanya perkara biasa.

“Pada akhirnya keputusan di tangan pucuk pimpinan tertinggi parti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah MCA terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina di Wisma MCA, di sini kelmarin.

Sementara itu, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika ditanya mengenai pencalonan menantunya, enggan memberi sebarang komen.

“Pada waktu ini, saya tidak komen pencalonan sesiapa pun,” katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina parti Gerakan di Menara PGRM, kelmarin.

Rabu lalu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata nama Khairy dicalonkan Umno Bahagian Rembau untuk bertanding kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum akan datang.

Selain Khairy, penyandang jawatan itu, Datuk Firdaus Harun, turut dicalonkan Umno bahagian terbabit selain tiga lagi nama untuk pertimbangan Badan Perhubungan Umno negeri sebelum dihantar ke Umno Pusat.

Difahamkan, keputusan itu dibuat berdasarkan kedudukan beliau selaku Naib Ketua Pemuda Umno dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Rembau.

Mohamad Hasan, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan dan Ketua Umno Bahagian Rembau, berkata Khairy layak dicalonkan.

Bagaimanapun, beliau berkata walaupun bahagian itu mencalonkan Khairy yang juga Ketua Pemuda Rembau, keputusan mutakhir terletak pada pucuk pimpinan parti.

Dalam pada itu, Khairy, bagi pihak Pemuda Barisan Nasional (BN) mengucapkan terima kasih kepada golongan muda masyarakat Cina atas sokongan berterusan mereka kepada BN.

“Saya sempat berjumpa dengan pelbagai lapisan golongan muda Cina pada majlis ini dan mereka rata-rata menyatakan sokongan penuh terhadap BN.

“Kami (BN) berbesar hati dengan semangat perpaduan dan setia kawan yang ditunjukkan dan menjangkakan sambutan menggalakkan sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Pemuda BN, Selasa ini, di Subang Jaya,” katanya.

Read more...

FAM tumpu bangunkan belia

Selama ini badan induk bola sepak itu hanya beri keutamaan kepada Liga M

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) kini mahu memberi lebih tumpuan terhadap pembangunan peringkat belia serta skuad kebangsaan, bukan lagi hanya memberi tumpuan kepada Liga M yang menjadi pendekatan badan induk itu sebelum ini.

Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin mengakui masih banyak lagi usaha perlu dilakukan bagi mewujudkan pembangunan belia yang efektif selain daripada tumpuan kepada skuad kebangsaan.

“Sebelum ini FAM lebih banyak memberi tumpuan terhadap Liga M dan kurang tumpuan terhadap pembangunan peringkat belia dan skuad kebangsaan. Pendekatan seperti itu harus diubah kini.

“Pencapaian bola sepak negara dinilai menerusi pencapaian skuad senior kebangsaan dan bukannya liga tempatan. Kerana itu tumpuan wajar diberikan kepada pembangunan belia dan skuad kebangsaan.

“Ketika ini, kami berada di ranking 164 yang menghampiri dasar ranking dunia,” kata Khairy pada sidang media sempena majlis tajaan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) semalam.

Khairy juga mengesahkan FAM kini mengadakan perbincangan di peringkat akhir bersama Kementerian Pelajaran, bagi membolehkan kementerian itu mengambil alih pengurusan Akademi Bola Sepak Negeri.

“Kami ingin menyelaraskan Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) dan akademi di mana Kementerian Pelajaran akan memainkan peranan penting manakala kami akan tetap memberi sokongan teknikal.

“FAM mencadangkan satu sekolah dari setiap negeri dijadikan sekolah projek, dan perkara ini sudah saya bincangkan dengan Datuk Seri Hishammuddin Hussien (Menteri Pelajaran) dan kami tunggu pengumuman rasmi mengenai perancangan ini tidak lama lagi,” katanya.

Sementara itu, Khairy menyambut baik tajaan bernilai RM1 juta daripada Bank Rakyat kepada FAM yang bertujuan untuk penganjuran Liga Super, Liga Perdana dan Piala FA.

Beliau juga menyuarakan keyakinan saingan bola sepak tempatan masih mempunyai tempat di hati peminat tempatan, walaupun ia kini kerap dibayangi populariti Liga Perdana Inggeris.

“Sebenarnya sudah terdapat peningkatan daripada jumlah penonton yang menyaksikan perlawanan Liga Super sejak dua musim lalu. Di Kedah, tidak kurang daripada 20,000 penonton datang menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan itu.

“Ini membuktikan minat terhadap bola sepak tempatan sudah kembali tercetus dan saya yakin bola sepak tempatan masih mempunyai nilai pemasarannya tersendiri, ” kata Khairy yang juga Pengerusi Liga Super Malaysia (MSL).

MSL kini sudah berjaya mengumpul jumlah tajaan bernilai RM30 juta berbanding sebanyak RM15 juta sahaja musim lalu.

Read more...

Kejohanan AFF sasaran bola sepak negara

SASARAN utama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) buat skuad senior kebangsaan tahun ini ialah Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) yang akan diadakan pada Disember depan dan mereka yang terbabit akan bertanggungjawab sekiranya pasukan itu gagal.

Ketegasan itu disuarakan Timbalan Presiden FAM merangkap pengurus skuad kebangsaan, Khairy Jamaluddinn yang juga mengharapkan jurulatih negeri dan kelab memastikan setiap pemain mereka yang dipanggil ke skuad kebangsaan berada pada tahap kecergasan terbaik.

“AFF adalah kejohanan utama kami untuk musim ini dan sasaran buat skuad kebangsaan ialah layak ke perlawanan akhir. Jika gagal, semua yang terbabit harus menerima kesan kegagalan itu.

“Namun, saya mengharapkan kerjasama daripada jurulatih negeri dan kelab untuk memastikan pemain mereka yang terpilih ke skuad kebangsaan berada pada kecergasan terbaik. Jurulatih kebangsaan (B Sathianathan) hanya mempunyai masa dua minggu setiap kali skuad kebangsaan dihimpunkan.

“Ini menimbulkan kesukaran baginya untuk memastikan pemain berada pada kecergasan terbaik ketika itu kerana dia juga harus menumpukan perhatian terhadap aspek teknikal lain.

“Pemain harus mempunyai asas kecergasan yang baik dan di sini jurulatih negeri dan kelab wajar memainkan peranan,” kata Khairy.

Sekiranya jurulatih negeri dan kelab gagal memberi kerjasama, Khairy tidak menolak kemungkinan untuk tetap memanggil pemain kebangsaan walaupun di tengah-tengah kesibukan saingan domestik.

Difahamkan, terdapat beberapa pemain kebangsaan melapor diri dengan tahap kecergasan kurang memuaskan ketika latihan pusat di Wisma FAM baru-baru ini.

Sementara itu, Sathianathan berkata persiapan skuad senior kini akan hanya bermula pada Jun ekoran kepadatan jadual Liga M dan dia sudah mengenal pasti sekurang-kurangnya 12 perlawanan antarabangsa buat skuad kebangsaan sebelum menghadapi Piala AFF di Indonesia dan Thailand.

“Kami akan beraksi dalam sekurang-kurangnya 12 perlawanan antarabangsa, dan ia juga termasuk Pestabola Merdeka yang akan membabitkan skuad senior dan skuad B kebangsaan.

“Selain itu, pemain-pemain bawah 23 tahun pula akan dihimpunkan untuk menghadapi Kejohanan Antara Benua yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada Mei ini.

“Saya yakin ia akan memberi pendedahan antarabangsa mencukupi buat pemain menjelang pembentukan skuad ke Piala AFF, ” kata Sathianathan.

Read more...

NASIONAL Khairy tersenarai antara calon Parlimen Rembau

SEREMBAN: Umno Negeri Sembilan menyenaraikan Khairy Jamaluddin sebagai antara lima nama yang dipilih menjadi bakal calon untuk bertanding kerusi Parlimen Rembau dalam pilihan raya umum akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri, berkata perkara itu dibincang dan dipersetujui Umno bahagian Rembau atas kapasiti Khairy sebagai Ketua Pemuda Umno bahagian selain kedudukannya sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno.

“Lima nama disenaraikan sebagai calon bagi Parlimen Rembau, termasuk Khairy dan penyandang jawatan (Datuk Firdaus Muhammad Rom Harun)," katanya tetapi enggan mendedahkan nama tiga lagi nama yang turut termasuk dalam senarai itu.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri, di sini semalam, beliau yang juga Ketua Umno Rembau, berkata lima nama dicalonkan untuk setiap kerusi yang bakal ditandingi Umno.

“Soal siapa terpilih sebagai calon akhir terserah kepada pucuk pimpinan parti. Tugas kita pada peringkat negeri adalah mendapatkan senarai nama yang dicadangkan untuk proses berkaitan seperti pemeriksaan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan pihak lain," katanya.

Khairy sebelum ini dicabar Pas supaya mengisytiharkan bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya, tetapi beliau yang juga Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) menyatakan provokasi pembangkang itu tidak perlu dilayan.

Sebelum ini, Khairy juga enggan mengulas apabila ditanya sama ada beliau akan bertanding pada pilihan raya umum kali ini.

Parlimen Rembau diwujudkan selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2004 dan dimenangi Firdaus yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Rembau menewaskan calon Pas dengan majoriti 18,656 undi.

Sementara itu, Mohamad berkata walaupun Negeri Sembilan adalah negeri yang disifatkan sebagai selamat untuk BN, ia bukan alasan untuk parti berasa selesa, sebaliknya perlu bekerja keras bagi memastikan kemenangan 100 peratus.

“Sebab itu, kita letakkan semua kerusi yang dimenangi BN dengan majoriti undi rendah sebagai kawasan kritikal dan berusaha menyelesaikan sebarang isu. Kita kalah kerusi DUN Lobak kepada DAP pada 2004 kerana isu Pasar Besar Seremban dan Perkuburan Cina Jalan Lee Sam yang dilapor akan dipindahkan.

“Bagaimanapun, dua isu itu sudah diselesaikan. Kita bukan saja kekalkan Pasar Besar Seremban, malah membelanjakan hampir RM10 juta untuk kerja naik taraf. Perkuburan Cina juga tidak dipindahkan,” katanya.

Isu setinggan di DUN Temiang yang diwakili MCA dan turut menjadi sasaran DAP juga akan diselesaikan dengan cadangan menempatkan mereka di kawasan lapang sasar milik Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) yang akan digantikan lapang sasar kerajaan negeri di Mantin yang kurang diberi perhatian.

Read more...

Tolak ‘politik kalau’ parti lawan: Khairy

BERA: Umno yakin rakyat tidak akan mudah terpengaruh dengan strategi ‘politik kalau’ atau ‘politik kahwin cerai’ yang sering digunakan serta menjadi amalan parti pembangkang dalam usaha meraih undi setiap kali menjelang pilihan raya.

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata pendekatan itu dan ‘politik kahwin cerai’ atau ‘politik kahwin muta`ah’ yang diamalkan pembangkang menggambarkan mereka hanya mempergunakan satu sama lain hanya apabila perlu.

“Politik ‘kalau’ yang digunakan pembangkang pula tidak boleh diterima kerana jelas janji yang cuba ditabur kepada rakyat tidak berpijak di bumi nyata. Walaupun Barisan Nasional (BN) dan parti komponennya kadang kala mempunyai masalah dalaman, ia berjaya diatasi secara muafakat.

“Ikatan yang terjalin dalam BN kekal utuh sejak dulu dan tidak pernah bercerai seperti kerjasama gabungan pembangkang,” katanya berucap melancarkan Majlis Gerak Gempur Jentera Pilihan Raya Pemuda BN dan Umno Parlimen Bera di Dataran Bera di sini, semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen Bera, Datuk Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pemuda Umno Pahang, Datuk Khairuddin Yaakob.

Khairy yang juga Timbalan Pengerusi Pemuda BN berkata, amalan politik ‘kalau’ pembangkang yang membuat pelbagai janji jika memenangi pilihan raya umum akan datang, termasuk menjadikan Malaysia negara kebajikan hanyalah janji kosong dan basi.

“Kerajaan yang dipimpin BN membuktikan kemampuan melaksanakan apa yang dibangkitkan pembangkang dan ia bukan sesuatu yang sengaja diada-adakan. Apa yang dijanjikan BN, janji hakiki. Kita tunaikan janji kita dan itulah kekuatan BN,” katanya.

Beliau berkata, gabungan pembangkang tidak mampu menandingi keupayaan BN yang selama ini terbukti berjaya membawa pembangunan menyeluruh kepada rakyat dan itulah sebabnya ia mendapat sokongan rakyat untuk memimpin negara.

“Pembangkang pula terpaksa bergantung pada individu seperti Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Nik Aziz (Datuk Nik Aziz Nik Mat) dan DAP pula Lim Kit Siang tetapi dalam Umno dan BN, pemimpin kita silih berganti, patah tumbuh hilang berganti,” katanya.

Khairy berkata, pembangkang sebenarnya bukan halangan utama kepada BN pada Pilihan Raya Umum ke-12 ini, sebaliknya ancaman sebenar parti itu ialah sekiranya wujud perpecahan dalam kalangan anggotanya sendiri.

Sehubungan itu katanya, BN perlu mengekalkan sikap bersatu padu dan bekerjasama dalam satu pasukan jika mahu memenangi pilihan raya kali ini dengan jumlah undi yang besar.

Katanya, anggota BN juga harus membuang sikap cemburu, berpecah belah, iri hati dan berpaling tadah terutama jika tidak terpilih menjadi calon.

“Soal siapa yang dipilih menjadi calon hanya ditentukan pucuk pimpinan parti dan mereka yang melobi terutama di saat akhir untuk menjadi calon hanya membazir masa saja kerana pucuk pimpinan sudah tahu dan memerhati siapa sebenarnya yang bekerja dan akan dicalonkan,” katanya.

Terdahulu, kehadiran Khairy yang diiringi Ismail Sabri dan Khairuddin disambut oleh kira-kira 600 anggota bermotosikal Pemuda parti komponen BN dan 20 kenderaan pacuan empat roda di Dataran Bera.

Sementara itu, beliau meminta ahli Umno tidak berkecil hati, merajuk atau membelakangkan kepentingan parti jika tidak tercalon bagi bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.

Katanya tindakan merajuk atau cuba mensabotaj parti sehingga ada yang menutup bilik gerakan adalah satu kesalahan besar yang melanggar etika dan disiplin serta berkemungkinan ditolak daripada parti.

"Parti kita memang jelas, kalau ada unsur-unsur sabotaj, kempen menentang parti atau calon parti, ia bertentangan dengan etika serta semangat perjuangan parti.

"Jika ada asas, bukti yang kukuh dan disahkan melakukan perbuatan terbabit, mereka perlu ditolak daripada parti. Kita tidak boleh berkompromi dalam hal ini," katanya.

Khairy berkata, peringatan itu diberikan supaya ahli Umno khususnya Pemuda tidak mengulangi kesilapan yang pernah berlaku pada pilihan raya sebelum ini.

Read more...

Menjelang Pilihan Raya: BN boleh menang besar

LENGGONG: Barisan Nasional (BN) dijangka mencatat kemenangan besar sekali lagi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 nanti kerana parti itu diterima seluruh rakyat berbanding pembangkang yang mempunyai kekuatan di kawasan tertentu saja.

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata pembangkang hanya memiliki kekuatan yang terhad dan diterima di kawasan tertentu, misalnya Pas yang mempunyai pengaruh di Kelantan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuma di Permatang Pauh, Pulau Pinang, manakala DAP hanya di kawasan Lembah Kinta, Perak.

"Kekuatan serta penerimaan mereka hanya di kawasan tertentu dan terhad, jadi mereka (pembangkang) tidak mampu untuk membawa perubahan kepada rakyat.

"BN diterima rakyat di setiap negeri dan akan mengulangi kemenangan besar dan mampu meneruskan agenda pembangunan negara," katanya pada sidang media selepas melancarkan Jentera Gerak Gempur Pemuda BN Bahagian Lenggong di Dewan Merdeka di sini semalam.

Khairy yang juga Timbalan Pengerusi Pemuda BN berkata, kekuatan pembangkang di negara ini sejak dulu tidak menjadi ancaman serius kepada parti yang memerintah berbanding di negara lain seperti Amerika Syarikat yang memiliki dua parti yang mempunyai kekuatan seimbang dan bila-bila masa mampu memenangi pilihan raya.

Katanya, walaupun BN mampu mengulangi kemenangan besar pada pilihan raya nanti, jentera pilihan raya BN pada semua peringkat tidak boleh memandang ringan, malah harus bekerja keras mulai sekarang sehingga diumumkan kemenangan kepada calon BN yang bertanding.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berkata, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi `meniup wisel' menandakan hampir tiba masa pembubaran Parlimen, beliau percaya semua jentera pilihan raya, khususnya Pemuda BN sudah berada dalam keadaan bersiap sedia.

Katanya, sekiranya semangat serta kerja kuat Pemuda BN seperti ditunjukkan sekarang dikekalkan sehingga hari pengundian di semua bahagian di seluruh negara, beliau percaya BN mampu mengekalkan kemenangan dengan majoriti besar.

"Pemuda BN jangan takut berdepan kejian dan penghinaan pihak pembangkang kerana majoriti rakyat di seluruh negara tetap akan memberikan sokongan kepada BN berikutan keyakinan kepada kemampuan kerajaan yang terbukti selama memerintah negara.

"Konsep perkongsian kuasa diamalkan BN sejak dulu berjaya membawa negara ini membangun dalam keadaan aman,” katanya.

Read more...

Generasi muda perlu sokong BN

SEREMBAN: Generasi muda perlu menyokong dan mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang bagi memastikan masa depan golongan itu terus diberi keutamaan dalam agenda perdana negara.

Ketua Pergerakan Pemuda BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata sokongan itu juga sebagai penghargaan untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana berani dan sentiasa memberi keutamaan kepada golongan itu dalam setiap agenda yang digariskan kerajaan.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sebagai contoh Perdana Menteri sentiasa menyokong pelbagai program yang dirancang kementerian, terutama dalam membangunkan modal insan demi masa depan negara yang lebih gemilang.

"Semua bentuk pelaburan, komitmen, keberanian dan kesungguhan Perdana Menteri kepada golongan muda bukan untuk beliau kerana bidang pendidikan seperti yang kita ketahui memerlukan masa yang panjang untuk menuai hasil.

"Sebaliknya, semua yang dilakukan Perdana Menteri itu atas rasa tanggungjawab yang ikhlas dan tulus demi masa depan generasi muda negara. Jadi, amat malang jika generasi muda tidak menghargainya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Jentera Sedia Gempur Pilihan Raya dan Skuad Banteras Dadah Pergerakan Pemuda BN Negeri Sembilan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), di sini semalam.

Majlis disempurnakan Pengerusi BN negeri yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Hadir sama Timbalan Pengerusi Pergerakan Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.

Hishammuddin bagaimanapun tetap yakin generasi muda, termasuk penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) akan terus menyokong dan memberi mandat kepada BN walaupun cuba dipengaruhi pembangkang dengan pelbagai dakyah dan fitnah.

"Kita mempunyai pendekatan dan strategi khusus bagi menghadapi isu yang diputar belit pembangkang. Jentera gerak gempur kita juga akan menggempur habis-habisan kubu pembangkang bagi memastikan kemenangan selesa BN," katanya.

Sementara itu, Mohamad dalam ucapannya meminta pemuda BN bersatu dan mengatur strategi terlebih dahulu sebelum membuat gempuran bagi mengelakkan tersilap langkah dan terperangkap dalam permainan parti pembangkang.

"Jangan kita nampak hebat di luar tapi kalah dalam medan pertempuran akibat salah strategi. Ramai pengundi muda di luar sana dan kita harus dekati mereka supaya mereka tidak dipengaruhi pembangkang, sebaliknya menyokong BN," katanya.

Read more...

Tuesday, February 5, 2008

Formula sudah siap -- Ramuan tiga dalam satu pulih ‘penyakit’ bola sepak Malaysia

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapat formula suntikan tambahan ‘tiga dalam satu’ untuk memulihkan mutu bola sepak negara apabila ditawarkan kepakaran daripada kelab terkemuka Belanda, Ajax Amsterdam.

Tidak cukup dengan itu, bekas bintang Liverpool yang juga bekas pemain antarabangsa Wales, Ian Rush akan mengasuh pemain posisi penyerang.

Malah, jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan akan diberi pendedahan mengenai sistem latihan dan persediaan pasukan utama Manchester United selama dua minggu di Old Trafford.

Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin pula dilantik sebagai pengurus pasukan kebangsaan.

Tawaran terbaru itu muncul selepas FAM memohon bantuan kepakaran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk meningkatkan bola sepak negara, kelmarin.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad berkata, kepakaran dari kelab profesional Belanda itu merupakan tawaran daripada Gifted Group Limited (GGL), penganjur Kejohanan Piala Juara-Juara Kelab Belia (CYC) tahun lalu.

‘‘Selain kepakaran untuk bola sepak negara, FAM juga diberi keistimewaan mencadangkan pemain kita supaya ditempatkan untuk menjalani latihan bersama mereka,’’ katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco FAM di sini, semalam.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah.

Bantuan

Mengenai bantuan FIFA, Redzuan berkata, Jawatankuasa Teknikal FAM akan mengadakan pertemuan dengan FIFA untuk mengkaji bentuk kepakaran yang amat diperlukan oleh Malaysia.

Selain FIFA dan Ajax Amsterdam, katanya, FAM juga mengundang bekas penyerang terkenal Liverpool dan Wales, Ian Rush khusus bagi melatih pemain di posisi penyerang.

Katanya, usaha itu bagi mengatasi masalah ketiadaan penyerang berbisa sama ada untuk skuad kebangsaan mahupun liga tempatan.

Jelasnya, ketiadaan penyerang berbisa sngat ketara apabila pasukan Malaysia gagal melakukan penyudah tajam pada Sukan SEA Korat, Disember lalu sehingga gagal ke separuh akhir.

‘‘Ian Rush akan mengadakan sesi klinik selama tiga hari dan FAM meminta setiap pasukan liga menghantar pemain penyerang mereka untuk menimba kepakaran daripada pemain itu.

‘‘Sathianathan pula akan melihat, memantau dan diberi taklimat mengenai sistem latihan pasukan Manchester United.

‘‘Pendedahan di peringkat tinggi itu diharap dapat membantu beliau meningkatkan persembahan skuad bimbingannya,’’ tegasnya.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin berkata, pasukan bawah 23 tahun kebangsaan berpeluang menimba pengalaman berguna menentang pasukan handalan dunia seperti Brazil dan Itali pada Kejohanan Antara Benua di Kuala Lumpur pada 12 hingga 25 Mei ini.

‘‘Saya berterima kasih kepada Sultan Ahmad Shah melantik saya sebagai pengurus skuad kebangsaan.

‘‘Sementara itu, kejohanan itu akan disertai oleh pasukan Olimpik dari tujuh negara peserta iaitu Brazil, Itali, Afrika Selatan, Mexico, Emriah Arab Bersatu (UAE), Jepun dan China,’’ katanya.

Khairy turut mengumumkan kejohanan CYC akan kembali menemui peminat tanah air yang melibatkan pasukan Bawah 19 Tahun kebangsaan di Kuala Lumpur pada 16 hingga 29 Ogos.

Read more...

Jangan terpengaruh dakyah pembangkang

TAWAU 3 Feb. – Pergerakan Pemuda UMNO yakin generasi muda di Sabah tidak akan terpengaruh dengan tohmahan dan isu-isu yang dibangkitkan oleh parti pembangkang.

Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, ini kerana tohmahan dan isu-isu yang diutarakan itu jelas tidak berasas, selain hanya mahu memancing undi pada pilihan raya akan datang.

“Kita lihat perkara yang dimainkan oleh pembangkang di Sabah tidak akan mempengaruhi undi golongan muda dan isu-isu itu langsung tidak digeruni Pemuda UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau, di sini hari ini, selepas melakukan lawatan kerja selama dua hari di Semporna dan Tawau sejak semalam.

Beliau berkata, golongan muda di Sabah bijak menilai perkara yang sebenarnya dan sekali-kali tidak akan terpengaruh dengan taktik kotor pembangkang yang memainkan isu-isu sensitif.

Bagaimanapun kata Khairy, satu-satunya isu sensitif yang perlu diberi perhatian oleh Pemuda UMNO ialah perkara yang boleh menjejaskan integriti dan hubungan antara kaum di negeri ini.

Read more...

Sentimen antiperpaduan nasional amat bahaya, kata Khairy

TAWAU, 3 Feb — Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, sentimen antiperpaduan nasional yang dimainkan oleh parti pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meraih sokongan di Sabah menjelang pilihan raya akan datang amat bahaya.

Sentimen seumpama itu katanya, boleh merenggangkan hubungan baik antara rakyat Sabah dan negeri-negeri lain di negara ini.

“Nampaknya PKR memainkan isu politik yang tidak sihat iaitu antiperpaduan nasional. Pendekatan ini harus ditolak oleh rakyat Sabah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Khairy berada di Sabah bagi melancarkan kursus intensif gerak kerja pilihan raya Pemuda Umno Sabah di Semporna semalam.

Naib Ketua Pemuda Umno menasihatkan para pengundi khususnya golongan muda supaya tidak terpedaya dengan taktik pembangkang yang hanya pandai menabur janji kosong bagi meraih sokongan.

Read more...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP