Friday, February 27, 2009

Malaysiakini : Antara Berani Berubah kepada Berubah Berani




Oleh Zainal Yusof


MELIHAT Saudara Khairy Jamaluddin di barisan depan Pergerakan Pemuda Umno, hati kecil saya berkata; “Pemuda Umno seperti berada di zaman Harun Idris, Jaafar Albar dan Najib Tun Razak.”

Pemuda Umno betul-betul menjadi sayap parti yang tiba-tiba berubah. Ia berubah bukan seperti orang yang suka berubah-ubah, seperti sumpah-sumpah tetapi ia berubah kerana selama ini, seperti ada satu kerinduan datang, mahu melihat Pemuda Umno betul-betul mempunyai semangat setiakawan dan berubah dari penakut kepada berani.

Keberanian mereka, bukan setakat ditunjukkan di depan Karpal Singh yang mengelarkan dirinya ‘Singh is King’ tetapi keberanian sebenarnya Pemuda Umno bersama-sama Khairy Jamaluddin ialah mempertahankan Raja-Raja Melayu, sebelum ini Khairy Jamaluddin juga mempunyai keberanian berdepan dengan sesiapa sahaja, termasuk Pas (Husam Musa), Salahuddin Ayub (Pas) dan pimpinan Siqiu dan sebagainya sebelum ini hingga menyebabkan orang lain cemburu.

Sebenarnya ‘sicelaka’ Karpal Singh ini terlalu kecil bagi Khairy Jamaluddin tetapi disebabkan Khairy Jamaluddin ini seorang yang terpelajar, pandai beradat dan tidak mahu menunjukkan kebiadapan kepada seorang Ahli Parlimen, maka cabarannya supaya Karpal Singh membuktikan bahawa Pemuda Umno yang mengirimkan dua butir peluru kepadanya secara penuh hemah!

Inilah sebenarnya karisme. Ia bukan boleh dibuat-buat tetapi ia sesuatu yang dianugerahkan kepada mereka yang layak. Kecaman dan kutukan Pemuda Umno terhadap tuduhan Karpal Singh bahawa pergerakan itu menghantar dua peluru bertujuan menggugutnya serta memberi tempoh 24 jam untuk peguam itu membuktikan dakwaannya.

Sambil menyifatkan perkara itu tuduhan liar, gila dan berniat jahat, Naik Ketua Pemuda Umno itu mencabar Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mengemukakan bukti.

“Kapal penakut kerana membuat kenyataan itu dengan berselindung di sebalik kekebalan dalam Dewan Rakyat. Tuduhan itu berat serta mencabar maruah dan intergriti Pemuda Umno, sekaligus membangkitkan kemarahan 700,000 ahli dari seluruh negara.

“Jika beliau gagal menunjukkan bukti dalam tempoh 24 jam, secara otomatik rakyat boleh membuat kesimpulan Karpal penipu yang ketandusan modal dan hilang kreadibiliti serta kewarasan.

“Kami memintanya memohon maaf kerana manusia seperti beliau tidak reti (faham) makna taubat dan mengaku salah,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen Khamis lalu.

Hadir sama lebih 30 ahli Pemuda Umno seluruh negara termasuk Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Sabah.

Inilah sebenarnya potensi Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. Inilah yang diharapkan menjadi pilihan perwakilan Pemuda. Seorang AJK Umno dari salah satu bahagian di utara tanahair ketika di temui di PWTC berkata, ketika saya mengkagumi kebolehan dan kemampuan Khairy Jamaluddin, saya juga mengharapkan Pemuda Umno turut mengkaguminya.

Ahli Parlimen Rembau ini bukan sahaja bergaya dengan slogan untuk bertanding sebaliknya membuktikan beliau benar-benar menjadi ikon kepada Pemuda Umno dari seluruh pelusuk tanahair, membuktikan karisme, berpendidikan, berani, berketerampilan, tegas tetapi dalam masa yang sama, mempunyai semangat setiakawan.

“Biasalah. Bila beliau cerdik, berani dan berkemampuan, akan datanglah fitnah dan serangan dari mereka yang mencemburuinya. Malanglah kalau Pemuda Umno tidak memilihnya menjadi Ketua apabila peluang memilih itu datang,” tegasnya ketika menonton Berita TV3 jam 1.30 di Riverside Café PWTC.

Khairy Jamaluddin sebenarnya dilihat berani kerana ‘berani mempertahankan kebenaran’. Itulah sebabnya, ketika menjadi penalis program Hujah TV9 di Dewan Bahasa dan Pustaka, keberanian Khairy Jamaluddin mempertahankan Umno dan kerajaan dilihat ‘keberanian yang tidak menjadikannya popular’.

Sedangkan dua lagi penalis, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir pula terus menerus menyalahkan Umno dan kepimpinan sedangkan mereka berdua terpilih menjaid calon dan menang pilihan raya lalu kerana pilihan dari pemimpin dan mewakili parti yang mereka salahkan itu.

Ketika Dr. Mohamad Khir Toyo menyerang Umno, kononnya Umno perlu berubah, sedarkan dia bahawa kerana dia tidak mahu berubahlah yang menyebabkan pengundi di Selangor menolak BN. Ketika Mukhriz menyerang kepimpinan, sedarkan dia bahawa kepimpinan yang dia serang itulah yang meletakkan dia bertanding dalam pilihan raya dan kerosakan yang berlaku dalam Umno hari ini adalah legasi Dr. Mahathir yang terlalu lama ‘berkuku’ dalam Umno.

Sedarkan Dr. Mohamad Khir Toyo, Anwar Ibrahim yang menjadi musuh Umno hari ini adalah ‘ikon’ dia ketika dia baru-baru menjadi ADUN dan belum dilantik menjadi Menri Besar Selangor, ada orang nampak kelibatnya di sekitar Masjid Kampung Baru ketika reformasi sedang bergema di Kuala Lumpur setiap Sabtu.

Ketika Mukhriz membawa slogan ‘berani berubah’ hanya sebagai slogan dan retorik, Khairy Jamaluddin pula melakukan sesuatu yang dilihat ‘berubah menjadi berani’ dengan meletakkan slogan Setiakawan di depan.

Maruah Pemuda Umno dipertahankan Khairy Jamaluddin dengan membawa Pemuda Umno berhimpun di Ipoh bagi menyatakan taat setia kepada Sultan Perak yang digugat mereka yang biadap dan mahu mempersoalkan kuasa yang ada pada Baginda.

Beberapa pemimpin Pas cuba membuka cerita lama kononnya Umno mempelopori semangat tidak setia kepada Raja-Raja tetapi mereka lupa, bahawa institusi Raja-Raja menjadi semakin dihormati ketika Umno/BN memerintah tetapi jika kuasa ini terlepas ke tangan mereka, mereka akan membawa cerita baru… semua manusia adalah serupa sahaja walaupun mereka dari keturunan Raja.

8 comments:

Anonymous,  February 27, 2009 at 3:05 PM  

Asalamualaikum,

boleh dikatakan setiap hari saya melihat blog dari sahabat blogger yang lain,rata-rata menpunyai pandangan yang bernas dan cadangan yang baik.
hampir 70-80% mengakui cara pendekatan yang dibawa oleh DSKT calon Ketua Pemuda adalah yang paling logik dan munasabah demi untuk perubahan Pemuda UMNO khasnya.
saya tidak rasa teragak-agak untuk menyokong DSKT untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

PEMUDA BERANI.

gotahlantun February 27, 2009 at 3:06 PM  

HIDUP KJ..!

EDEN ADA DI SAMPING YB.

PEJUANG CYBER February 27, 2009 at 3:21 PM  

Salam Bro Jinggo

w/salam Petir

Didalam rancangan Hujah yang lalu, ketika Prof Agus bertanyakan soalan mengenai kekalahan Khir Toyo di Selangor pada Pilihanraya Umum yang lalu, Khir mengeluarkan kenyataan bahawa dia dihalau keluar rumah kediaman rasmi Menteri Besar pada malam tersebut dan beliau juga dibaling botol air mineral ketika beliau mimimpin tangan anaknya ketika melangkah keluar dari rumahnya.

Jelas disini Khir Toyo menipu mengatakan dia dihalau keluar pada waktu malam sedangkan beliau masih berada di rumah rasmi Menteri Besar selama dua hari selepas Pilihan Raya Umum Yang lalu.

Khir juga menipu menyatakan bahawa beliau dibaling dengan botol air mineral semasa memimpin tangan anaknya keluar dari rumah rasmi MB, bukankah rumah rasmi MB tersebut dakawali rapi oleh polis didalam dan di luar pondok polis dikawasan tersebut.

Sememangnya Khir ni putar alam, cerita beliau berjalan kaki keluar dari rumahnya langsung tidak masuk akal, sedangkan beliau boleh boleh manaiki kereta sahaja keluar dari rumah tersebut tanpa diserang oleh mana-mana musuh.

Pemimpin yang mahu memimpin jika mahu menang sekali pun janganlah sampai nak menipu, nanti kalau dah menang Ketua Pemuda kerjanya menipu sahaja.

Fikir-fikirkan lah….

kamal February 27, 2009 at 3:22 PM  

BETUL TU...BAGI PAS SEMUA SAMA .ITU LAH SLOGAN PAS ...PAS UNTUK SEMUA...SEMUA YANG TIADA MORAL,SEMUA YANG DERHAKA,SEMUA YANG MAIN BELAKANG,SEMUA YANG BERBOGEL DAN SEMUA YANG HARAM JADI HALAL ,HALAL JADI HARAM KERANA PAS UNTUK SEMUA.

PEJUANG CYBER February 27, 2009 at 3:25 PM  

Saya tgk Khir banyak kena hentam teruk dalam alam maya ni

Saudara Petir saya ke link yang saya beri ni

http://www.antikhirtoyo.blogspot.com/

Anonymous,  February 27, 2009 at 4:33 PM  

Terima kasih senapang patah

saya nak copy paste kat sini

Surat terbuka kepada Datuk Seri Khir Toyo - Berundur bukan bererti kita lemah.
Kiriman dari ahli UMNO Kuala Langat,

Dengan hati yang luhur dan ikhlas saya berharap Datuk Seri Khir dapat meluangkan masa membaca surat terbuka ini yang saya tujukan khas kepada Datuk Seri atas dasar perubahan yang Datuk Seri laungkan selama ini. Datuk Seri pernah mendesak agar ada perubahan dalam UMNO dan menjadi kumpulan pendesak yang mendesak agar Perdana Menteri berundur demi menyelamatkan UMNO dan Datuk Seri jugalah yang menjadi salah satu suara yang lantang mendesak akan perubahan dalam UMNO.

Hari ini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telahpun melaksanakan proses peralihan dan memberikan laluan kepada Timbalan beliau untuk menang tanpa bertanding dan Insyaallah segalanya akan berjalan dengan lancar menjelang April 2009. Dalam desakan Datuk Seri kepada Presiden parti seolah-olah Datuk Seri langsung tidak merasa bersalah dengan kekalahan besar UMNO di Selangor dan tergadainya maruah UMNO di Selangor.

Datuk Seri seolah-olah meletakan semua tanggungjawab berkenaan kepada Presiden parti dan sebagai ketua sebuah negeri Datuk Seri tidak pernah merasakan bersalah dan jauh sekali mengakui akan banyak kesilapan dan penyalah gunaan kuasa dan rakyat miskin teranianya dan terabai di bawah kepimpinan Datuk Seri. Sebenarnya apa yang berlaku kepada Datuk Seri adalah pintu keluar yang telah ditunjukan oleh rakyat Selangor yang tidak dapat menerima cara kepimpinan Datuk Seri yang angkuh dan langsung tidak mahu mendengar suara rakyat. Memang benar Datuk Seri telah melepaskan jawatan sebagai Ketua Perhubungan UMNO Selangor kepada Tan Seri Mohd Mohamad Taib dan kami hargai apa yang telah Datuk Seri lakukan dan sememangnya wajar tindakan yang telah Datuk Seri lakukan.

Adalah lebih baik jika Datuk Seri memikirkan pula untuk melepaskan “title” Ketua Pembangkang UMNO kerana ianya langsung tidak relevan kepada Datuk Seri kerana rakyat sudah tidak mempercayai apa saja yang keluar dari mulut Datuk Seri. Walaupun perkara yang Datuk Seri nyatakan adalah perkara yang benar tetapi ianya akan menjadi satu back fire kepada UMNO kerana yang bercakap adalah Datuk Seri. Ada yang berkata, mana orang percaya si penyamun yang mendedahkan keburukan penyamun yang lain walaupun ada peribahasa Inggeris yang bermaksud, hanya pencuri saja yang boleh menangkap pencuri.

Contohnya, apabila Datuk Seri mendedahkan kepincangan Menteri Besar Selangor sekarang, beliau akan mendedahkan balik kepincangan Datuk Seri yang lalu. Lagi banyak Datuk Seri dedah lagi banyak beliau akan mendedahkan kembali, ini merugikan UMNO kerana usaha untuk mendedahkan kepincangan Menteri Besar Selangor sekarang boleh kita ibaratkan bagai mencurah air ke daun keladi.

Adalah baik jika kepincangan ini kita serahkan kepada pemimpin lain yang mendedahkan seperti Ketua Pemuda UMNO Shukur dan adalah baik beliau sendiri dilantik untuk menjadi Ketua Pembangkang. Datuk tidak perlu bimbang, jika sekiranya Selangor kembali ke tangan BN. Datuk Seri tidak akan dilantik untuk menjadi Menteri Besar lagi. Adalah baik jika sekiranya Datuk Seri berehat dari politik sepenggal dan memperbaiki akan imej Datuk dan kembali semula dalam politik selepas itu.

Datuk Seri masih muda dan banyak masa lagi. Datuk Isa yang di gantung keahlian beliau, kini kembali untuk bersaing dalam pemilihan ini dan berjaya melepasi kuota Naib Presiden UMNO. Demi UMNO dan bangsa Melayu, adalah lebih baik Datuk Seri lepaskan title Ketua Pembangkang kerana bukan hanya Datuk Seri yang mahu perubahan, ahli UMNO Selangor juga mahukan perubahan di Selangor. Adalah tidak adil Datuk Seri masih tidak berubah setelah tewas sebesarnya di Selangor tetapi Datuk Seri pula yang menjadi pendesak agar Presiden parti berundur. Datuk Seri juga perlu berundur demi parti dan jika sekiranya sayangkan parti dan UMNO.

Mungkin Datuk Seri langsung tidak nampak akan kelemahan Datuk Seri kerana kita tidak akan nampak akan kelemahan kita tetapi rakyat yang menilainya. Buktinya rakyat Selangor telah meterjemahkan maksud yang tersirat, itulah bukti penilain rakyat terhadap Datuk Seri. Masakan kuda yang telah tempang boleh masuk ke gelanggang lagi dan bertarung di medan perang, Datuk Seri ……..

Berehat dan berundur buat seketika adalah penyelesaian yang paling baik dari tewas dalam gelanggang dan hilang kehormatan, berundur bukan bererti kita kalah. Berundur untuk mencari kekuatan dan mahasabah diri untuk mengesan kelemahan dan kembali dengan satu tenaga yang baru. Perbaiki lagi dan kenali team Datuk Seri, adakala pemimpin ini lemah kerana orang-orang disekeliling.
Dengan rela hati mengizinkan surat terbuka ini di edarkan dan di cetak kembali di laman-laman web lain agar ianya akan sampi kepada pembacaan Datuk Seri Khir Toyo.



http://www.antikhirtoyo.blogspot.com

Anonymous,  February 27, 2009 at 6:00 PM  

Karpal singh dah nyanuk agaknya!!! Gobhin kalau nak fight cakap kat mana bila-bila masa pun pemuda berani masauk gelangang!!!

Ghobim dan karpal singh CELAKA!!!

Karpal yang ajar sebut CELAKA!!!

Nik Aziz menghalalkan mencarut, Nik Aziz kata tuhan pun mencarut

GELAKA Kau bengali tak GUNA

Generasi Pejuang Bangsa February 27, 2009 at 11:31 PM  

Hidup KJ ..KJ calon paling layak mengetuai Pemuda !!!

tiada calon lain yang berani buat seperti KJ lakukan . Inilah cara orang cerdik menggunakan otak dengan sifat berani mempertahankan Pemuda .

kita tidak mahu pemimpin yang berani pergi depa rumah karpal seperti perompak buat demo .sepatutnya kita bantah dan marah dengan tertib dalam satu himpunan secara aman .

Hidup KJ !!! isnyallah aku akan turun PWTC bulan depan walaupun bukan sebagai perwakilan tetapi menyokong KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO !!!

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP