Pada 26 Januari 2009 yang lalu, Hang Tegar menulis mengenai cerita bahawa Salahuddin Ayub, MP PAS bagi Kubang Kerian dan Ketua Pemuda PAS, bercadang untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda PAS.
Hang Tegar tulis:
"Salahuddin kata, umurnya pun sudah menjangkau lebih 45 tahun dan bagi mereka yang lebih 40 tahun, kepimpinan pemuda bukan lagi buat mereka. Dia kata, pemuda ni lain cara nak pimpin dan mentalitinya... "macam orang yang seusia saya, dah kena slow down sikit. Kalau pemuda tak, kalau apa-apa pun kena buat dulu, kalau salah sikit tak pa - sebab dah memang pemuda... tapi kalau dah masuk 40 lebih, lain sikit lah".
Dan hari ni dalam Mingguan Malaysia, sah - Salahuddin umumkan yang beliau memang sungguh tak akan mempertahan dan bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda PAS, sejajar dengan proses peremajaan Pemuda PAS.
Maka, sekali lagi Hang Tegar nak tulis:
"So, kepada rakan-rakan dalam Pemuda UMNO, tak kan lah PAS lebih sophisticated dan lebih celik mata tentang selera serta tuntutan kepimpinan Pemuda...? Tak kan kita terlepas pandang calon Pemuda yang terbaik untuk kita semua?"
Salahuddin lepas jawatan
ALOR SETAR 14 Feb. - Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan dewan tersebut Jun ini.
Salahuddin berkata, keputusan tersebut diambil berdasarkan kepada beberapa faktor, antaranya kesukaran menyandang jawatan itu dalam usia yang meningkat dan proses meremajakan Dewan Pemuda Pas Pusat.
''Sudah sampai masanya saya tinggalkan jawatan, usia pun dah 47 tahun, kalau dilihat parti lain pun, jawatan Ketua Pemuda dipegang oleh calon-calon berusia dalam lingkungan 30-an," kata beliau.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Dewan Pemuda Pas Pusat di Kediaman Menteri Besar, Sri Mentaloon di sini hari ini.
Menurut beliau, keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat berkenaan yang bersidang selama dua jam.
0 comments:
Post a Comment