Friday, December 14, 2007

Pahang Bakal Menjadi Sebuah Negeri Maju

by: jinggo

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan tetap meneruskan kesinambungan usaha pembangunan negara dengan memperkenalkan prinsip Islam Hadhari dan menekankan modal insan bagi mengekalkan kemajuan yang dicapai.

Pada majlis perjumpaan dengan penjawat-penjawat awam negeri Pahang di Kuantan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memaklumkan bahawa Pahang bakal mengalami perubahan dramatik dan menjadi sebuah negeri maju dengan pelaksanaan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Koridor tersebut merupakan satu kemajuan selepas meletakkan Pahang bukan hanya di peta Malaysia tetapi juga akan dikenali oleh syarikat-syarikat antarabangsa dan pasti akan menarik syarikat-syarikat tersebut melabur di negeri itu.

Pahang yang menjadi hub logistik di Pantai Timur akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang merangkumi bidang pelancongan, industri minyak, gas, petrokimia, industri pembuatan, halal hub, pertanian, pendidikan dan aliran perhubungan yang akan memberi manfaat kepada 3.9 juta penduduk.

Walaupun sektor perkhidmatan awam telah menunjukkan peningkatan terutama dari segi sistem penyampaian maklumat kepada pihak awam, sector tersebut perlu mengekalkan momentum berkenaan supaya bertambah baik untuk melancarkan pembangunan dan kemajuan yang dirancang.

Matlamat Dasar Ekonomi Baru adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional serta mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan memberi peluang-peluang pekerjaan meningkatkan dan menambah sumber pendapatan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Pak Lah diperlihatkan sebagai seorang yang ikhlas dalam perjuangannya untuk mencapai perpaduan kaum. Beliau juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara.

Kejayaan pembangunan negara akan meyakinkan rakyat bahawa kerajaan serius dalam membangun dan memajukan negara demi kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum.

Bagi beliau, pembangunan tidak boleh dilaksanakan sekiranya perpaduan tidak dicapai.

16 comments:

Anonymous,  December 14, 2007 at 4:17 PM  

Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) adalah nafas baru bagi rakyat Malaysia.ia akan memberi satu impak besar kepada rakyat, dimana suatu ketika nanti negara kita akn menjadi pusat perdagangan yang termoden di Asia.

Dan sudah pasti perjalanan ekonomi negara bertambah lebih maju dengan adanya pelabur2 asing diluar negara berdagan di negara kita.

Inilah masanya kita mengambil kesempatan untuk memajukan diri kita setelah pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan.

fikirkanlah...

Anonymous,  December 15, 2007 at 6:22 PM  

projek yang dijenamakan semula! hebat sangat ker? macam kentut aje! bunyi aje kuat dan berbau busuk! lepas tu tiada apa lagi! RICODE, NCER semuanya kentut aje!

Anonymous,  December 15, 2007 at 9:29 PM  

ahahaha ! kentut besar imam besar islam hadhari! busuk! busuk!

Anonymous,  December 15, 2007 at 9:57 PM  

pahang maju sebab ada genting highland! syabas kerana mempunyai pusat judi ! banyaklah anak melayu yang hanyut dibuai dengan judi, arak! bagus! memang ini yang dikehendaki oleh islam hadhari anjuran imam besar dollah!

Anonymous,  December 15, 2007 at 10:04 PM  

biasalah cerita umno macam tong kosong.. bunyi kung-kang-kung kang... tapi hasilnya tarak

asik nak menipu rakyat aje kejanya

Anonymous,  December 15, 2007 at 11:34 PM  

ala...tak payah la nak kutuk2 ,,,org2 pembangkang PAS , KEADILAN pun ada gak gi genting cuti2 di sana..Memang sempit pemikiran org2 pembangkang ni

Anonymous,  December 17, 2007 at 12:36 AM  

ye judi, arak, betina semuanya ada di pahang darul makmur! menteri besarnya pun macam samseng! memang hebat sekali "kemajuan" yang dibawa oleh pak lah! dari hutan rimba kepada negeri maju serta makmur! sayang seribu kali sayang perangai menteri besarnya laksana samseng tepi jalan! memang maju sungguhlah tu!

Anonymous,  December 17, 2007 at 10:03 AM  

hidup UMNo!!!!! teruskan perjuangan memajukan negeri pahang....biar apa diaorg kata pasal pemikiran diaorg x matang...

Anonymous,  December 18, 2007 at 2:40 PM  

Hakhakhak...
ecer?Ooo acer..

Anonymous,  December 19, 2007 at 1:15 PM  

kepada penyokong2 anwar kembalilah kpd UMNO...jgn nati nyesal di kemudian hari

Anonymous,  December 19, 2007 at 8:08 PM  

Anehnya sebuah negeri dikatakan nak dijadikan sebuah negeri maju tapi air bah masih datang tiap tiap tahun!

Jinggo aka bodek Khairy, cuba hang bagi pandangan sedikit.

Anonymous,  December 22, 2007 at 10:50 AM  

ECER ke CECER?

Anonymous,  December 24, 2007 at 11:09 PM  

hah! these developement corridors are just about glitz. have a fancy launching ceremony and years later it is forgoten by the people because there was no progress or it did not took off at all. then PM Abdulah Ahmad Bodowi will say 'kemajuan tidak boleh dicapai dengan begitu cepat'

Anonymous,  December 25, 2007 at 12:41 AM  

Sampai bantuan banjir pun kau rompak? Memang tidak berperikemanusiaan ler korang nie! Memang dasar penjajah! Aku doakan korang semua masuk neraka terus!!!! Korang rompak dan politikkan bantuan banjir! Korang jangan lupa bantuan tu untuk orang fakir, yatim piatu dan juga yang teraniaya! Dengan berbuat demikian korang dah menganiayai mangsa banjir! Korang akan terima balasannya dunia dan akhirat!!!!!

Anonymous,  March 1, 2008 at 4:02 PM  

blah la kau khairy!!sejak ko masuk UMNO, terus porak peranda ko buat.kau ingat kau tu cukup hebat? datang ke Permatang Pauh jika anda anak jantan!

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP