Wednesday, November 7, 2007

‘ Usah cemburukan kejayaan rakan’

Khairy minta ahli, pemimpin Pemuda jalin kerjasama erat bela nasib bangsa

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengingatkan ahli Umno supaya tidak cemburu dengan kerjaya rakan dalam parti, sebaliknya menyokong mereka kerana ia adalah rezeki masing-masing.

Khairy menyampaikan masejnya itu dalam bentuk cerita tiga budak hitam yang dinamakannya Khairy, Reezal (Exco Pemuda, Datuk Reezal Merican) dan Azeez (Pengerusi Biro Putera, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim) yang menemui sebiji botol yang didalamnya ada jin ketika berjalan dalam hutan.

Katanya, jin itu berjanji menunaikan apa juga permintaan tiga budak hitam itu jika mengeluarkannya daripada botol.

Beliau berkata, Khairy meminta menjadi putih dan kacak seperti beliau hari ini dan disambut ketawa oleh perwakilan, manakala Reezal meminta menjadi lebih putih dan mencapai tahap kacak maksimum.

Azeez pula, katanya, yang tidak tahan melihat Khairy sudah putih dan Reezal menjadi kacak tetapi tidak boleh meminta sedemikian kerana Reezal sudah meminta kacak maksimum, meminta jin menjadikan Khairy dan Reezal supaya lebih hitam daripadanya.

“Moral cerita ini ialah bila sahabat dapat kejayaan, jangan cemburu… itu rezeki dia, patut sama-sama sokong,” katanya ketika menggulung perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda.

Sementara itu Khairy berkata, perkongsian kuasa antara kaum juga perlu membabitkan perkongsian kuasa ekonomi dan bukan sekadar perkongsian politik semata-mata.

Katanya setiap kaum mesti berkrompromi seperti Umno yang memberikan tempat kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) bertanding dikawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun mengikut majoriti penduduk, lebih ramai calon Umno yang boleh bertanding di kawasan berkenaan.

“Apabila sebut perkongsian kuasa, jangan hanya sebut perkongsian kuasa politik… Umno saja yang bagi dan bagi. Kita harus juga cakap perkongsian kuasa dalam ekonomi, itulah yang diperjuangkan kita dibawah Agenda Melayu,” katanya

Sambil menyelar pihak yang melabel Pemuda bersifat perkauman dan tidak toleran kerana memperjuangkan agenda seperti itu, beliau berkata, hakikat sebenarnya adalah Umno tidak pernah merampas hak orang lain.

“Umno parti yang berbesar hati. Kita tengok saja pengagihan kerusi Parlimen dan DUN, kalau ikut majoriti Melayu lebih banyak lagi calon Umno yang layak bertanding tapi kita bermurah hati.

“Presiden-presiden parti komponen kalau tidak, tak ada tempat bertanding kerana tidak ada mejoriti bangsanya.Di Sungai Siput kita beri bertanding, di Kapar kita bagi bertanding, di Kota Raja kita bagi bertanding, malah di Pontian kita bagl bertanding sebab semua ini rakan kita.

“ Apabila kita lihat kepada semangat bermurah hati Umno ini, jangan sekali-kali anggap kita parti perkauman. Kita menjaga maruah BN,” katanya.

Khiry juga menegaskan Pemuda Umno akan terus menghunuskan dan menjunjung keris Panca Warisan selama-lamanya dan berharap tiada wartawan akan mengemukakan pertanyaan pada masa depan.

“Pada masa akan datang, siapa saja (ahli Pemuda Umno) yang tidak berani menghunuskan dan menjulang keris Panca Warisan adalah penghianat kepada bangsa dan parti,” katanya.

Katanya, kebangkitan semula Pemuda Umno melalui rangkaian sedia ada di bawah Datuk Seri Hishammuddin Hussein mesti diteruskan supaya Pemuda bukan saja menjadi benteng pada pilihan raya, malah membantu mempercepatkan pelaksanaan strategi kerajaan.

Beliau juga mengingatkan parti pembangkang supaya menggunakan gelangang yang betul, iaitu pilihan raya umum jika mahu melawan kerajaan dan bukan cara menjadi hero dengan menganjurkan perhimpunnan haram.

“Saya cabar pembangkang jangan keluar di jalan raya, jangan cuba jadi hero di jalan jalan raya.

“Kalau betul nak lawan, lawan dalam gelangang sebenarnya… lawan seperti jantan dalam gelanggang sebenar… pilihan raya umum akan datang, kita lawan,” katanya.

28 comments:

Kamalkamal November 7, 2007 at 3:52 PM  

Bukan hanya Rezal, Azeez sahaja yang sokong malah ramai lagi yang sokong KJ sekarang ini. Maklumlah semuanya pakat dapat habuan masing-masing...rezeki katakan.

Pakat-pakatlah habiskan pisang-pisang yang berlonggok kat PWTC tu...bila kenyang baliklah kekawasan masing-masing...jangan bising-bising...buat kerja!!!

Anonymous,  November 7, 2007 at 8:22 PM  

Himpunan 10 Nov-2000 Unit Amal Berkawal,
Peguam Bersedia
Oleh Herman Samsudeem - Laman M@RHAEN
--------------------------------------------------------------------------------



Himpunan Aman pada Sabtu 10 November di Dataran Merdeka anjuran BERSIH akan tetap diteruskan. Walaupun pihak penganjur menerima begitu banyak ancaman, namun tuntutan massa rakyat memberikan laluan untuk perhimpunan ini terus berjalan. Beberapa orang ahli jawatankuasa BERSIH telah dipanggil ke Bukit Aman pada 12 November ini.

Khairi Jamaluddin, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pula telah mengarahkan pihak Polis membuat tangkapan terhadap pimpinan dan peserta Himpunan. Arahan ini adalah suatu yang biadap dan tidak rasional kerana himpunan ini adalah hak dan kebebasan rakyat. Rakyat berhak berada di mana sahaja mereka berada dan pemuda UMNO tidak berhak untuk menghalang perhimpunan ini.

Ketakutkan semakin terserlah di wajah pimpinan UMNO kerana himpunan ini. Khairi yang pada mulanya mencadangkan untuk pemuda UMNO turun berdepan dengan Himpunan BERSIH ini akhirnya mengaku kalah dalam ucapan yang sama dan mengakui bahawa pemuda UMNO tidak mampu berhadapan dengan 100 ribu rakyat.

Oleh itu, beliau tiada pilihan dan kemungkinan besar Polis akan dijadikan kuda tunggangan mereka bagi menghadapi peserta himpunan aman ini.

Kepada pihak Polis, kami mengingatkan agar mereka tidak membiarkan diri mereka diperkudakan lagi. Ini adalah himpunan rakyat, dan pihak Polis juga dialu-alukan bagi menyertai rakyat dalam himpunan ini atas jiwa mereka sebagai rakyat yang prihatin terhadap masa depan negara ini.

Diperingkat PAS pula, seramai 2000 orang petugas Unit Amal Malaysia yang beruniform dan tidak beruniform akan berkawal bagi memastikan tiadanya provokasi dan kekecohan yang boleh memburukkan imej perhimpunan ini. Kita datang dengan ama dan Unit Amal akan membantu kita.

Jika ada kalangan peserta yang cuba melakukan provokasi seperti membawa bendera parti politik, melaungkan kata-kata yang kesat, membaling atau menggunakan apa-apa objek yang boleh membahayakan orang lain, mereka akan dikeluarkan dari perhimpunan ini serta merta atau diserahkan kepada pihak Polis jika perlu.

Kita yakin, bahawa terdapatnya konspirasi terancang bagi mensabotaj himpunan ini dan kita juga telah bersiap sedia bagi menghadapi perhimpunan ini.

Kepada peserta perhimpunan yang masih ragu lagi, pihak penganjur juga telah menyediakan barisan peguam yang cekap untuk menjamin dan membela anda sekiranya ditangkap. Para peguam ini akan membantu dan membela hak anda sesuai dengan peruntukan Perlembagaan. Oleh itu tiada sebab untuk kita tidak hadir dan tunduk pada ancaman yang kini semakin tersebar luas.

Pastikan anda hadir dengan aman dan segalanya aaakan berjalan secara aman!

Herman Samsudeen
Koordinator Web Himpunan Rakyat
dan,
Ketua Penerangan, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Blog Herman Samsudeen: http://syukran.wordpress.com

Anonymous,  November 7, 2007 at 8:43 PM  

Kalau saya jadi Khairy saya pun akan mengarahkan pihak Polis membuat tangkapan terhadap pimpinan dan peserta Himpunan.
Kerana perhimpunana tersebut adalah perhimpunan haram.Permit tidak diluluskan dan tidak akan dapat permit langsung.
-----------------------------------
AMARAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA JANGAN SERTAI PERHIMPUNAN BERSIH, IA ADALAH PERHIMPUNAN HARAM.PIHAK BERKUASA AKAN MENGAMBIL TINDAKAN KEPADA SESIAPA YANG MENYERTAI PERHIMPUNAN TERSEBUT.

AMARAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA JANGAN SERTAI PERHIMPUNAN BERSIH, IA ADALAH PERHIMPUNAN HARAM.PIHAK BERKUASA AKAN MENGAMBIL TINDAKAN KEPADA SESIAPA YANG MENYERTAI PERHIMPUNAN TERSEBUT.

Anonymous,  November 7, 2007 at 8:44 PM  

AMARAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA JANGAN SERTAI PERHIMPUNAN BERSIH, IA ADALAH PERHIMPUNAN HARAM.PIHAK BERKUASA AKAN MENGAMBIL TINDAKAN KEPADA SESIAPA YANG MENYERTAI PERHIMPUNAN TERSEBUT.

AMARAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA JANGAN SERTAI PERHIMPUNAN BERSIH, IA ADALAH PERHIMPUNAN HARAM.PIHAK BERKUASA AKAN MENGAMBIL TINDAKAN KEPADA SESIAPA YANG MENYERTAI PERHIMPUNAN TERSEBUT.

Anonymous,  November 7, 2007 at 11:01 PM  

perhimpunan rakyat pun nak dihalang? hai khairy takut sangat dengan rakyat ye? tak pa sikit hari skandal kau pula akan kami dedahkan. Kau cubalah kacau himpunan rakyat anjuran BERSIH nie, tengoklah gambar kau berkepit dengan betina mana akan dilambakkan dalam laman ini! Cubalah!

Anonymous,  November 7, 2007 at 11:21 PM  

tertumpasnya pemimpin kejam adalah kerana himpunan raksasa rakyat! selak-selaklah halaman sejarah seperti perarakan garam di india yang membawa kemerdekaannya. Pasal itulah UMNO takut dan berselindung di sebalik topengan permit perhimpunan! Kalau nak dikirakan, segala perhimpunan baik di sekolah dan jabatan kerajaan diadakan tanpa permit! Jadi bila polis nak tangkap? Mengapa hanya kerana rakyat ingin berhimpun, isu permit menjadi satu halangan? Hanya negara yang mengamalkan polisi Nazi serta apartheid memerlukan undang-undang lapuk ciptaan penjajah dulu!

Anonymous,  November 8, 2007 at 1:47 AM  

Tidak ada sikit pun sifat rendah diri yang ada pada bakal PM ini.

Yang nampak adalah kesombongan,kesamsengan,
ketamakan
dan kehitaman.

Pada Khairy...boleh berangan jadi PM tapi jangan nak berlagak macam PM! Pemuda yang kurang sifat malu.Dengan kurang sifat ini saja Khairy dah tak layak jadi PM.

Shameless golliwog!

Anonymous,  November 8, 2007 at 4:21 AM  

Belum pun memegang sebarang jawatan dalam kerajaan, menantu Perdana Menteri yang juga Naib Ketua Pemuda Umno menunjukkan bahawa beliau sesungguhnya bertaring dan berkuasa. Semasa berucap dalam Persidangan Pergerakan Pemuda Umno di Dewan Merdeka PWTC semalam Khairy kelihatan begitu berkuasa sehingga beliau mampu mendahului pihak polis.

Khairy dilaporkan oleh Utusan Malaysia sebagai berkata:

Kita minta, oleh kerana ini adalah perhimpunan haram dan dianjurkan oleh pertubuhan haram, pasukan keselamatan terutama polis, tolong bertindak tegas dan tangkap mereka yang menganjurkan perhimpunan ini.

Beliau merujuk kepada Perhimpunan Aman BERSIH yang dijadualkan di adakan di Dataran Merdeka pada hari Sabtu 10 November ini.

Isunya di sini, siapakah Khairy untuk mengisytiharkan perhimpunan ini sebagai perhimpunan haram? Sebab setahu kita sekretariat BERSIH telah pun dinasihatkan oleh pihak polis untuk memohon permit dan saya difahamkan satu permohonan telah pun dibuat secara rasmi. Adakah permohonan tersebut telah dimajukan oleh pihak polis kepada Khairy kerana nampaknya beliau pula yang pandai-pandai mengisytiharkannya haram sebelum pun polis membuat keputusan?

Beliau boleh dengan megah dan bongkak mengarahkan pihak polis menangkap mereka yang menganjurkan permohonan ini, apa sekarang kuasa mengarahkan tangkap pun ditangan menantu PM ini?

Sesungguhnya kenyataan beliau ini sangat dikesali dan terbukti menantu PM ini seorang yang tidak percaya kepada hak asasi rakyat dan amalan demokrasi itu sendiri, bayangkan kalau beliaulah satu hari nanti memegang tunggak Negara!

Cuba kita amati ucapan anak muda yang biadap ini yang cuma bertenggek dan menunjukkan kekuatan kerana berselindung di bawah kain bapa mertuanya:

Saya cabar pembangkang jangan keluar di jalan raya, jangan cuba jadi hero di jalan raya, jangan buat seperti beruk di jalan raya.


(Beliau lupa semasa membantah kehadiran Condoleeza Rice satu ketika dahulu beliau pun menjadi beruk juga kerana turut jadi jaguh jalanan)

Untuk makluman menantu PM yang biadap itu, semalam pada jam 11.00 pagi pihak istana telah berkenan menerima kunjungan wakil BERSIH yang telah menyembahkan nama-nama wakil-wakil BERSIH yang akan menyembah serah memorandum kepada Yang Dipertuan Agong pada hari Sabtu nanti mewakili kira-kira jangkaan 100,000 rakyat Malaysia yang akan berhimpun secara aman pada hari tersebut.


Kalau pihak Polis itu benar-benar Polis Diraja Malaysia, mereka akan tunduk dan beri laluan kepada perhimpunan ini lantaran perkenan Tuanku itu, kecualilah mereka POLIS DIRAJA KHAIRY!

.....
http://n32.blogspot.com/

Anonymous,  November 8, 2007 at 9:51 AM  

Selepas 50 tahun, Umno masih gagal perkasakan Melayu - Zainal Kling
Intan Abdullah
Wed | Nov 07, 07 | 4:21:47 pm MYT
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Hrkh) - Setelah 50 tahun memerintah negara, Umno masih belum berjaya memperkasakan orang Melayu sebagai bangsa dominan dari sudut ekonomi dan politik.



Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Dalam satu rancangan yang disiarkan oleh TV9 malam tadi, Pensyarah di Jabatan Antropologi, Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya, Dato' Dr Zainal Kling berkata, setakat ini Umno hanya meluaskan monopoli mereka ke peringkat kelas menengah sahaja yang merupakan sebahagian kecil daripada bangsa Melayu

"Sedangkan terdapat 60 peratus lagi orang Melayu yang tinggal di luar bandar tidak dapat menikmati hasil pembangunan mewah yang dibuat oleh kerajaan," ujarnya ketika ditanya oleh perantara rancangan Hujah, Prof Madya Dr Mohd Agus Yusof.

Menurutnya, ini adalah kerana kerancakan aktiviti pembangunan yang dijalankan hanya bertumpu kepada masyarakat yang berada di bandar sahaja.

Walhal ujarnya, masih ramai lagi di kalangan orang Melayu yang perlu dibangunkan ekonomi dan taraf hidup yang selesa tanpa perlu bergantung kepada orang lain.

"Masyarakat yang berada di luar bandar juga mahu menikmati kemajuan, mereka mahu pusat kesihatan kecil diwujudkan di tempat mereka," tegas beliau yang juga merupakan pemerhati politik tanah air.

Zainal berpendapat bahawa orang Melayu masih terkebelakang jika sekiranya budaya demokrasi masih tidak wujud di dalam Umno.

"Ini tidak, kalau kita tegur pemimpin, dilabelkan sebagai pembangkang, dikenakan tindakan tatatertib, dibuang parti dan sebagainya. Di mana demokrasi parti kita?"

Beliau menunjukkan bahawa walaupun memerintah negara selama 50 tahun, Umno masih gagal membawa kemajuan ekonomi kepada Malaysia, khususnya orang Melayu

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali berkata dengan tema 'mengangkasakan tamadun bangsa', Umno sebenarnya hanya berjaya mengangkasakan harga barang sahaja.

Hal ini terbukti dengan peningkatan harga barangan yang mendadak di pasaran dalam tempoh terdekat.

Apa yang jelas, Zainal mengakui bahawa demokrasi dalam Umno masih lagi terkongkong yang akhirnya akan menatijahkan perkembangan Umno yang tidak demokratik.

Beliau mengakhiri temubual rancangan tersebut dengan menyatakan harapan kepada pertubuhan Melayu itu, supaya perancangan kemajuan yang diatur untuk menjadikan agenda memperkasakan melayu tidak mengetepikan nasib sebenar sebahagian besar golongan melayu yang tinggal di luar bandar untuk mengecapi nikmat kemajuan yang telah lama dinikmati oleh rakyat di bandar. - mr

Anonymous,  November 8, 2007 at 12:42 PM  

Pemuda UMNO Bongkar Seleweng PAS di Terengganu.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Besut akan mendedahkan penyelewengan dan pembohongan yang dilakukan oleh Pas ketika memerintah Terengganu jika kepimpinan parti itu berterusan memburuk-burukkan UMNO kepada rakyat.

Ini bukan ugutan tapi satu peringatan kepada pembangkang yang tidak henti-henti memburuk-burukkan kerajaan dan UMNO. Fitnah dan tuduhan melulu yang sengaja dilemparkan kepada UMNO oleh Pas yang ketiadaan isu sejak akhir-akhir ini tidak akan dibiarkan berterusan.



Pemuda UMNO sedar Pas yang kekeringan isu kini berhempas pulas untuk mengelakkan ahli dan penyokongnya meninggalkan parti itu yang sudah terpesong dari perjuangan asal mereka.Buktinya, kegiatan Pas itu dapat dilihat apabila pemimpin mereka menjadikan beberapa surau dan markas parti di daerah ini sebagai tempat untuk mendirikan solat Jumaat.

Sudahlah begitu, ditambah pula dengan kejahilan yang melampau dengan tuduhan kononnya jika menunaikan solat di surau ataupun masjid yang dibina oleh kerajaan maka jatuh hokum berdosa dan sia-sia kerana hasil dari binaan tersebut dari wang haram.

Subhanallah, fahaman yang jauh terpesong di gembar-gemburkan PAS memang tak masuk akal, nyata Pas kehabisan peluru untuk menabur fitnah hingga terpaksa melalut demi memancing rakyat menyertai perjuangan rakus mereka.

PAS sudah kembali kepada perangai lama dengan mengharamkan apa sahaja yang dilaksanakan oleh kerajaan seperti yang berlaku pada era 1970an. Penyelewengan yang dilakukan ketika memerintah dan tindakan memburuk-burukkan parti lain oleh Pas sejak kalah pada pilihan raya lalu dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar bagi sebuah parti yang mendakwa mendaulatkan Islam.

Menurut Ketua Pemuda Bahagian Besut, Hasmadi Hassan, ahli dan penyokong mereka diajak meninggalkan masjid yang didirikan kerajaan kononnya masjid ini haram untuk bersembahyang Jumaat.

Lucu dan lawak sungguh kenyataan orang-orang Pas di Terengganu ni, andaikata kalau di khabarkan pada saudara-saudara baru tentu akan memudaratkan lagi fahaman mereka yang baru mahu mengenali Islam.Oleh itu, Maijlis Agama Islam Terengganu (MAIT) wajib mengenakan tindakan pada mereka yang menyebarkan hasutan berikut.

Isu rekaan Pas akan bertambah lebih-lebih lagi pilihan raya umum semakin hampir yang menjadikan Pas gelisah untuk berdepan dengan kebenaran dan keikhlasan yang dibawakan oleh pemimpin UMNO.

Perpecahan di kalangan umat Islam berlaku kerana fatwa karut yang dikeluarkan oleh pemimpin Pas bagi menegakkan perjuangan politik sempit dan bukannya untuk kemajuan agama, rakyat dan negara.

Tahap kesabaran manusia ada batasnya dan jika PAS masih memperkatakan sesuatu yang buruk dan tidak benar mengenai BN/UMNO maka Pemuda UMNO Besut tidak teragak-agak untuk mendedahkan penyelewengan pembangkang.

Ahli dan penyokong Pas boleh menilai sendiri sejauh mana pemimpin mereka memperjuangkan nasib rakyat semasa memerintah Terengganu selama empat setengah tahun bermula tahun 1999.

Bandingkan pula corak kehidupan pemimpin Pas yang kini hidup mewah tetapi sentiasa meminta ahli dan penyokong mereka berkorban harta benda untuk parti. Lebih menyedihkanlagi, ada dikalangan ahli dan penyokong Pas yang mendapat bantuan daripada kerajaan UMNO diracuni fikiran mereka kononnya bantuan tersebut haram dan tidak boleh diterima.

Rakyat tidak seharusnya ditipu dengan gelagat pemimpin Pas yang hanya mencari isu politik murahan dengan memburuk-burukkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) sekaligus mempermain-mainkan Islam.

Pembangkang seperti PAS tidak akan jelak untuk terus memfitnah dan mereka-reka cerita demi kepentingan diri sendiri.

Isu-isu sebegini telah lama dimainkan PAS dan kini mereka terpaksa putarkan kembali taktik lama mereka walaupun tahu ianya tidak berkesan.

Ternyata PAS di Terengganu makin terdesak dan kian malap di Terengganu berikutan kekalahan yang dialami pada penggal yang lalu.

http://www.kpmu.net

Anonymous,  November 8, 2007 at 12:49 PM  

JANGAN CARI PENYAKIT MENYERTAI PERHIMPUNAN HARAM

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) dijangka akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran pada 10 November (Sabtu) bermula pada 3 petang di Dataran Merdeka yang bertujuan untuk mendesak satu reformasi pilihan raya. Satu memorandum akan diserahkan kepada DYMM Yang diPertuan Agong.



Perhimpunan yang dianjurkan itu juga bermatlamat untuk mengumpulkan seramai 100,000 orang untuk menunjukan kepada kerajaan betapa perjuangan yang mereka lakukan ini mendapat sokongan rakyat. Namun yang peliknya sehingga ke hari ini masih lagi belum terdengar di mana-mana saluran media mahupun laman web dan blog pembangkang.

Ternyata perhimpunan yang cuba digerakan ini langsung tidak mendapat sokongan dan dokongan dari pemimpin parti-parti pembangkang. Anwar Ibrahim sudah pasti tidak akan menghadirkan diri kerana diri beliau sendiri tidak ‘Bersih’ dan sedang ‘sibuk’ dengan BPR dan berkemungkinan akan di dakwa kerana gagal menyerahkan pita rakaman asal yang di dakwa mempunyai salah laku badan kehamkiman negara.

Di pihak Pas pula sehingga sekarang masih lagi tidak terdapat sebarang kenyataan sama ada menyokong mahupun menentang. Baik Mursidul Am mahupun Presiden Pas sendiri masih lagi ‘bisu’ mengenai program yang bakal dilangsungkan ini. Atau mungkin juga Pas sudah serik untuk ‘berkompromi’ dengan mereka yang gemar untuk ‘menanguk di air keroh’ atau mempergunakan akivis Pas untuk meramaikan program yang dianjurkan.

Menurut sumber yang boleh dipercayai di IPD Dang Wangi tidak terdapat sebarang permohonan untuk mendapatkan permit bagi menganjurkan perhimpunan ini. Namun menurut pegawai bertugas yang enggan dikenali ini, sehingga ke hari ini tiada sebarang permohonan yang dibuat kepada pihak beliau. Mereka juga memaklumkan tidak tahu menahu mengenai perhimpunan yang bakal diadakan itu.

“Sebarang perhimpunan yang ingin diadakan hendaklah memohon permit dari pihak polis selewat-lewatnya dua minggu dari tarikh yang ingin diadakan, setakat ini tiada sebarang permohonan yang dibuat dan pihak kami memang tidak di maklumkan langsung” ujarnya.

Sekiranya dikira dari tarikh yang ingin diadakan, mereka hanya mempunyai kira-kira 2 hari setengah sahaja lagi untuk mengemukakan permohonan. Selepas dari tarikh tersebut permohonan yang dibuat akan dikira sebagai lewat dan memnyebabkan pihak polis terpaksa memproses permohanan tersebut secara tergesa-gesa.

Seandainya mereka tidak meluluskan permohonan ini, maka berbagai-bagai tohmahan akan dilemparkan bagi memburukkan intergriti pihak polis. Menurut pendapat penulis pihak penganjur dengan sengaja cuba mencabar dan ‘bermain’ dengan undang-undang negara dan mempunyai agenda yang tersendiri.

Andainya perhimpunan ini gagal mendapat sambutan orang ramai dan bilangan mereka yang hadir boleh dikira dengan jari, mereka pasti mencari isu untuk ‘dikambing hitamkan’. Atau dalam mudah tidak mustahil mereka akan melakukan provokasi kepada angota polis agar mengambil tindakan terhadap mereka. Maka mudahlah untuk mereka mengatakan perhimpunan yang diadakan gagal mendapat sambutan kerana tindakan keterlaluan pihak polis. Maka sekali lagi maruah polis akan dicalarkan oleh mereka.

Nasihat penulis kepada mereka ini, janganlah tragedi Batu Buruk di ulang tayang.

Anonymous,  November 8, 2007 at 1:30 PM  

Petanda akhir pemerintahan
Oleh Matkeri

Kalau kita ingat doulu2 zaman pak lah mula jadi pemain bola sepak tercungap2 menjawab depan tivi betapa dia perlu menghangatkan badan sebelum permainan betul2 bermula, mesti ada yang teringat betapa selepas tu siri persengketaan antara pak lah dan mahadet yang berbalas2 statement menuduh masing2 membenarkan anak beranak mencampuri urusan dan harta benda negara.

Mahadet kata paklah bagi kaya anak beranak, bagi menantu perintah negara. paklah kata mahadet lagi teruk, bagi kaya anak branak lebih dari dia.

paihtu dengaq pulak cakap2 belakang bila kes altantuya sibuk dipentaskan dalam mahkamah sekarang ni. ada yang dok babitkan bini si najib pun telibat.

dalam masa yang sama, menantu paklah dok sibuk mengatoq FAM dan myteam nak tunjuk dia bulih buat macam2. WPI pun dia jugak dok jaja rata hala.

kita rakyat bawahan ni dok menganga tengok drama depa dok main. kerajaan anak branak ka hapa yang ada kat tanah melayu ni? kita nak jadi macam temasek ka? biaq anak branak saja jadi perdana menteri?

tapi aku selalunya diam saja. malaih nak komplen kes anak branak jaga hal ehwal negara ni. bagi aku, mungkin dah banyak sangat musuh kot, tu yang tak pecaya pada semua orang. mungkin atas pertimbangan yang boleh menggugat kesejahteraan rakyat malaya ni, mereka terpaksa menggunakan khidmat anak beranak dalam urusan pemerintahan dan pembahagian harta negara.

sebab tu dari masa ke semasa kita dok dengaq pak2 menteri bagi jaminan bahawa pemerintahan mereka adalah adil dan saksama, pembahagian harta negara adalah mengikut pengagihan yang seadilnya, dan sistem kehakiman kita tidak pernah berat sebelah, malah lebih telus dan meyakinkan.

aku terpaksa setuju. pertamanya, memang betul pemerintahan mereka adalah adil dan saksama. ini terbukti daripada cara pengagihan kuasa yang tidak boleh dinafikan lagi telah diagihkan dengan adil mengikut bangsa masing2. cina dipelopori oleh anak beranak Ong Ka Ting, india dipelopori dan dikawal seadilnya oleh sanak saudara Sami Belu, dan melayu dipastikan paklah anak beranak mengelolakannya. nah, adil. setiap keluarga dapat mengawal bangsa masing2.

keduanya, pembahagian harta negara jugak mengikut pengagihan yang seadilnya. cukup kita ambik Scomi dan Maika. sekali lagi, anak beranak kaum masing2 mendapat bahagian masing2.

ketiganya, sistem kehakiman kita yang telus dan meyakinkan. ini terbukti daripada cara VK Lingam mengatur kedudukan hakim2 taiko di tanah melayu ini. ianya dilakukan dengan pengetahuan pak2 menteri pada masa itu, dan mendapat mandat daripada mereka juga. dan cara begini sangat meyakinkan mereka bahawa sistem keadilan negara di haulan yang dikehendaki mereka.

bukan setakat itu saja, sekarang ni penglibatan isteri2 juga dipaparkan secara gah dan terbuka di dalam tv untuk memberitahu rakyat malaysia bahawa pak2 menteri kita tidak menanggung beban menguruskan negara secara sendirian!

aku merujuk kepada berita tv malam tadi, dipaparkan rosmah dengan gah membacakan teks perasmian kapal selam yang kita baru beli dari rusia. dia jugak kelihatan memecahkan botol ke kapal selam tersebut sebagai tanda perasmian ala2 mat saleh. botol apa, jangan tanya. tapi rasanya orang tak jual sarsaparila ataupun ayaq menet kat rusia sana.

kapal selam scorpine yang dibeli berharga beratus2 juta ringgit, yang menjadi aset terpenting untuk menjaga keselamatan negara, hanya dirasmikan oleh isteri kepada menteri pertahanan??

sebagai salah seorang yang turut melabur dalam pembelian kapal selam tersebut melalui duit cukai aku yang dikutip sebelum aku dapat merasa gaji aku sendiri, ingin aku timbulkan satu persoalan: apakah kriteria rosmah yang sampai begitu power boleh membuat ucapan mewakili kementerian pertahanan, sekaligus merasmikan aset keselamatan negara?

aku tak kisah kalau dia rasmikan bangunan anak yatim, atau pusat kesihatan mental, atau paling kuat pun pelancaran tombol pintu hadhari. tapi merasmikan satu benda sepenting ini? YB kawasan mana dia ni? pegang portfolio apa dalam kementerian? kerja ketua jabatan bahagian mana? apakah negara kita ni dah tadak harga diri dan lansung tak sensitif dalam perkara2 yang macam ni? atau negara kita sebenaqnya dah tak tau nak beza mana yang sensitif mana yang tidak? atau kalau jadi menteri, secara automatik satu isi rumah boleh memerintah?

atau sebenaqnya menteri pertahanan kita sudah tidak mempunyai sistem pertahanan melawan kehendak isterinya?

inilah petanda akhir zaman. harapannya juga ia boleh menjadi petanda akhir pemerintahan.

Anonymous,  November 8, 2007 at 4:34 PM  

Pas Lakukan Penyelewengan Terancang Bolot Pembalakan

Pas didakwa telah melakukan penyelewengan terancang dalam pembalakan dan pencerobohan hutan simpan kekal di Kelantan.

Perkara ini dedahkan oleh Wakil Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Sazmi Miah ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden di sini, Rabu.

Sambil menunjukkan sebahagian bukti penyelewengan tersebut kepada perwakilan beliau berkata kini banyak tanah di negeri berkenaan sudah digadai kepada bukan Melayu dengan taktik menukarkan nama mereka dengan nama orang Melayu.

Jelas beliau kerajaan negeri Pas telah banyak membuat pembohongan kepada rakyat Kelantan kononnya untuk membuat perlombongan emas, sayur-sayuran dan pelbagai lagi namun yang sebenarnya kayu-kayu balak yang menjadi mangsa.

"Saya ada bukti dan banyak lagi penyelewengan oleh Pas bakal didedahkan. Berapa banyak emas yang telah dilombong berapa banyak sayur yan dijual dan berapa banyak peluang pekerjaan yang disediakan.

"Ini semua pembohongan kerana yang menjadi sasaran adalah kayu balak", katanya dalam madah pantun dan seloka.

Justeru katanya hanya UMNO saja yang boleh menyelamatkan Kelantan daripada terus diceroboh sehingga menyebabkan berlakunya penerokaan hutan yang menjejaskan alam sekitar.

Beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia seterusnya berkata perlombongan emas dan projek tanaman sayur itu sengaja direka untuk kerajaan parti pembangkang itu mengaut keuntungan menerusi aktiviti pembalakan.

"UMNO kena membantu menghapuskan kedurjanaan Pas. Jika tidak Kelantan akan terus digadai dan menjadi padang jarak padang terkukur berikutan kemusnahan alam sekitar di negeri berkenaan," ujarnya.

Beliau turut memuji usaha kerajaan membawa Koridor Pembangunan Wilayah Pantai Timur (ECER) ke negeri berkenaan.

"ECER adalah satu rahmat kepada rakyat Kelantan dan satu peralihan paradigma pembangunan secara menyeluruh yang projek pembangunan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada kerajaan.

"Ini membuktikan kerajaan prihatin kepada rakyat dan memastikan rakyat Kelantan tidak tercicir daripada arus perdana", katanya.

Anonymous,  November 8, 2007 at 7:12 PM  

macam baca propaganda UMNO untuk pilihanraya

cara menulis jelas menunjukkan tak wujud bro_jinggo ni. karakter rekaan semata.

sebab gaya bahasa keseluruhan blog ini terlampau macam setiusaha akhbar umno yang buat. paling tidak pun orang politik yang tak ada masa. bagitau balacai apa nak tulis, pastu balaci bantai je.


"lenggok bahasa" posting posting pun sama dengan tuan punya blog. apa daa.

gila laa tak malu.

tapi apa makna maruah untuk orang macam khairy dan konco konconya.. ye tak?

Anonymous,  November 8, 2007 at 10:28 PM  

Dah mula da orang Pas buat taik kat dalam blog ni. Orang Pas memang pandai putar belit cerita.

etokpasi nampaknya kau tak layak berada didalam blog ni. Baru kena taruk sikit dalam blog ni dah nak terkucil ke.

