Friday, December 7, 2007

Kerajaan Tidak Perlu Mengadakan Pertemuan Dengan Anggota Hindraf

Sumber dari www.kpmu.net


Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mencadangkan agar pihak kerajaan tidak memuliakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) dengan bersetuju untuk mengadakan pertemuan dengan anggotanya.

Khairy membuat saranan tersebut ketika berucap pada Forum "Kestablian Politik dan Tadbir Urus Kerajaan : Prasyarat Terhadap Pembinaan Negara", yang diadakan di ibu negara pada 6 Disember lalu (semalam).

Walaupun cadangan Khairy itu tidak mampu mempengaruhi tindakan kerajaan, namun apa yang disuarakan oleh Khairu itu sebenarnya merupakan nada ataupun suara hati golongan muda khususnya Pemuda UMNO Malaysia.

Menurut beliau, memorandum yang dihantar oleh Hindraf dan menjadi tuntutan mereka adalah merupakan satu pembohongan, sesuatu yang mengarut dan tidak boleh diterima akal. Dakwaan yang kononya kerajaan mengamalkan pembersihan etnik lima tahun lepas di Kampung Medan, ternyata helah terangcang mereka semata-mata.

Tuduhan Hindraf bahawa kira-kira 100 orang India telah dibunuh di Kampung Medan adalah suatu yang tidak masuk akal kerana menurut pihak polis angka sebenar hanyalah sekitar 6 orang sahaja.

Rusuhan di Kampung Medan akibat perselisihan faham antara sesetengah penduduk di kampung itu berikutan dengan perarakan pengkebumian semasa satu majlis perkahwinan itu sebenarnya tiada kaitan langsung dengan dakwaan Hindraf yang kononnya apa yang berlaku itu merupakan agenda pembersihan etnik.

"Adakah anda serius dengan mengatakan kerajaan mengamalkan ekstremis Islam, dengan memusnahkan tempat sembahyang agama Hindu? Adakah anda mempersenda saya?"

"Dalam hati nurani anda, adakah percaya sebenarnya bahawa negara ini di mana anda dilahirkan, di mana anak anda dilahirkan dan di mana cucu anda akan dilahirkan telah menafikan anda sesuatu yang adil?" bidas Khairy lagi.

Sebagai menafikan tuduhan bahawa masyarakat India tidak berbuat yang baik di negara ini, Khairy berkata seseorang itu hendaklah melihat bilangan profesional India seperti peguam dan doktor di negara ini.

Bagaimanapun, beliau turut mengakui yang kerajaan masih belum melakukan sepenuhnya bagi masyarakat India di negara ini. Tetapi menurutnya, keadaan yang sama juga turut dialami oleh kaum-kaum lain termasuk Melayu dan Cina.

"Tidak ada kerajaan di dunia yang sempurna tetapi kerajaan ini telah melaksanakan yang terbaik sejak 50 tahun lepas," kata beliau.Khairy juga menekankan bahawa akar umbi ketegangan etnik mestilah ditangani dengan segera.

"Jika kita tidak lakukannya, kita sebenarnya dalam kesusahan dalam erti kata pembinaan negara," ujar beliau lagi.Beliau juga berkata banyak masalah yang dihadapi masyarakat hari ini disebabkan kurangnya pengetahuan agama dan bertolak ansur.

"Saya fikir kita perlu memahami diri kita dengan lebih baik, memahami orang lain dengan lebih baik dan memahami keperluan setiap kumpulan secara berasingan dengan lebih baik dan memahami di mana orang lain datang.

"Khairy juga bercakap mengenai senario kesan selepas rusuhan 13 Mei dan memberikan perhatian terhadap dua objektif utama Dasar Ekonomi Baru yang menghasilkan pembasmian kemiskinan dan pengenalan bangsa dengan fungsi ekonomi.

Katanya tindakan bersungguh-sungguh itu telah mengurangkan fungsi ekonomi yang sama yang selalunya dikenalpasti dengan sesuatu bangsa dan perkembangan terbaru di negara ini menunjukkan peluang telah bertambah baik bagi bukan Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.

16 comments:

Anonymous,  December 8, 2007 at 10:19 PM  

cuma satu je nak tahu, mengapa pak lah suka sangat mengambil dan mengekalkan para menteri yang banyak masalah? ada yang sampai tergagap-gagap semasa ditemubual oleh media antarabangsa? namapak sangat barisan kabinet pak lah bermasalah sampai masyarakat antarabangsa mentertawakan kita! malu oi!

Anonymous,  December 8, 2007 at 11:45 PM  

HIDUP UMNO!!!!!

Anonymous,  December 9, 2007 at 4:11 AM  

hidup umno melayu jahanam..
hidup umno melayu melarat..
hidup umno melayu miskin..
hidup umno yg kaya pemimpim..
hidup umno org melayu kena halau..
hidup umno org melayu ditindas
hidup umno menteri kuat rasuah..
hidup umno hakim bole jual beli
hidup umno tauke judi tentukan nasib negara
hidup umno banyak lagi masalah
UBAH SEBELUM PARAH
UBAH DEMI MARUAH
HANCUR UMNO NEGARA SELAMAT
HANCUR BN DUIT RAKYAT SELAMAT

Anonymous,  December 9, 2007 at 4:14 AM  

WAHAI MUSA HASSAN,,
CUKUPLAH BUAT FITNAH TU..TOLONG TUNJUKKAN BUKTI JGN BUKTI BAWA TILAM DAN UBAH TARIKH TUDUHAN.
WAHAI GANI PATAIL..
KNP TAK MINTA POLIS SIASAT NAJIB KES ALTANTUNYA BAGAIMANA C4 BOLEH TERLEPAS KELUAR SAMPAI LETUP ORG HINGGA BERKECAI..
WAHAI PAK LAH BAPA MENTUA BERUK..
JGN SELALU GUNAKAN ISA SEBAB DALAM ISLAM SETIAP KENA BAWA KE MUKA KEADILAN..
ADAKAH PRINSIP HADHARI BOLE TAHAN ORG TANPA BICARA..TANPA BUKTI.. ITUKAN FITNAH!!!!

Anonymous,  December 9, 2007 at 9:51 PM  

pak lah suruh kita luruskan sungai? gila apa! macam mana nak luruskan sungai? ak bagi kontrak kat siapa lagi tu? mengapa pak lah suka bercakap macam orang bodoh?

Anonymous,  December 10, 2007 at 9:16 AM  

Pak Lah bukan BODOH kau yang BODOH, cakap tak guna akal. Ada otak fikirla... sekarang zaman teknologi canggih, macam2 boleh buat. kalau semua orang macam kau tidur yang tak maju la negara. semua tak boleh. tahu makan saja.

Anonymous,  December 10, 2007 at 9:53 AM  

umno pembela bangsa melayu..marilah kita sama2 bersatu padu kembali ke pangkuan UMNO

Anonymous,  December 10, 2007 at 2:25 PM  

pak lah makhluk yang teramat bodoh dalam dunia ini! ada sungai disuruhnya diluruskan! si zam tu pula tergagap-gagap bila ditemubual! nazri pula macam gangster kaki lima! inikah barisan pemimpin yang dipatut dihormati? jawablah jebat ooi! lurus kepala hotak kamu! tahu berapa susah dan berapa banyak tanah dikorbankan? cakap je pandai! kalau kau tuduh aku pandai makan, kau tu pandai apa pula? pandai cucuk sana cucuk sini? Dah memang kerja UMNO sejak dulu lagi! puak UMNO tu bagi makan hasil haram lar! nanti mampus nanti terus ke neraka!

Anonymous,  December 10, 2007 at 2:30 PM  

hoi jebat, nama aje jebat tapi bodoh tak habis-habis!walaupun kalau ada teknologi canggih, ini tidak bermakna ia boleh dilaksanakan! kalau sungai tu akan melalui bandar, kawasan perumahan, macam mana ceritanya pula? takkan nak paksa semua penduduk itu pindah atas nama meluruskan sungai? takkan ini sia-sia? pasal itulah kita tentang!

Anonymous,  December 10, 2007 at 5:13 PM  

hoi anjing jebat keparat! lain kali pakai sikit otak kau tu! jangan ingat nak duit haram tu! tak halal tau tak! mana ada orang yang betul otaknya cadang benda gila macam nie? cadang dalamkan sungai atau bersihkan sungai tak apa lah! ini luruskan sungai! otak siapa yang bodoh sebenarnya? kalau aku tau PM nie akan jadi sebodoh nie, mampus aku takkan undi dia! aku nak pergi bataklan keahlian UMNO aku! Uuui malu betul! Hina rasanya jadi ahli UMNO!

Anonymous,  December 10, 2007 at 5:33 PM  

bodoh punya orang nak tutup2 blog ni apa kes!!! apa hak kamu nak tutup2....jika tak suka blog ini jangan la masuk....apa2 hal pun tahniah kepada UMNO kerana memperjuangkan nasib org2 melayu...tanpa UMNO org melayu tak akan maju seperti skrg..HIDUP UMNO!!!

Anonymous,  December 10, 2007 at 8:59 PM  

heran, jangan makan hasil haram puak UMNO nie! dosanya tak terkira banyak! memang blog nie macam jamban! orang melayu akan lebih maju tanpa umno jamban tu! kalau orang melayu boleh berdikari habislah umno! pasal tu mereka dengki sangat apabila benar-benar ada usahawan melayu tulen yang berjaya. mereka akan cuba menjatuhkannya! Jadi sedarlah umno tu penjajah! Penjajah warisan kolonial British! Ayuh! tumbangkan!

Anonymous,  December 10, 2007 at 9:03 PM  

harun, jebat dan segala makhluk penjilat umno! Korang betul-betul bodoh! sokong membuta tuli aje! kalau umno tenggelam nanti, korang nak ikut sekali tak? jangan lari pula ye!

Anonymous,  December 11, 2007 at 10:27 AM  

Tengok simamat-mamat pembangkang dalam blog ni, macam cacing kepanasan. Suka membuat komen merapu2. hai takan tak tahan kena cili kot?

Bagus bro... kasi mereka panas lagi.Didalam blog ini, kita boleh lihat aksi kebodohan mereka.

Tomahan mereka langsung tak berasas, tiada fakta.Menulis mengikut nafsu syaitan.

Anonymous,  December 11, 2007 at 3:00 PM  

woi jebat gua nama lain la ...beruk ke monyet ke baru ok.

Anonymous,  December 11, 2007 at 3:02 PM  

harun2...hahahah memang aku rasa ko ni dibesarkan oleh duit kotor UMNO kot...hidup melayu konon pirahhhh!!!

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP