Wednesday, February 27, 2008

Pengundi mahu Khairy menang


AMBIL BERAT : Khairy bersama Nori bertemu peniaga pasar malam di Kota, Rembau, malam kemarin

REMBAU: Kesungguhan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendengar masalah rakyat terbukti apabila beliau meluangkan masa hampir setiap malam mengunjungi pasar malam sekitar kawasan berkenaan.

Antara pasar malam dikunjunginya ialah di pekan Kota dan di Taman Tuanku Ja'afar, Senawang, yang turut disertai isteri, Nori Abdullah untuk bertanya khabar serta mendengar masalah peniaga dan pengunjung.

Kunjungannya menggembirakan peniaga yang berpendapat pemimpin muda itu prihatin serta mampu memastikan kebajikan dan pembangunan penduduk.

Peniaga, Dara Mohd Salleh, 46, amat berharap Khairy menang kerana beliau pemimpin pelapis berkaliber serta disenangi ramai, selain tahu selok belok kawasan berkenaan untuk merancang dan membawa pembangunan terutama kemudahan jalan kampung.

Seorang lagi peniaga, Ismail Ibrahim, 58, yakin BN akan mempertahankan Parlimen Rembau yang mendapat pelbagai pembangunan ketika diwakili Datuk Firdaus Muhammad Rom Harun dan pasti mendapat lebih banyak suntikan idea baru daripada Khairy untuk manfaat rakyat.

Mohd Huzaimi Anuar, 21, pula mengakui kehadiran Khairy sebagai calon menarik minat golongan muda untuk mengambil tahu hal politik kerana berpendapat Ketua Pemuda Umno bahagian Rembau itu lebih dekat dengan mereka.

Beliau juga yakin kredibiliti Khairy yang sebelum ini banyak membabitkan diri dalam kegiatan sukan berupaya menarik remaja menyertai aktiviti berfaedah, sekali gus mengelak terjerumus kegiatan negatif.

Sementara itu, Khairy berkata BN tidak memerlukan pengundi hantu untuk menang di Rembau seperti tuduhan pembangkang.

"Dia tuduh ada pengundi hantu di sini, tetapi kita tak perlukan pengundi hantu kalau setakat nak menang majoriti besar," katanya selepas majlis peletakan batu asas masjid baru Kampung Pedas Hilir yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

19 comments:

bro_jinggo February 27, 2008 at 2:13 PM  

TAHNIAH KEPADA KJ KERANA MENDAPAT SOKONGAN PADU DARI RAKYAT REMBAU...
DI REMBAU KJ DIIBARATKAN BINTANG YANG MENYINAR.JINGGO AMAT YAKI KJ AKAN MENANG DENGAN MEJORITI YANG BESAR.KEPADA BAD DAN PKR KITA LIHAT DAN TUNGGU SAHAJALAH PADA 8 MAC NANTI.
KESIHAN JINGGO TENGOK PENYOKONG PKR YANG TAK SEBERAPA ITU. KEPADA MEREKA.. FIKIRLAH DAHULU SEBELUM MEMBUAT PILIHAN. BAYANGKANLAH SEMASA PENAMAAN CALON YANG LALU DISITU KITA BOLEH MELIHAT PENYOKONG PARTI MANA YANG KUAT.FIKIR-FIKIRKANLAH...
SALAM

Anonymous,  February 27, 2008 at 2:36 PM  

Tapi Khairy bukan orang Rembau lar! Mak dia orang Penang! So macam mana nie?

Anak Murid Cikgu Daud,  February 27, 2008 at 3:10 PM  

Salam Semua,

Itulah masalahnya dengan rakyat tempatan ni, depa bukannya faham sangat pasal isu, maaf ckp "barua Singapura" ni. Depa pun bukan tahu siapa yang dimaksudkan "budak-budak tingkat 4 JPM" yang didedahkan TDM tu. Patrick Badawi tu pun depa tak kenal siapa.

Itu tak termasuk lagi isu jambatan bengkok, isu WPI dan isu rancangan koridor-koridor pembangunan yang sampai kehari ini kita tak tahu dari mana depa nak korek duit kalau tak dari proksi2 investor Temasek Group Inc.

Isu hubungan luarbiasa M'sia dan Singapura di bawah pemerintahan Pak Lah + Khairy ni perlu di highlightkan kepada semua pengundi di seluruh negara. Ini isu nasional yang semua orang kena faham dan perlu sangat diperjelaskan. Bukan hanya setakat di Rembau. Khairy dan kroni nya memang wajib disekat.

Kedaulatan negara dah semakin terhakis dan kantung perbendaharaan dah semakin mengempis. Kalau tak kita bakal jadi macam Pak Kaduk lah, menang sorak tapi bukan setakat kampung, malah seluruh tanahair tergadai.

Fikir-fikirkanlah.

Wassalam,

Anonymous,  February 27, 2008 at 5:24 PM  

perhhh kj monang boleh jadi menteri pendidikan lah nti!!..habis tu..dtk sr hisyam nak poie mano den..kosihan dio..iskk..iskk!! berangan lah kao kj..

denha_za PBTB,  February 27, 2008 at 9:33 PM  

TAHNIAH JUGA KEPADA KJ.KAMI MEMANG MELIHAT SOKONGAN BESAR SERTA PADU KE ATAS BELIAU.
DEN PERCAYA,REMBAU SERTA KAWASAN YANG SEWAKTU DGNNYA AKAN SEMAKIN MAJU SERTA AMAN MAKMUR SELEPAS PILIHANRAYA UMUM INI.
DEN PERCAYA JUGA DIBWH PENTADBIRAN MB TOK MAT,N9 AKAN MENJADI NEGERI MAJU LEBIH AWAL DARI SASARAN TAHUN 2020.
TERIMA KASIH JUGA KE ATAS KJ YANG AKAN MENGUNJUNGI KG SEGA ( SOGO "nama international tu" tmpt tersohor ) PADA HARI SABTU INI 1hb. DEN NAK MENJEMPUT SEMUA PENYOKONG BN SERTA PRO KJ,MARI BERSAMA-SAMA KITA PEMUDA BN SEDIA GEMPUR...!!!

SEDIA GEMPUR...!!
SEDIA GEMPUR...!!
SEDIA GEMPUR...!!!!

KAMI WARGA SOGO SAMADA YANG MENETAP DI SOGO, ATAU KG DI SOGO, (tp alamat masih sogo )MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN KJ BAKAL TOKOH HEBAT NEGARA MASA HADAPAN.DEN PERCAYA TOK MAT SERTA KJ ADALAH DUA TOKOH HEBAT MASA KINI DI N9.

BISO BONAR...!!!
BISO BONAR...!!!
BISO BONAR...!!!


* SOGO HILIR *

Anonymous,  February 27, 2008 at 9:45 PM  

gua juga sokong saudara khairy sebab khairy kaki ganja.gua juga kaki beb.mata khairy stone memanjang nasib tak merah sebab bubuh visine.gua benar2 berharap agar saudara Khairy menang di rembau,barulah terjamin hak2 penagih yang selama ni diketepikan.

hidup Khairy,hidup mat dadah

Anonymous,  February 27, 2008 at 10:11 PM  

Salam...
Firstly, aku harap KJ kalah utk PRU this time...I can't bear with Dolah Badawi chronism anymore..What on earth he's been talking bout Islam Hadhari, his wife,his late wife, his daugther dun even pakai tudung...even Dolah Badawi siap pelok Michelle Yeoh lagik...
And bout this kid KJ,well his life just being in luck all the time before this..He's been married to Nori and become son in law to Dolah and it just a golden ticket for him to be more arrogant...

Well to people in Rembau..think carefully before u vote...if u love to see him ruin our country and earn millions more money,just go on...

Anonymous,  February 27, 2008 at 11:30 PM  

jangan nak mimpi di siang hari lar khairy! siapa nak kau menang hah? Isi borang pun tak pandai!

Kakitangan SPR February 28, 2008 at 2:31 AM  

Soalan: Kenapa Khairy Jamaludin nak sangat bertanding di Rembau, Negeri Sembilan?

Jawapan: Kerana menantu Pak Lah ni bakal mendapat undi bukan sahaja dari orang-orang bebal yang hidup tapi juga dari hantu-hantu di kuburan.

Bukti: Sila klik dan semak lah sendiri

Sumber: Laman Web SPR

CHONGKAU BOY,  February 28, 2008 at 3:41 PM  

PARTI YG PALING HURA-HARA SKRG ADALAH UMNO... TP PANDAI BERPURA-PURA

ORG ITU BERCAKARAN... ORG NI TAK PUAS HATI... ITULAH PARTI YG BERTUHANKAN KETAMAKKAN DGN KUASA DAN HARTA

DAN TU PULAK RAMAI YG NK JADI PENCACAI UTK MENDAPATKAN DUIT (TERMASUKLAH YG PUNYA BLOG NI YG BERNAMA JINGGO)

ADUHAIII UMNO... PARTI POLITIK MELAYU SEKULAR

:: February 28, 2008 at 3:45 PM  

Jinggo aku yakin khairy akan menang besar!!!!

Khairy akan menang dgn undi tipu + undi hantu + undi pos + undi org umno bebal + undi yg dirasuah

Aku yakin jinggo.... dia akan menang besar

so... kau bolehlah riak dan takbur dgn kemenangan khairy ni

khairyberuk,  February 28, 2008 at 3:57 PM  

SUDAHLAH KHAIRY

KAU INGAT KAU PERGI PASAR MALAM TU IKHLAS KE... KAU LAH ORANG YG HIPOKRIT SEKALI DALAM MALAYSIA NI

DEMI NAK MENJAJAH MALAYSIA... SANGGUP BUAT APA SAJA... BUAT MUKA BAIK KONON KT ORG... JGN KAU INGAT ORG KG TU BANGANG

KALAU KAU DH MENANG NNTI TAKDENYA KAU NK PEGI PASAR MLM SPT SKRG NI

JANGAN JADI BODOH NK UNDI KHARY JAMALUDDIN WAHAI ORG REMBAU... NYAHKAN DIA DR REMBAU

Anonymous,  February 28, 2008 at 4:05 PM  

Gambar khairy kt pasar malam tu... bukan ramai org pun keliling dia tu... ramai pengawal peribadi dan pengampu2 dia aje... ramai org yg pegi mlm tu tau dia adakat situ... tapi tak teruja pun nk pegi kat dia tu

Amik gmba pastu nk bagi publisiti konon... hahaha samalah nk menipu mcm pakmentua dia

Anonymous,  February 28, 2008 at 7:30 PM  

denha_za pbtb

kau seoarang yg bebal dan bangang pada politik malaysia... pengampu dan pencacai khairy

kalau khairy menang nnti takde apa yg kau dpt... malah dia akan rakus berkuasa dan kaya raya... kau tetap jd org kg yg malas dan melepak kt kedai kopi... itulah orang melayu dibawah telunjuk umno

Anonymous,  February 28, 2008 at 11:36 PM  

BUTOH LA KO KHAIRY,
MUKA MACAM SIAL,

admin
BRO JINGGO

Anonymous,  February 29, 2008 at 6:06 PM  

hai kera jamaludin, mu jange suruh barua mu buat taik kat Jerlung to topple Datuk Mukriz, pasal mu nok menang pakai hantu ke, jin ke up to you.
May you burn in rembau.

umno kelantan

Anonymous,  February 29, 2008 at 10:50 PM  

Udahlah nak menipu,dah dekat pru barulah nampak batang hidung.Kalau tidak bersenang-lenang dgn kat mahligai ko tu.Lagi 5 thn baru muncul balik.Tengoklah kat Ijok tu contohnya dah le.Ingat rakyat ni bodo ke??Skrg zaman siber,ko bolehlah tipu org kg yg dok baca utusan meloya tu.Korang yg dok jilat si k--- ni dapat apa???Lepas ni dia balik KL,korang mcm tu jugak!!

Anonymous,  March 8, 2008 at 2:39 AM  

hi khairy,
ingat i lagi tak masa kat london dulu? clubbing sekali kat hippodrome, leicester square. u kan minum dgn i sekali lepas tu siap approach nak ajak main. nasib baik masa tu i period kan...

minah ucl

Anonymous,  March 8, 2008 at 11:35 PM  

aku pelik nape si khairy ni boleh menang??jawapan aku adalah org kampung mana reti internet...sat kabar pun pro BN...TV yang di tengok pun pro BN punya TV. Padahal kt internet ni ha melambak macam2 benda yang khairy buat.EE..geram tol aku ngn Khairy hipokit ni...sian org kampung aku yg bengap sgt tu...senang2 je pangkah si Khairy..apa Khairy dah sogok brapa byk daging kobau??org kmpung den bodoh sgt..patut sume ada internet...baru la knowledge tanpa batasan...xla lalok dongar temberang TV2 BN atau satkabar pro BN tu....

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP