Malaysiakini : Semuanya KJ Ker?
Orang Kata: Ohhh itu KJ punya pasai la
Isu: BN tak menang di Permatang Pauh and Kuala Terengganu
Orang Kata: Itu semua sebab KJ
Isu: Sime Darby nak beli IJN dan AirAsia’s Labu
Orang Kata: Mesti KJ ada role punya…
Isu: Jalan kat Taman Maluri Cheras berlubang
Orang Kata: Ini KJ lah yang buat ni, mesti punya
Isu: Jatuh longkang sebab tersepak batu
Orang Kata: Apa ke heiii nye KJ pi letak batu kat tempat aku jalan ni.
Isu: Orang UMNO kena soal siasat oleh Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia
Orang Kata: Ini sure KJ yang repot ni…
Isu: Pokok tumbang di Jalan Selangor, Petaling Jaya
Orang Kata: Apa pasai KJ tak kasi potong itu pokok
Isu: Lambat dapat gaji
Orang Kata: Ni yang aku bengang kat KJ ni
Isu: Jalan sesak nak pergi pejabat
Orang Kata: KJ lah yang tak buat planning betul pasal jalan ni
Isu: Line telephone kena potong
Orang Kata: Ini mesti KJ ada share dalam mobile phone company ni
Isu: Surat khabar habis
Orang Kata: KJ dah beli semua newspaper hari ni…
SEMUANYA KJ KER?
Sumber Hang Tegar
Nota BJ : Terus terang saya katakan UMNO akan rugi sekiranya pemimpin pemuda seperti Khairy Jamaluddin ini tidak diberi tempat oleh ahli-ahli UMNO khususnya dikalangan pemuda-pemuda. Bukanlah niat saya untuk sengaja mengangkat atau memujinya tanpa sebab dan fakta tetapi itulah realitinya. Pemilihan KJ sebagai pemimpin masa depan pilihan saya adalah tepat sekali dan tidak boleh dinafikan lagi.
10 comments:
He..he..he.. macam2 kan.
tp kn pepatah malu ada kate, kalo xda angin, pokok xkn bergoyang, tp kne pastikan pokok tu bergoyang krn angin or krn tupai or haiwan lain :)
Bro ..
I support KJ ..
Tapi tak ada rezeki jadi perwakilan kali ini .. Tak boleh lah nak undi dia ..
Wish him All The Best
Salam Mujahid...
Tertarik juga BJ dengan perpatah tersebut... itulah kalau orang yang mempunyai hasad PHD (perasaan hasad dengki) mereka akan melakukan apa sahaja untuk mencemarkan nama baik dan kredebeliti seseorang itu....
Oleh itu BJ nasihatkan kepada pelayar2 semua adalah lebih baik jika mendengar dari kedua-dua belah pihak dahulu sebelum kita mengiyakan pertuduhan tersebut...
Salam Perjuangan
Salam shamnuar...
Terima kasih diatas sokongan saudara...
Joinlah ProKJ Fan Club di http://chatroll.com/prokj-fan-club
Mari kita pakat-pakat sokong KJ... Politik Malaysia kini dahagakan anak muda yang boleh memimpin negara kita....
Salam Perjuangan
BJ
Salam anon...
Kadang-kadang kita pun berasa simpati kepada Pak Lah. Sejak menjadi Perdana Menteri tidak habis-habis masyarakat bercerita pasal menantu dan anak isterinya, ada saja yang tak kena. Macam-macam versi pemimpin UMNO bercerita pasal KJ. Apakah mereka tahu ‘mind set’ anak-anak elite, VIP?
Tahukah mereka semua anak kaum elite tenggelam di dalam ‘comfort zone’? Pernahkah mereka bergaul dengan golongan elitis? Kebanyakan dari mereka bercita-cita tinggi. Tidak ada orang yang sudah berada di atas mahu ke bawah melainkan mahu mendaki lebih tinggi.
Kebanyakan orang kita tak suka ada Melayu yang lebih dari mereka. Kalau bangsa lain tak apa. Pelik. Kerjanya sakit hati, iri hati melihat kejayaan orang lain, dalam masa yang sama marah bila Melayu mundur.
KJ merupakan tokoh pemimpin pelapis yang bukan sahaja pandai kerana ada kelulusan dari Oxford. Sekadar kelulusan sahaja tak cukup. Tapi dia memang telah mempamerkan ‘karisma’ dan kebijaksanaannya dalam politik dan dunia penulisan, memiliki “political will”. Sejak dia menuntut di London lagi perbahasannya sudah lantang sekali, dia berani berdepan dengan Tun M ketika itu Perdana Menteri.
Fikir2kan Anon....
bro jinggo....
setiap orang ada pandangan masing2...
cuma aku tak setuju KJ penyebab semua masalah...
cuma silap KJ ialah dia sentiasa muncul pada waktu, tempat yang salah dan masuk campur bende salah...
maybe dia boleh baiki lagi....
belajar lah dari Tun MAhathir..
saya tau Pak Lah dengan Tun ada masalah, cuma KJ boleh la berguru atau mendapatkan ilmu sedikit daripaanya..
Jangan la kerana lawan anak Tun untuk Ketua Pemuda dah gaduh semua dan tak mahu bertegur sapa...
Setiap insan pun mahu ada kuasa...
Dah lumrah manusia...
masa depan KJ agak cerah, cuma selepas PakLah turun dia kene berdikari sendiri...
Hidup UMNO!!!!!
BJ,
Insyaallah saya join group ProKJ.
Semasa kita semua sibuk dgn pemilihan di peringkat bahagian tempohari.
Saya adalah salah seorang calon yg bertanding diperingkat Pemuda.
Seperti biasa kita akan berjumpa dgn Calon2 Ketua Pemuda UMNO M'sia.
Saya dengar ketiga-tiga mereka bercakap. Semuanya bagus-bagus belaka. Ada perancangan yang baik utk masa depan Pemuda.
Tetapi dari ketiga-tiga mereka,yang paling tepat untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia ada Saudara KJ.
Cara beliau berckp,auranya dan karisma yang ada pada beliau.
Saya rasa beliau lah yang paling menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Cakap-cakap pasal budak tingkat 4,ECM Libra,punca BN kalah di byk negeri itu semua sahaja nak menjatuhkan nama KJ.
Adakah Selangor kalah disebabkan KJ? Siapa Menteri Besar Selangor ketika itu? Siapa yang meletakan calon2 yang bertanding di Selangor?
KJ ke? Hebat tu orang yg bernama KJ sampaikan calon2 di bukan negeri dia pun boleh dipengaruhinya?
Bagus lah camtu sbb MB boleh dengar cakap KJ.
Fikir-fikirkan lah,dlm UMNO mmg biasa.Nampak jer org tu ada kepandaian baik dicantas awal2.
Yang tinggal dlm UMNO yang tak elok.Jahanam lah camtu UMNO.
salam bj?
org yang ckp mcm tu sebab jeles bah ndak dapat jadi menantu Pak La hehe jadik tak dapat jadi KJ, mawar pun nak letak nama singkatan jadi MB la ok jugak kan. uh uh
Salam MB...
MB Mawar ok juga nama tu... mudah-mudah ada rezeki buleh jadi MB juga...
Betul kata Mawar tu.. mereka tu jeles sikit .... Mereka yang hasad, pendengki dan munafik (hipokrit, berpura-pura dan bermuka-muka) akan diletak oleh Allah di bawah kawah api neraka (the lowest depth of the fire)
Salam Perjuangan
hello..hello..anonymous-saya bukan la nak bertelagah dengan awak..tapi kita harus sedar dimana kita berdiri.dimana bumi dipijak,disitu langit dijunjung..hahaha..terlebih suda..ok maksud saya cam ni..kita ni cuma rakyat yang berada dikejauhan dari pemimpin-pemimpin di atas tu,jadi kita tak boleh sesukahati nak menuduh itu dan ini pada mereka sedangkan kita tak nampak kejahatan yang diperkatakan tentang mereka..tiada bukti tiada saksi,tiada bunyi k!!banyak orang banyak mulutnya..jadi kita tak perlu percaya bulat2 setiap apa yg kita dengar..dalam hadis pernah berkata tentang fitnah..maka fitnah itu wujud dan Allah s.w.t juga menegaskan bahawa"hukum pada fitnah,dosanya sama seperti membunuh kaumnya sendiri"kan tu...awak sedar tak yang dengan fatonah yang awak layangkan mula membunuh kaum awak sendiri..dan lagi awak bukan setakat menabur fitnah,tapi menghebah2kannya sekali..bayangkan lah berapa besar dosa awak kena tanggung.BUKAN DOSA AWAK SORANG JER..TAPI TERMASUK DOSA2 ORG YANG MENDENGAR FITNAH AWAK TU DAN MENGHEBAHKANNYA JUGA.. and awak kena minta maaf pada YB KJ..awak sedar tak tu??bertaubatlah...ya Allah Ya Tuhan Ku.ampunilah hamba-hambamu yang di dalam kesesatan in.amin.
Post a Comment