Kalau tak berani nak berdebat dalam blog ni kau dan rakan-rakan kau buat blog untuk Nik Aziz pulak.

Kat situ nanti boleh la kau buat isu lucah atau apa-apa isu yang kau suka.

Kesian orang Pas tak berani nak ikuti perkembangan Umno.

etokpasi, jalan da...

Anonymous,  November 8, 2007 at 10:55 PM  

bro_jinggo, kesian ngan orang Pas, Tak paham topik. Orang cita lain diorang bukak topik lain. Lepas tu kena hentam nak salahkan orang lain pulak.

Apa dia orang ingat blok ni utuk proPas ka.aku tengok beria-ia orang Pas promot blog diorang kat sini.

Ni la sifat orang Umno, terlalu baik hati, orang B.A nak beri komen dalam blog ni pun kita kasi.
Ada ruang untuk dia orang.

Tapi sikap orang B.A lain pulak, dah bagi peha nak betis pulak. etokpasi yang lembap, dah la nama blog ni prokhairy, sudah semistinya konsep blog ini berbentuk politik.

Dan bro_jinggo sudah semestinya penulis pro politik.Gaya penulisan bro_jinggo tak ubah seperti setiusaha akhbar umno atau orang politik , sebab dia penulis politik yang mengikuti perkembang politik. Hormat la sikit ngan Bro_jinggo. setiusaha politik.

Anonymous,  November 8, 2007 at 11:10 PM  

etokpasi ingat kata-kata Khairy...

“Saya cabar pembangkang jangan keluar di jalan raya, jangan cuba jadi hero di jalan jalan raya.

“Kalau betul nak lawan, lawan dalam gelangang sebenarnya… lawan seperti jantan dalam gelanggang sebenar… pilihan raya umum akan datang, kita lawan,”.

Anonymous,  November 10, 2007 at 6:12 AM  

Syabas KJ dalam isu perkongsian ekonomi yg lain2 tu sama aje isuya. Tiap2 tahun Agenda Melayu... Melayu yg mana agenda dah siap. Melayu dalam UMNO aje ke? Melayu mcm kami jd haprak, miskin, hina,. Jujur dan ikhaslah dalam perjuangan Melayu terbanyak harus diperjuangkan. Melayu kampung, Melayu kasta rendah dan menengah, Melayu yg lepas belajar IPTA, Melayu lepasan SPM & STPM. Melayu lelaki tak leh pakai ( Mat Rempit) Semua nie Melayu terhimpit, banyak isu sosial yg gondrong..UMNO parti hipokrit, palsu dlm perjuangan Melayu semenjak 80an. Melayu UMNO Melayu mudah lupa dan jual Melayu...Hidup Melayu

Anonymous,  November 10, 2007 at 8:36 AM  

Siapa bermenantukan BERUK?
Posted on Saturday, November 10 @ 07:02:32 MYT by Webmaster


Oleh Bekas Pemuda UMNO

Heboh panggilan beruk terhadap mereka yang akan berhimpun di jalan raya pada 10hb Nov 2007. Apabila dipersoalkan mengenai tindakan beliau sewaktu membantah kehadiran Condoleezza Rice’s di Malaysia, beliau menjawab mereka ada permit. Dengan itu membezakan antara beruk atau tidak beruk adalah permit polis dan bukan perkara – perkara lain.

Namun sesuatu yang pasti ialah apabila sesuatu demonstrasi mahu dilakukan maka beberapa perkara seperti halangan jalan raya, tempat awam dan sebagainya perlu dikaji sebelum meluluskan permit.

Oleh itu permit polis mungkin di peroleh oleh Khairy Jamaluddin selaku Pemuda UMNO untuk berhimpun dan berarak di KLCC menuju ke kedutaan Amerika dan polis dapati perhimpunan itu tidak akan menghalang jalan raya atau mengganggu lalu lintas. Sebenarnya mungkin kenyataan Khairy bahawa dia ada “protection” seperti yang tertera pada kenyataan beliau dalam Akhbar The Star 03 November 2007 adalah alasan yang lebih konkrit untuk polis mengeluarkan permit.

Apa pun alasan sebenarnya adalah sekiranya mahu membuat sebarang demonstrasi dan membolehkan untuk permit dikeluarkan adalah seperti berikut:

1. Demonstrasi itu MESTILAH tidak membantah sebarang dasar atau tindakan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia.

2. Demonstrasi itu MESTILAH membantah perkara-perkara lain atau dasar negara lain.

3. Permit akan dikeluarkan biarpun melintasi jalan sesak dan mengganggu jalan raya sekiranya ia dipohon oleh Pemuda UMNO dan khususnya Khairy Jamaluddin.

4. Permit tidak akan dikeluarkan sekiranya ia dianjurkan oleh pembangkang atau NGO yang menyokong pembangkang.

5. Beruk tidak boleh memohon permit kecuali menyokong kerajaan dan sekiranya beruk menyokong kerajaan maka statusnya bukan lagi beruk tetapi jadi Pemuda UMNO.

Mungkin inilah yang dikatakan demokrasi. Mungkin inilah membuat kita tertanya-tanya siapa itu beruk dan siapa bukan. Mungkin yang dapat pisang itu beruk atau mungkin yang takut itu beruk? Entah satu persoalan yang agak sukar di Malaysia, menentukan siapa berok dan siapa yang mungkin bermenantukan beruk. Payah benar negara kita ini.

kiriman bekas Pemuda UMNO

Anonymous,  November 10, 2007 at 8:39 AM  

parangsasau said...
Kalau saya jadi Khairy saya pun akan mengarahkan pihak Polis membuat tangkapan terhadap pimpinan dan peserta Himpunan.
Kerana perhimpunana tersebut adalah perhimpunan haram.Permit tidak diluluskan dan tidak akan dapat permit langsung.
-----------------------------------
AMARAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA JANGAN SERTAI PERHIMPUNAN BERSIH, IA ADALAH PERHIMPUNAN HARAM.PIHAK BERKUASA AKAN MENGAMBIL TINDAKAN KEPADA SESIAPA YANG MENYERTAI PERHIMPUNAN TERSEBUT.

AMARAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA JANGAN SERTAI PERHIMPUNAN BERSIH, IA ADALAH PERHIMPUNAN HARAM.PIHAK BERKUASA AKAN MENGAMBIL TINDAKAN KEPADA SESIAPA YANG MENYERTAI PERHIMPUNAN TERSEBUT.

November 7, 2007 8:43 PM


parangsasau said...
AMARAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA JANGAN SERTAI PERHIMPUNAN BERSIH, IA ADALAH PERHIMPUNAN HARAM.PIHAK BERKUASA AKAN MENGAMBIL TINDAKAN KEPADA SESIAPA YANG MENYERTAI PERHIMPUNAN TERSEBUT.

AMARAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA JANGAN SERTAI PERHIMPUNAN BERSIH, IA ADALAH PERHIMPUNAN HARAM.PIHAK BERKUASA AKAN MENGAMBIL TINDAKAN KEPADA SESIAPA YANG MENYERTAI PERHIMPUNAN TERSEBUT.

November 7, 2007 8:44 PM


memanglah kpd mereka yg "have not guts" itulah kebenaran yang pertama kali diucapakan oleh TUN MAHATHIR... memang bacul org2 UMNO... bejuang kalau dpt duit, tshirt free, air kota free dan paling ptg tambang free,,, kah...kahhhhhh

Anonymous,  November 10, 2007 at 6:55 PM  

AKU KALAU LEPAS BERAK... MESTI NAK BACA LAMAN BLOG MENGAMPU NI... TAK TAU LA KENAPA

TAPI MEMANG BLOG NI MCM JAMBAN LA KIRANYA.. AKU RASA SI BRO JINGGO NI MULUT DIA MCM LUBANG JAMBAN LA KIRANYA... TMPT NK MASUKKAN TAIK

Anonymous,  November 11, 2007 at 2:20 PM  

Bagi sesiapa yang gunakan istilah bahwa "gelombang kuning" adalah perhimpunan haram...jangan lupa bahwa rasuah,politik wang,duit kopi adalah haram juga malah haram nya lebih tinggi tingkatan nya.

Banyak kes kes jenayah yang berlaku masih lagi tidak selesai. Pergeseran PDRM,pembunuhan pegawai polis dan banyak lagi.

4 Soalan2 Tun Mahathir yang perlu di-jawab Pak Lah masih di-selamba diamkan. Kata orang cina kalau nak tipu patut patut..kalau tidak nampak sangat tidak cukup ilmu nak jadi geng jahat.

Anonymous,  November 12, 2007 at 5:10 PM  

woi anakomak...

kalau nak dedahkan penyelewengan PAS tu dedahkan aje la kalau berani...

apa lak nak ugut2...nampak sgt korang org UMNO tu yg terdesak dan nak mereka cerita je...

dedahkan aje aku cabar ko...apasal tak dedahkan terus...

nak reka cerita dulukan baru bleh dedah....

ko ingat rakyat skrg ni bodoh mcm ko ke?

Anonymous,  November 12, 2007 at 5:15 PM  

ala datuk Sazmi Miah tu pun nasib je menang Parlimen Machang dulu...silap2 undi pos buat dia menang...

kalau berani dedahkan aje penyelewengan tu dlm berita kakau berani...balik2 ckp semua bukti ada dlm laporan...itu memang dah stail umno HAPRAK...

AKU CABAR KO SAZMI KO SIARKAN LAPORAN TERPERINCI KO TU DGN BUKTI SEKALI DLM TV ATAU AKHBAR...memang kena samanlah ko dgn PAS lepas tu hahahaha

jgn asyik balik2 ckp semua bukti ada dlm laporan...mcm budak tadika cari gaduh je hahahahah..

Anonymous,  November 12, 2007 at 5:18 PM  

UMNO parti yg berani nak menindas sesama bangsa melayu je...tapi dengan babi dan tokey babi kecut perut....

memang perut korang tu dah penuh dgn hasil babi kot...

dengan perhimpunan aman 10hb hari tu korang sembur air pemedih mata tapi perhimpunan menentang dgn tokey babi kat melaka mcm ayam sabung bacul je aku tgk FRU...

memang serba serbi bacul la UMNO ni hahahahaha

Anonymous,  November 12, 2007 at 5:21 PM  

rasa2 ko beruk jinggo...UMNO bleh ke anjurkan perhimpunan seramai tu..hahahaha...kalau anjur pun mesti kena keluarkan peruntukkan besar punya hahahaha....

sbb beruk2 UMNO mana nak berhimpun free2 je ....mesti nak kena sediakan pisang 8 tan hahahahahaha....

kakitidur November 14, 2007 at 2:16 PM  

Parangsasau pembodek.
KJ tolong suruh abang Polis tu sembur air asid kat perangsasau biar dia diam sikit. Asyik nak menyampuk cakap orang tua-tua aje. Muka tak hensom tak malu.

Anonymous,  November 15, 2007 at 9:41 PM  

Walaupun saya salah seorg ahli Umno,
saya juga menghormati Tuan Guru
Nik Aziz Nik Mat.saya mengagumi tokoh2 politik hebat didlm Malaysia.walupun berbeza fahaman idealogi.

kita perlu menjadi org yg merendah diri.jika kamu2 semua adalh org2 Pas,tunjukkan lah sifat2 mulia spt mana Tuan Guru Nik Aziz.

Saya juga turut mengagumi Khairy..kerana dlm usia yg muda beliau telah menunjukkan gaya kepimpinan amat di perlukan dewasa ini oleh negara.

Bro Jinggo...jom minam teh tarik ngan den kek medan idaman.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP