Monday, November 26, 2007

Perhimpunan bertukar ganas -- Penyokong Hindraf bertindak liar melontar batu, besi ke arah polis


AGRESIF... Sebahagian daripada para penyokong Hindraf bertindak liar dengan membaling objek termasuk kon ke arah anggota polis dalam perhimpunan haram di Kuala Lumpur, semalam.

CABAR UNDANG-UNDANG: Sebahagian penunjuk perasaan yang menyertai perhimpunan haram di Kuala Lumpur, semalam bertindak liar membaling pelbagai objek ke arah polis.

BERTINDAK GANAS: Penunjuk perasaan merosakkan banyak kemudahan awam ketika mengadakan perhimpunan haram di Jalan Ampang, semalam.

KUALA LUMPUR – Perhimpunan haram Hindu Rights Action Force (Hindraf) di ibu kota hari ini bertukar menjadi ganas, tidak seperti yang dijanjikan oleh penganjurnya dengan penyokong pertubuhan itu bertindak agresif melontar batu dan besi ke arah polis.

Kumpulan itu yang berpecah di beberapa lokasi di Jalan Ampang, Jalan Tun Razak dan Jalan Yap Kwan Seng sejak pukul 6.30 pagi tidak mengendahkan nasihat polis untuk bersurai, turut mengeluarkan kata-kata kesat dan berbau perkauman.

Sebahagian daripada mereka membuka baju dan melakukan pelbagai provokasi kepada pihak polis yang mengawal persekitaran bangunan Suruhanjaya Tinggi British di Jalan Ampang, di sini, tempat Hindraf dijadual menyerahkan petisyen kepada kerajaan British.

Keganasan yang dicetuskan oleh para penyokong Hindraf itu telah menyebabkan empat anggota polis cedera, dua daripadanya parah akibat dibaling dengan batu dan besi.

Malah, sebuah jentera bomba yang melalui Jalan Yap Kwan Seng dalam perjalanan pulang memadam kebakaran di Pasar Besar Datuk Keramat telah dibaling batu sehingga cermin depan dan sisi kenderaan itu pecah.

Pasukan polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan bom air setelah peserta demonstrasi itu enggan mematuhi nasihat supaya bersurai.

Kehadiran beribu-ribu penyokong Hindraf itu jelas tidak menghiraukan perintah mahkamah yang melarang orang ramai daripada menyertai perhimpunan tersebut.

Perhimpunan haram itu turut menimbulkan rasa takut dan kegelisahan di kalangan warga kota, para peniaga dan pelancong.

Sejak seminggu ini, mereka terpaksa menghadapi kesesakan jalan raya berikutan langkah polis mengadakan sekatan jalan raya untuk menghindari anasir jahat memasuki ibu kota.

Hari ini, sebahagian besar premis perniagaan di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Ampang Park ditutup kerana para peniaga takut dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Selain itu, orang ramai dan pelancong terkandas tidak dapat ke tempat kerja dan destinasi pelancongan di sekitar Jalan Ampang berikutan perkhidmatan awam dihentikan sementara waktu.

Jalan-jalan utama menuju ke Suruhanjaya Tinggi British turut ditutup sejak awal pagi ini.
Dalam perhimpunan haram yang berakhir kira-kira pukul 2 petang itu, seramai 241 penyokong Hindraf ditahan dan 105 orang daripadanya dibebaskan setelah melalui proses dokumentasi.

Kumpulan itu akhirnya menghantar petisyen mereka kepada kerajaan British melalui faksimile ke Suruhanjaya Tinggi British pada pukul 1.30 tengah hari.

Di KAMPALA, Uganda, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tindakan polis menyuraikan demonstrasi berkenaan adalah langkah perlu untuk menjaga keamanan dan keselamatan orang ramai.

Katanya, polis terpaksa bertindak demi menjaga kepentingan rakyat secara keseluruhannya dan kumpulan yang terlibat tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

“Polis telah menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab dan tidak menggunakan kekerasan walaupun terpaksa bertegas ketika menyuraikan mereka,” katanya kepada wartawan Malaysia.

Di PEKAN, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula menyifatkan keganasan yang dicetuskan oleh penyokong Hindraf itu satu perbuatan yang amat liar dan tidak boleh diterima sama sekali oleh kerajaan serta sebahagian besar rakyat.

Katanya, golongan terbabit terus ingkar dan bertindak lebih kasar serta agresif sehingga ada yang melempar batu kepada pihak polis.

‘‘Ini merupakan tindakan yang amat liar, degil, kasar dan agresif serta tidak boleh diterima oleh kerajaan dan sebahagian besar rakyat negara ini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Kesyukuran Al Wardah di Dewan Orang Ramai Batu 8, Lepar di Pekan.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika dihubungi berkata, tindakan menahan peserta perhimpunan haram tersebut diambil berikutan mereka bertindak liar dengan membaling batu dan besi kepada anggota polis yang bertugas mengawal keadaan.

Menurutnya, polis terpaksa bertindak demikian kerana kumpulan berkenaan mengingkari arahan bersurai selepas diminta berbuat demikian.

Seramai 4,000 anggota polis yang ditugaskan, kata Musa, tidak menggunakan kekerasan dalam usaha menyuraikan mereka daripada menyertai perhimpunan haram itu.

Ditanya dalang di sebalik perhimpunan haram itu, katanya, polis masih menyiasat individu yang bertanggungjawab menganjurkannya dan yakin mereka dapat dikenal pasti dalam masa terdekat ini.

‘‘Para peserta perhimpunan haram hari ini seolah-olah tiada haluan dan berpecah belah, sekali gus menunjukkan seolah-olah mereka tiada ketua,’’ katanya.

34 comments:

Bro Jinggo November 26, 2007 at 10:56 AM  

Hentikan Demonstrasi Jalanan Untuk Luahkan Rasa Tidak Puas Hati.
Demonstrasi jalanan memalukan kerajaan yang didakwa meminggirkan masyarakat India sejak 50 tahun lalu.

Apa yang Hindraf nak tuntut lagi.Diaorang sedar tak sejarah kemasukan Tamil Nedu ke Tanah Melayu bermula 1910 atas kontrak bekerja diatas buruh ladang getah.

Ini menunjukan kemasukan mereka ketanah melayu waktu itu bukan atas paksaan dan mereka juga dibenarkan pulang ke negara asal, jika tidak bersetuju bekerja disini.

Tuntutan mereka yang kononnya tertindas dibawah pentabiran majmuk melayu islam juga tidak relevan.

Kerana hingga kini rakyat berbangsa india juga turut diberi kebebasan dalam segala aspek termasuk pemilikan harta, kuasa politik, kebebasan bersuara dan sebagainya.

Oleh itu tindakan penduduk berbangsa india boleh disifatkan melampau dan mampu mencentuskan isu perkauman di negara ini dan ini tidak seharusnya berlaku.

Anonymous,  November 26, 2007 at 12:44 PM  

Jinggo...dlm bab ini aku sokong ko..kebanyakan kaum india yg ada hari ini (golongan muda) buta sejarah.
Lepas ini mungkin kaum cina pulak yg nak berarak kekedutaan british.
Aku rasa org melayu pun patut berarak ramai-ramai depan kedutaan british minta ganti rugi kerana terpaksa kongsi tanah air dgn kaum cina dan india !!!!
Amacam ? Ada logik tak ?

Anonymous,  November 26, 2007 at 1:45 PM  

ayer sejok aku setuju dgn kau.Sebab lepas ni semua kaum di malaysia tuntut kerajaan bn turun kerana menipu dan menindas rakyat.Tu hindraf demo hanya hantar saman pada british.yg bn takut sangat knp?

Anonymous,  November 26, 2007 at 3:32 PM  

brother jinguu,

more pics here....http://www.malaysia-today.net/index.shtml... enjoy...

Anonymous,  November 26, 2007 at 4:14 PM  

jinggo..satu yg aku tak setuju ngan kerajaan hari ini adalah kenapa tak tunjuk gambar FRU belasah org awam ? Ni asyik tunjuk gambar rusuhan yg "konon"nya dilakukan oleh perusuh. Biarlah adil sikit...

Anonymous,  November 26, 2007 at 4:32 PM  

Sejak bulan Mac 2004, secara kasar, pendapatan yang sudah dan akan diperolehi oleh Khairy Jamaluddin melalui kegiatan rasuah dan penjualan aset-aset strategik negara adalah seperti berikut:

1.Komisen daripada penjualan 5% saham TM kepada Temasek Holdings Singapore – RM 16 juta.

2.Komisen daripada pembelian saham M1 oleh Khazanah dan TM – RM 6 juta.

3.Jangkaan komisen daripada penjualan 5% penjualan saham TM kepada Temasek Holdings Singapore – RM 17 juta.

4.Jangkaan komisen daripada penjualan aset Danaharta – RM 85 juta.

5.Jangkaan komisen daripada penjualan aset sampingan FELDA kepada Temasek Holdings dan DBS Bank – RM 30 juta.

6.Jangkaan komisen daripada peruntukan saham Bumiputera dalam syarikat milik asing – Syarikat 1- RM 15 juta.

7.Jangkaan komisen daripada peruntukan saham Bumiputera dalam syarikat milik asing – Syarikat 2- RM 20 juta.

Jumlah keseluruhan rasuah dan penyelewengan aset-aset strategik negara yang berjaya diperolehi oleh Khairy Jamaluddin dianggarkan bernilai RM 189 juta. Ini merupakan nilai yang dapat dilihat oleh umum.

Jadi sekarang siapa yang rasuah? Masih mahu mempertahankan pemimpin korup sebegini?

Anonymous,  November 26, 2007 at 4:46 PM  

Laporan akademik Khairy Jamaluddin dari suatu sumber yang dipercayai melaporkan bahawa Khairy Jamaluddin Abu Bakar, pemimpin yang disifatkan intelek dan bijak ini hanya lulus di Oxford dgn CGPA 2.26 sahaja.

diulangi 2.26!

labah-labah November 26, 2007 at 8:57 PM  

ayorsejuk...
Apa perbezaan diantara perhimpunan haram Hindraf dengan perhimpunan haram BERSIH ??? sama je. Bezanya BERSIH dianjurkan oleh orang melayu yang kurang akal dan fikiran.

labah-labah November 26, 2007 at 9:01 PM  

BPR wa.. hebat betul penipuan disini. Kalau benar kenapa K.J masih berdiri dengan gahnya dedepan mata kamu. Tangkap lah kalau KJ bersalah.

Kalau setakat tulis takde bukti tak payah lah... budak sekolah darjah satu pun boleh. Nak menipu biarlah logik sikit!!! jangan jadi macam kera sombong. Dah la bodoh sombong pulak tu.

Anonymous,  November 27, 2007 at 1:09 AM  

Bukti dah ada hanya bpr tak jalankan tugasnya...Takut pada bapa mentuanya yg kaki tidur.Ingat rakyat tahu apa kamu buat khairy.Tu baru kaum india lepas ni semua kaum bersatu jatuhkan bn.Siap sedialah kamu..Lagi pada labah2 dan bro jinggo aku berani cabar kau bebaskan bpr dan spr dari jabatan perdana menteri.Semua laporan dihantar kepada parlimen.Aku cabar dalam blog ini bahawa bpr dan spr mestilah bebas dan segala laporan hendaklah dihantar ke Parlimen.

Anonymous,  November 27, 2007 at 1:12 AM  

Buat masa terdekat mungkin BERSIH akan berhimpun seluruh negara menuntut bekas hakim,bekas pm,menteri,linggam dan tauke judi didakwa kerana menghina raja dan rakyat malaysia kerana jual beli hakim.Sila sebarkan kalau kamu cintakan keadilan utk semua bangsa.

Anonymous,  November 27, 2007 at 1:23 AM  

bro jinggo..
insa allah kami akan dedahn kan jet peribadi bapa mentua bos kau kat dalam semua blog kat malaysia.Biar rakyat tahu siapa pm mlaysia ni.Lagi satu kami akan dedahkan perbelanjaan khairy guna duit kerajaan melalui kuasa bapa mentuanya...Tunggu...kami akan dedahkan di bpr dan minta bpr siasat kahiry.

November 27, 2007 1:22 AM

Anonymous,  November 27, 2007 at 3:10 AM  

Tembelang parti PEMBANGKANG PECAH!!!

Daripada tragedi HINDRAF semalam, tiba-tiba saya tergamam apabila PAS dan PKR menyokong mereka.

Persoalan:

1) Antara wadah perjuangan HINDRAF dan DAP adalah mempertikaikan hak orang Melayu. Jadi, jika PKR menang dalam pilihanraya dan membentuk kerajaan, adakah PKR akan melucutkan status istimewa kaum MELAYU dan bumiputra?

2) Mengapa PAS khasnya menyokong HINDRAF dan DAP? Sedangkan dengan terang-terangan mereka MENOLAK Negara ISLAM dan mahukan Negara SEKULAR.

3)Bukankah menyokong aktivis yang berbentuk perkauman ini akan menyebabkan KETEGANGAN KAUM di seluruh Negara? Ini sangat berbahaya.

Saya harap pihak PAS dan PKR dapat menjelaskan perkara ini.

Saya tidak mahu Hak Orang MELAYU tergadai seperti yang terjadi di Singapura. Saya Harap perjuangan PAS dan PKR mesti jelas dan tidak sesekali tersasar dari landasan akibat ingin menjaga hati mereka yang membuat pertikaian ini.

Saya hormat bangsa lain tetapi bangsa lain pon perlu hormat pada orang MELAYU. Hak Orang MELAYU tidak boleh dipertikaikan lagi seperti mana yang tercatat didalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini negara Malaysia dan juga masih Tanah Melayu.

Kita Negara ISLAM dan TUannya adalah MELAYU ISLAM..

PAS dan PKR adalah hipokrit terbesar Orang Melayu.. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mendapat undi. Sehingga sanggup MENGADAIKAN HAK MELAYU DAN NEGARA MELAYU kepada kaum lain.

Cukuplah kita lihat apa yang telah terjadi pada Singapura. Habis orang Melayu di tindas.

Sedarlah wahai saudara-saudara ku Melayu...

Anonymous,  November 27, 2007 at 7:28 AM  

Labah-labah...
Sebenarnya tak ada beza pun perhimpunan antara hindraf dan bersih..masing-masing ada mesej tertentu utk di sampaikan pada rakyat m'sia khasnya.
Dia jadi haram kerana kerajaan "BACUL" yg memimpin negara hari ini tak keluarkan permit...itu aje..Ada faham ka ?
Rakyat hari ini ramai sangat yg disogokkan dgn berita-berita yg berat sebelah dimana hanya yg memihak kpd kerajaan saja yg ditonjolkan...
Lagi satu ko tlg jawab..yg kerajaan kelam-kabut dgn hindraf tu apa hal ? Mereka nak tuntut dari british aje !!

Anonymous,  November 27, 2007 at 10:43 AM  

kau ingat guna gas pemedih mata, air dengan bahan kimia tu bukan secara kekerasan? Itulah zalim goblok! Lepas tu pukul orang tu apa pula? Nazi pun cakap sama aje! Menghalalkan yang salah kepada yang benar! kalau mereka dianggap sebagai kaum pendatang, mengapa diberi kerakyatan? Jadi di Malaysia ini ada 2 jenis kerakyatan ?

Anonymous,  November 27, 2007 at 12:04 PM  

celaka babi punya polis! guna gas pemedih mata dan air kimia! kau ingat tu anjing ke? kalau si beruk khairy tu kau ada berani ke? Babi binatang punya polis! Dah memang betul anjing kerajaan! sampah! mampus nanti, tentu tiada kubur! binatang!

Anonymous,  November 27, 2007 at 1:37 PM  

"Tembelang parti PEMBANGKANG PECAH!!!" Bro, aku bukan melayu tapi aku pun ada mykad. Aku bukan rakyat Malaysia ke? Bapak, datuk dan moyang aku pun ada mykad gak. Dont be racist la man. We are all malaysian, i have the equal right as much as u do. Want me to explain in BAHASA MALAYSIA or BAHASA MELAYU!! Kawan baik aku pun melayu gak, makan sepinggan. Takde plak dia cakap macam hang!!

Anonymous,  November 27, 2007 at 1:46 PM  

ok la tu...suruh je BN jual semua saham dan syarikat kita kat spore, boleh masukkan pulau batu puteh itu sekali sebab rasanye mesti kalah kes tu punya...lepas tu kita jadi macam mereka gak la...memang spore takde hak istimewa melayu, semuanye same tak kira bangsa dan keturunan..org melayu di spore pun kaya raya, ada rumah, kereta dan motorsikal berkuasa tinggi. tapi kan, bukan ke hak istimewa melayu di malaysia cuma 15 tahun shj selepas merdeka. ini dah 50 tahun dah. sampai bila nak kerajaan bn menyuap kamu semua.

Anonymous,  November 27, 2007 at 4:09 PM  

Seganas-ganas penyokong Hindraf, ganas lagi anggota Polis yg sanggup bunuh & bom org demi utk melindungi pemimpin tertentu.

Anonymous,  November 27, 2007 at 4:19 PM  

Saksikan seekor "beruk" BN yang mendokong budaya samseng dikepalai "raja segala beruk BN", KJ menunjukkan kesamsengan dan keganasan yang tidak patut ada pada seorang YB. SANGAT-SANGAT MEMALUKAN!!

come on la bro_jinggo. berfikirlah menggunakan mata hati, jgnlah berfikir menggunakan jiwa yang buta.

http://youtube.com/watch?v=ot-9Jxe7mv0

inam kitites November 27, 2007 at 6:43 PM  

itu lah bukti kegagalan perkongsian kuasa..

memang benar datuk nenek mereka dibawa masuk oleh british tapi itu tidak bermakna mereka hanya sekadar perlu bersyukur sahaja didalam waktu yang sama kebajikannya terabai dan tergadai..

jika asyik menyogok dengan budaya sedemikian rupa ia tak ubah seperti sikap riak atau Beruk Dapat Bunga.

Anonymous,  November 27, 2007 at 7:29 PM  

Tembelang parti PEMBANGKANG PECAH!!! said...
Tembelang parti PEMBANGKANG PECAH!!!

Daripada tragedi HINDRAF semalam, tiba-tiba saya tergamam apabila PAS dan PKR menyokong mereka.

Persoalan:

1) Antara wadah perjuangan HINDRAF dan DAP adalah mempertikaikan hak orang Melayu. Jadi, jika PKR menang dalam pilihanraya dan membentuk kerajaan, adakah PKR akan melucutkan status istimewa kaum MELAYU dan bumiputra?

2) Mengapa PAS khasnya menyokong HINDRAF dan DAP? Sedangkan dengan terang-terangan mereka MENOLAK Negara ISLAM dan mahukan Negara SEKULAR.

3)Bukankah menyokong aktivis yang berbentuk perkauman ini akan menyebabkan KETEGANGAN KAUM di seluruh Negara? Ini sangat berbahaya.

Saya harap pihak PAS dan PKR dapat menjelaskan perkara ini.

Saya tidak mahu Hak Orang MELAYU tergadai seperti yang terjadi di Singapura. Saya Harap perjuangan PAS dan PKR mesti jelas dan tidak sesekali tersasar dari landasan akibat ingin menjaga hati mereka yang membuat pertikaian ini.

Saya hormat bangsa lain tetapi bangsa lain pon perlu hormat pada orang MELAYU. Hak Orang MELAYU tidak boleh dipertikaikan lagi seperti mana yang tercatat didalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini negara Malaysia dan juga masih Tanah Melayu.

Kita Negara ISLAM dan TUannya adalah MELAYU ISLAM..

PAS dan PKR adalah hipokrit terbesar Orang Melayu.. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mendapat undi. Sehingga sanggup MENGADAIKAN HAK MELAYU DAN NEGARA MELAYU kepada kaum lain.

Cukuplah kita lihat apa yang telah terjadi pada Singapura. Habis orang Melayu di tindas.

Sedarlah wahai saudara-saudara ku Melayu...

-----------------------------------
wahai sdr penulis apa yg melayu tinggal sekarang? yg tinggal hanya keris yg dijulang masa perhimpunan beruk2 dan kera2 sedunia.Tengok kpg berembang yg duduk situ 100% melayu tapi dah ke mana.Tu salah satu contoh.Kedua menteri kita org melayu tapi sapa khianati org melayu?tulisan jawi hilang,guna bi dalam matematik dan sains,biasiswa langsung jadi ptpn charge 4%..tu tolong melayu kerrr... cukuplah muak kami mendengarnya...

Anonymous,  November 27, 2007 at 10:51 PM  

Buruk betul perangai pembangkang dalam blog ni. Nampak sangat tak profesional... Beri komen yang mengarut ngarut. Isi ada fakta takde ... Merapu memanjang. Macammana nak jadi cyber War B.A, langsung tak ada wawasan. Haprak.. Ko rang samala macam Hindraf.

Anonymous,  November 27, 2007 at 10:54 PM  

ko rang tak payah la nak kutuk KJ. sedarlah pada hakikat bahawa KJ seorang yang berwawasan tinggi, tak macam ko rang, merapu saje. Cuba la buat pekerjaan yang elok selain dari membangkang, memfitnah orang saja. Bertaubat la bro... terutama pada penyokong Pas.

kakitidur November 28, 2007 at 11:39 AM  

Nak tahu rahsia. Sebenarnya HINDRAF tu Samy Velu punya kerja. Dia malu kat kaum India sebab masa dia cuba untuk menahan untuk meruntuhkan kuil hari tu tak didengari oleh penguasa kerajaan tempatan. Lepas tu dia suruh Ahli Parlimen dari Pahang tu untuk bersuara bagi pihak dia sebab tu dalam interview dia cuba membela ahli parlimen tu. Kesian Samy Velu dulu cakapnya orang dengar tetapi sekarang orang tengok dia sebab dia lagi lawak dari Raja Lawak.
Dengar lepas ni dia nak buat satu lagi perhimpunan untuk orang-orang yang pakai rambut palsu pulak. Mintak-minta jangan lah angin kencang masa tu.

Anonymous,  November 28, 2007 at 9:57 PM  

demontrasi jalanan ini benar2 merbahayakan negara.sungguh bahaya.amat merbahaya.
saya menyeru kepada semua rakyat malaysia yg sygkan negara agar jauhkan lah perbuatan atau amalan demontrasi seperti ini.

terlalu besar impikasinya kpd negara jika perkara seumpama ini tdk dibendung.harus,mesti dibenteras.

perbuatan seperti ini akan mengundang anasir2 luar untuk masuk mengambil kesempatan diatas kacau bilau yg berlaku didlm negara.

ini bukan perkara yg benar2 bijak untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan.banyak cara lain atau kaedah lain yg boleh dilakukan.demontrasi2 seperti ini akan terus menjadi ikutan pd pihak yg lain bg menegakkan kebenaran mereka.

jadi tolong hindari dan benteras.kpd pihak kerajaan dan polis..lakukan apa yg sewajarnya anda lakukan kpd golongan2 penghasut serta pengkhianat ini.kami tidak rela melihat negara ini berpecah belah dan mengundang campur tangan asing kerana perbuatan segelintir golongan2 manusia seperti ini.

fikir2kan lah semua rakyat malaysia samada anda adalah penyokong pembangkang mahupun penyokong pihak kerajaan.jgn sampai maruah negara tercalar dek sikap sebegini.

INI BUKAN DEMOKRASI KITA.
BUKAN CARA KITA.
BUKAN BUDAYA KITA.

*org sogo

Anonymous,  November 29, 2007 at 12:59 AM  

betul tu denha_za, Wa sokong lu..

INI BUKAN DEMOKRASI KITA.
BUKAN CARA KITA.
BUKAN BUDAYA KITA.


*budak sogo jugak

Anonymous,  November 29, 2007 at 1:01 AM  

Hapuskan keganasan jalanan yang merosakkan imej negara. Rakyat Malaysia tidak menyokong keganasan. Kami mahukan keamanan. Kami sokong KJ


*geng sogo

Anonymous,  November 29, 2007 at 5:15 PM  

SESAMO MENYOKONG denha_za,angah_salleh,daniel_razak,bro jinggo.

kok kito baco sokkabar arini,ketua menteri tamil nadu mintak kerajaan india campur tangan urusan negara kito.konon2 eh nak membelo nasib orang eh kek malaysia.
sok sok negaro mano lak nak campur tangan urusan negaro kito.
ini negaro kito,tanah tumpah negaro kito,dimano bumi dipijak di situ langit dijnjung.
eden tak maun tgk do orghang negaro luar nak tunjuk pandai nak mengajar camno nak memerintah negaro.
rahgso eh,geng2 demontrasi ni mmg goma tgk org negaro luar campur tgn urusan negaro kito.
camni la..
umpamo an la Malaysia negaro kito ni omak abah kito.kito ni rakyat jelato ni anak2 eh.
seburuk2 perangai omak abah kito,nak ko kito cito an kek orghang luar buruk eh perngai omak ngan abah kito.kito maki2,kutuk2,sumpah seranah.mencarut bagai kek omak abah kito.
pehtu,orghang luar,omak abah org lain pun topuk tgn,samo2 maki omak abah kito.camtu ko????
patut eh..seburuk mano pun pemimpin kito,kito solosaian sendiri tanpa babit an orghang luar.takyah bukak pokung kek dado,singkap an kain dlm omak abah kito.
sorupo la dgn Malaysia.jgn kito taksub nak mencaci pemimpin kito membabi buto.
seburuk2 eh dio tu xkan x do langsung kebaikkan eh.
pikir pikir an la wahai sahabat,seworghieh,sedaro,seporghut,sebuapak,seluak,sesuku,dan negeri2 lain dan umumnya rakyat malaysia.

INI BUKAN DEMOKRASI KITO.BUKAN CARO KITO.

*porghut sogo

Anonymous,  November 29, 2007 at 6:45 PM  

Kami tak perlu demontrasi murahan.
jgn cabar pihak kerajaan dan Umno.

sokng geng2 budak2 sogo.


*sogo lumbong

Anonymous,  November 29, 2007 at 11:14 PM  

pembangkang kepala hotak bapak kau! kepada sesiapa yang menyifatkan komen kami yang bersifat pembangkang baik kamu bukak seluar dan tengok anu kau! kalau belum sunat lagi pergilah sunat cepat-cepat! bro jinggo sekali pergi sunat sama! sebabnya korang yang dikira penyokong tu komennya macam budak-budak yang belum disunatkan anunya! Hahahaha! belum matang begitu! kami sekadar nak betulakan kepala hotak kau yang dah mereng sebab makan hasil upah beruk malaun khairy tu! aahaha!

Anonymous,  November 30, 2007 at 5:05 PM  

anonymous..

kesat betul bahasa ko.
yang hitam itu kendi,
yg merah itu saga,
yang baik itu budi,
yang indah itu bahasa.

begitu ke nilai tatabahasa ko?
ada masuk kelas tatarakyat ke masa sekolah dulu?

cerminkan diri anda dulu sebelum keluarkan kata2 kesat dlm blog ni.
ini ke nilai demokrasi kita laung2kan selama ini.

beginikah budibahasa org2 kita.
ubah diri sendiri dahulu kemudian baru minta org lain berubah.

to thing change.u hav 2 change ur self first!






*kek sogo

Anonymous,  November 30, 2007 at 7:32 PM  

Dear Malaysian,

Have u guys registered as a VOTER???

If not, shame on you.. There's no point of us fighting here intead the real place to fight is at the ballot box..

No matter how long ur comments is, no matter how the people shows disatifaction, no matter how many thousand of rakyats turned out at the rally = You still can't change the Gov..

So, get ur fucking ass now an REGISTER as a voter.. PLUS, CAST UR VOTE!!!

HOW TO REGISTER??

1) Go to the any POST or SPR office

2) At the counter, tell them that ur want to register as a voter

3) Give them ur IC

4) Sign The Form

and there u go.. Wait for the GE to vote for watever FUCKING Party's ur sokong..

Anonymous,  November 30, 2007 at 7:34 PM  

Dear Malaysian,

Have u guys registered as a VOTER???

If not, shame on you.. There's no point of us fighting here intead the real place to fight is at the ballot box..

No matter how long ur comments is, no matter how the people shows disatifaction, no matter how many thousand of rakyats turned out at the rally = You still can't change the Gov..

So, get ur fucking ass now an REGISTER as a voter.. PLUS, CAST UR VOTE!!!

HOW TO REGISTER??

1) Go to the any POST or SPR office

2) At the counter, tell them that ur want to register as a voter

3) Give them ur IC

4) Sign The Form

and there u go.. Wait for the GE to vote for watever FUCKING Party's ur sokong..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP