Thursday, November 8, 2007

Usul Pemuda Dapat Pujian


Petikan dari www.kpmu.net
Khairy Jamaludin yang mewakili Pergerakan Pemuda UMNO dikatakan antara pembahas usul yang paling bernas dan telah berjaya menarik minat para perwakilan dan permerhati yang memenuhi Dewan Merdeka pada hari kedua perbahasan usul tersebut.

Beliau yang di beri tugas membahaskan usul ekonomi dan pelajaran serta merupakan pembahas terakhir sebelum sidang beristirehat tengah hari telah membawa beberapa usul yang di anggap bijak dan bertepatan.

Dalam isu subsidi, beliau mencadangkan agar sistem subsidi negara di kaji semula kerana berpendapat sistem tersebut sebelum ini lebih bersifat berat sebelah. Untuk memperlihatkan ianya lebih adil , Khairy mencadangkan agar hanya mereka yang kurang berkemampuan sahaja di berikan subsidi.

Dengan cara ini bukan sahaja ia lebih dilihat adil dan bertanggungjawab malah ia juga dapat menjimatkan kos subsidi berjuta-juta billion ringgit yang selama ini terpaksa dibelanjakan oleh kerajaan.

Manakala dalam isu minyak, Khairy membayangkan bahawa kerajaan tidak mampu menahan selama-lamanya untuk tidak menaikkan harga minyak. Bagaimanapun dalam hal ini beliau mencadangkan agar pihak berwajib atau President agar tidak mengumumkan kenaikan harga minyak dengan cara mendadak.

Jika perlu, sebelum harga minyak dinaikkan pihak berwajib perlulah memberi notis akan kenaikan harga bahan mentah itu terlebih dahulu. Ini semata-mata sebagai isyarat kepada rakyat yang kurang berkemampuan untuk bersedia menghadapi kenaikan tersebut demi untuk tidak membebankan rakyat.

Beliau juga menyarankan agar rantaian dalam bidang pemasaran tidak harus dimonopolikan oleh satu kaum sahaja sebagai contohnya dalam isu penyebaran surat khabar dan juga pemasaran hasil pertanian.

Beliau turut melahirkan kekesalan diatas tindakan Government Link Company (GLC) yang disifatkan tidak peka utuk membantu membangunkan orang-orang Melayu dan negara. Belaiu juga turut menegur sikap Malaysia Agri Food Corporation (MAFC) yang gagal membantu usahawan tani Melayu.

Khairy juga turut menegur beberapa syarikat swasta Malaysia yang sanggup membawa keluar pelaburan mereka dan melabur di luar negara. Sebelum itu Khairy juga turut menyatakan sokongan beliau terhadap cadangan Presiden parti yang menangguhkan penggunaan bahasa Inggeris dalam dua mata pelajaran.

15 comments:

Anonymous,  November 8, 2007 at 11:15 PM  

Hebat, khairy memang seorang pidato yang hebat. Ketika berada didalam dewan perhimpunan agung semalam, kedengaran satu tepukan yang gemuruh. ini bermakna khairy mempunyai ramai pengaruh dan beliau memang hebat.

>>>>Beliau yang di beri tugas membahaskan usul ekonomi dan pelajaran serta merupakan pembahas terakhir sebelum sidang beristirehat tengah hari telah membawa beberapa usul yang di anggap bijak dan bertepatan.

Anonymous,  November 10, 2007 at 11:37 PM  

tersengih kononnya bagus sangat! Fikirkanlah betapa bodohnya khairy kerana meludah ke langit kena muka sendiri! Siapa yang selalu bermewah dengan wang rakyat? Siapa yang dok asyik jaja khazanah negara sana-sini kepada Singapura? Jangan nak cemburukan hasil usaha titik peluh orang ! Cerminkan diri tu sendiri! Selama ini kamu tu ada tak berusaha? Mula dengan tiada apa-apa pun? Kebanyakan dari mereka telah hidup susah dan baru kini senang hasil dari titik peluh mereka sendiri! Soalnya pernahkah kamu tu berbuat demikian? Jadi sebagai rakyat mereka juga berhak menikmati sedikit kesenangan hasil titik peluh mereka! Bukan macam kamu tu yang merompak wang rakyat dan menjual hak negara! Mengapa kami harus menyanjung perompak macam kamu tu? haha! Dasar perompak keparat!

Anonymous,  November 11, 2007 at 2:07 PM  

Hai pembodek2 Khairy....pastikan yang kamu dapat habuan dari sokongan kamu terhadap nya.

Biar kamu semua di-hina dan di-caci asalkan fulus masyuk.Baru rasa berbaloi.Belajarlah bagaimana untuk mendekati Khairy kelak kamu anak beranak jugalah yang senang dan kaya raya.

Apabila dah kaya raya nanti sifat malu kamu akan hilang.Tak kah kamu perasan bagaimana tidak malu nya pemimpin2 sekarang memperdayakan dan memutarkan belit fakta dengan selamba aja?

Jangan jadi lebeh melayu dari ISLAM.

Anonymous,  November 12, 2007 at 9:14 AM  

Kenapa rakyat berasa muak dengan ketidak adilan pemerintah? Kerana ketidak
adilan dan kejelikan pemerintah itu memang wujud!!! Jika pemerintah adil
dan saksama, adakah orang yang akan menentang? Ini bukan perhimpunan orang
Melayu mahu menekan kaum lain. Bukan juga perhimpunan orang Cina atau India
meminta hak istimewa orang Melayu dihapuskan. Ini perhimpunan seluruh
rakyat Malaysia tanpa mengira kaum mahupun agama menuntut pilihanraya yang
adil!

Bro Jinggo November 12, 2007 at 9:38 AM  

Apabila dah kaya raya nanti sifat malu kamu akan hilang.Tak kah kamu perasan bagaimana tidak malu nya pemimpin2 sekarang memperdayakan dan memutarkan belit fakta dengan selamba aja?
-----------------------------------

Sila kemukakan bukti!!!
Jangan menjadi sepeti kera sombong. Cakap main tabur ajer!!! jika anda dipihak yang benar kemukakan bukti.

Anonymous,  November 12, 2007 at 3:20 PM  

Emm... rupanya, KJ ni bernas pendapatnya, apa la nasib orang dengki sangat kat dia ni ye? Pemimpin muda sebeginilah yang sepatutnya di pertahankan untuk menyuarakan suara daripada rakyat, dah rezki dia jadi menantu Pak Lah, pakej yang hampir lengkap menjadikannya seorang pemimpin muda yang popular kini...

Anonymous,  November 12, 2007 at 5:03 PM  

hebat kepala hangguk Kj tu....tepukan gemuruh tu pun dtgnya dari mereka yg dah diberi pisang2 oleh KJ...

kalau dia tu bukan menantu Paklah korang ingat ada org nak tepuk utk dia...maybe beruk jinggo sorang je kot yg tepuk hahahahahaha

Anonymous,  November 12, 2007 at 5:05 PM  

korang tak tau ke KJ tu nak jual M'sia pd Singapura...

memang bodoh korang ni...

memang layak kamu semua dipanggil beruk.

Anonymous,  November 12, 2007 at 6:52 PM  

ingt nak jual malaysia mcm nak jual nasi lemak ke?

x da insan kat malaysia ni yg bernama melayu nak gadaikan negara dia sendiri.

cam nak jual pisang goreng pun ada...

kalo betul kata ko..nikko,aku persilakan ko buat laporan polis..

bahaya tu...

Anonymous,  November 12, 2007 at 11:00 PM  

pujian apa kalau takat buat lawak bodoh atas pentas! kalau tahap ini dikatakan bagus tak tahulah bila dia jadi pm nanti! punah dan tunggang-langgang! lagi teruk dari pak mentuanya! mungkin masa tu, malaysia akan kehilangan sebahagian besar kawasan selatannya kerana kerakusan si jahanam ini!

Anonymous,  November 13, 2007 at 2:27 PM  

Aku kagum dengan sifat pengampu2 KJ. Maksud aku stamina mereka mempertahankan segala yang KJ lakukan sebagai sesuatu yang terhebat sekali.

Ini lah apa yang Tun Dr Mahathir katakan Melayu UMNO sekarang..bodek dan bacul.Mereka mempraktikkan kaedah "mana titah?patik junjung".

Tidak ada sifat kritis apabila perlu.

Anonymous,  November 13, 2007 at 4:47 PM  

tak guna buat laporan polis...

rakyat akan hukum dgn pangkah BA PRU akan dtg....

aku pun kagum dgn komen2/manusia2 yg proKJ dan UMNO ni...

kagum sbb mereka sanggup dan rela jadi beruk kelaparan pisang dari jadi manusia bermaruah...takpe teruskanlah dgn idealogi ko tu...

mkn la pisang byk2 ok hahahaha

woi denha_za ...

aku nasihatkan ko byk membaca dan membuat telahan...jgn asyik tgk tv3 serta baca berita hairan dan utusan...

memang lah tak semudah jual goreng pisang...beruk la ko ni asyik ingat pisang je...

rakyat mcm ko ni la UMNO suka sbb senang diperbodohkan hahahaha....

Anonymous,  November 13, 2007 at 4:51 PM  

bro jinggo asyik nak bukti je bila bckp....

apa ko ingat dgn ada bukti UMNO nak bertindak...

tak guna bagi bukti kalau org yg bagi bukti tu kena backfire...

ko buktikan ko tu bukan beruk dulu baru cara beb...hahahaha

Anonymous,  November 13, 2007 at 8:34 PM  

nyanyi cam lagu yer...

aku nikko nak cerita
cerita tentang org dikota
yg buat perhimpinan BERsih...
hikhikhik....

Nikko..cam nama hotel lak.
takkan la aku ni baca berita hairan ngan utusan je,harakah pun aku baca,siasah pun aku baca Nikko.

tv3,tv9,rtm,ntv7,astro,8tv suma aku tgk.tp x der la 24jam ngadap tv jer aku.

kita kan org melayu,islam...steady la beb.

aku tau la Umno parti teras yg memerintah.tp kalo ko diberi peluang la Nikko jd mcm KJ.ko rasa ko boleh buat lebih adil atau saksama tak?atau ko jd Paklah,ko akan jadi lebih BERSIH dr segala segi dan sudut???

please jwb.......

jwb jgn tak jawab....

Anonymous,  November 24, 2007 at 12:29 AM  

muka penyamun mana tu tersengih-sengih? Ooh khairy penyamun dan perompak harta rakyat rupanya!

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP