Wednesday, February 27, 2008

Khairy Mendapat Sokongan Padu Pengundi Rembau

Oleh : Jinggo

Rembau 26 Feb – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin hari ini menghadiri Majlis Peletakan Batu Asas Masjid Baru KG. Pedas Hilir dan Penghayatan Islam Hadhari.

Acara Meletakkan Batu Asas Masjid Baru Kg Pedas hilir tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Utama Mohamad Hassan. Di Majlis yang meriah tersebut Datuk Seri Utama Mohamad Hassan mengambil kesempatan untuk memperkenalkan calon BN Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan calon N26 Chembong, ZaifulBahri Idris kepada pengundi-pengundi Rembau.

Kesempatan itu diambil supaya rakyat dapat mengenali dan beramah mesra bersama Calon BN yang baru dengan lebih dekat lagi.

Mengikut perancagan, Masjid Baru Kampung Pedas Hilir ini akan didirikan di kawasan rizab masjid. Ianya terletak di Kampung Pedas hilir, di sebelah kanan di km 4.4 jalan raya Pedas ke Linggi.

Lokasi ini juga adalah stratigik memandangkan di utara tanah tersebut adalah Institut Latihan Peindustrian (ILP), manakala ditimur dan barat tanah tersebut adalah merupakan

Di sebelah tengahari pula Khairy dan rombongannya bergerak ke Taman Kelab Tuanku untuk menghadiri Majlis Pemimpin bersama Rakyat. Tetamu terhormat yang menghadiri majlis tersebut adalah Menteri Besar Datuk Seri Utama Mohamad Hassan.

Setelah bertemu dan beramah mesra bersama rakyat dikawasan tersebut, Khairy meneruskan kempennya ke Kampung Sawah Raja.

Disebelah malam pula, Khairy berhenti solat waktu magrib di masjid Taman Tuanku Jaafar, Khairy mengambil kesempatan tersebut untuk mengenali ahli-ahli masjid dan Imam Masjid dikawasan tersebut.

Khairy juga tidak mahu melepaskan peluang untuk bertemu dan beramah mesra bersama rakyat di pasar malam Taman Tuanku Jaafar. Rata-rata peniaga pasar malam dan orang ramai menyambut kedatangannya dengan mesra. Kata Khairy dengan turut ke pasar malam adalah cara yang terbaik untuk bertemu rakyat.

Seterusnya Khairy menghadir Majlis Makan Malam yang bertempat di Dewan Orang Ramai Taman Tuanku Jaafar. Turut hadir bersama ialah calon BN N25 Paroi Datuk Zaharudin Mohd Sharif.

Ketika Khairy menyampaikan ceramah di majlis tersebut, suasana majlis bertambah ceria dan menerima tepukan padu apabila ibunya Datuk Rahmah dan isterinya Pn Nori Abdullah hadir memberi sokongan kepada beliau.

Beliau mengakhiri kempennya pada malam itu dengan melawat beberapa tempat peti undi dikawasan paroi bersama ibu dan isteri. Beliau mahu memastikan jentera-jentera akar umbi sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan berlangsung pada 8 Mac nanti.

21 comments:

bro_jinggo February 27, 2008 at 2:27 AM  

Setelah bertemu dengan pengundi-pengundi di Rembau di sini dengan beraninya jinggo berkata KJ sudah pun berjaya menjadi YB di kawasan Rembau. Rata-rata pengundi diRembau menerima dengan memberi sokongan padu kepada KJ sebagai calon Parlimen Rembau.

Hidup KJ... Hidup KJ... Hidup KJ laungan yang sentiasa didengari setiap kali KJ mengadakan ceramah di Rembau.

Bak kata Tok Mat (MB) janganlah kita ikut pembangkang yang hanya pandai menabur janji dan tidak pernah menunaikan apa yang pernah mereka janjikan.Ibaratkan meryobus batu yang tak akan ponah ompok.dio koyeh jo.sio-sio jo ryobus batu... lupokan lah pembangkang ni.

bro_jinggo February 27, 2008 at 2:32 AM  

Bad dengan bangganya mengeluarkan statmen yang dia sering masuk lokap.Dia selalu kono tahan polis sobab dio selalu mengikuti ceramah haram. tak do permit dan suko buek perhimpunan haram. Macammano nak jadi pemimpin kalau asyik dok lokap jo. Lupokanlah... menghabihkan boyeh jo sokong Bad ni. Undi lah KJ yang mempunyai rekod yang bersih.
Parlimen Rembau milik KJ. Jinggo akan pastikan KJ menang besar pada PRU nanti.
Salam.

Anonymous,  February 27, 2008 at 8:50 AM  

hidup Khairy! Terima kasih dan tahniah atas blog ini, bro jinggo. Saya sudah fed up baca blog blog lain yang hanya nak menipu pasal saudara khairy.

Anonymous,  February 27, 2008 at 9:16 AM  

Kau ada gambar atau video? Senang ajer kau tulis.

ALLAH melihat setiap perbuatan kamu. Kau ingat kau boleh lepas dari hukuman di akhirat? Renungkanlah, wahai manusai.

Harta kekayaan tak akan menolong kamu di alam barzakh.

ycg,  February 27, 2008 at 9:46 AM  

Tahniah! Tahniah KJ! Aku ada premonisasi yang kau akan jadi orang yang paling muda dan paling dekat dengan PM yg akan kalah teruk di Rembau. Tahniah! Tahniah!

Anonymous,  February 27, 2008 at 11:55 AM  

sampai guna khidmat pengundi tak cukup umur! ahahahah! terdesak sangatkah khairy nie! kalah menang adat bertanding! bukan sampai bermati-matian macam ko tu! hahahaha!

Anonymous,  February 27, 2008 at 11:56 AM  

lepas ini apa pula? lepas nie kau nak bodohkan seluruh malaysia pulak? Jangan mimpilah! Ko tengoklah siapa tersungkur lepas nie! Lebih sakit dari jatuh dari kuda ko tu! Tengoklah! Hahahaha!

anti_badrul February 27, 2008 at 12:42 PM  

GROUPS TERDAHULU PARLIMEN REMBAU2008 TELAH DI HACK OLEH SESEORANG, SILA ABAIKAN GROUP TERSEBUT, HARAP MAAF)

Group ini khas untuk membincangkan hal-hal menarik serta berita terkini bagi kedua-dua calon bagi Pilihanraya Umum Kali Ke 12 ini di antara Saudara Khairi Jamaludin yang juga Naib Ketua Pergerakkan Pemuda Umno Malaysia merangkap Ketua Pemuda Umno Bahagian Rembau mewakili BN dengan Saudara Badrul Hisham Saharin yang juga ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR)

UMNO Bahagian Rembau telah mencalonkan Khairy untuk bertanding kerusi Parliman Rembau manakala Badrul Hisham Saharin telah meminta laluan dari PAS untuk menentang Khairy Jamaludin.

Untuk makluman Badrul Hisham, pernah tewas dalam pilihan raya umum 2004 di tangan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hasan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau dengan majoriti 6,199 undi. Mohamad mendapat 8,031 undi manakala Badrul Hisham sekadar memperoleh 1,832 undi.

Badrul Hisham, seorang bekas guru, berkata, beliau menaruh keyakinan dapat menewaskan Khairy dengan sokongan semua pihak, manakala Khairy sebuah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi merupakan seorang 'Pemimpin Muda' yang mempunyai masa depan yang amat cerah dalam persada politik tanahair. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa KJ adalah bakal Pemimpin Generasi Muda di negara kita!

Semoga para Pengundi di P131:Parlimen Rembau beserta dengan 4DUN dibawah parlimen ini iaitu N25 Paroi,N26 Chembong, N27 Rantau dan N28 Kota dapat membuat pilihan yang tepat bagi kali ini.

SESUNGGUHNYA MASA DEPAN NEGARA TERLETAK DI TANGAN ANDA, BERFIKIR SECARA WARAS SEBELUM MENGUNDI, SELAMAT MENGUNDI !

untuk bertukar2 berita dan pendapat sila klik :

http://groups.yahoo.com/group/Parlimen_Rembau_NS/

anti_badrul February 27, 2008 at 12:44 PM  

pendapat salah seorang member group :

assalamualaikum,

saya berasa amat bangga dengan group ini.... saya sebagai ahli pemuda
umno kg seliau ingin melahirkan rasa yakin yg Sdr Khairy akan menang
dengan mudah...........

adalah tidak keterlaluan kalau saya katakan calon PKR akan hilang wang
pertaruhan...

CUMA KITA SEMUA PERLU BERHATI2 DENGAN CALON PKR INI KALAU PADA TAHUN
2004 BELIAU TELAH MEMFITNAH MB DGN MENGATAKAN MB TELAH MENAWARKAN
SEJUMLAH WANG AGAR BELIAU MENARIK DIRI.......... SECARA RASIONAL APA
GUNA MB MENAWARKAN BELIAU WANG TUNAI SEDANGKAN KEMENANGAN SUDAH TENTU
BAGI BN !!

Pada kali ini beliau sudah tentu beliau akan mengadakan kejutan
lagi..... jangan lupa Calon PKR ini adalah Raja Demonstrasi dan juga
Raja Press Conference.......... HATI-HATI !!!

kiriman :

pemudaseliau@yahoo.com

Anonymous,  February 27, 2008 at 1:53 PM  

khairy oh khairy.... gelojoh..

Anonymous,  February 27, 2008 at 2:51 PM  

Khairy isi borang pun tak pandai! Lulusan oxford jenis apa nie! Kalau benar-benar kau lulus sila tunjukkan tanskrip kau tu! Nasib baik pak mentua kau tu telefon SPR, kalau tidak gerenti terbatal pencalonan kamu tu! Ini ker yang dikehendaki oleh orang Rembau? Seorang yang isi borang pun tak pandai! hanya pandai menjdi samseng? Hahahaha! Sama-sama kita saksikan! Hahahahah! kalah atau menang si beruk ini tidak penting! Tetapi kematangan serta kecerdikan orang Rembau menjadi satu persoalan yang amat menarik!

denha_za PBTB,  February 27, 2008 at 9:54 PM  

den pun nampak gayo eh...pengundi rembau ni akan bagi sokongan padu pado wakil calon BN kito KJ.

Yang tu yg den nampak la.tapi sian pulak tgk kek Bad tu...den nak posan kek Bad..cubo tunjuk kan kradebiliti yg positif sikit kek org.jgn banggo dgn bondo2 yg negatif...org tak goma do Bad...

den pun tak maun do kok wakil YB den asik klua masuk lokap...camno nak tgk maselah rakyat...

kito nak org mcm KJ.kok ado sepuloh org cam kj lagi baik...semakin bersemangat la den tgk KJ skrg ni...gegayo nak jadi Ahli parlimen tu makin tersorlah..sungguhpun masih mudo..

semangat org2 mudo mcm nilah yg kito mahu...( *memotik kato2 hikmat KJ*)

Jinggo...sok kito minam teh tarik kek bilik gerakan BN kek Rantau yo...!

* sogoku

kuc1n993m0k February 28, 2008 at 1:43 AM  

hahaha..KJ in rembau??wuu..maju la rembau pasni..kah3..kalah tampin..well just my 2 cents..KJ if im not mistaken..lahir bukan dekat rembau..belajar bukan kat rembau..die boleh jd calon sebab die ade roots from rembau..oh kalau macam itu..aku pon boleh la jadi calon kat mane2 asalkan aku ade roots dr tempat tu...FUCK YOU la KJ..oh..by the way..aku mmg orang rembau,kg ak rembau,skolah rembau.sedare mare rembau.but KJ?bullshit la i can say..

kuc1n993m0k February 28, 2008 at 1:49 AM  

oh..btw..IMHO,these ppl here are KJ arse lickers..best ke?wek..

Kakitangan SPR February 28, 2008 at 2:46 AM  

Soalan: Kenapa Khairy Jamaludin nak sangat bertanding di Rembau, Negeri Sembilan?

Jawapan: Kerana menantu Pak Lah ni bakal mendapat undi bukan sahaja dari orang-orang bebal yang hidup tapi juga dari hantu-hantu di kuburan.

Bukti: Sila klik dan semak lah sendiri

Sumber: Laman Web SPR

Anonymous,  February 28, 2008 at 3:30 PM  

HANYA ORANG-ORANG BEBAL SAHAJA MENGUNDI KHAIRY MAJALUDDIN ... SEBEBAL JINGGO JONGOS

orang rembau,  February 28, 2008 at 3:32 PM  

aiii jinggo bilo pulak kau jd orang nogori ni... setau aku kau org wangsa maju

dasar pemakan berak khairy jamaluddin... itulah hakikatnya

JINGGO PENCACAI KHAIRY PALING HINA....

Anonymous,  February 28, 2008 at 3:35 PM  

KESIAN AKU JINGGO

sanggup menjadi hamba abdi khairy...insaflah jinggo... ingatlah jinggo kita ni hamba Allah... bukan hamba khairy

Anonymous,  February 29, 2008 at 11:13 PM  

Sudahlah jinggo!!Engkaulah org yg tak berwawasan langsung.Bad tu masuk lokap kerana dia pejuang sejati bukan macam kau.Penjilat si keri.KJ pun buat perhimpunan haram juga kat KLCC tapi sebab kat dahi dah cop PM,polis tak tangkap.Nanti Keri jual Rembau kat Spore,besuk-besuk tanah kubur pun tak ado.Tak dapek den nak menolong.Baru padan muko!!

Anonymous,  March 8, 2008 at 3:55 AM  

Kok gitu ramainya penjilat jubur khairy..nda mahu begitu..salah tetap salah..karang kalau dijilat lebih2 apa plak bini dia nak jilat nanti..wakakakaka

Anonymous,  March 10, 2008 at 3:40 PM  

aku pun bukan suka sangat dengan KJ ni tapi aku lagi heran tengok komen2 org bermentaliti rendah dan tak de bahasa ni.komen guna bahasa lucah dan maki orang macam diaorg tu tak de dosa..kalau geram pun jagalah maruah org.kalau maruah anda dipermainkan,tentu anda tak boleh tahan jugak.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP