Thursday, December 13, 2007

Demonstrasi Pemuda Bukan Demontrasi Haram


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata demonstrasi anjuran pergerakan itu sebelum ini tidak sama dengan demonstrasi yang diadakan pihak-pihak tertentu baru-baru ini kerana ia diadakan secara haram.

Tegas beliau setiap demonstrasi dan perhimpunan Pemuda UMNO terlebih dahulu telah mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Malah demonstrasi Pemuda UMNO sama sekali tidak menyentuh keharmonian kaum dan kestabilan negara katanya merujuk Demonstrasi yang dianjurkan Pemuda Umno bagi membantah kehadiran Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice ketika persidangan Menteri-menteri Luar Asean (AMM) tahun lalu.

"Dalam demonstrasi yang kita lakukan ketika Condoleezza Rice datang dulu tujuannya untuk menunjukkan bantahan kita.

"Demonstarsi tersebut tidak mendapat bantahan orang ramai atau mana-mana pihak, sebaliknya mereka bersetuju dengan perjuangan kita," katanya di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pihak tertentu yang cuba menyamakan demonstrasi Hindu Right Action Force (Hindraf) dengan demonstrasi Pemuda UMNO khususnya demonstrasi bantahan terhadap kehadiran Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice ketika persidangan AMM.

Pada persidangan AMM tahun lalu, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mengetuai demonstrasi melepasi sekatan polis di kawasan persidangan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk menyampaikan memorandum bantahan kehadiran Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu.

Bantahan itu juga bagi menyuarakan tentangan rakyat negara ini terhadap sikap Amerika Syarikat yang disifatkan mengamalkan dasar 'double-standard' dalam menangani kekejaman Israel di Palestin dan Lubnan.

Jelas Hishammuddin lagi, isu larangan mengadakan demonstrasi jalanan itu harus dilihat daripada sudut lebih menyeluruh dengan mengambil kira keadaan semasa negara.

"Jangan tengok kes ini sebagai kes terpencil. Perkara ini bermula daripada kes di Kuala Terengganu, kemudian gerakan Bersih, Majlis Peguam dan kemudian Hindraf.

"Jika kita tengok secara menyeluruh, semestinya pihak berkuasa akan mengambil kira suasana hari ini apabila memutuskan tidak mengizinkan dan tidak memberi permit. Jika mereka terus berdegil, ini bermaksud mereka sudah bercanggah dari segi undang-undang," ujarnya.

Beliau seterusnya berkata walaupun Pemuda berkemampuan mengadakan demonstrasi lebih besar dari apa yang telah dilakukan pihak-pihak tertentu kebelakangan ini namun berpendapat tindakan itu tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.

Oleh kerana itu kata beliau Pemuda bersikap rasional dan sentiasa meletakkan undang-undang melebihi kepentingan individu.

7 comments:

Bro Jinggo December 13, 2007 at 12:16 PM  

Demonstrasi dan perhimpunan Pemuda UMNO terlebih dahulu telah mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Jelas disini perhimpunan tersebut berbeza dengan perhimpunan haram Hindraf dan BERSIH yang tak bersih.

Pemuda bersikap rasional dan sentiasa meletakkan undang-undang melebihi kepentingan individu.

Anonymous,  December 13, 2007 at 12:49 PM  

Apa yang kau demonstrasikan...

Org demonstrasi pasal nak bantah kerajaan umno/BN rasuah, kuku besi, gunakan polis... gunakan spr... gunakan hakim untuk kepentingan pribadi umno/BN

aku rasa takpayah la kau nk berdemontrasi... tak ramai yg yg follow punya... mesti nnti nk tarik ramai yg datang suruh budak sekolah datang... ada cabutan bertuah... gunakan kakitangan kerajaan wajib hadir... ada karaoke... ada persembahan artis

Itulah gambaran demo umno nnti

Esoknya keluarlah frontpage utusan ngan berita harian kehebatan demo 'halal' umno tu

Alahai UMNO!

Anonymous,  December 13, 2007 at 1:47 PM  

Pertama sekali aku nak cakap..kepala butuh hangpa!!!!Cuba tengok petikan juak-juak umno ni :"Demonstrasi dan perhimpunan Pemuda UMNO terlebih dahulu telah mendapat kelulusan pihak berkuasa"..ptuii..memang le dapat sebab PDRM dah jadi lembu korang!!!
Jangan kata minta, kalau tak minta pun polis tak akan berani kata "no"..
Bangsat punya umno!!!

Anonymous,  December 13, 2007 at 3:16 PM  

hahaha.. marah ye bang! jangan marah nanti cepat tua.

Anonymous,  December 15, 2007 at 6:48 PM  

kalau yahudi berdemonstrasi pun mana nak tangkap ye tak! kau dengan yahudi keparat tu sama aje! rejim zionis tajaan islam hadhari! takkan lah nak tangkap anak menantu sendiri! nanti tiada siapa nak berlakikan nori tu! ahahaah!

Anonymous,  December 16, 2007 at 5:10 PM  

kpala butuh paklah bkn demonstrasi haram...

Anonymous,  March 3, 2008 at 11:17 PM  

hello mr mata keranjang, berpolitiklah cara mulia jangan pulak kamu sendiri yang tak berapa betul nak tuduh orang pula... suara macam suara kau je, suara anwar lebih merdu dari tu..suara betina mane le kamu ambik tu..ntah2 suara maya karin yang kamu gila2 sgt tu..kalau dah tak layak jadi pemimpin tu berhenti le..jgn syok sendiri jer

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP