Thursday, February 19, 2009

Malaysiakini : UMNO dan Pemuda gagal, presepsi Khir dan Mukhriz tetapi KJ mempertahankan!


Berlalu sudah siri hujah yang dibawakan oleh TV 9 semalam dan apa yang dapat kita simpulkan disegi perbahasan yang telah dijalankan, ada calon-calon yang tidak memikirkan betapa pentingnya hujah yang mereka sampaikan boleh memburukkan UMNO di mata rakyat.
Umpamanya apa yang dijelaskann oleh Khir Toyo yang langsung tidak memberikan kredit kepada UMNO dan sikap mereka yang terbuka seolah-olah tidak ada keyakinan dengan UMNO amat memalukan. Adakala kita juga tertanya pada diri kita sendiri apakah Khir menyalahkan UMNO seratus peratus dan bukan sikap pemimpin individu tertentu yang telah mencemarkan nama UMNO itu sendiri.

Apakah Khir tidak pernah melihat atau muhasabah dirinya sendiri yang mengakibat kekalahan UMNO di negeri yang paling kaya di Malaysia. Khir Toyo menyatakan bahawa rakyat kecewa kerana kerajaan lambat bertindak kerana mereka mahu kerajaan mengatasi isu itu dengan segera. Kekecewaan rakyat ini menyebabkan mereka mengadakan demontrasi.

Sebagai ketua kerajaan di Selangor, kebanyakan demonstrasi yang berlaku adalah kerana sikap beliau sendiri seperti meroboh rumah setinggan, meronoh Kuil India, mengahalau setinggan tanpa belas kasihan, mengambil tanah dan lereng-lereng bukit sesuka hati dan mengayakan kroni-kroni yang mengakibat kebencian rakyta kepada kerajaan Khir Toyo. Kenapa Khir Toyo tidak pernah menyalahkan diri dan kini setelah terhumban beliau pula membandingkan kepimpinan beliau sama tarafnya dengan kepiminan Rasullulah.

Begitu juag Mukhriz yang cenderung dengan kekerasan kepimpinan ayahnya dahulu yang mengamalkan kepimpinan yang keras dengan mencantas siapa saja yang cuba menentang kerajaan. Mukhriz menyalahkan pemimpin parti yang dakwanya mahu bersikap telus dan terbuka sehingga menyebabkan demonstrasi jalanan tetapi tidak menggunakan undang-undang seperti ISA, sehingga menyebabkan BN kalah pilihan raya.

Beliau juga berkata dalam mengulas isu DEB bahawa beliau tidak faham kenapa isu boleh dibangkitkan, dengan memberikan contoh bahawa pada tahun 2000, MAPEN 2 yang dianggotai oleh semua kaum bersetuju dengan dasar DEB. Walaupun ternyata bahawa isu sekolah satu aliran menjadi satu isu yang dimainkan oleh pihak pembangkang, Mukhriz tetap menyuarakan lagi cadangan sekolah satu aliran dengan alasan untuk memupuk perpaduan diperingkat awal lagi.

Lain pula dengan cara KJ memberikan hujah dan KJ menunjukkan beliau seorang pemimpin yang berwibawa dengan melihat dasar-dasar kerajaan dengan objektif dan tidak sahaja mengambil jalan mudah dengan menyalahkan pemimpin yang hanya menguntungkan pembangkang. KJ memberikan analisa yang berbeza kepada kekalahan pilihan raya 2008 dengan menyatakan bahawa iklim politik kini adalah berbeza dengan suasana yang lebih terbuka sepertimana di dunia siber, blog dsb.

Dalam mengharungi keterbukaan dan hostile ini, BN, menurut KJ telah menjuarai isu-isu keterbukaan seperti inisitif pencegahan rasuah, suruhanjaya perlantikan hakim dan juga penambah baikan urus tadbir. KJ juga menyatakan bahawa, peralihan kuasa dan pembaharuan, perlu diikuti dengan langkah untuk memenuhi janji-janji, agar perubahan itu tidak menjadi sia-sia.

Dalam mengulas mengenai ISA, KJ juga menyatakan pendapat bahawa ISA adalah satu perundangan yang penuh berkuasa dan memberi autoriti kepada Menteri untuk tahan tanpa bicara selama 2 tahun. Di sini, rakyat perlukan penjelasan mengenai keberkesanan ISA supaya mereka memahami akan keperluan ISA dan pada masa yang sama juga, menyatakan hasratnya bersedia duduk semeja walaupun dengan pembangkang untuk mencari titik pertemuaan perbincangan mengenai ISA dari segi kepentingan dan aspek penambah baikan, seperti judicial process untuk ISA. KJ mementingkan kepentingan parti dengan mempertahankan UMNO.

Dalam menjawap soalan mengenai perubahan yang perlu dibuat oleh UMNO, Khir berkata Umno tidak dilihat sebagai parti yang memperjuangkan bangsa dan agama, atau jati diri, (maka) jadi orang yang meluat dengan Umno akan menyertai parti lain. Sebagai anak bapa Mukhriz, pula memulakan ucapannya dengan memuji bapanya dengan menyatakan semuanya berjalan dengan lancar sebelum tahun 2004, apabila terpesong dari hala tuju rakyat.

Hanya KJ yang mempertahankan UMNO dengan menyatakan bahawa apa yang diperlukan ialah suatu perubahan dan pengisian. Bahawa UMNO tidaklah begitu teruk dan ditolak sampai menjadi suatu krisis yang begitu teruk. Kita menang pada tahun 2004 berdasarkan harapan yang diberikan kepada rakyat. Seterusnya harapan hendaklah berdasarkan kepada nasib rakyat. Dari segi pilihan raya 2004 v 2008, berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing. Mengakui bahawa nampaknya tidak berjaya urus kejayaan, KJ seterusnya menyatakan kepada keperluan bahawa kita haru kikiskan persepsi tanggapan pembangkang dan tunaikan harapan rakyat. KJ berhati-hati menyentuh mengenai Pemuda dan tidak sekali-kali memperlekehkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Pemuda.

Khir Toyo berkata Pemuda Umno perlu berusaha mengharapkan semula Umno yang dulunya berjuang untuk bangsa, negara dan agama. Adakah sebelum ini Pemuda tidak sedemikian? Malah, tegas Dr Khir, rata-rata anggota Pemuda Umno sendiri - bila ditanya tujuan mereka menyertai Umno, jarang boleh menjawabnya. Itu hanya kata Khir Toyo. Khir Toyo menganggap pemuda begitu teruk sekali di zaman Hishamuddin.

Mukhriz pula membayangkan seolah-olah pemimpin pemuda sebelum ini tidak berintegriti, tidak berwibawa dan tidak mesra rakyat apabila beliau menyatakan bahawa Pemuda dahagakan integrity dan beliau akan memperbaiki hal ini.

Walaupun ketika diejek dengan tepukan apabila ditanya kenapa KJ sebagai NKP tidak berbuat apa-apa mengenai isu kenaikan harga minyak, KJ mempertahankan Pemuda dan Dato’ Hisham dengan menyatakan bahawa rundingan dan perjumpaan telah dibuat dengan Menteri serta pihak kementerian terbabit bagi mencari jalan mengurangkan harga barangan. Disamping itu, KJ berpendapat majlis penetapan harga patut ada bagi memastikan harga barang yang sepatutnya. KJ menunjukkan dia benar-benar pemimpin peringkat nasional apabila dia menunjukkan apa yang diperbincangkan bukan sahaja untuk kemenangan pilihan raya UMNO tetapi kepentingan pilihan raya kecil yang akan datang.

Khir Toyo menyatakan bahawa orang Melayu sebagai tunggak kepada politik Malaysia, jika tumbang politik Melayu, maka akan tumbang politik negara, jadi tidak boleh samakan Umno dengan MCA dan Gerakan. Ini menunjukkan bahawa Khir Toyo adalah pemimpin UMNO, dan bukan pemimpin pelbagai bangsa.

Bercakap tentang ketuanan Melayu, Dr Khir berkata, persoalan hak istimewa orang Melayu dan kontrak sosial tidak perlu dipersoalkan kerana ia dijamin dalam perlembagaan. Beliau mencadangkan bahawa kalau kaum lain tidak berpuas hati, maka mereka boleh membawa perkara ke parlimen, pinda perlembagaan, barulah menjadi seperti negara Barat, kalau itulah yang diidamkan. Khir Toyo sebenarnya tahu bahawa realiti politik Negara ini menyatakan bahawa perkara tersebut tidak akan berlaku, tetapi beliau bermain dengan sentiment bangsa pada forum ini.

KJ menunjukkan bahawa beliau faham kenapa segolongan masyarakat tidak memahami mengenai isu kontrak social, dimana beliau mencadangkan bahawa perlu diperbaharui pemahaman konsep kontrak sosial, dimana ia memerlukan cerita dan pandangan baru tentang kontrak sosial, termasuklah dalam aspek keadilan dsb.

KJ pula, dalam membincangkan mengenai DEB, kita memerlukan satu pakej baru yang lebih kepada pengisian. Lebih menjiwai dan memperjuangakn keseluruhan rakyat secara bersama. Ini adalah satu realiti politik masa kini.

KPMU

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP