BPR dicabar dedah siasatan
TANAH MERAH – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini mencabar Badan Pencegah Rasuah (BPR) Kelantan supaya mendedahkan hasil siasatan yang melibatkan kerajaan Pas terutama isu penerokaan hutan di Lojing dan Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB).
Beliau berkata, tatkala BPR negeri lain begitu proaktif mendakwa pesalah rasuah tetapi di Kelantan, tanda tanya masih timbul tentang siasatan yang dilakukan berhubung laporan-laporan penyelewengan kerajaan negeri.
‘‘Pemimpin kerajaan negeri bila BPR mula menyiasat, mereka dakwa tidak ada apa yang perlu disembunyikan, mereka bersih tetapi demi ketelusan sebenar, rakyat hendak lihat siasatan BPR. BPR pula jangan sampai terlambat untuk bertindak.
‘‘Kalau BPR negeri lain saya ucap tahniah, kami Pemuda UMNO sokong tetapi di Kelantan saya minta Ketua Pengarah BPR beri perhatian sikit kerana telah banyak dakwaan terhadap kerajaan Pas tetapi siasatan tidak tahu ke tahap mana,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Cabaran Kinabalu (2) Gempur Perdana di Kem Lata Hujan, Gual Ipoh dekat sini.
Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Hashim Safin; Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ir. Shaari Hassan; Ketua Pemuda UMNO Negeri, Dali Hussin dan Pengerusi Gabungan Kelab Belia Kebangsaan (MAYC) Tanah Merah, Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Pada majlis itu, seramai 50 belia dari Parlimen ini menerima sijil masing-masing atas kejayaan mereka mendaki Gunung Kinabalu sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-50 tidak lama dahulu.
Pendedahan media mengenai penerokaan hutan secara besar-besaran di Lojing, Gua Musang pada awal tahun lalu, yang menggemparkan negara tentang kemusnahan hutan di tanah tinggi tersebut turut mengheret siasatan BPR.
Selain isu Lojing, BPR dilaporkan telah memulakan siasatan ke atas AKSB yang juga anak syarikat kerajaan negeri berhubung penyelewengan dalam projek membaik pulih infrastruktur sistem bekalan air di Kelantan berharga RM600 juta.
Bagaimanapun, sehingga hari ini belum ada sebarang pengumuman siasatan isu berkenaan di samping terbaru siasatan badan itu terhadap kegagalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melaporkan perbuatan cubaan merasuahnya.
Khairy berkata, pendedahan hasil siasatan perlu memandangkan politik Pas sekarang yang menghulur bantuan kebajikan secara tunai hingga rakyat Kelantan sendiri tidak pernah melihat wang sebanyak itu sebelum ini.
Katanya, apabila ada kejadian kebakaran, wakil rakyat Pas boleh hulur bantuan tunai RM5,000 untuk setiap mangsa pada hari yang sama rumah mereka terbakar dan ini jelas menimbulkan tanda tanya dari mana datangnya sumber tersebut.
‘‘Agensi kerajaan Pusat sendiri perlu melalui beberapa proses yang mengambil tempoh paling kurang dua minggu sebelum sebarang bantuan tunai dapat dihulurkan tetapi wakil rakyat Pas, hari yang sama boleh bagi tunai RM5,000, RM10,000.
‘‘Kita nak tahu dari mana dana-dana ini diperoleh, hasil daripada mana? Sebab itu siasatan BPR yang dijalankan sebelum ini perlu didedahkan kerana kalau wang rasuah rakyat tentu tidak mahu ambil,” jelasnya.
25 comments:
Kaya jugak pemimpin Pas ni, bila-bila masa sahaja boleh hulurkan bantuan sebanyak RM5000-RM10,000.
Dari mana datang duit tu. Hairan juga Negeri Kelantan tak maju tapi Pemimpin mereka kaya raya.
Siasat jangan tak siasat. Tah-tah Ketua BPR Kelantan pun sama makan rasuah kot.
Kes yang bertahun-tahun pun tak sattle.
Berape la khairy bayar nko tuk blog ni..kalu bayor ok la sket kot..tp kalu x bayor,sokong sesaje..aku pun x tau nk cakap ape. masa nya akan tibe si khairy ni akan jatuh tersungkur dan lenyap dr fikiran orang malaysia. dia kat tempat skang ni pun sebab badui hadari.ms mahathir dulu xde sape kenal pun.aku skang ni x tau la..allegik la bila muka si khairy ni kuar dlm tv atau paper.mesti nak muntah nyer..pegi mampus dengan beruk khairy!
ko pesan la kat beruk khairy tu. aku cabar ko bertanding kat mana-mana pilihanraya nanti.nak tgk langit tu tggi ke rendah..macam bagus je. ko skang bole la berlagak sebab ko menantu badui.tgk la bila smpai ms badui tu jatuh.tgk setakat mana ko punye angkuh tu bole pegi.
Yang kau ni cemburu sanggat kat Khairy tu wat ape? Kenapa nak tunggu Pak Lah bersara? Kalau Khairy nak jatuh sekarang pun dia boleh jatuh.
Mukriz anak Dr M sendiri pun tak sehebat Khairy semasa Dr M jd PM dulu.
Ada otak pakai, ada telinga dengar, jangan jadi macam beruk. Terlompat sana-sini, bikin kecoh sana sini.
BPR perlu siasat darimana datangnya duit Pas beli bangunan kat jalan Tar tu.
Pemimpin Pas kaya raya, rakyat kelantan menderita.
Hapuskan rasuah di Kelantan jika BPR tak mampu lakukan BPR kerajaan pusat akan turun membasmi kegiatan Rasuah di Kelantan.
Betul kata K.J
‘‘Pemimpin kerajaan negeri bila BPR mula menyiasat, mereka dakwa tidak ada apa yang perlu disembunyikan, mereka bersih tetapi demi ketelusan sebenar, rakyat hendak lihat siasatan BPR. BPR pula jangan sampai terlambat untuk bertindak.
‘‘Kalau BPR negeri lain saya ucap tahniah, kami Pemuda UMNO sokong tetapi di Kelantan saya minta Ketua Pengarah BPR beri perhatian sikit kerana telah banyak dakwaan terhadap kerajaan Pas tetapi siasatan tidak tahu ke tahap mana,” katanya.
Dia orang semua tido je kot Khairy.
Pemuda Sabah menyokong Khairy Jamaluddin.
ORg kasi duit utk rakyat pun lu ni nak bising!!! TOlong rakyat pun nak kecoh!!!
Lu punya pemimpin ... bina banglo mewah harga juta2 .... menderma haram tak pernah ... lu tak pernah bising plak??
PAs tak de karenah birokrasi cam lu semua UMNO!! Kalo ader org susah mintak tolong, ohhh nanti kita usahakan ... perlu masa ... kene kelulusan ... pekejadahnya!!
tapi kalo nak beli undi, on the spot lu bleh kasik duit!! duit beli undi lu org tak nak bising ... duit kasik kat rakyat lu nak kecoh2!!
jinggo aku tgk muka lu ni cam mat dadah hisap pit rasa cam nak belasah jerk!! lu kasi anak bini lu makan pakai duit haram dari Kera Jadian tu eh?? patutlah anak lu tak pandai2 makan duit haram!!
Budaya UMNO - tolong rakyat tableh!! Bina banglo berjuta2 boleh!! Beli undi boleh!! Hidup UMNO!!! rompak la lagi harta negara ..... aku tak halal duit aku bayar tax!!!
Aku nak quote kenyataan jinggo : "Kes yang bertahun-tahun pun tak sattle"...
Jinggo..memang aku sokong kenyataan ko tu 100%...patutnya bpr seluruh m'sia siasat semua lapuran yg dah dibuat bertahun-tahun dulu..
Patutnya ko beritahu pada khairy tu soh dia tanya pada bpr apa jadi dengan lapuran yg dibuat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim dulu yg melibatkan Rafidah Aziz, Ali Abol Hassan dan beberapa org lagi...ada berani ka ?
Rm 5000 ke Rm 10000 ke..beri pada rakyat yg memerlukan apa salahnya ? Dah confirm rakyat yg dapat ? Apalah sangat jika nak dibandingkan dengan org umno yg songlap duit rakyat masuk poket sendiri..ambil contoh komisyen yg Razak Baginda dapat hasil dari pembelian kapal selam tempohari ? Berapa ratu juta yg dia dapat ?
Org kampung semua dah tahu wehhh!!!
Elo labah-labah yg berlagak pandai,
Mukhriz mahathir dl xmenonjol politik sbb mahathir tak nak org kata dia naik sbb dia pm.lbh 20 thn dia jd pm pn xbuat anak dia mcm si pi em skg yg baru 3 thn naik dah bagi si menantu mng mcm2(tanpa bertanding pla tu.haha).aku dl xpnah dgr nama dia ni jaman si mahathir.skang ni hamper tiap hari ada kua kt paper.dah la biadap.
Kt tmpt aku ni ada sorg org kuat umno nak umumkan nak masuk pmbgkg. Nk tau apa jadi?Dia kena bagi projek 60 000 rggt tiba2.dia x ambik.nak tau apa jadi lagi?Dia ditawarkan berkali2 ganda daripada tu lagi.haha mmg dasar poltik duit btol la umno ni.
Oh ya, bpr pg la siasat kes2 menteri umno sekali ye. Yg kes audit negara dedahkan tu awl2 lagi dah dengar kenyataan yg menteri tak akan terlibat.wohoo...keri(a),jgn biadab sgt bole kan.plez la
Masyallah...org hulur bantuan utk tolong rakyat yg ditimpa bencana pun nak bising2...yg pemimipin2 berok tu bleh hulur bantuan utk konsert..utk buat banglo mewah..utk beli kapal terbang utk suku sakat sendiri tu tak nak bising plak..
apa la nak jadi bro_dinggo..dinggo...ko ni cam dah takder idea lain la sama cam khairy berok ko tu...kesiannn...
dengar crita 2 org Exco Pahang drp BN membayar RM62000 utk booking plet kereta CCC3 & CCC4...dari mana pulak dtg duit tu? ...hairan juga ramai org pahang yg miskin tapi Pemimpinnya dah tak tau nak buat apa dgn duit, bnyk sgt kot...beli plet kereta yg tak penting langsung...heran..heran
hai siasat rm5,000 rm10,000 aje ke? yang berbilion-bilion yang kau telan hasil dari kontrak tu bila lagi bpr nak siasat? kau hanya boleh tahu nak cabar benda-benda bodoh macam nie! bila pembangkang cabar kau berdebat apasal kau tak berani? anu kau tu dah diambik oleh siapa ye? maya?
Ni lah dia orang Pas kalau nak menyelidung kesalahan tu bukan main pandai lagi.
Bila orang Umno mengata dia lagi hebat. Itulah, inilah. Kesilapan orang Umno mereka nampak tapi kesilapan mereka ditutup dan ditampal kemudian menunding jari pada orang Umno. Macamlah orang Pas tu semuanya baik-baik belaka. Padahal habis duit sumbangan rakyat digunakan untuk kepentingan diri sendiri.
Setiap kali adakan ceramah sudah pasti mereka kutip sumbangan iklas dari orang ramai. Yang peliknya kemana perginya duit tu, tak diketahui.
meang sewel la ko Khairy n the gang (bro_jiggo). Pelik la tahap kematangan korang..bantuan untuk rakyat yang ditimpa bencana atau musibah pun pun korang nak bising...orang yang bagi tak bising n berlagak pun...betul2 cukup berbeza dengan UMNO korang eksyen jer lebih kononnya bantuan tsunami bermillion ringgit dapat dikumpulkan..tapi mangsa tsunami apa yang dapat?
tapi terima kasih banyak keran beruk badawi ni mengaku tentang kebaikan dan keprihatinan wakil2 rakyat pas (harap ko sedarlah ko dah memuji kebaikan dan kemulian wakil2 rakyat pas) dan tahniah jugaklah sebab ko dah membuka pekong didada bahawa kerajaan pusat yang kaya raya kononnya yang mampu melancarkan perlbagai koridor pembangunan berbillion-billion ringgit lemah dalam hal-hal menghulurkan bantuan kepada rakyat...walaupun telinga, mata dan kaki tangan kerajan belambak tapi tak boleh cepat..ambik masa 10-14 hari baru boleh hulur bantuan..pikirlah sikit..dalam masa 10-14 hari bagaimana nasib rakyat yang kena musibah tu....sah korang memang tak pernah fikir kesusahan rakyat!!!memang ko ni bro_jinggo monyet kepada kahiry beruk la......
bro_jinggo said...
Ni lah dia orang Pas kalau nak menyelidung kesalahan tu bukan main pandai lagi.
Bila orang Umno mengata dia lagi hebat. Itulah, inilah. Kesilapan orang Umno mereka nampak tapi kesilapan mereka ditutup dan ditampal kemudian menunding jari pada orang Umno. Macamlah orang Pas tu semuanya baik-baik belaka. Padahal habis duit sumbangan rakyat digunakan untuk kepentingan diri sendiri.
Setiap kali adakan ceramah sudah pasti mereka kutip sumbangan iklas dari orang ramai. Yang peliknya kemana perginya duit tu, tak diketahui.
-----------------------------------
Aku juga cabar BPR dedahkan siasatan kes rasuah kat kelantan kalau betul-betul ada....dedahkan sekali semua kes-kes kat negeri lain...
sure tak boleh kan?
kat negeri-negeri lain semuanya dibawah pemerintahan UMNO, kat kelantan dah sah kepimpinan Ulama mana ada rasuah..sebab tu BPR tak boleh dedahkan...Ada otak fikirlerrrrrr
Kalu ko nak nak tahu bro_jinggo n khairy beruk weh...duit sumbangan tu kalau bukan dari duit poket wakil rakyat PAS yang berjiwa rakyat dan sederhana tu adalah duit yang dikumpulkan oleh dermawan-dermawan ahli PAS yang menyumbang tabung derma yang dikutip semasa ceramah...inilah Jemaah Islam yang diperjuangkan bukan seperti hampa duit dan dana bantuan kecemasan rakyat pun hampa songlap...kalau tak mangsa tsunami kat penang tu tak menunjuk perasaan la...nelayan mangsa-mangsa tsunami kat kuala kedah tu tak peningla nak turun laut...tu la...tak boleh tengok orang buat baik kat rakyat..tak boleh tengok orang jadi baik dan pemurah...hampa ingat orang dan wakil rakyat PAS haprak ka macam hampa..hampa bolehlerrrr asyik nak kebas duit rakyat ja. wei....sedarla sikit
Keadaan rumah mewah YB Dato' Wan Muttalib (ADUN Batu Buruk) sedang dalam proses pembesaran sedangkan masih ada penduduk kawasan Batu Buruk yang hanya makan nasi berlaukkan GARAM campur KICAP sahaja.
Hairan !!!!!!
Apa yang nak di hairankan jinggo...
biasalah pemimpin Pas banyak dapat duit dari sumber2 luar. Itulah sebabnya Kelantan tak maju sampai hari ni, habis duit sumbang orang ramai dikejakannya.Bab projek pulak diorang je yang sapu. Kesihan rakyat Kelantan ditipu Pas.
Banyak duit pemim[pin Pas, ni mesti duit dari sumber2 gelap kot.
ala korang ni mcm bodoh je aku tgk hahahaha..
BPR kan bawah telunjuk BN .....kalo nak ikutkan budaya rasuah dlm UMNO kalo disiasat semua pemimpin UMNO memang jwbnya semua ke dlm hahaha...
bezanya PAS dgn UMNO sbb UMNO dilindungi Kerajaan BN durjana je...
Sejak bulan Mac 2004, secara kasar, pendapatan yang sudah dan akan diperolehi oleh Khairy Jamaluddin melalui kegiatan rasuah dan penjualan aset-aset strategik negara adalah seperti berikut:
Komisen daripada penjualan 5% saham TM kepada Temasek Holdings Singapore – RM 16 juta.
Komisen daripada pembelian saham M1 oleh Khazanah dan TM – RM 6 juta.
Jangkaan komisen daripada penjualan 5% penjualan saham TM kepada Temasek Holdings Singapore – RM 17 juta.
Jangkaan komisen daripada penjualan aset Danaharta – RM 85 juta.
Jangkaan komisen daripada penjualan aset sampingan FELDA kepada Temasek Holdings dan DBS Bank – RM 30 juta.
Jangkaan komisen daripada peruntukan saham Bumiputera dalam syarikat milik asing – Syarikat 1- RM 15 juta.
Jangkaan komisen daripada peruntukan saham Bumiputera dalam syarikat milik asing – Syarikat 2- RM 20 juta.
Jumlah keseluruhan rasuah dan penyelewengan aset-aset strategik negara yang berjaya diperolehi oleh Khairy Jamaluddin dianggarkan bernilai RM 189 juta. Ini merupakan nilai yang dapat dilihat oleh umum.
Jadi sekarang siapa yang rasuah? Masih mahu mempertahankan pemimpin korup sebegini?
Lebih baik BPR pergi siasat video VK Lingam & aset harta PM kita yg kekayaannya d luar batasan tu sebagaimana yg d dedahkan sblm ini. Jgnlah pula jadi kuli pd Khairy Jakun ni. Nanti tak pasal² BPR pun jadi jakun. Pasal kes Lojing ni tak payah banyak ceritalah. Bawa terus ke mahkamah, tengok siapa yg kena. Setakat cakap & tuduh, apa ke jadahnya. Nie.... bawa annuar musa tu skali ke mahkamah.
BPR diberi 25 jam sehari siasat Kerajaan Kelantan - Nik Aziz
Thu | Nov 29, 07 | 1:57:04 pm MYT
KOTA BHARU, 29 Nov (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu diminta mengulas dakwaan berlaku penyelewengan dalam kerajaan negeri, menegaskan kerajaan negeri Kelantan bersedia untuk sebarang siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan tersebut.
Jelas beliau, kerajaan negeri menjanjikan kerjasama sewajarnya kepada BPR dalam menyiasat sebarang perkara yang berlaku di negeri ini.
Beliau berkata demikian kepada wartawan sewaktu ditemui pada majlis perasmian cawangan Bank Al-Rajhi di sini semalam.
Nik Abdul Aziz juga mengulangi kata-katanya sebelum ini bahawa beliau memberi peluang 25 jam sehari kepada BPR untuk menyiasat kerajaan negeri.
"Ia juga sebagai cara mengingatkan pegawai-pegawai kerajaan negeri supaya lebih berhati-hati,"katanya.
Tambahnya lagi, langkah BPR menyiasat kerajaan negeri adalah sesuatu yang baik dan memberi kesan positif.
Pada 27 November lalu, dua Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional, Dato' Nozula Mat Diah (Adun Paloh) dan Mohd Adhan Kechik (Adun Bukit Bunga) menyerahkan kepada pihak BPR mengenai lapan perkara yang dianggap sebagai "Laporan kes-kes penyelewengan terancang oleh kerajaan negeri Kelantan."
Penyerahan tersebut dilakukan sebaik sehaja mereka mengadakan sidang media setelah tidak berpuas hati dengan usul pengantungan enam bulan yang diputuskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Kedua-dua mereka mendakwa saluran BPR terpaksa digunakan kerana mereka dinafikan hak untuk bersuara dan beberapa isu yang ingin dibangkitkan untuk dijelaskan kerajaan negeri tidak dapat disampaikan di dalam persidangan Dun. - mks.
wei jinggo ko nie mcm hebat jer ..tahu semua pasal org pas buat umno bt ko tahu ker alah ko stakat tgk tv jer .. boleh laa..xpun makn duit baik suruh bpr siasat ko mcm maner beranai ker ...haa satu lg ader xlg exco kelantan kena tangkap bpr...senyap jer ak tengok...nti klu ader aper2 ko ckp ok ..ko bt lah beasr sikit tajuk kat blog banagang ko nie ...
mmg khairy n pgikut umno ni buta sjarah ke???? bkan kah dmontrasi jlanan ni sblum merdeka ag???umno gak yg jd demonstran...so,,khairy n pgikut2 umno ni asal usul dri beruk la????kan demonstran tu beruk...
1 ag,,,pehal paklah duk nyibuk 'saya pantang dicabar'??? rakyat mnentang die ke??? rakyat skrg mnentang kbatilan dlm spr...paklah hadhari pula sibuk nak mlindungi kebatilan spr tu...mcm ni ke imam hadhari??? menegakkan kebatilan....takut sgt ke???
oi jinggo,,ko tutup je blog ni...mjority comment x suka kt kj n umno...so drpda mghabiskan duit rakyat bayar kat ko yg menegakkan kbatilan ni,,baik gna duit slesaikan msalah tol....
Post a Comment