Wednesday, December 26, 2007

KJ: "Husam jangan takut"

11 comments:

Anonymous,  December 27, 2007 at 11:23 AM  

Setelah beberapa siri Himpunan dan gerakan kebangkitan rakyat, kini BN semakin sibuk untuk menjawab pelbagai isu yang dilontarkan. Walaupun rakyat hanya berhimpun dengan membawa banner bukannya senjata tetapi ternyata itu sudah benar-benar menakutkan Barisan Nasional sehingga sanggup mengunakan ISA bagi menghapuskan musuh-musuh politik mereka.

Tidak cukup dengan itu, kini mereka gunakan blog-blog pro BN dan UMNO untuk menjawab semula isu yang dilontarkan. Blogger Berotak Kambing Hitam ini cuba meraih simpati para blogger dan pelayar internet untuk membaca ‘kisah-kisah pelacuran mereka didalam BN’ .

Malah ada yang sanggup menulis dan memaparkan berita-berita palsu bagi meraih perhatian. Mereka taip sendiri beberapa surat tanpa nama dan kemudiannya di-scan dan upload ke dalam blog. Kononnya surat-surat itu diterima dari bekas ahli yang telah keluar dari PAS atau tidak puas hati dengan pimpinan.

Mereka juga cuba mengoyahkan keyakinan pelayar internet dengan mengungkit-ungkit jasa BN selama 50 tahun dan mempersoalkan jasa-jasa pembangkang. (Maaf! alamat semua blog itu tidak akan dinyatakan disini kerana tak nak bagi promosi percuma kat mereka. Biar rating pembaca mereka ‘0?, boikot je kalu jumpa. Biar mereka tulis tapi tak ada orang tahu dan baca apa yang mereka tulis..buang masa sahaja)

Anonymous,  December 27, 2007 at 11:26 AM  

Benarkah S.Paranjothy Wira Barisan Nasional? Ataupun beliau tersepit, ataupun beliau sesat di tengah jalan perpaduan perkongsian kuasa Barisan Nasional.

Bercakap benar walaupun pahit untuk ditelan, sedia maklum Umno adalah parti yang tidak mudah mengaku kesalahan & dosa mereka selama ini.

Suara-suara kecil dari Gerakan & Mic mencerminkan sebenarnya kesatuan & pakatan Barisan Nasional ini sangatlah rapuh, kalau mereka bercakap tentang perpaduan dimana kebenarannya, walhal semua rakyat maklum bila jumpa, depan cerita lain, bila di belakang cakap lain cerita lain.

Mereka bukannya berkongsi kuasa tetapi gilakan kuasa untuk terus memeras keringat & menghirup darah rakyat demi survival politik & harta benda mereka....

Anonymous,  December 27, 2007 at 3:32 PM  

Kuala Lumpur -- Pemuda UMNO menyifatkan kenyataan Naib Ketua Pemuda Gerakan, S. Paranjothy yang mendakwa UMNO adalah salah satu punca mengapa kaum India terpinggir di negara ini sebagai tidak berasas sama sekali dan tidak boleh dimaafkan.

Justeru Ketua Pemuda UMNO Johor, YB Razali Ibrahim mendesak agar Pemangku Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mengambil tindakan paling tegas terhadap S. Paranjothy.

Tegas beliau dakwaan S. Paranjothy bersifat melulu dan jelas membelakangkan prinsip pemuafakatan dan perjuangan Barisan Nasional (BN).

"Paranjothy patut berfikir panjang sewaktu mengeluarkan dakwaan seperti itu kerana ia boleh meretakkan perhubungan UMNO-Gerakan. Perkara ini tidak boleh dimaafkan kerana ia tidak menunjukkan semangat setia kawan BN," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Muar seterusnya berkata setiap parti komponen BN mempunyai peranan dan kelebihan masing-masing.

Katanya lagi BN sentiasa bersikap terbuka dalam membicara apa jua isu menerusi saluran yang betul namun apa yang telah berlaku bukan sahaja tidak mengikut prinsip BN malah tuduhan yang dibuat langsung tidak berasas.

Sebelum itu pada program Korban Perdana Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di Machang Sabtu lalu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi amaran tegas kepada Gerakan untuk menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan S. Paranjothy.

Malah Pemuda tegas beliau lagi tidak teragak-agak untuk memutuskan hubungan sekiranya penjelasan tersebut gagal diberi atau tidak memuaskan.

Katanya lagi, walaupun Paranjothy hanyalah pemimpin di peringkat Pemuda dan kenyataannya itu disiarkan di Internet, ia tetap melibatkan barisan kepimpinan parti itu sendiri.

"Dalam keadaan sekarang kita memerlukan kepimpinan yang tegas dan jelas bersandarkan perjuangan yang telah diwarisi. Bukan untuk kepentingan agenda sendiri," ujarnya.

Anonymous,  December 27, 2007 at 4:00 PM  

hahahaha...barisan nasional konon...

pirahh..lepas ni yg tinggal barisan najis je hahahaha....

Anonymous,  December 27, 2007 at 7:00 PM  

Husam jangan takut!!! dan jangan jadi pengecut!!! Buktikan kejujuranmu...

Anonymous,  December 27, 2007 at 7:03 PM  

Nikko kalau nak bebahasa tu biarla bersopan sedikit. kalau tak suka tak payah la hari2 nak join dalam blong ni.

Mungkin kau tersalah blog kot, disini untuk penyokong pro KJ je saja.Buat malu diri sendiri sajer la ko nikko...

Anonymous,  December 27, 2007 at 11:13 PM  

ala halim... aku tau ko sebenarnya jinggo

aku tau la ni blog pro kj... kalo ko tak suka buat aje password utk membership... tp kalo ko buat mcm tu mmg takde sapala nk lawat selain diri ko sendiri

blog ni adalah free... sapa2 pun boleh masuk... kalo takut org komen tutup aje blog ni

takut sgt ke kena hentam... abis tu kj boleh ckp org lain beruk... kami pun cakap dia seekor kongkang...

kalo pengecut takpayah la jd seorang pejuang

Anonymous,  December 31, 2007 at 2:57 AM  

Berita RTM1 tengahari semalam ada mengatakan tentang kematian wanita berumur 72 tahun di-REMBAU.

Allahyarhamah adalah ibu kepada Naib Ketua Pemuda UMNO. Akhbar BERNAMA ada berita tersebut tanpa menyebut ibu siapa. Beliau di-bunuh oleh perompak.

Anonymous,  January 4, 2008 at 5:34 PM  

hahah.. nikko aka hailam bijak la..
jerih la pro kj nak tulis password.. hahahah..

razorzx66 March 11, 2008 at 10:02 AM  

sebenarnya bila kita didalam blog pro khairy ni harus la kita memberikan sokongan kita kepada khairy..tak patut la kita memburuk-buruk kan dia lagi..ape la nikko ni tak baik tau..

emm dah puas puji ni takkan tak bagi duit kot? apee?? tak nak bagi duit..menatang betul..siut la ko ni khairy eee geram betul aku tengok ko ni..eeeeiiiiiiringan je ni..ko pun same halim aku hantuk kang kepala ko dua2 ni kang..lain kali dah puji tu bayar laaa.(itula politik wang)

Anonymous,  July 2, 2008 at 10:25 PM  

Bahasa orang putih panggil kiss ass. Kalau bahasa melayu kita panggil ape? jilat ke cium?

Btw, khas utk skuad "Kiss Ass Khairy" @ Skuad KAK, harap terus berjuang. KPI Skuad nie ialah memastikan apa yg dijilat dan dicium bersih.

Cuma, fyi, rakyat Malaysia tak sebodoh itu, atas jasa pemimpin terdahlu, Alhamdulillah rakyat semakin bijak. Dan dapat menilai "kepandaian" Pak Lah dan kehandalan KJ yg bijak menggunakan surat nikah sebagai lesen kontrak dan pengutip tol.

Saya doakan Skuad KAK berjaya mencapai KPI, dan pastinya bonus melonjak.

Dan, semoga cita2 Khairy tercapai, dan berjaya, semga kemarahan rakyat semakin melonjak dan akhirnya dijatuhkan dengan cara paling hina. Sejarah dunia membuktikan, dan pastinya akan berulang...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP