Wednesday, December 26, 2007

Kegagalan skuad bola sepak di Sukan SEA bukan total – Khairy

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Khairy Jamaluddin berkata, kegagalan skuad kebangsaan pada Sukan SEA tidak harus dianggap kegagalan total, sebaliknya beliau percaya masih ada faedah jangka panjang yang telah dikutip pasukan negara daripada penyertaan di Korat.

Menurut Khairy, terdapat 16 pemain sama ada dalam skuad Sukan SEA mahu pun skuad latihan yang masih layak untuk beraksi pada Temasya di Laos 2009.

Katanya, sebahagian besar daripada pemain muda yang akan menyarung jersi Malaysia dua tahun dari sekarang sudah memiliki pengalaman Sukan SEA, sekali gus mampu menjanjikan aksi yang lebih mantap.

Temasya Sukan SEA mewajibkan setiap negara menghantar skuad bawah 23 tahun.

Antara tonggak utama skuad Sukan SEA 2007 yang masih layak mewakili negara di Laos adalah pasangan kembar, Mohd. Aidil Zafuan dan Mohd. Zaquan Abdul Razak, Syafiq Rahim, Syed Adney, Norsharul Talaha, Mohd. Bunyamin Omar, Mohd. Amirulhadi Zainal, Mohd. Khyril Muyameen, Shahurain Abu Samah, Mohd. Farizal Marlias dan Tengku Quyumm.

Lima pemain yang gagal mendapat tempat dalam pasukan tahun ini tetapi masih layak beraksi dua tahun dari sekarang ialah Mohd. Sabree Abu, K. Thanaraj, Jazarin Jamaluddin, Abdul Manaf Mamat dan Ahmad Azlan Zainal.

Penyertaan

‘‘Kita tidak harus cepat mengatakan bahawa penyertaan di Korat adalah satu kegagalan kerana masih terdapat beberapa aspek yang memberi keuntungan jangka panjang,’’ kata Khairy pada sidang akhbar skuad bawah 19 tahun kebangsaan di Wisma FAM, semalam.

Menurut Khairy lagi, beliau sudah pun menyediakan laporan mengenai prestasi keseluruhan skuad kebangsaan di Sukan SEA dan akan diserahkan kepada Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah.

‘‘Saya sudah menerima laporan daripada jurulatih (B. Sathianathan) dan pada masa yang sama saya juga menyediakan laporan saya sendiri.

‘‘Kita jangan melihat perkara ini daripada satu sudut yang teruk, ada beberapa aspek yang masih boleh diperbaiki dan ia boleh menjadikan pasukan ini lebih baik.

‘‘Salah satu daripada aspek utama yang harus diberi perhatian serius adalah kecenderungan pemain-pemain melakukan kesalahan yang tidak perlu yang akhirnya menyebabkan mereka digantung perlawanan,’’ katanya.

Malaysia, juara Pesta Bola Merdeka 2007 bukan saja gagal memperbaiki pencapaian meraih pingat gangsa pada Sukan SEA di Manila dua tahun lalu, malah gagal melayakkan diri ke separuh akhir di Korat.

Selepas tumpas 1-3 kepada Vietnam dalam perlawanan pembukaan mereka kembali mencerahkan peluang dengan membelasah Laos 4-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan B.
Bagaimanapun, pasukan negara hanya mampu seri 1-1 dengan Singapura pada perlawanan terakhir, yang sekali gus menyaksikan kita tersingkir daripada Sukan SEA.

Thailand terus unggul mendominasi acara bola sepak dengan merangkul kejuaraan kelapan berturut-turut selepas menumpaskan Myanmar 2-0 pada perlawanan akhir.

14 comments:

Anonymous,  December 26, 2007 at 4:17 PM  

sudah sudah la tu khairy...dah gagal tu dah lerr...balik je kg..kalau nak naik bolasepak kita..kena buang jer semua AJK FAM yg lama dgn yg baru tu termasuk ko la khery...semua mengabihkan boreh joo....ambik balik Dato Basri...org yg paling sesuai dan berkaliber dlm bolasepak..

Anonymous,  December 27, 2007 at 11:35 AM  

orang yg tergelak sinis skrg adalah Tengku Abdullah...

hahaha... ambik kau Khairy Jamaluddin...

Anonymous,  December 27, 2007 at 2:59 PM  

Khary Jamaluddin bermain politik dalam bolasepak!!!!!!!!!! Berita terbaru mengatakan KJ melanggar kontrak pemain bintang muda Kedah untuk membawanya ke MyTeam!! kontrak pemain masih ada lagi sehingga tahun depan...dah la tulis surat kat KFA,mintak lepas macam tuh jer!! Ape citer ni!!!! Kalau nak amek,tebus laa kontrak tu!!! ni ape tak proffessional nya,naik FAM guna kuasa dan politik!!!! macam ni nak pimpin bangsa dan negara????!!!!

Anonymous,  December 27, 2007 at 3:36 PM  

Kalah menang adat permainan! ada otak gunalah. kalau kau orang semuanya terer sangat g la main bola. jangan cakap jer pandai.

Anonymous,  December 27, 2007 at 3:46 PM  

woi ko ingat bolasepak boleh maju dgn politik ko tu...

sampai tua la lu....blajo sampai oxford tapi bodoh juga rupanya...

bila kita bercakap pasal bola kita kena bercakap berlandaskan realiti bukannya retorik politik ko semata-mata.

cakap je pandai tapi compliance mcm palat buat pe...dah lebih 10 tahun FAM asyik berangan je ....bodoh!!!!

Anonymous,  December 27, 2007 at 3:49 PM  

woi halim memanglah kalah atau menang adat...tapi 20 tahun akan dtg nak ckp adat lagi ke kalau kalah...ape adat2 ingat adat pepatih ke??

tahu pun...KJ ko tu la ckp je pandai bodoh!!!

Anonymous,  December 27, 2007 at 4:58 PM  

KALAH MENANG ADAT PERTANDINGAN KAU CAKAP.... TAPI TEAM MALAYSIA ASYIK KALAH AJE...

BALIK-BALIK MENANG DENGAN LAOS... ITU JE KE TAHAP KITA

KHAIRY MAJALUDDIN MASUK FAM INGAT DIA ADA SENTUHAN MIDAS KE... NAK MENJAHANAMKAN LG FAM ADA LA!

Anonymous,  December 27, 2007 at 5:15 PM  

NIKE tarik balik la penajaan jersi tu... buat malu aje pakai jersi branded... tapi tahap permainan tahap cipan... pakai aje baju FOREST ke CHEETAH ke... lg baik beli kat pasar malam

malulah sikit kat IRAQ... perang2 pun juara asia

Jose Mourinho pun bunuh diri train team Malaysia ni

ha jawab HALIM jawab!

Anonymous,  December 27, 2007 at 5:29 PM  

"Kegagalan skuad bola sepak di Sukan SEA bukan total – Khairy"

INI ADALAH ALASAN PERTAMA KHAIRY... ADA BERIBU-RIBU ALASAN LAGI NNTI BILA TEAM MALAYSIA KALAH

# kalo dlm FAM pun boleh jd kuku besi... apatah lg nk jd PM... jahanam Malaysia

Anonymous,  December 27, 2007 at 6:59 PM  

woi!!!! kau orang semua dah gila ke saje-saje nak cari keburukan KJ. KJ baru saja melangkah kearena bola sepak Malaysia, belum sempat buat apa2 lagi pun kau orang semua nak kritik dia bukan2... ini tidak adil.

Anonymous,  December 28, 2007 at 10:24 AM  

tak adil kepala hangguk ko halim...tak payah la sibuk2 nak pimpin bolasepak mesia...baru ja tubuh myteam dah ingat bleh majukan bola mesia ker..myteam pun cam hampeh...

Anonymous,  December 28, 2007 at 10:26 AM  

khairy nie layak anjur perlawanan bolasepak 7 sebelah belia 4B kampung Rombau jer...itu pun blum tontu ok

Anonymous,  December 31, 2007 at 2:05 PM  

selamat tahun baru Khairy...moga tahun 2008 ini menjanjikan perjalanan kerier politik yg cemerlang....

Anonymous,  December 31, 2007 at 8:23 PM  

zikri tu jinggo jugak lah ....gaya tulisan tu samer je ...xyah lah nak bodek..wei ko dpt berape duit kj kasi ..aku pun nak gak ..leh la aku bt topup makn xleh duit haram huhuhu,,,

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP