Wednesday, December 26, 2007
Kegagalan skuad bola sepak di Sukan SEA bukan total – Khairy
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Khairy Jamaluddin berkata, kegagalan skuad kebangsaan pada Sukan SEA tidak harus dianggap kegagalan total, sebaliknya beliau percaya masih ada faedah jangka panjang yang telah dikutip pasukan negara daripada penyertaan di Korat.
Menurut Khairy, terdapat 16 pemain sama ada dalam skuad Sukan SEA mahu pun skuad latihan yang masih layak untuk beraksi pada Temasya di Laos 2009.
Katanya, sebahagian besar daripada pemain muda yang akan menyarung jersi Malaysia dua tahun dari sekarang sudah memiliki pengalaman Sukan SEA, sekali gus mampu menjanjikan aksi yang lebih mantap.
Temasya Sukan SEA mewajibkan setiap negara menghantar skuad bawah 23 tahun.
Antara tonggak utama skuad Sukan SEA 2007 yang masih layak mewakili negara di Laos adalah pasangan kembar, Mohd. Aidil Zafuan dan Mohd. Zaquan Abdul Razak, Syafiq Rahim, Syed Adney, Norsharul Talaha, Mohd. Bunyamin Omar, Mohd. Amirulhadi Zainal, Mohd. Khyril Muyameen, Shahurain Abu Samah, Mohd. Farizal Marlias dan Tengku Quyumm.
Lima pemain yang gagal mendapat tempat dalam pasukan tahun ini tetapi masih layak beraksi dua tahun dari sekarang ialah Mohd. Sabree Abu, K. Thanaraj, Jazarin Jamaluddin, Abdul Manaf Mamat dan Ahmad Azlan Zainal.
Penyertaan
‘‘Kita tidak harus cepat mengatakan bahawa penyertaan di Korat adalah satu kegagalan kerana masih terdapat beberapa aspek yang memberi keuntungan jangka panjang,’’ kata Khairy pada sidang akhbar skuad bawah 19 tahun kebangsaan di Wisma FAM, semalam.
Menurut Khairy lagi, beliau sudah pun menyediakan laporan mengenai prestasi keseluruhan skuad kebangsaan di Sukan SEA dan akan diserahkan kepada Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah.
‘‘Saya sudah menerima laporan daripada jurulatih (B. Sathianathan) dan pada masa yang sama saya juga menyediakan laporan saya sendiri.
‘‘Kita jangan melihat perkara ini daripada satu sudut yang teruk, ada beberapa aspek yang masih boleh diperbaiki dan ia boleh menjadikan pasukan ini lebih baik.
‘‘Salah satu daripada aspek utama yang harus diberi perhatian serius adalah kecenderungan pemain-pemain melakukan kesalahan yang tidak perlu yang akhirnya menyebabkan mereka digantung perlawanan,’’ katanya.
Malaysia, juara Pesta Bola Merdeka 2007 bukan saja gagal memperbaiki pencapaian meraih pingat gangsa pada Sukan SEA di Manila dua tahun lalu, malah gagal melayakkan diri ke separuh akhir di Korat.
Selepas tumpas 1-3 kepada Vietnam dalam perlawanan pembukaan mereka kembali mencerahkan peluang dengan membelasah Laos 4-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan B.
Bagaimanapun, pasukan negara hanya mampu seri 1-1 dengan Singapura pada perlawanan terakhir, yang sekali gus menyaksikan kita tersingkir daripada Sukan SEA.
Thailand terus unggul mendominasi acara bola sepak dengan merangkul kejuaraan kelapan berturut-turut selepas menumpaskan Myanmar 2-0 pada perlawanan akhir.
Tuesday, December 18, 2007
Anwar Ibrahim-Ajijahku Tak Datang
Sebuah lagu ciptaan Anwar Ibrahim yang telah di siarkan keudara di television Indonesia.
Lagu yang berjodol "azizah Ku Tak Datang"
Lirik: Anwar Ibrahim
Sumber http://www.kpmu.net/
Read more...Friday, December 14, 2007
Pahang Bakal Menjadi Sebuah Negeri Maju
by: jinggo
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan tetap meneruskan kesinambungan usaha pembangunan negara dengan memperkenalkan prinsip Islam Hadhari dan menekankan modal insan bagi mengekalkan kemajuan yang dicapai.
Pada majlis perjumpaan dengan penjawat-penjawat awam negeri Pahang di Kuantan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memaklumkan bahawa Pahang bakal mengalami perubahan dramatik dan menjadi sebuah negeri maju dengan pelaksanaan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Koridor tersebut merupakan satu kemajuan selepas meletakkan Pahang bukan hanya di peta Malaysia tetapi juga akan dikenali oleh syarikat-syarikat antarabangsa dan pasti akan menarik syarikat-syarikat tersebut melabur di negeri itu.
Pahang yang menjadi hub logistik di Pantai Timur akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang merangkumi bidang pelancongan, industri minyak, gas, petrokimia, industri pembuatan, halal hub, pertanian, pendidikan dan aliran perhubungan yang akan memberi manfaat kepada 3.9 juta penduduk.
Walaupun sektor perkhidmatan awam telah menunjukkan peningkatan terutama dari segi sistem penyampaian maklumat kepada pihak awam, sector tersebut perlu mengekalkan momentum berkenaan supaya bertambah baik untuk melancarkan pembangunan dan kemajuan yang dirancang.
Matlamat Dasar Ekonomi Baru adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional serta mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan memberi peluang-peluang pekerjaan meningkatkan dan menambah sumber pendapatan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
Pak Lah diperlihatkan sebagai seorang yang ikhlas dalam perjuangannya untuk mencapai perpaduan kaum. Beliau juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara.
Kejayaan pembangunan negara akan meyakinkan rakyat bahawa kerajaan serius dalam membangun dan memajukan negara demi kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum.
Bagi beliau, pembangunan tidak boleh dilaksanakan sekiranya perpaduan tidak dicapai.
5 pemimpin Hindraf kena ISA
Mereka ialah P Uthayakumar, 46; V Ganabatirau, 34; M Manoharan, 46; dan R Kengadharan, 40 semua Penasihat Undang-Undang Hindraf, manakala seorang lagi penyelaras pertubuhan berkenaan, K Vasantha Kumar, 34. Ganabatirau dan Manoharan juga adalah ahli DAP.
Kelima-limanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebelum dihantar ke Kem Tahanan dan Perlindungan Kamunting di Taiping, Perak untuk menjalani perintah tahanan serta-merta.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam kenyataan dikeluarkan Bukit Aman, berkata, Kengadharan ditahan di Jalan SS2/55 Petaling Jaya pada jam 12.30 tengah hari, diikuti Manoharan di Jalan Pantai Baru, Bangsar (1.55 petang) dan Vasantha Kumar di sebuah restoran di Brickfields (2 petang).
Ganabatirau pula ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan (2.10 petang) dan Uthayakumar di pejabatnya di Menara Mutiara Bangsar di sini (2.30 petang).
Di KUANTAN, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata penahanan pemimpin Hindraf itu mengikut ISA dibuat berasaskan kewajaran kerana tindakan mereka mengancam keamanan dan keselamatan negara.
"Menjadi kewajipan saya untuk bertindak segera kerana rakyat tidak ingin melihat negara kita dalam keadaan porak-poranda," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Pahang.
Mengenai kemungkinan tindakan itu dipolitikkan pembangkang, beliau berkata: "Sejak bila pembangkang tak guna macam-macam helah? Pembangkang, kerja dia membangkang."
Ditanya sama ada ramai lagi pemimpin Hindraf akan ditangkap, Perdana Menteri berkata: "Saya tidak boleh cakap... tandatangan, tangkap."
Sementara itu, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum, berkata perintah tahanan itu ditandatangani Abdullah selepas meneliti laporan polis pagi semalam yang menunjukkan kegiatan pemimpin Hindraf itu boleh menggugat keselamatan negara.
Mengikut Seksyen 8(1) ISA 1960, Menteri Keselamatan Dalam Negeri mempunyai kuasa menandatangani perintah menahan mana-mana individu sehingga dua tahun tanpa perlu perbicaraan.
Tempoh tahanan itu boleh dilanjutkan atas persetujuan menteri berkenaan.
Sehari selepas itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pula mendedahkan Hindraf mempunyai hubungan dengan kumpulan pemisah Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) berdasarkan laporan polis yang dibuat orang awam.
Kumpulan pemisah itu diisytiharkan sebagai pengganas oleh Amerika Syarikat, Britain, Kesatuan Eropah, India dan Australia
K Vasantha Kumar, 34 - Eksekutif kanan di Malaysia Building Society Bhd (MBSB). Juga penyelaras Hindraf dan namanya digunakan dalam permohonan permit bagi perarakan pada 25 November lalu tetapi ditolak.
V Ganabatirau, 34 - Penasihat Undang-Undang Hindraf dan juga Penasihat DAP Cawangan Sri Muda Shah Alam, Selangor. Namanya turut tersenarai dalam perintah mahkamah melarang perhimpunan haram pada 25 November lalu.
R Kengadharan, 40 - Mempunyai firma guaman sendiri di Petaling Jaya. Turut mengendalikan kes sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
M Manoharan, 46 - Penasihat Undang-Undang Hindraf ini adalah graduan ekonomi yang kemudian menjadi peguam. Ahli DAP dan sudah berkecimpung dalam politik selama 15 tahun. Mewakili Uthayakumar, Ganabatirau, dan Waythamoorthy ketika ketiga-tiga mereka ditahan dua hari sebelum perhimpunan haram pada 25 November.
P Uthayakumar, 46 - Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Police Watch and Human Rights Committee. Pernah didakwa atas dua kesalahan di mahkamah. Pada 20 Mei 2004 dia ke United Kingdom mendapatkan suaka politik, kerana mendakwa diancam dan diawasi polis.
Read more...Thursday, December 13, 2007
ANUGERAH PELAKON TERBAIK MALAYSIA - DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
www.kpmu.net
Episod demi episod, lakaran pembangkang mencabar pihak kerajaan sungguh berkesan. Skrip yang diatur cukup rapi oleh pembangkang. Tapi mana lead actor @ director nya? Nampaknya hero kampung ‘Anwar Ibrahim’ rupa - rupanya baru turun di Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada awal pagi 11 Disember 2007.
Demonstrasi Pemuda Bukan Demontrasi Haram
Tegas beliau setiap demonstrasi dan perhimpunan Pemuda UMNO terlebih dahulu telah mendapat kelulusan pihak berkuasa.
Malah demonstrasi Pemuda UMNO sama sekali tidak menyentuh keharmonian kaum dan kestabilan negara katanya merujuk Demonstrasi yang dianjurkan Pemuda Umno bagi membantah kehadiran Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice ketika persidangan Menteri-menteri Luar Asean (AMM) tahun lalu.
"Dalam demonstrasi yang kita lakukan ketika Condoleezza Rice datang dulu tujuannya untuk menunjukkan bantahan kita.
"Demonstarsi tersebut tidak mendapat bantahan orang ramai atau mana-mana pihak, sebaliknya mereka bersetuju dengan perjuangan kita," katanya di lobi Parlimen di sini, Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pihak tertentu yang cuba menyamakan demonstrasi Hindu Right Action Force (Hindraf) dengan demonstrasi Pemuda UMNO khususnya demonstrasi bantahan terhadap kehadiran Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice ketika persidangan AMM.
Pada persidangan AMM tahun lalu, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mengetuai demonstrasi melepasi sekatan polis di kawasan persidangan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk menyampaikan memorandum bantahan kehadiran Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu.
Bantahan itu juga bagi menyuarakan tentangan rakyat negara ini terhadap sikap Amerika Syarikat yang disifatkan mengamalkan dasar 'double-standard' dalam menangani kekejaman Israel di Palestin dan Lubnan.
Jelas Hishammuddin lagi, isu larangan mengadakan demonstrasi jalanan itu harus dilihat daripada sudut lebih menyeluruh dengan mengambil kira keadaan semasa negara.
"Jangan tengok kes ini sebagai kes terpencil. Perkara ini bermula daripada kes di Kuala Terengganu, kemudian gerakan Bersih, Majlis Peguam dan kemudian Hindraf.
"Jika kita tengok secara menyeluruh, semestinya pihak berkuasa akan mengambil kira suasana hari ini apabila memutuskan tidak mengizinkan dan tidak memberi permit. Jika mereka terus berdegil, ini bermaksud mereka sudah bercanggah dari segi undang-undang," ujarnya.
Beliau seterusnya berkata walaupun Pemuda berkemampuan mengadakan demonstrasi lebih besar dari apa yang telah dilakukan pihak-pihak tertentu kebelakangan ini namun berpendapat tindakan itu tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.
Oleh kerana itu kata beliau Pemuda bersikap rasional dan sentiasa meletakkan undang-undang melebihi kepentingan individu.
Wednesday, December 12, 2007
Pemimpin Kanan Parti Pembangkang Antara 29 Yang Ditahan Polis
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan itu.
Beliau berkata mereka terdiri daripada parti pembangkang dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) ditahan kerana mengingkari perintah mahkamah yang melarang perhimpunan haram itu.
Antara mereka ialah Bendahari PAS Mohd Hatta Ramli dan Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Dr Lo'Lo Ghazali.
Sementara itu lima lagi wakil pemimpin pembangkang dan NGO yang diketuai oleh Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali ditahan setelah melanggar kebenaran memasuki Bangunan Parlimen dengan menyerahkan memorandum kepada anggota Parlimen bagi menolak usul pindaan ke atas Akta Perlembagaan untuk meningkatkan tempoh umur persaraan kepada 66 tahun bagi anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang berlangsung hari ini.
Mereka yang lain ialah Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Yap Swee Seng; ahli Writers Alliance of Media Independence, Wong Chin Huat; Pengasas Pusat Komunikasi Masyarakat, Mein Lor dan Pengarah Eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas, V Gayathry.
Mereka juga adalah kalangan yang menyertai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil di ibukota pada 10 Nov lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ketika ditanya pemberita berhubung perkara itu berkata polis berhak menahan sesiapa saja di dalam kawasan Parlimen jika mereka didapati memberi ancaman keselamatan.
Beliau berkata kumpulan yang memasuki bangunan parlimen itu telah diberi pas masuk dan menjadi tetamu kepada Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) ke Parlimen, bagaimanapun didapati telah menceroboh ke dalam zon sekuriti dan mendesak menghantar memorandum berkenaan.
Menurutnya kumpulan itu juga gagal memaklumkan terlebih dahulu kepadanya selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap Parlimen mengenai niat sebenar mereka ke Parlimen.
Empat daripada mereka yang ditahan kira-kira pukul 1.00 petang di hadapan pintu masuk utama Parlimen tidak membantah apabila ditahan oleh polis berpakaian biasa.
Bagaimanapun Mustafa, bekas anggota parlimen yang ditahan 45 minit kemudian ketika keluar dari bangunan Parlimen kelihatan cuba melawan dan menolak anggota polis, sebelum ditahan dan dibawa keluar dengan van.
Beberapa anggota Parlimen pembangkang yang berada bersama Mustafa dan dilihat membantah tindakan polis ialah Ketua Pembangkang Lim Kit Siang dan M.Kulasegaran (DAP-Ipoh Timur), Teresa Kok (DAP-Seputeh) dan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam).
Memorandum mereka itu berkait dengan persidangan Dewan Rakyat hari ini untuk meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2007 bagi meminda umur persaraan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada 65 tahun sekarang kepada 66 tahun.
Pindaan itu kemudian diluluskan dengan keputusan itu dicapai menerusi undi belah bahagian dengan majoriti 189 undi daripada 219 anggota Parlimen.Bersih menentang pindaan itu kerana didakwa untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Rahman.
Sebelum penahanan, mereka selaku wakil Bersih telah menyerahkan memorandum bertajuk "Say no to the 'Save Rashid' amendment of the Constitution" kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa anggota Parlimen pembangkang di Lobi Parlimen.
Semasa di ruang Lobi Parlimen, Yap (Swee Seng) secara tanpa izin turut mengadakan sidang akhbar dan membacakan memorandum itu kepada media yang antaranya mempertikaikan kredibiliti Abdul Rashid.
Wartawan Bernama mendapati sejak pagi ini polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU), ditempatkan di beberapa lokasi berhampiran bangunan Parlimen terutamanya di Jalan Tangsi bagi memeriksa kenderaan yang menghala ke Parlimen.
Tian Chua ditahan setelah berdegil cuba membolosi sekatan polis di laluan utama menghala ke bangunan Parlimen.Kesemua yang ditahan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi diambil keterangan, sebelum dibebaskan secara berperingkat mulai tengah hari sehingga malam ini.
Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani ketika dihubungi berkata mereka dibebaskan tanpa syarat dengan jaminan polis selama seminggu."Mereka akan didakwa di mahkamah Selasa depan," katanya.
Tuesday, December 11, 2007
PENULIS BLOG ROCKY'S BRU KAKI ARAK
Ahirudin Attan :Hebat menghentam kerajaan.Rupa-rupanya kaki arak..
Pemuda Umno tak sertai perhimpunan
Khairy ulangi SMS ketuai tunjuk perasaan bersama Hishammuddin di Kampung Baru adalah fitnah
Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata beliau dan ketua pergerakan itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak akan menyertai sebarang perhimpunan untuk membakar sentimen perkauman hingga mewujudkan suasana tegang dalam negara.
Beliau berkata, tindakan pihak tertentu menyebarkan menerusi SMS kononnya mereka berdua akan mengetuai satu perhimpunan orang Melayu di Kampung Baru di sini untuk menyemarakkan perasaan benci kepada kaum lain pada 19 Disember ini adalah fitnah dan pembohongan besar.
Katanya, penyebaran SMS itu adalah usaha pihak tertentu untuk memburukkan lagi keadaan dan cuba mengheret Hishammuddin dan beliau dalam kemelut yang dicetuskan pelbagai penganjur perhimpunan dan demonstrasi haram sebelum ini.
"Kenyataan yang kami keluarkan sebelum ini adalah menerusi Pemuda Umno bahawa kita tidak mahu melihat keadaan (berikutan demonstrasi haram) menjadi lebih buruk.
Kita tak mahu melihat keadaan tegang antara orang Melayu dan kaum-kaum lain.
"Kita mahu rakyat Malaysia melihat masalah besar yang disebabkan perhimpunan haram seperti anjuran Hindraf (Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu) baru-baru ini, bukannya mencari kesempatan politik untuk mewujudkan lebih banyak lagi perhimpunan hingga mencetuskan suasana huru-hara," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menjadi ahli panel pada forum Kestabilan Politik dan Tabdir Urus Baik: Prasyarat Kepada Pembinaan Negara anjuran South-South Information Gateway (SSIG), Kementerian Penerangan.
Khairy mengulas kenyataan Hishammuddin kelmarin mengenai cubaan terbaru pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan SMS jahat bertujuan menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum negara ini. Sebelum ini SMS juga disebarkan kononnya Hishammuddin mendakwa beliau tidak perlukan sokongan pengundi Cina dan India.
Mengulas lanjut, Khairy berkata, SMS fitnah seperti sudah menjadi satu budaya dan beliau sedih dakwaan palsu itu sudah menjadi isu besar.
Khairy berkata, beliau sudah melihat SMS itu dan juga pelbagai SMS (fitnah) lain seolah-olah rakyat Malaysia seperti tiada kerja lain, selain berdemonstrasi dan merusuh, sedangkan majoriti rakyat Malaysia tidak setuju dengan cara ini dan menolaknya.
"Semakin lama lebih banyak lagi demonstrasi yang akan dibuat, malah saya minta mereka (penganjur) ini berhati-hati kerana toleransi rakyat Malaysia terhadap demonstrasi ini sudah tidak ada lagi.
"Mungkin kali pertama, bukan kata mereka boleh terima, tapi mereka boleh lepaskan, kali kedua mereka marah dan kali ketiga pasti majoriti rakyat akan lebih marah.
"Kepada pihak berkenaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pembangkang yang cukup mahir dan pakar menganjurkan demonstrasi ini, berhati-hatilah kerana bukan saja kerajaan akan bertindak tetapi rakyat Malaysia akan menolak dengan satu suara yang begitu jelas dalam pilihan raya akan datang," katanya.
Ditanya adakah beliau akan membuat laporan polis berhubung SMS berkenaan, Khairy berkata, beliau berharap tindakan boleh diambil termasuk membuat laporan polis.
Mohamad Sabu dan Tian Chua didakwa di mahkamah…
Mohamad Sabu (kiri) dan Tian Chua antara yang didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan Bersih di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.
Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan seorang lagi pemimpin kanan PKR, N. Gobalakrisnan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyertai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di ibu kota pada 10 November lalu.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Turut didakwa atas tuduhan sama dan pertuduhan pilihan ialah pemandu, Mohamad Zad Abdullah, 39; penoreh getah, Taib Abdullah, 33; dua remaja masing berusia 17 dan 16 tahun; penganggur Mohamad Abi Salam Arifin, 24, dan pekerja kampung, Ishak Othman, 33.
Lelaki-lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu di sebelah bangunan Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada kira-kira pukul 1 tengah hari 10 November lalu.
Lapan lagi didakwa atas pertuduhan yang sama di Jalan Raja Laut di sini pada kira-kira 3.50 petang hari yang sama.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sendiri mendakwa mereka di mahkamah.
Selain tuduhan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan, Mohamad Sabu, Tian Chua, Gobalakrisnan dan para penyokong pembangkang itu juga didakwa di bawah pertuduhan pilihan kerana ingkar perintah untuk bersurai yang diberikan oleh Cif Inspektor Riduan Khalid di Jalan Istana Baru di sini pada pukul 3.05 petang.
Bagi pertuduhan itu mereka didakwa di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 27(8) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara sehingga setahun jika disabitkan kesalahan.
Mereka mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rozana Ali Yusoff.
Rozana menetapkan kes itu dibicarakan selama empat hari bermula 11 Februari depan.
Antara peguam yang mewakili para pemimpin dan penyokong parti pembangkang itu ialah Mohamed Hanifah Maidin, Ranjit Singh, C.H. Lai, G.K. Ganesan, Rajpal Singh dan S. Kartigesan.
Sementara itu, lima peguam dan empat aktivis hak asasi manusia dihadapkan ke sebuah lagi Mahkamah Sesyen di sini, juga dengan Abdul Gani sendiri mengetuai pasukan pendakwaan, atas pertuduhan menyertai perhimpunan haram ‘People’s Freedom Walk’ sempena Hari Hak Asasi Manusia di sini pagi semalam serta menghalang penjawat awam daripada menguatkuasakan undang-undang.
Lima peguam yang didakwa itu ialah K. Sivarasa, Latheefa Beebi Koya, Amer Hamzah Arshad, N. Surendran dan Edmund Bon.
Empat aktivis pula ialah Johny Andu @ Abu Bakar Adnan, Eric Paulsen, Noorazah Othman dan seorang warganegara India, Ashraf Ali Sadakatullah.
Kesemua mereka mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim S.M. Komathy Suppiah.
Empat peguam termasuk Sivarasa, Latheefa, Amer Hamzah, Surendran dan empat aktivis didakwa bersama-sama sebagai ahli perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan tujuan melakukan mudarat awam di hadapan bangunan Kamdar, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini antara pukul 8.10 pagi dan 8.50 pagi, semalam.
Seorang lagi peguam, Edmund Bon, 33, pula didakwa atas tuduhan menghalang penjawat awam iaitu penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) daripada menurunkan kain rentang di hadapan bangunan Majlis Peguam, Jalan Leboh Pasar Besar di sini pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari semalam.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan dan denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Para peguam yang mewakili mereka antaranya ialah P. Puravelan, Tommy Thomas dan K. Ragunath.
Bagi pertuduhan pilihan, mereka didakwa di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 atas tuduhan mengambil bahagian dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang pada masa dan tempat yang sama.
Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 27(8) akta yang sama iaitu hukuman didenda tidak melebihi RM10,000 dan penjara maksimum setahun.
Bagi pertuduhan kedua, mereka dituduh terus menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan mengetahui perhimpunan itu telah diarahkan bersurai.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 145 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Bagi pertuduhan pilihan, mereka didakwa di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 sebagai anggota perhimpunan yang menyalahi undang-undang dan telah mengingkari perintah untuk bersurai oleh Supritendan Che Hamzah Che Ismail pada waktu dan tempat yang sama.
Abdul Gani yang mengetuai pendakwaan membantah sebarang jaminan terhadap kesemua tertuduh di kedua-dua Mahkamah Sesyen itu.
Beliau berhujah bahawa perbuatan menyertai perhimpunan haram serta enggan mematuhi
arahan pihak berkuasa boleh mencetuskan huru hara dan mengancam keselamatan negara.
Peguam Negara berpendapat sekiranya tertuduh dalam kedua-dua kes itu dibebaskan dengan ikat jamin, mereka akan mengulangi perbuatan yang sama dengan menyertai perhimpunan haram pada masa akan datang.
Beliau berkata, nama Mohamad Sabu dan Tian Chua tersenarai dalam satu laman web sebagai antara orang yang akan menyertai perhimpunan di hadapan Parlimen, esok.
(Perhimpunan itu dikatakan akan diadakan bagi membantah pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan bagi menaikkan had umur bersara anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dari 65 kepada 66 tahun.)
Bagaimanapun, mahkamah membebaskan Mohamad Sabu dan Tian Chua masing-masing dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.
Tertuduh yang lain termasuk lima peguam dan aktivis masing-masing dibenarkan jamin antara RM1,000 dan RM3,000.
Komathy kemudian menetapkan perbicaraan kes yang dikendalikannya selama tiga hari bermula 3 Mac 2008.
Friday, December 7, 2007
Kerajaan Tidak Perlu Mengadakan Pertemuan Dengan Anggota Hindraf
Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mencadangkan agar pihak kerajaan tidak memuliakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) dengan bersetuju untuk mengadakan pertemuan dengan anggotanya.
Khairy membuat saranan tersebut ketika berucap pada Forum "Kestablian Politik dan Tadbir Urus Kerajaan : Prasyarat Terhadap Pembinaan Negara", yang diadakan di ibu negara pada 6 Disember lalu (semalam).
Walaupun cadangan Khairy itu tidak mampu mempengaruhi tindakan kerajaan, namun apa yang disuarakan oleh Khairu itu sebenarnya merupakan nada ataupun suara hati golongan muda khususnya Pemuda UMNO Malaysia.
Menurut beliau, memorandum yang dihantar oleh Hindraf dan menjadi tuntutan mereka adalah merupakan satu pembohongan, sesuatu yang mengarut dan tidak boleh diterima akal. Dakwaan yang kononya kerajaan mengamalkan pembersihan etnik lima tahun lepas di Kampung Medan, ternyata helah terangcang mereka semata-mata.
Tuduhan Hindraf bahawa kira-kira 100 orang India telah dibunuh di Kampung Medan adalah suatu yang tidak masuk akal kerana menurut pihak polis angka sebenar hanyalah sekitar 6 orang sahaja.
Rusuhan di Kampung Medan akibat perselisihan faham antara sesetengah penduduk di kampung itu berikutan dengan perarakan pengkebumian semasa satu majlis perkahwinan itu sebenarnya tiada kaitan langsung dengan dakwaan Hindraf yang kononnya apa yang berlaku itu merupakan agenda pembersihan etnik.
"Adakah anda serius dengan mengatakan kerajaan mengamalkan ekstremis Islam, dengan memusnahkan tempat sembahyang agama Hindu? Adakah anda mempersenda saya?"
"Dalam hati nurani anda, adakah percaya sebenarnya bahawa negara ini di mana anda dilahirkan, di mana anak anda dilahirkan dan di mana cucu anda akan dilahirkan telah menafikan anda sesuatu yang adil?" bidas Khairy lagi.
Sebagai menafikan tuduhan bahawa masyarakat India tidak berbuat yang baik di negara ini, Khairy berkata seseorang itu hendaklah melihat bilangan profesional India seperti peguam dan doktor di negara ini.
Bagaimanapun, beliau turut mengakui yang kerajaan masih belum melakukan sepenuhnya bagi masyarakat India di negara ini. Tetapi menurutnya, keadaan yang sama juga turut dialami oleh kaum-kaum lain termasuk Melayu dan Cina.
"Tidak ada kerajaan di dunia yang sempurna tetapi kerajaan ini telah melaksanakan yang terbaik sejak 50 tahun lepas," kata beliau.Khairy juga menekankan bahawa akar umbi ketegangan etnik mestilah ditangani dengan segera.
"Jika kita tidak lakukannya, kita sebenarnya dalam kesusahan dalam erti kata pembinaan negara," ujar beliau lagi.Beliau juga berkata banyak masalah yang dihadapi masyarakat hari ini disebabkan kurangnya pengetahuan agama dan bertolak ansur.
"Saya fikir kita perlu memahami diri kita dengan lebih baik, memahami orang lain dengan lebih baik dan memahami keperluan setiap kumpulan secara berasingan dengan lebih baik dan memahami di mana orang lain datang.
"Khairy juga bercakap mengenai senario kesan selepas rusuhan 13 Mei dan memberikan perhatian terhadap dua objektif utama Dasar Ekonomi Baru yang menghasilkan pembasmian kemiskinan dan pengenalan bangsa dengan fungsi ekonomi.
Katanya tindakan bersungguh-sungguh itu telah mengurangkan fungsi ekonomi yang sama yang selalunya dikenalpasti dengan sesuatu bangsa dan perkembangan terbaru di negara ini menunjukkan peluang telah bertambah baik bagi bukan Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.
Thursday, December 6, 2007
Hishammuddin Nafi Ketuai Perhimpunan Di Kg Baru 19 Disember Ini
Singapura - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan bahawa beliau dan naibnya, Khairy Jamaluddin akan mengetuai perhimpunan di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 19 Disember ini, untuk menyemarakkan kemarahan orang Melayu terhadap kaum lain.
Menurut beliau SMS terbaru itu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab, bertujuan menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum negara ini
"Tohmahan itu yang disebarkan menerusi SMS sejak beberapa hari lalu, jelas berniat jahat kerana mendakwa kononnya beliau tidak memerlukan sokongan kaum Cina dan India.
"SMS itu tidak benar, ia fitnah berbaur perkauman yang menuduh saya dan Khairy akan berada di Kampung Baru kononnya untuk menyemarakkan semangat marah orang Melayu terhadap kaum lain", katanya selepas mengadakan lawatan rasmi di Kolej ITE, di sini, semalam.
Hishammuddin yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), seterusnya berkata SMS itu jelas berniat jahat bagi mengeruhkan keadaan, sama seperti pelbagai fitnah sebelum ini kononnya beliau tidak memerlukan sokongan orang Cina dan India.
"Penyebaran SMS sebegini perlu dipantau dan saya akan mendapatkan bantuan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi dalam perkara ini", ujarnya.
Wednesday, December 5, 2007
Pendirian Anwar jual maruah negara
Dipetik dari : Utusan.com
Pergerakan Pemuda UMNO hari ini menyifatkan pendirian bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong campur tangan kerajaan India dalam isu perhimpunan haram Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai perbuatan menjual maruah negara.
Ketua Penerangannya, Datuk Azimi Daim berkata, tindakan itu menggambarkan sikap sebenar seorang bekas pemimpin Melayu yang terdesak.
‘‘Dia (Anwar) kini sanggup melakukan apa sahaja termasuk mendapatkan sokongan puak pelampau.
‘‘Perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah jauh terpesong. Matlamat parti itu yang dicanang sebelum ini untuk membela rakyat jelas palsu belaka,” kata Azimi ketika dihubungi di sini.
Semalam, Anwar dilaporkan berkata dalam laman web NDTV.com bahawa keputusan kerajaan India dalam menyokong isu kaum India di Malaysia adalah ‘tindakan yang dilihat betul’.
Penasihat PKR itu berkata, kerajaan telah membuat pendirian yang salah mengenai konflik etnik di Malaysia.
Beliau menyokong kerajaan India kerana memanjangkan isu itu.Menurut Azimi, Anwar kini mula menayangkan agenda tersendiri yang selama ini disembunyikan.
‘‘Kita boleh lihat sendiri bagaimana Anwar sanggup merelakan urusan negara dicampuri pihak luar.
‘‘Dia ada motif tersendiri yang semuanya kerana kepentingan diri dan PKR,” ujarnya.Azimi yang juga Exco kerajaan negeri Kedah turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak melayan permintaan golongan pelampau Hindraf yang tidak mempunyai hala tuju.
‘‘Kita minta Pak Lah tidak memberi muka kepada mereka. Jika tidak akan muncul pula golongan lain yang mendakwa perkara yang sama.
‘‘Sepatutnya kita memberi tumpuan kepada cara bersaing untuk meningkatkan pendapatan negara dan bukan membanding-bandingkan keistimewaan antara kaum,” ujarnya.
Sementara itu, Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, tindakan Anwar yang menghalalkan perhimpunan haram Hindraf merupakan sesuatu yang sudah dijangka.
‘‘Rakyat negara ini sudah mengenali Anwar yang suka memberontak dan menggunakan cara demonstrasi jalanan untuk menyelesaikan isu peribadinya.
‘‘Memberontak di jalanan dilihat satu cara politik murahan. Kini dia sanggup menggadai maruah negara untuk kepentingan politiknya,” ujar beliau.
Tuduh UMNO Penyebab Pembunuhan Di Kampung Medan Melampau
Kuala Lumpur - Pemuda UMNO menyifatkan tuduhan Hindu Rights Action Force (HINDRAF) yang mendakwa UMNO bertanggungjawab terhadap pembunuhan 100 orang India di Kampung Medan pada tahun 2001 sebagai melampau.
Justeru Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin menggesa pucuk pimpinan parti mengambil tindakan undang-undang terhadap HINDRAF.
Jelas beliau tuduhan itu melampau dan menyebabkan ahli-ahli Pemuda marah sehingga mahu pucuk pimpinan UMNO bertindak segera agar ia tidak menjadi lebih rumit.
"Saya amat risau dengan maklum balas yang diterima ahli kita yang menyatakan rasa marah mereka dengan tindakan HINDRAF seolah-olah mempertikaikan kerajaan yang membawa pembangunan kepada rakyat di negara ini.
"Ia perlu diselesaikan sebelum ia menjadi rumit", katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Kecanggihan Penyelidikan Dalam Sains Halal di PWTC di sini, Khamis.
Tegas beliau tuduhan HINDRAF serius dan jika UMNO tidak perbetulkan tuduhan itu ia akan membawa tanggapan negatif terhadap UMNO itu sendiri.
Pada masa yang sama beliu juga berharap Pemuda UMNO mengamalkan pendekatan matang walaupun berasa tidak puas hati dengan tindakan HINDRAF itu.
"Walaupun kita tidak puas hati tapi kita tahu itu satu tindakan minoriti bukan mewakili semua kaum India di negara ini.
"Jangan kita salahkan mana-mana kaum dalam perkara ini kerana secara langsung mencetuskan perasaan tegang", ujarnya.
Wednesday, November 28, 2007
Khairy (KJ) tidak sehina Amir Hafizi dan Rocky?
Oleh ; Zack abu bakar
Kebebasan dan keterbukaan kini telah disalahgunakan dan ini memberikan satu kesan nagatif yang boleh mencetuskan satu kesan yang tidak sihat dan menanam normar-normar yang boleh melahirkan rakyat yang berminda cacat dan kurang ajar.
Perlunya satu tindakan serious diambil dalam keadaan yang terlalu kritikal ini sebelum minda rakyat diracuni oleh tulisan-tulisan yang biadab dan tidak bertanggungjawab.
Agak kurang ajar bagi sebuah blog yang telah mengundang penulis tamunya mencarut-carut dan memaki hamun sesuka hati mereka tanpa lagi memikirkan akan maruah pembaca yang melayari blog mereka.sila klik di sini >>
Mereka perlu faham bahawa sesiapa sahaja boleh membaca blog yang mereka tulis dan mereka sepatutnya memahami nilai dan hak pembaca jangan sampai pembaca tidak lagi dihormati.
Walaupun mereka sering membayangkna Khairy Jamaluddin sebagai seseorang yang kasar kerana mahu kredibiliti Khairy (KJ) tercemar, ini tidaklah pula menjadi kudis kepada pembaca-pembaca yang bebas untuk menilaikan penulisan mereka.
Namun agak keterlaluan apabila blog RockyBru menyiarkan artikel yang memaki KJ dan menggunakan bahasa luchah seperti 'aku sanggup menghisap batang ku sendiri dan melibatkan ibu sekali dalam kancah permusuhan politik mereka.
Bagi mereka yang tahu dan pasti ramai yang tidak langsung mempercayai apa yang ditulis di dalam tulisan ini kerana ramai yang pasti ini bukan dan cara keperibadian KJ sebenar.
Tidakpula dinafikan bahawa cara berkenaan adalah cara yang sentiasa menjadi amalan penulis berkenaan apabila telah hilang kewarasannya. Kita lihat betapa tulisan ini membayangkan penulis ini sebenarnya tidak waras lagi.
Monday, November 26, 2007
Perhimpunan bertukar ganas -- Penyokong Hindraf bertindak liar melontar batu, besi ke arah polis
AGRESIF... Sebahagian daripada para penyokong Hindraf bertindak liar dengan membaling objek termasuk kon ke arah anggota polis dalam perhimpunan haram di Kuala Lumpur, semalam.
CABAR UNDANG-UNDANG: Sebahagian penunjuk perasaan yang menyertai perhimpunan haram di Kuala Lumpur, semalam bertindak liar membaling pelbagai objek ke arah polis.
BERTINDAK GANAS: Penunjuk perasaan merosakkan banyak kemudahan awam ketika mengadakan perhimpunan haram di Jalan Ampang, semalam.
KUALA LUMPUR – Perhimpunan haram Hindu Rights Action Force (Hindraf) di ibu kota hari ini bertukar menjadi ganas, tidak seperti yang dijanjikan oleh penganjurnya dengan penyokong pertubuhan itu bertindak agresif melontar batu dan besi ke arah polis.
Kumpulan itu yang berpecah di beberapa lokasi di Jalan Ampang, Jalan Tun Razak dan Jalan Yap Kwan Seng sejak pukul 6.30 pagi tidak mengendahkan nasihat polis untuk bersurai, turut mengeluarkan kata-kata kesat dan berbau perkauman.
Sebahagian daripada mereka membuka baju dan melakukan pelbagai provokasi kepada pihak polis yang mengawal persekitaran bangunan Suruhanjaya Tinggi British di Jalan Ampang, di sini, tempat Hindraf dijadual menyerahkan petisyen kepada kerajaan British.
Keganasan yang dicetuskan oleh para penyokong Hindraf itu telah menyebabkan empat anggota polis cedera, dua daripadanya parah akibat dibaling dengan batu dan besi.
Malah, sebuah jentera bomba yang melalui Jalan Yap Kwan Seng dalam perjalanan pulang memadam kebakaran di Pasar Besar Datuk Keramat telah dibaling batu sehingga cermin depan dan sisi kenderaan itu pecah.
Pasukan polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan bom air setelah peserta demonstrasi itu enggan mematuhi nasihat supaya bersurai.
Kehadiran beribu-ribu penyokong Hindraf itu jelas tidak menghiraukan perintah mahkamah yang melarang orang ramai daripada menyertai perhimpunan tersebut.
Perhimpunan haram itu turut menimbulkan rasa takut dan kegelisahan di kalangan warga kota, para peniaga dan pelancong.
Sejak seminggu ini, mereka terpaksa menghadapi kesesakan jalan raya berikutan langkah polis mengadakan sekatan jalan raya untuk menghindari anasir jahat memasuki ibu kota.
Hari ini, sebahagian besar premis perniagaan di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Ampang Park ditutup kerana para peniaga takut dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.
Selain itu, orang ramai dan pelancong terkandas tidak dapat ke tempat kerja dan destinasi pelancongan di sekitar Jalan Ampang berikutan perkhidmatan awam dihentikan sementara waktu.
Jalan-jalan utama menuju ke Suruhanjaya Tinggi British turut ditutup sejak awal pagi ini.
Dalam perhimpunan haram yang berakhir kira-kira pukul 2 petang itu, seramai 241 penyokong Hindraf ditahan dan 105 orang daripadanya dibebaskan setelah melalui proses dokumentasi.
Kumpulan itu akhirnya menghantar petisyen mereka kepada kerajaan British melalui faksimile ke Suruhanjaya Tinggi British pada pukul 1.30 tengah hari.
Di KAMPALA, Uganda, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tindakan polis menyuraikan demonstrasi berkenaan adalah langkah perlu untuk menjaga keamanan dan keselamatan orang ramai.
Katanya, polis terpaksa bertindak demi menjaga kepentingan rakyat secara keseluruhannya dan kumpulan yang terlibat tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.
“Polis telah menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab dan tidak menggunakan kekerasan walaupun terpaksa bertegas ketika menyuraikan mereka,” katanya kepada wartawan Malaysia.
Di PEKAN, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula menyifatkan keganasan yang dicetuskan oleh penyokong Hindraf itu satu perbuatan yang amat liar dan tidak boleh diterima sama sekali oleh kerajaan serta sebahagian besar rakyat.
Katanya, golongan terbabit terus ingkar dan bertindak lebih kasar serta agresif sehingga ada yang melempar batu kepada pihak polis.
‘‘Ini merupakan tindakan yang amat liar, degil, kasar dan agresif serta tidak boleh diterima oleh kerajaan dan sebahagian besar rakyat negara ini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Kesyukuran Al Wardah di Dewan Orang Ramai Batu 8, Lepar di Pekan.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika dihubungi berkata, tindakan menahan peserta perhimpunan haram tersebut diambil berikutan mereka bertindak liar dengan membaling batu dan besi kepada anggota polis yang bertugas mengawal keadaan.
Menurutnya, polis terpaksa bertindak demikian kerana kumpulan berkenaan mengingkari arahan bersurai selepas diminta berbuat demikian.
Seramai 4,000 anggota polis yang ditugaskan, kata Musa, tidak menggunakan kekerasan dalam usaha menyuraikan mereka daripada menyertai perhimpunan haram itu.
Ditanya dalang di sebalik perhimpunan haram itu, katanya, polis masih menyiasat individu yang bertanggungjawab menganjurkannya dan yakin mereka dapat dikenal pasti dalam masa terdekat ini.
‘‘Para peserta perhimpunan haram hari ini seolah-olah tiada haluan dan berpecah belah, sekali gus menunjukkan seolah-olah mereka tiada ketua,’’ katanya.
PELIK !! PEMIMPIN PAS HIDUP KAYA
By : jinggo
Rumah mewah milik salah seorang bekas wakil rakyat PAS di Kuala Terengganu yang dianggarkan bernilai hampir RM 7 juta.
Cuba anda selidik kehidupan bekas wakil rakyat PAS dan sisa wakil rakyat PAS yang ada. Kalau jinggo tulis, nanti ada yang tidak percaya. Cuba tengok kereta apa yang Wan Muttalib pakai, berapa nilai nombor kenderaannya (PAS 13) dan berapa harga rumah dia. Tengok pulak rumah Azmi Lop Yusof, Mustafa Ali dan ramai lagi. Lihat juga kereta apa si Harun Taib pakai. Ada bekas wakil rakyat PAS sudah membuka kedai emas dan sebagainya.
Rumah wakil rakyat PAS Kawasan Wakaf Mempelam, Wahid Endut.
Pendedahan dalam akhbar mengenai kesusahan rakyat di Kawasan Wakaf Mempelam.
Kemana pergi wakil rakyat PAS kawasan Batu Buruk ? YB PAS senang, rakyat kebuluran.
Rumah mewah wakil rakyat PAS kawasan Batu Buruk, Wan Muttalib Embong yang sedang dalam proses ‘renovation’.
Keadaan rumah mewah YB Dato' Wan Muttalib (ADUN Batu Buruk) sedang dalam proses pembesaran sedangkan masih ada penduduk kawasan Batu Buruk yang hanya makan nasi berlaukkan GARAM campur KICAP sahaja.
Read more...Saturday, November 24, 2007
BPR dicabar dedah siasatan
TANAH MERAH – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini mencabar Badan Pencegah Rasuah (BPR) Kelantan supaya mendedahkan hasil siasatan yang melibatkan kerajaan Pas terutama isu penerokaan hutan di Lojing dan Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB).
Beliau berkata, tatkala BPR negeri lain begitu proaktif mendakwa pesalah rasuah tetapi di Kelantan, tanda tanya masih timbul tentang siasatan yang dilakukan berhubung laporan-laporan penyelewengan kerajaan negeri.
‘‘Pemimpin kerajaan negeri bila BPR mula menyiasat, mereka dakwa tidak ada apa yang perlu disembunyikan, mereka bersih tetapi demi ketelusan sebenar, rakyat hendak lihat siasatan BPR. BPR pula jangan sampai terlambat untuk bertindak.
‘‘Kalau BPR negeri lain saya ucap tahniah, kami Pemuda UMNO sokong tetapi di Kelantan saya minta Ketua Pengarah BPR beri perhatian sikit kerana telah banyak dakwaan terhadap kerajaan Pas tetapi siasatan tidak tahu ke tahap mana,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Cabaran Kinabalu (2) Gempur Perdana di Kem Lata Hujan, Gual Ipoh dekat sini.
Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Hashim Safin; Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ir. Shaari Hassan; Ketua Pemuda UMNO Negeri, Dali Hussin dan Pengerusi Gabungan Kelab Belia Kebangsaan (MAYC) Tanah Merah, Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Pada majlis itu, seramai 50 belia dari Parlimen ini menerima sijil masing-masing atas kejayaan mereka mendaki Gunung Kinabalu sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-50 tidak lama dahulu.
Pendedahan media mengenai penerokaan hutan secara besar-besaran di Lojing, Gua Musang pada awal tahun lalu, yang menggemparkan negara tentang kemusnahan hutan di tanah tinggi tersebut turut mengheret siasatan BPR.
Selain isu Lojing, BPR dilaporkan telah memulakan siasatan ke atas AKSB yang juga anak syarikat kerajaan negeri berhubung penyelewengan dalam projek membaik pulih infrastruktur sistem bekalan air di Kelantan berharga RM600 juta.
Bagaimanapun, sehingga hari ini belum ada sebarang pengumuman siasatan isu berkenaan di samping terbaru siasatan badan itu terhadap kegagalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melaporkan perbuatan cubaan merasuahnya.
Khairy berkata, pendedahan hasil siasatan perlu memandangkan politik Pas sekarang yang menghulur bantuan kebajikan secara tunai hingga rakyat Kelantan sendiri tidak pernah melihat wang sebanyak itu sebelum ini.
Katanya, apabila ada kejadian kebakaran, wakil rakyat Pas boleh hulur bantuan tunai RM5,000 untuk setiap mangsa pada hari yang sama rumah mereka terbakar dan ini jelas menimbulkan tanda tanya dari mana datangnya sumber tersebut.
‘‘Agensi kerajaan Pusat sendiri perlu melalui beberapa proses yang mengambil tempoh paling kurang dua minggu sebelum sebarang bantuan tunai dapat dihulurkan tetapi wakil rakyat Pas, hari yang sama boleh bagi tunai RM5,000, RM10,000.
‘‘Kita nak tahu dari mana dana-dana ini diperoleh, hasil daripada mana? Sebab itu siasatan BPR yang dijalankan sebelum ini perlu didedahkan kerana kalau wang rasuah rakyat tentu tidak mahu ambil,” jelasnya.
Wednesday, November 21, 2007
Persetankan cabaran Pas dan PKR N.Sembilan
By : jinggo
Khairy digesa mengabaikan dan tidak perlu akur dengan cabaran dari Ketua Pemuda Pas Negeri Sembilan, Mohd Taufek Ghani, yang dilihat cuba untuk memancing undi dan mempopularkan dirinya bagi menarik perhatian pihak-pihak tertentu agar menyenaraikan dirinya sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang.
Selain Taufek, cabaran daripada Ahli Majlis Tertinggi Keadilan, Badrul Hisham Shaharin, juga tidak harus dipadang serius oleh Khairy. Ini kerana kedua-dua insan itu boleh dikatakan hanya sekadar berani berkata-kata dihadapan penyokongnya sahaja.
Sebaliknya, akan menikus bila berhadapan dengan rakyat Negeri Sembilan kerana mereka menyedari hakikat bahawa para pengundi sudah mengenali siapa mereka yang sebenarnya dan pasti akan menolak kepimpinan beliau.
Walaupun mereka sedar mereka tidak mampu melawan Khairy tetapi kedua insan ini tetap juga berlakun dengan harapan mampu untuk meyakinkan para pengundi dan penyokong yang mereka ini juga turut mempunyai pengaruh yang besar.
Status sebagai anak jati Negeri Sembilan yang sering meniti dibibir dan menjadi senjata utama mereka untuk meraih simpati rakyat sebenarnya masih tidak mampu untuk berhadapan satu lawan satu dengan Khairy.
Jika mereka merasakan mereka mampu berhadapan dengan Khairy, ternyata mereka silap besar. Ini kerana, kekuatan seseorang ahli politik itu adalah bergantung rapat dengan keperibadian dan sumbangan ikhlas untuk membangunkan bangsa, agama dan negara. Dan, itulah yang sebenarnya mereka tidak ada.
Rasa-rasanya mereka berdua ini perlu menarik balik kenyataan tersebut, sebelum mereka berdua memalukan diri mereka sendiri.
Kedengaran juga desas desus dari pemuda Rembau mengatakan, Taufek tidak layak menjadi pemimpin di Negeri Sembilan kerana sikapnya yang angkuh dan mementingkan diri sendiri. Sikapnya itulah yang secara tidak langsung telah menyebabkan dirinya kini tidak disukai ramai.
Malahan penduduk Negeri Sembilan kini sudah bosan dan mula jijik mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ketua Pemuda Pas itu yang dilihat sering memainkan isu-isu kotor yang bertujuan untuk menjatuhkan Kerajaan Malaysia dengan fitnah-fitnah yang tidak munasabah.
Kalau kita lihat pada kejadian perhimpunan haram pada 10 November yang lalu sudah cukup membuktikan bahawa Parti Pas tidak amanah dan tidak jujur. Setiusaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaafar dalam satu kenyataannya telah menipu rakyat yang kononnya penyerahan memorandum tersebut telah mendapat perkenan dari Seri Paduka Yang DiPetuan Agung.
Sebaliknya Seri Paduka Yang DiPertuan Agung menjelaskan bahawa baginda dan Istana Negara tidak pernah memperkenankan atau memberi apa-apa sokongan kepada mana-mana pihak yang menganjurkan perhimpunan haram dan kegiatan lain yang menyalahi undang-undang.
Tuesday, November 20, 2007
Istana Negara tidak sokong perhimpunan haram
By : jinggo
BERSIH mendapat sokongan mandat dari Yang di-pertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Istana Negara adalah satu pembohongan. Seri Paduka amat kesal dengan perhimpunan haram yang diadakan itu, lebih-lebih lagi kerana ada dakwaan daripada beberapa pihak tertentu bahawa Tuanku dan Istana Negara memperkenankan serta menyokong perhimpunan haram di ibu Negara, 10 November yang lalu.
Seri Paduka ingin menegaskan bahawa baginda dan Istana Negara tidak pernah pada bila-bila masa memperkenankan atau memberikan apa-apa sokongan, secara langsung atau tidak langsung, kepada mana-mana pihak yang menganjurkan atau terbabit dalam perhimpunan haram itu dan apa juga kegiatan lain yang menyalahi undang-undang.
Seri Paduka berharap rakyat tidak membabitkan diri dalam sebarang kegiatan atau tindakan yang menyalahi atau bertentangan dengan undang-undang. Jauhi diri dari sebarang perhimpunan haram, tetapi hendaklah melibatkan diri dengan pelbagai projek yang disediakan oleh kerajaan seperti Rancangan Malaysia dan projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Setiap rakyat bertanggungjawab untuk memelihara ketenteraman awam demi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Seri Paduka berharap agar rakyat dapat bersama-sama mengekalkan semangat persaudaraan dan perpaduan demi membina negara yang lebih makmur, bersatu padu dan dihormati.
Kenyataan yang dikeluarkan atas titah Yang di-Pertuan Agong itu, merujuk perhimpunan haram di ibu negara 10 November lalu dan memorandum yang dikemukakan kepada Istana Negara pada hari sama oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang didalangi beberapa parti pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO).
Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaffar, dalam satu kenyataan mendakwa, gabungan itu mengambil keputusan menyerahkan memorandum berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong selepas Seri Paduka sendiri memberikan perkenan.
Tindakan pembangkang itu mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyifatkannya sebagai cubaan mengheret institusi raja, terutama Yang di-Pertuan Agong, ke kancah politik.
Bila Pembangkang kaitkan nama raja, ini merupakan satu tindakan yang memang terdesak. Perdana Menteri meminta pihak-pihak berkenaan menghentikan tindakan mereka mengaitkan nama Yang di-Pertuan Agong dalam perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang itu.
Perkara ini telah berulang kali ditegaskan oleh Pak Lah dan Khairy di Perhimpunan Agung Umno ke 58 baru-baru ini, “jangan cabar undang-undang Negara, jangan nak jadi hero.” Namun masih ada segelitir pihak masih berdegil. Fikir-fikirkanlah...
Monday, November 19, 2007
Polis ambil keterangan tiga AJK Bersih
By : jinggo
Tiga ahli Jawatankuasa Induk Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dipanggil untuk memberi keterangan baru-baru ini, di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di sini berhubung demonstrasi haram yang diadakan di sini 10 November lalu.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sivarasa Rasiah; Setiausaha Biro Antarabangsa DAP, Ronnie Liu dan Ahli Jawatankuasa Pas, Dr. Syed Azman Nawawi tiba di pekarangan pejabat Jabatan Jenayah Komersial kira-kira pukul 10.30 pagi bersama peguam masing-masing.
Kesemua mereka diambil keterangan selama hampir dua jam secara berasingan oleh Pegawai Penyiasat Bahagian Jenayah Komersial, Asisten Supritendan Amran Md. Jusin. Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pertubuhan.
BERSIH adalah pertubuhan haram yang tidak mempunyai permit untuk mengadakan perhimpunan pada 10 November lalu, perhimpunan haram tersebut adalah menyalahi undang-undang. Malahan perhimpunan tersebut telah banyak menyusahkan orang ramai, punca kekecohan dan kesesakan jalanraya di Kuala Lumpur tempohari.
Pihak polis melaksanakan tanggungjawab mereka dengan betul dan rakyat berharap agar polis dapat mengheret ketiga-tiga mereka yang menjadi dalang perhimpunan haram tersebut kemuka pengadilan.
Wednesday, November 14, 2007
Populariti bukan jalan Khairy
Penulis: Wakden
www.gmansayong.wordpress.com
Jangan lah dek kerana pak mentuanya Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin disalah tafsirkan oleh beberapa pihak yang bersifat dengki dengan perjuangan beliau dalam memainkan peranan dalam media mahupun dalam organisasi UMNO sekalipun.
Pemimpin yang ditelan zaman dan dimamah usia di suruh meletakkan jawatan dan beri kepada pemimpin baru, apabila yang muda mula bangkit mencari peluang untuk menabur jasa kepada rakyat dan Negara, banyak pula anasir-anasir yang mahu menjatuhkan beliau.
Sejak kebelakangan ini, semakin banyak pula tafsiran yang negatif ditujukan kepada beliau malah dikatakan beliau mencari publisiti murahan melalui media kepunyaan UMNO.
Wajah Khairy kerap terpampang di media pula dijadikan alasan untuk menjatuhkan semangat kepimpinan anak muda itu.
Mencari publisiti murahan bukan lah agenda dan matlamat beliau, biarkan media menjalankan kerja mereka. Tidak salah sekiranya kisah perjuangan Khairy kerap terpampang di akhbar mahupun tersiar di media elektronik jika perlaksanaan perjuangan beliau nampak dan dirasai oleh rakyat mahupun pemimpin.
Popularity bukan lah jalan mudah yang diambil oleh Khairy berbanding pihak pembangkang yang sering mewar-warkan keburukan orang lain di dalam internet dan akhbar rasmi mereka samada harakah mahupun suara keadilan.
Relevankah seseorang yang menagih undi untuk PRU akan datang seperti pemimpin dalam parti pembangkang memburuk-burukan orang lain dihadapan umum? mereka ini lah yang layak digelar pemimpin bawahan atau pemimpin ‘bawah kaki’.
Di saat orang ramai meneka bila kah pilihanraya ke 12, di saat kekecohan kes rasuah antara VK Lingam dan Tun Fairuz, media kini berlumba-lumba mencari ‘story’ hangat. Jangan lah dek kerana Khairy menjadi Pengerusi Forum Halal-Hub sedunia, beliau dikatakan mencari publisiti ataupun popularity.
Jangan Jadi Macam Beruk Jalanan
MEREKA INI HARUS DITANGKAP, SEBELUM MEREKA BERTINDAK LIAR DAN GANAS. KITA TANGKAP MEREKA !!!!
Kejadian 8 September diBatu Buruk yang lalu sedikit sebanyak telah membuka mata rakyat bahawa reformasi anjuran parti pembangkang adalah ganas dan tidak terkawal.
Habis harta awam dimusnahkan oleh mereka dan yang paling menyedihkan mereka sanggup membakar jalur gemilang kebanggaan negara. Mereka bertindak seolah-olah sudah tidak mempunyai akal dan fikiran.
Apa semua ini... Jika seseorang manusia yang mempunyai akal dan fikiran mereka tidak akan melakukan perkara sedemikian. Hanya beruk sahaja yang akan melakukan perkara sedemikian. Melompat sana sini, ketuk sana-ketuk sini, musnahkan apa sahaja dihadapan mereka, terjerit-pekik, keluar beramai-ramai dan kemudian buat muka selamba setelah merosakkan harta benda orang.
Mereka digelar beruk jalanan kerana cara perlakuan mereka tak ubah seperti beruk-beruk yang terlepas daripada tuan melatihnya.
Tuesday, November 13, 2007
Monday, November 12, 2007
Perhimpunan Bersih Memalukan Negara
by : jinggo
Perhimpunan Bersih yang dianjurkan oleh Anwar Ibrahim, pada hari sabtu lepas amat memalukan negara. Perhimpunan haram setelah gagal memperolehi permit dari pihak berkuasa itu diteruskan oleh Raja Beruk jalanan dan kuncu-kuncunya itu.
Ini jelas mengambarkan Raja Beruk jalanan ini seolah-olah kebal dari raja. Kalau tidak masakan dia sanggup melanggar undang-undang negara semata-mata untuk meneruskan niat jahatnya untuk memberikan gambaran buruk terhadap imej kepimpinan negara ke pihak luar.
Perhimpunan yang berselindung disebalik Bersih itu sebenarnya menyanyikan lagu dongengan untuk menyerahkan memorandum berkaitan tuntutan pilihanraya bersih kepada Yang DiPertuan Agung itu sebenarnya bertujuan mahu melihat sejauh mana kekuatan dan sokongan rakyat terhadap dirinya.
Walaupun ramai yang menganggarkan jumlah yang menyertai perhimpunan haram itu sekitar 30,000 orang, mereka mendakwa dengan lantang menjerit kononnya perhimpunan bermuka talamkan Bersih itu telah berjaya mengumpul lebih 100,000 orang.
Jika benar sekalipun Bersih berjaya mengumpul sekitar 100,000 orang ini bererti tidak ramailah penyokong Anwar yang sebenar-benarnya. Dan selebihnya (beberapa juta lagi) tidak menyokong dengan tindakan yang dilakukan oleh Anwar dan kuncu-kuncunya.
Tindakan yang dilakukan oleh Anwar ini bukan sahaja mencemarkan nama baik dan maruh Malaysia, malah melemahkan ekonomi negara.Para pelancung dan pelabur sudah pasti akan berfikir berkali-kali untuk ke Malaysia.
Sudah pastinya, seluruh dunia melihat dan mengambarkan negara kita tidak harmoni seperti yang digembar gemburkan oleh media massa seluruh negara. Ini secara tidak langsung turut mengudang rasa takut pelabur dan pelancung luar untuk datang ke Malaysia.
Walaupun pihak polis berjaya mengawal perhimpunan tersebut dari kejadian liar dan ganas, tetapi hakikatnya kita tidak dapat mengawal mata yang melihat aksi perhimpunann yang dirakamkan disetiap pelusuk bandaraya Kuala Lumpur.
Usahlah kita menjadi ahli perhimpunan haram, hentikanlah perbuatan yang tidak mendatangkan faedah yang memburukan nama baik negara ini.
Friday, November 9, 2007
Pemuda cadang sistem subsidi petrol dirombak
KERAJAAN dicadang merombak sistem subsidi bagi memastikan pengagihan lebih adil dan hanya rakyat yang benar-benar layak serta berhak, menikmati keistimewaan itu, bukannya golongan kaya.
Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata sistem subsidi yang diamalkan sekarang bukan saja tidak adil kepada golongan miskin, malah satu pembaziran kerana turut dinikmati golongan kaya.
"Subsidi ialah untuk rakyat yang memerlukan subsidi, yang betul-betul miskin dan berpendapatan rendah. Tapi bayangkan kalau kita pergi ke stesen minyak kita nampak pak cik dengan (motosikal) kapcai nak isi minyak, dia bayar RM1.92 sen seliter.
"Lepas tu tiba-tiba datang pula Mercedes Benz tauke besar, dia bayar RM1.92 juga. Mengapa kita perlu bagi (subsidi) kepada yang sudah kaya yang membawa kereta jenama besar dan enjin berkuasa tinggi. Sepatutnya subsidi untuk rakyat biasa, untuk yang bawa kapcai," katanya ketika membahaskan usul Ekonomi dan Pendidikan.
Khairy berkata, dalam konteks harga petrol, golongan kaya boleh membayar mengikut harga pasaran atau kurang sedikit daripada harga pasaran seperti RM2 untuk seliter petrol.
Beliau yakin rakyat akan lebih sayang kepada Umno dan kerajaan jika dapat mengurangkan subsidi atau kekalkan hanya untuk rakyat yang memerlukan, manakala penjimatan wang boleh disalurkan untuk membangunkan jalan kampung dan sekolah.
Katanya, tahun ini saja kerajaan berbelanja RM35 bilion bagi bantuan subsidi, iaitu 25 peratus daripada hasil kerajaan. Dengan RM35 bilion itu, kita boleh membina dua Putrajaya, sembilan jambatan baru di Pulau Pinang dan 500,000 rumah kos rendah.
Harga minyak yang terlalu murah menyebabkan ramai yang membazir serta membebankan negara pada masa depan kerana mungkin terpaksa menanggung hutang, katanya.
Beliau berkata, generasi muda sekarang tidak mahu menanggung beban hutang pada masa depan terutama menjelang 2011 Malaysia akan menjadi negara pengimport minyak.
"Kita semua tahu kerajaan berjanji tidak akan menaikkan harga minyak tahun ini. Tahun depan, saya tak tahu kerana tekanan harga minyak pasaran dunia hampir mencecah AS100 dan kerajaan mungkin perlu menaikkan harga.
"Tapi saya minta kalau nak naikkan harga bagilah notis awal sikit. Jangan naikkan harga mendadak. Jangan umum hari ini, esok harga naik," katanya. Khairy juga berkata, isu rantaian pembekalan bahan pembinaan dan industri adalah antara faktor paling penting bagi menjayakan agenda Melayu kerana ia dimonopoli bangsa lain.
"Dalam sektor pembinaan, bahan binaan dikuasai bukan Melayu. Jadi, bila kontraktor Melayu beli harga lebih tinggi daripada harga kontraktor yang bukan Melayu dapat," katanya.
"Pada hari ini, inilah kali pertama dalam sejarah Perhimpunan Agung Umno yang sudah 58 kali diadakan, ucapan Presiden tidak dapat dibaca rakyat umum," katanya yang menyifatkan ia contoh kegagalan Melayu menguasai rantaian bekalan kerana menganggap vendor atau pengedar akhbar tidak penting
Thursday, November 8, 2007
Perbarisan Dan Menaikkan Bendera “Sang Saka Bangsa”
Usul Pemuda Dapat Pujian
Beliau yang di beri tugas membahaskan usul ekonomi dan pelajaran serta merupakan pembahas terakhir sebelum sidang beristirehat tengah hari telah membawa beberapa usul yang di anggap bijak dan bertepatan.
Dalam isu subsidi, beliau mencadangkan agar sistem subsidi negara di kaji semula kerana berpendapat sistem tersebut sebelum ini lebih bersifat berat sebelah. Untuk memperlihatkan ianya lebih adil , Khairy mencadangkan agar hanya mereka yang kurang berkemampuan sahaja di berikan subsidi.
Dengan cara ini bukan sahaja ia lebih dilihat adil dan bertanggungjawab malah ia juga dapat menjimatkan kos subsidi berjuta-juta billion ringgit yang selama ini terpaksa dibelanjakan oleh kerajaan.
Manakala dalam isu minyak, Khairy membayangkan bahawa kerajaan tidak mampu menahan selama-lamanya untuk tidak menaikkan harga minyak. Bagaimanapun dalam hal ini beliau mencadangkan agar pihak berwajib atau President agar tidak mengumumkan kenaikan harga minyak dengan cara mendadak.
Jika perlu, sebelum harga minyak dinaikkan pihak berwajib perlulah memberi notis akan kenaikan harga bahan mentah itu terlebih dahulu. Ini semata-mata sebagai isyarat kepada rakyat yang kurang berkemampuan untuk bersedia menghadapi kenaikan tersebut demi untuk tidak membebankan rakyat.
Beliau juga menyarankan agar rantaian dalam bidang pemasaran tidak harus dimonopolikan oleh satu kaum sahaja sebagai contohnya dalam isu penyebaran surat khabar dan juga pemasaran hasil pertanian.
Beliau turut melahirkan kekesalan diatas tindakan Government Link Company (GLC) yang disifatkan tidak peka utuk membantu membangunkan orang-orang Melayu dan negara. Belaiu juga turut menegur sikap Malaysia Agri Food Corporation (MAFC) yang gagal membantu usahawan tani Melayu.
Khairy juga turut menegur beberapa syarikat swasta Malaysia yang sanggup membawa keluar pelaburan mereka dan melabur di luar negara. Sebelum itu Khairy juga turut menyatakan sokongan beliau terhadap cadangan Presiden parti yang menangguhkan penggunaan bahasa Inggeris dalam dua mata pelajaran.
Wednesday, November 7, 2007
‘ Usah cemburukan kejayaan rakan’
Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengingatkan ahli Umno supaya tidak cemburu dengan kerjaya rakan dalam parti, sebaliknya menyokong mereka kerana ia adalah rezeki masing-masing.
Khairy menyampaikan masejnya itu dalam bentuk cerita tiga budak hitam yang dinamakannya Khairy, Reezal (Exco Pemuda, Datuk Reezal Merican) dan Azeez (Pengerusi Biro Putera, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim) yang menemui sebiji botol yang didalamnya ada jin ketika berjalan dalam hutan.
Katanya, jin itu berjanji menunaikan apa juga permintaan tiga budak hitam itu jika mengeluarkannya daripada botol.
Beliau berkata, Khairy meminta menjadi putih dan kacak seperti beliau hari ini dan disambut ketawa oleh perwakilan, manakala Reezal meminta menjadi lebih putih dan mencapai tahap kacak maksimum.
Azeez pula, katanya, yang tidak tahan melihat Khairy sudah putih dan Reezal menjadi kacak tetapi tidak boleh meminta sedemikian kerana Reezal sudah meminta kacak maksimum, meminta jin menjadikan Khairy dan Reezal supaya lebih hitam daripadanya.
“Moral cerita ini ialah bila sahabat dapat kejayaan, jangan cemburu… itu rezeki dia, patut sama-sama sokong,” katanya ketika menggulung perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda.
Sementara itu Khairy berkata, perkongsian kuasa antara kaum juga perlu membabitkan perkongsian kuasa ekonomi dan bukan sekadar perkongsian politik semata-mata.
Katanya setiap kaum mesti berkrompromi seperti Umno yang memberikan tempat kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) bertanding dikawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun mengikut majoriti penduduk, lebih ramai calon Umno yang boleh bertanding di kawasan berkenaan.
“Apabila sebut perkongsian kuasa, jangan hanya sebut perkongsian kuasa politik… Umno saja yang bagi dan bagi. Kita harus juga cakap perkongsian kuasa dalam ekonomi, itulah yang diperjuangkan kita dibawah Agenda Melayu,” katanya
Sambil menyelar pihak yang melabel Pemuda bersifat perkauman dan tidak toleran kerana memperjuangkan agenda seperti itu, beliau berkata, hakikat sebenarnya adalah Umno tidak pernah merampas hak orang lain.
“Umno parti yang berbesar hati. Kita tengok saja pengagihan kerusi Parlimen dan DUN, kalau ikut majoriti Melayu lebih banyak lagi calon Umno yang layak bertanding tapi kita bermurah hati.
“Presiden-presiden parti komponen kalau tidak, tak ada tempat bertanding kerana tidak ada mejoriti bangsanya.Di Sungai Siput kita beri bertanding, di Kapar kita bagi bertanding, di Kota Raja kita bagi bertanding, malah di Pontian kita bagl bertanding sebab semua ini rakan kita.
“ Apabila kita lihat kepada semangat bermurah hati Umno ini, jangan sekali-kali anggap kita parti perkauman. Kita menjaga maruah BN,” katanya.
Khiry juga menegaskan Pemuda Umno akan terus menghunuskan dan menjunjung keris Panca Warisan selama-lamanya dan berharap tiada wartawan akan mengemukakan pertanyaan pada masa depan.
“Pada masa akan datang, siapa saja (ahli Pemuda Umno) yang tidak berani menghunuskan dan menjulang keris Panca Warisan adalah penghianat kepada bangsa dan parti,” katanya.
Katanya, kebangkitan semula Pemuda Umno melalui rangkaian sedia ada di bawah Datuk Seri Hishammuddin Hussein mesti diteruskan supaya Pemuda bukan saja menjadi benteng pada pilihan raya, malah membantu mempercepatkan pelaksanaan strategi kerajaan.
Beliau juga mengingatkan parti pembangkang supaya menggunakan gelangang yang betul, iaitu pilihan raya umum jika mahu melawan kerajaan dan bukan cara menjadi hero dengan menganjurkan perhimpunnan haram.
“Saya cabar pembangkang jangan keluar di jalan raya, jangan cuba jadi hero di jalan jalan raya.
“Kalau betul nak lawan, lawan dalam gelangang sebenarnya… lawan seperti jantan dalam gelanggang sebenar… pilihan raya umum akan datang, kita lawan,” katanya.
Khairy cabar Parti Pembangkang
Pemuda haruslah menjadi satu rangkaian yang kuat dan menjadi benteng kepada kepimpinan Datuk Seri Hishammudin, lantas berani menyahut cabaran pembangkang. Bak ungkapan beliau “biar berpisah nyawa dan badan, pemuda tetap mempertahankan agama, bangsa dan negara”.
Katanya lagi Keris Panca Warisan akan tetap dikucup dan dihunus di setiap kali Persidangan Pemuda UMNO yang akan datang dan selama-lamanya. Ia juga tak perlu dipersoalkan dan tiada soalan lagi mengenai Keris Panca Warisan.
Tegas beliau, Pemuda UMNO tidak mengamalkan sikap perkauman, parti UMNO sentiasa memberi ruang kepada parti kompenan untuk bertanding mengikut majoriti kaum mereka. Semangat pemurah hati UMNO membuktikan UMNO bukan parti perkauman.
Khairy mengakhiri ucapannya dengan mencabar parti pembangkang supaya menyahut cabarannya bertanding di gelangang yang sebenarnya. Usahlah menjadi beruk jalanan yang sentiasa menghuru harakan keharmonian masyrakat.
Tuesday, November 6, 2007
Amaran Pemuda UMNO Kepada Pembangkang
http://www.kpmu.net/
Pemuda UMNO telah menukar tradisi perhimpunan tahun ini dengan menayangkan klip video selama 15 minit yang memaparkan mengenai perjuangan bekas ketua-ketua Pemuda sebelum ini.
Tayangan video tersebut adalah sebagai tanda mengiktiraf dan menghargai perjuangan pemimpin-pemimpin Pergerakan Pemuda yang lepas, kini dan yang akan datang.
Menurut Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussien, ini kerana tanpa adanya perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu, tidak mungkin barisan Pemuda sekarang ini mampu berdiri sebagai sebuah pertubuhan yang berpandangan luas dan global.
“Saya menyeru agar Pergerakan Pemuda UMNO menitik beratkan perjuangan parti dan kesemua ahli hendaklah menghayati perjuangan ketua-ketua Pemuda terdahulu” ujar beliau.
Dalam ucapan dasar itu juga, Dato’ Hishammudin turut menemplak pihak pembangkang yang sering mempertikaikan tindakannya terutama sekali berkaitan tindakannya yang mengucup keris Panca Warisan di dalam perhimpunan Pemuda yang lalu.
Tambah belau, Pergerakan Pemuda UMNO mengambil sikap untuk tidak melayan sebarang isu yang cuba dibangkitkan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggunjawab terutamanya dari pihak parti pembangkang.
Katanya, pihak pembangkang sebelum ini telah mensensasikan dengan menganggap keris telah dijadikan sebagai lambang pergaduhan oleh beliau. Walhal, apa yang cuba dipertontonkan oleh beliau dalam perhimpunan Pemuda yang lepas sebagai menzahirkan bahawa keris adalah lambang kemelayuan dan simbol kesatuan orang-orang Melayu.
Para perwakilan yang berada di dalam dewan yang sebelum ini kelihatan begitu khusyuk menghayati bait demi bait ucapan Ketua Pemuda akhirnya bertukar gemuruh dengan tepukan sebaik sahaja mendengar amaran tersebut daripada Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussien ketika itu.