5 pemimpin Hindraf kena ISA
Mereka ialah P Uthayakumar, 46; V Ganabatirau, 34; M Manoharan, 46; dan R Kengadharan, 40 semua Penasihat Undang-Undang Hindraf, manakala seorang lagi penyelaras pertubuhan berkenaan, K Vasantha Kumar, 34. Ganabatirau dan Manoharan juga adalah ahli DAP.
Kelima-limanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebelum dihantar ke Kem Tahanan dan Perlindungan Kamunting di Taiping, Perak untuk menjalani perintah tahanan serta-merta.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam kenyataan dikeluarkan Bukit Aman, berkata, Kengadharan ditahan di Jalan SS2/55 Petaling Jaya pada jam 12.30 tengah hari, diikuti Manoharan di Jalan Pantai Baru, Bangsar (1.55 petang) dan Vasantha Kumar di sebuah restoran di Brickfields (2 petang).
Ganabatirau pula ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan (2.10 petang) dan Uthayakumar di pejabatnya di Menara Mutiara Bangsar di sini (2.30 petang).
Di KUANTAN, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata penahanan pemimpin Hindraf itu mengikut ISA dibuat berasaskan kewajaran kerana tindakan mereka mengancam keamanan dan keselamatan negara.
"Menjadi kewajipan saya untuk bertindak segera kerana rakyat tidak ingin melihat negara kita dalam keadaan porak-poranda," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Pahang.
Mengenai kemungkinan tindakan itu dipolitikkan pembangkang, beliau berkata: "Sejak bila pembangkang tak guna macam-macam helah? Pembangkang, kerja dia membangkang."
Ditanya sama ada ramai lagi pemimpin Hindraf akan ditangkap, Perdana Menteri berkata: "Saya tidak boleh cakap... tandatangan, tangkap."
Sementara itu, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum, berkata perintah tahanan itu ditandatangani Abdullah selepas meneliti laporan polis pagi semalam yang menunjukkan kegiatan pemimpin Hindraf itu boleh menggugat keselamatan negara.
Mengikut Seksyen 8(1) ISA 1960, Menteri Keselamatan Dalam Negeri mempunyai kuasa menandatangani perintah menahan mana-mana individu sehingga dua tahun tanpa perlu perbicaraan.
Tempoh tahanan itu boleh dilanjutkan atas persetujuan menteri berkenaan.
Sehari selepas itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pula mendedahkan Hindraf mempunyai hubungan dengan kumpulan pemisah Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) berdasarkan laporan polis yang dibuat orang awam.
Kumpulan pemisah itu diisytiharkan sebagai pengganas oleh Amerika Syarikat, Britain, Kesatuan Eropah, India dan Australia
K Vasantha Kumar, 34 - Eksekutif kanan di Malaysia Building Society Bhd (MBSB). Juga penyelaras Hindraf dan namanya digunakan dalam permohonan permit bagi perarakan pada 25 November lalu tetapi ditolak.
V Ganabatirau, 34 - Penasihat Undang-Undang Hindraf dan juga Penasihat DAP Cawangan Sri Muda Shah Alam, Selangor. Namanya turut tersenarai dalam perintah mahkamah melarang perhimpunan haram pada 25 November lalu.
R Kengadharan, 40 - Mempunyai firma guaman sendiri di Petaling Jaya. Turut mengendalikan kes sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
M Manoharan, 46 - Penasihat Undang-Undang Hindraf ini adalah graduan ekonomi yang kemudian menjadi peguam. Ahli DAP dan sudah berkecimpung dalam politik selama 15 tahun. Mewakili Uthayakumar, Ganabatirau, dan Waythamoorthy ketika ketiga-tiga mereka ditahan dua hari sebelum perhimpunan haram pada 25 November.
P Uthayakumar, 46 - Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Police Watch and Human Rights Committee. Pernah didakwa atas dua kesalahan di mahkamah. Pada 20 Mei 2004 dia ke United Kingdom mendapatkan suaka politik, kerana mendakwa diancam dan diawasi polis.
9 comments:
sokong ISA...kalau boleh tangkap je mana2 pemimpin pembangkang yg cuba hendak menggugat ketenteraman negara...tanpa ISA negara boleh jadi porak peranda
Secara peribadi aku memang akui hindraf ni dah melampaui batas..
Pun begitu menggunakan ISA kpd mana-mana individu adalah satu perbuatan yg zalim dan tidak bertamadun!!
Kita kan ada mahkamah ? Kenakan apa saja tuduhan keatas mereka dan biar mahkamah saja yg menentukan mereka salah atau tidak.
Dalam Islam pun ia adalah satu dosa kerana mereka tidak berpeluang membela diri mereka. Kenapa kita sibuk-sibuk bising mengatakan amerika zalim kerana menahan pejuang Islam di guantanamo bay yg dikatakan "terrorist" tu? Dalam masa yg sama kita sendiri tak sedar kita pun 2x5 dgn amerika.
Amerika tu lainlah sebab mereka tu kafir, tak hairan pun, ni yg heboh memperjuangkan islam hadhari pulak apahal? mangkuk betul kerajaan hari ni..
kerajaan zalim islam hadhari pak lah! aku nak tengok kat neraka nanti apa akan jadi dengan pak lah dan kamu semua! semua yang terseksa dalam tahanan isa akan menjadi saksi! mamapus lah kamu! kamu ingat dengan mengaku bertaubat sahaja, kau akan terlepas dai api neraka! kamu boleh zalim atas dunia ini, tunggulah di alam kubur!
ops padam anjuran khairy atas restu bapak mertuanya! macam juga rejim zionis terhadap penduduk palestin, kini malaysia pun dah ada "palestin"nya sendiri. tak payah nak kutuk myanmar, cerminlah muka tu sendiri! isa disokonglah, hanya cara yang terbaik. semuanya alasan untuk menghalalkan isa! dahlah pak lah, kita tak perlukan pemimpin yang zalim seperti rejim zionis!
kau tak takut siksaan kubur ke jinggo
insaflah... pesanan dari saudara seislam mu
hukum ISA dlm ISLAM HADHARI adalah WAJIB untuk untuk mnutup kebatilan kerajaan BN...
ayam-ayam jantan aku tengah mengamuk kat dalam reban sebab berebutkan ayam betina! ini boleh mengancam keselamatan negara sebab esok telur-telur ayam tu pecah dan aku tak dapat makan! bila aku tak makan telur ayam aku akan mengamuk! jadi baik panggil pak lah kamu tu ISAkan ayam-ayam jantan kat dalam reban aku tu! ISAkan sekali ayam-ayam betina tu sebab tak mahu bertelur! Ahahaha! ISA mungkin untuk haiwan ternakan sahaja! Malang sungguh Pak Lah gunakan undang-undang haiwan macam tu! Boleh suruh Pak Lah kau tu sain untuk ISA lembu-lembu jiran sebelah tak? Lembu-lembu tu dok kacau bunga-bunga yang aku tengah tanam! Ahahaha!
Mengantuklah bang....zzzzz..zzz
tapi gangster yang terbesar dalam malaysia dilepaskan begitu sahaja! ish..ish.. baik gani lepaskan semua perompak, perogol yang ada dalam penjara tu semua sekali! sistem kehakiman sendiri dah parah! letakkan kami dalam penjara! Jadi penjenayah boleh lepas bebas dan yang tidak melakukan jenayah di penjarakan! memang dollah,khairy,gani,musa,nazri, zam dan sekaum serta sewaktu dengannya dah sah gila!
Post a Comment