Thursday, February 28, 2008

Kenali Rakyat Bukan Serang Individu, Kata Khairy

SEREMBAN, 27 Feb - Pembangkang sepatutnya menggunakan kempen pilihan raya umum sebagai gelanggang untuk mengenali rakyat, bukan menyerang peribadi lawan, kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Khairy yang juga calon BN bagi Parlimen Rembau berkata mereka sepatutnya tidak mensia-siakan peluang berkempen itu, yang merupakan sebahagian daripada amalan demokrasi di negara ini, dengan sewajarnya.

"Takpelah kalau nak serang pemimpin... itu keputusan dia. Kita bebas untuk berkempen selagi ikut undang-undang," katanya kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan Jentera Pilihan Raya BN di Felda Sendayan, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di bawah Parlimen Rembau di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai kecenderungan pembangkang menyerang kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam siri ceramah dan rapat umum yang dianjurkan.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno Rembau mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau tidak akan melayan sebarang serangan peribadi daripada lawan selagi pembangkang tidak melampaui batas dengan mengheret sentimen agama dan perkauman ketika berkempen.

"Setakat ini, belum sampai tahap melampau," katanya.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebelum ini berkata ceramah yang berunsur maki hamun, serangan peribadi, membuat hasutan dan sebagainya dilarang, dan akan dihentikan pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya bertugas.

SPR juga menetapkan mana-mana calon yang berkempen atau mengedar bahan kempen perlu membayar deposit RM5,000 bagi Parlimen dan RM3,000 bagi DUN.

Mengulas lanjut, Khairy berkata terdapat masih banyak kawasan di Parlimen itu yang belum dilawatinya walaupun beliau bekerja keras siang dan malam untuk mendekati pengundi.

"Tempoh kempen 13 hari ini cukup untuk kenali pengundi," katanya.

Pada 8 Mac depan 62,896 pengundi akan menentukan sama ada Khairy, 32, atau anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrul Hisham Shaharin, 30, menjadi wakil rakyat di kawasan itu yang merupakan kubu kuat BN.

20 comments:

Kakitangan SPR February 28, 2008 at 2:26 AM  

Soalan: Kenapa Khairy Jamaludin nak sangat bertanding di Rembau, Negeri Sembilan?

Jawapan: Kerana menantu Pak Lah ni bakal mendapat undi bukan sahaja dari orang-orang bebal yang hidup tapi juga dari hantu-hantu di kuburan.

Bukti: Sila klik dan semak lah sendiri

Sumber: Laman Web SPR

Anonymous,  February 28, 2008 at 5:49 AM  

Kj lansung tak ada bakat untuk jadi pemimpin. calon utk menjual negara dan maruahnya sendiri serta pak mertuanya.
Nasihat saya, rakyat rembau sedarlah sekarang buat pembaharuan utk kawasan anda, pilihlah pemimpin yang berkualiti bukan yg korupsi.

ahmad albab.
malaysia

p/s ingat khairy adalah najis negara.hindarlah malaysia dari najis yg berbahaya ini

Badrul Pencacai PKR February 28, 2008 at 3:48 PM  

BADRUL PENCACAI PKR

Nampak gaya Badrul telah kehabisan modal politik untuk menhentam Sdr
Khairy. Dia asyik menggunakkan isu-isu yang telah lapok dan isu
remeh temeh... Nampak sangat yang beliau ini masih lagi terlalu
mentah untuk berpolitik...................

Beliau ini hanya layak menjadi 'Pencacai" PKR sahaja tetapi bercita-
cita besar, ingin mengantikkan gaya dan ketokohan Sdr Ezam !!

Hobinya membuat laporan polis..itu sahaja tiada kesudahan, kemudian
buat press conference........

Dia ini sebenarnya di besarkan di Taman Bukit Chedang, Rasah dan
langsung tidak ada kena mengena dengan Rembau ! Itu yang pelik
macammana pulak dia boleh mengaku yang dia ni anak Rembau!
Berbanding Sdr Khairy memang lah dia anak Rembau sebab ayahnya
memang berasal dari Rembau.

Badrul memang maklum PKR di Bahagian Rembau dah mula terhakis...
mana ada lagi PKR yang tinggal hanya nama sahaja.. terutamanya di
DUN Rantau... Kalau di Rantau itu mana ada lagi penyokong PKR ?
Kalau tak percaya cuba pergi intai Bilik Gerakkan PKR Rantau, yang
ada pun hanya 4 orang sahaja......

Calon DUN Rantau, Orang Kuat Rantau ada 2 orang dan seorang dari Ulu
Lalang..... itu sahaja !!!

Badrul asyik mempembesarkan isu nama Sdr Khairy tiada BIN sahaja...
adakah seorang yang berwawasan akan mempermainkan isu sekecil ini???
Berbanding Sdr Khairy isu yang di utarakan adalah isu yang
berwawasan dan bersifat nasional serta isu yang membawa faedah
kepada para pengundi.......

Saya juga ingin mengambil kesempatan disini supaya bapa beliau
mengutarakan sokongan secara terbuka kepada beliau...Mana bapa
beliau berani kerana bapa beliau adalah penyokong kuat kerajaan.
Bapa beliau dahulu berkerja dengan Biro Tatanegara dan sekarang
khabarnya menjadi Pengerusi PKelab Penyokong Kerajaan !!!! Pak Cik
beliau, Sdr Mansor adalah orang kuat UMNO Linggi, semua orang
tahu... Jadi siapakah penyokong Badrul ???

Seperti Sdr Khairy bonda beliau sanggup turun pada hari penamaan
calon tetapi dimana emak dan ayah Badrol pada hari penamaan calon ???

Yang paling mengharukan sehari sebelum hari penamaan calon Badrol
dan Taufik (calon PAS ) melakukan kempen di tapak pasar tani Taman
Tuanku Jaafar, Senawang dan mereka berdua telah diiringi oleh HANYA
SEORANG PENYOKONG KUAT itupun bekas penebar roti canai di TTJ !
Macam inikah seorang Calon yang di katakan paling glamor di PKR
hanya di iringi oleh seorang penyokong kuat !!!!

Berbanding dengan kehadiran Sdr Khairy...setiap kali beliau turun
padang maka beliau akan di sambut oleh ratusan penyokong....
terutamanya ketika beliau hadir di Bilik Gerakkan TTJ tempoh
hari...penoh dengan para penyokong.........

JADI TAK MUSTAHIL KALAU SAYA KATAKAN YANG BADROL AKAN KEHILANGAN
WANG PERTARUHAN KALI INI.... SEMOGA PENGUNDI DI PARLIMEN REMBAU
DAPAT MENGHUKUM KAKI PENCACAI SEPERTI BELIAU INI............

Ada maklumat terkini tentang kaki Pencacai ini sila salurkan pada
saya

pemudattj@yahoo.com

Kakitangan SPR February 28, 2008 at 3:57 PM  

SIARAN ULANGAN - HAIRAN TAK KENAPA TAKDA YANG BERANI ULAS???

Soalan: Kenapa Khairy Jamaludin nak sangat bertanding di Rembau, Negeri Sembilan?

Jawapan: Kerana menantu Pak Lah ni bakal mendapat undi bukan sahaja dari orang-orang bebal yang hidup tapi juga dari hantu-hantu belaan di kuburan.

Bukti: Sila klik dan semak lah sendiri

Sumber: Laman Web SPR

Anonymous,  February 28, 2008 at 6:54 PM  

bukan taknak ulas wahai kakitangan spr

tapi kau orang yg paling dekat dgn spr perlu membuat sesuatu tindakan utk menyelamatkan malaysia dari orang2 yg tamak kuasa ni...

jangan buat penipuan atas arahan bos kau yg korup tu... kalau boleh buang dr sistem mana2 org yg meninggal tu...

lg satu masa mengundi nnti kalau boleh rosakkan kertas2 undi BN...

#kakitangan spr jangan buta daan tuli sangat... selamatkan malaysia dr dajjal umno

denha_za PBTB,  February 28, 2008 at 11:37 PM  

DEN SETUJU DGN KATA KO TU PEMUDA TTJ.

NAK KATAKAN GENG2 PKR NI..ORG SAMA BANGSA NGAN KITA..SATU AGAMA.
TAPI INI KE RUPA CORAK POLITIK YG DIA ORG NAK BAWA?

DEN JUGA SETUJU DGN PENDAPAT JINGGO..SEHARUSNYA MEREKA MAHU MEMANCING UNDI DGN BERKEMPEN TENTANG PERKARA ISU2 NASIONAL,PEMBANGUNAN,KEMAJUAN,...BUKAN SOAL2 PERIBADI.

INI KAH YG DI NAMAKAN MODAL INSAN?
X NMPK GAYA CIRI2 PEMIMPIN MASA DEPAN.SAYA SUKA NASIHATKAN CALON PKR BAD..SELAMI HATI NURANI MASYARAKAT DI REMBAU DAHULU..BERCAMPUR GAUL DGN MEREKA DAHULU.GUNAKAN KEBIJAKSANAAN ANDA.BUKAN DGN CARA BEGINI...

WALAU APAPUN SAYA PASTI PKR AKAN KALAH DLM PERTANDINGAN INI.BUKAN KERANA BAD MENENTANG KJ,TAPI KERANA BAD MENONGKAH ARUS...MCM BOS DIA GAK, DSAI.

KJ TETAP AKAN MENANG DI REMBAU..BUKAN KERANA UNDI HANTU,BUKAN KERANA MENANTU PM,BUKAN KERANA NAIB KETUA PEMUDA UMNO AKAN TETAPI KERANA KARISMA SERTA AURA YG DIMILIKINYA.

UMNO TERUS MARA..UNTUK RAKYAT MALAYSIA!!

*sogo

Kakitangan SPR February 28, 2008 at 11:44 PM  

Salam,

Anonymous 6:54 PM,

Kami hanyalah penjawat awam yang menjalankan tugas. Hanya pelaksana, bukan pembuat dasar dan keputusan.

Tangan kami terikat dan mulut kami terkunci. Ini sudah jadi amalan. Ini arahan dan ini jugalah sistem yang nak tak nak kami kena laksanakan.

Dalam penuh keterbatasan, harap rakyat boleh faham & buka mata. Hanya anda yang diluar sana sahaja lah yang mampu lakukan sesuatu.

Bukan dari dalam, kerana kami hanyalah yang menurut perintah.

Anonymous,  February 29, 2008 at 10:14 AM  

Salam,

Saya amat terkilan bila ada yang mengatakan khairy "beruk", nampaknya ada yang terikut-ikut rentak orang Pas yang kerjanya hanya cerca dan maki hamun lagi-lagi bila Nik Aziz kata yang orang Umno macam orang utan dan Hadi awang mengeluarkan fatwa yang boleh kita mengunpat.

Belum pun khairy bertanding, sudahh cakap macam-macam, dia hanya menantu Pak Lah, tak kan tak boleh bertanding, habis si Nurul Izzah, anak Lim Kit Siang,Karpal Singh boleh pulak.

Beri dia peluang bertanding, kalau dia menang,dia kena buat kerja, kalau dalam 5 tahun, dia tak buat kerja, bolehlah abang mat hassan gugurkan saja dia, habis cerita.

yang penting parti, bukan individu.tak kira dia orang rembau atau orang luar, yang penting, dia dapat membantu rakyat sekitar rembau. jadi bukalah minta, buka hati, kalau boleh, kenali khairy dari dekat, bukan dari cakap-cakap orang,kena face to face, nak salam pun tak apa.

antikj,  February 29, 2008 at 12:15 PM  

Anon

nak bagi kj peluang ape? org macam ni nk diberi peluang. tak payah... bapak mertuanya puun dah menyusahkan org, inikan anak mertuanya. tak payah

TAK NAK KJ

Anak Murid Cikgu Daud,  February 29, 2008 at 12:30 PM  

Salam Semua,

Itulah masalahnya dengan rakyat tempatan ni, depa bukannya faham sangat pasal isu, maaf ckplah "barua Singapura" ni. Depa pun bukan semua tahu siapa yang dimaksudkan "budak-budak tingkat 4 JPM" yang didedahkan TDM tu. Patrick Badawi tu pun depa tak kenai siapa.

Itu tak termasuk lagi isu jambatan bengkok, isu WPI, serta kes tuntutan bertindih kedaulatan Pulau Batu Putih, serta isu rancangan koridor-koridor pembangunan yang sampai kehari ini kita tak tau dari mana depa nak korek duit kalau tak dari proksi2 investor Temasek Group Inc.

Isu hubungan "luarbiasa" M'sia dan Singapura di bawah pemerintahan Pak Lah + Khairy ni perlu di highlightkan kepada semua pengundi di seluruh negara.

Ini ISU NASIONAL yang semua orang kena faham dan perlu sangat diperjelaskan. Bukan hanya setakat di Rembau. Khairy dan kroni2nya, hantu jembalang dan petualang2 negara ni memang wajib disekat.

Kedaulatan negara dah semakin terhakis dan kantung perbendaharaan dah semakin mengempis. Kalau tak kita bakal jadi macam Pak Kaduk lah, menang sorak tapi bukan setakat kampung, malah seluruh tanahair tergadai.

Fikir-fikirkanlah.

Wassalam,

Anonymous,  February 29, 2008 at 6:18 PM  

pencacai pkr,
kalau nak cerita pasal khairy untuk buat modal politik, bagi dua minggu berkempen pun tak cukup.
start ngan the event to get close to Nori anak dolah bodowi,
pas tu drama nak jadi timbalan ketua pemuda in 2004,
pas tu jadi power broker to elect cabinet ministers,
pas tu issue acquiring ECM-Libra while he had no money at all,
pas tu jual maruah negara to Singapore,
pas tu many many many many more ...

Like Tun said, who is Khairy, he is a horse racing while other horses were being tied.

UMNO kelantan

Anonymous,  February 29, 2008 at 10:31 PM  

Macam ni yg korang anggap pemimpin.Orang Melayu mcm korang ni tak makan isu cuma makan duit aje.Samalah dgn pemimpin korang tu.Negara nak digadaikan kpd org luar pun korang tak kesah.Apahal dgn skandal ECM Libra??Korang ni buta hati ke?Jangan jadi penjilat,pembodek je.

Anonymous,  February 29, 2008 at 10:39 PM  

Kalau dia berani,bertandinglah kat kawasan bandar.Ini pengecut cari kawasan kg.Sebab dia tau org bandar lebih kenal siapa dia KJ.Skandal penjualan saham Talikom M'sia dll.Bertandinglah dengan TGNA ke,Lim Kit Siang ke,biar dia kena siang hidup-hidup!!!

Anonymous,  March 1, 2008 at 5:24 AM  

- Menantu Pak Lah adalah hantu
- Menantu Pak Lah adalah kaki ampu
- Menantu Pak Lah adalah kaki perempuan.
- Menantu Pak Lah adalah kepala gangster
- Menantu Pak Lah adalah kaki judi, rasuah,
- Menantu Pak Lah adalah kuat menangis
- Menantu Pak Lah adalah pandai bermuka- muka ( munafik )

jadi pilihan adalah ditangan anda..

kita sama2 pakat musnahkan dinasti Abdullah dan bawa perubahan kepada rakyat malaysia.

>> dari <<
Hamba Allah
jzk

Azha March 2, 2008 at 2:05 PM  

Buat org2 NS umum nye, jgn terlalu taksub untuk memiliki pemimpin tertinggi di peringkat kebangsaan.Kita dh tgk apa jd dgn ExMB Isa Samad yg sanggup rasuah semata-mata nak jd MT Umno.Pejuang tulen bukan boleh dtg secara segera.Contohi perjuangan DrM yg berjuang sejak belasan tahun di Kolej Sultan Abdul Hamid.Berapa tahun yg diperlukan untuk jd org yg disegani.Tanpa memerlukan bantuan sesapa pun.Berpijak la dibumi yg nyata.Sekalipun KJ diterima diRembau,xsemestinya diterima dimalaysia dlm jangka masa singkat ni.

Anonymous,  March 2, 2008 at 4:03 PM  

Letak bekas perogol ataupun perompak besar sekalipun orang UMNO akan undi manusia jenis begini. Haprak punya KJ pooodaaah...

Serenity March 13, 2008 at 9:45 AM  

Masa 8 mac jam 9:00 mlm, PKR mendahului BN, 100+ undi. Selepas jam 10:00 2 peti undi dibawa masuk n KJ menang >5,000 undi. Apa maknanya nie? Masa menentukan relevan atau tidak Umno. Rakyat tak lupa dosa2 KJ mengadaikan Malaysia kepada kuncu2 Singapura. KJ, there's no shortcut to the top.

Anonymous,  March 18, 2008 at 7:37 PM  

Tak palah kalau chegubard tak menang, tapi UMNO kalah di 5 negeri. Kalau UMNO menerusi KJ menguar-uarkan isu wawasan dan nasional, mana dia sudah pigi sejak pru12? Bukanke KJ orang Kuwait sebab dia lahir di sana, walaupun bapak dia orang Rembau. Satu lagi apa you dapat mencaci pembangkang.....1 juta, 2 juta atau 3 juta....? Macam mana boleh hilang 900 lebih undi masa PRU12? You boleh jawabka? Sebab I nampak kalau bab mencaci you memang tererla.....

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.

PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP