MALAYSIAKINI : MEMBANTAH PENDERHAKA RAJA DAN MENYOKONG RAJA-RAJA MELAYU- KJ
By : Bro Jinggo
Pemuda Barisan Nasional (BN) dan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam, menganjurkan satu perhimpunan raksasa bagi menyatakan sokongan kepada Sultan Perak Shah atas pelantikan Menteri Besar Perak yang baru, perhimpunan raksasa tersebut diadakan di Padang Majlis Bandaran Ipoh di Jalan Sultan Abdul Jalil,
Hampir 5,000 rakyat pelbagai kaum turut menyertai perhimpunan raksasa tersebut, turut dihadiri oleh beberapa pemimpin Umno termasuk Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno Perak Zainol Padzi Paharuddin dan Ketua Pemuda MIC G. Shamugavelu.
Selain ucapan daripada wakil parti komponen BN dan NGO, para hadirin turut melaungkan 'Daulat Tuanku'.
Mereka juga melaungkan desakan supaya tindakan sewajarnya diambil terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh yang dilaporkan menyatakan hasratnya menyaman Sultan Azlan Shah.
Mereka turut mendesak bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya menghentikan segala tindak-tanduk menderhaka titah Sultan Perak.
Menurut Naib ketua Pemuda Malaysia, YB Khairy Jamaluddin berkata, mereka yang hadir berkumpul di perhimpunan ini bukanlah dari satu bangsa atau satu kaum, tetapi ini ialah suara hati generasi muda yang diwakili oleh semua bangsa Melayu, Cina dan India bersama berhimpun menunjukan suara rakyat yang menjunjung kasih kepada DYMM Tuanku yang mahu supaya sistem raja berpelembagaan terpelihara di Malaysia.
Beliau juga menegaskan bahawa rakyat Malaysia sememangnya merasa kecewa dengan tindakan beberapa pihak yang menderhaka terhadap titah sultan dan juga arahan Sultan Perak dan dimana negara kita ialah negara yang berpelembagaan mempunyai kedaulatan undang-undang.
Khairy juga memohon menarik balik semua gelaran yang diberikan kepada penderhaka-penderhaka serta mengambil tindakan kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang menghasut dan menghina institusi diRaja.
Katanya lagi, kita memohon dari Sultan Perak agar mereka yang derhaka, (mengaku derhaka) ini dibuang dari Negeri Perak dan jangan berpijak lagi di bumi yang bertuah ini.
17 comments:
bagus lah YB Khairy! Saya sokong!
Cuma,saya harap..SEMUA PENDERHAKA SEMASA KEJADIAN PERLANTIKAN MENTERIBESAR TERENGGANU MAC or APRIL 2008 lepas, dihukum SULA DAHULU! And, sepatutnya, semua penderhaka yg beria2 menafikan hak YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA, DIBUANG NEGARA!
salam, dari Oxford
These kind of Malays are so brainwashed! Don't they remember how cruel the Malay Kings were, and they were the one who first sold the country to the British! So wise up and get historical facts rights! REAL EDUCATED Malays are no more cows, to be pulled by the ring-in-the nose by these primtive and medieval Malay Sultans! DOWN WITH MONARCHY; AND LONG LIVE CONSTITUTIONAL SECULAR DEMOCRACY AND UNIVERSAL HUMAN RIGHTSIN MALAYSIA!
Katharina Sri (former: Noor Aza Othman)
Germany
Engkorang nama je Melayu tapi punyalah bangang sampaikan tak tahu bahasa istana yang digunakan Nizar. Udah le tu bebudak wei. Jangan kome jadi bebudak bodoh tak berakal. bangang!.
Bro, kalau zaman kesultanan dulu hukuman kepada penderhaka ialah bunuh!!!
Oleh kerana zaman sudah berubah, memeang wajar penderhaka dibuang negeri...
Saya setuju dengan pendapat YB KJ...
Pertahankan kesultanan Melayu di Malaysia.. kerana pada mereka lah last resort untuk orang Melayu..
Wahai anak-anak Melayu, bangunlah kita tentang habis-habisan kepada orang yang cuba menghura-harakan institusi Raja di negeri Perak.
Harus ingat inilah permainan 3 orang pengkhianat 1. Anwar 2. Karpal 3. Kit Siang.
Bangsa Cina dan India ingin melihat Melayu bergaduh sesama-sendiri kerana yang untung mereka nanti.
Lihat apa yang terjadi di Perkarangan Istana tempoh hari mana orang Cina mana orang India.Yang kelihatan orang2 Parti PAS.Nampak memalukan sahaja...Siapa gelak kita sekarang....
Daulat Tuanku!!!
Daulat Tuanku!!!
Daulat Tuanku!!!
zaid hamidi adalah ketua segala perpecahan bangsa Melayu. dulu dia komplot dengan anwar dan lagakan anwar-mahathir. sekarang dia lah punca pak Lah undur awal bila dia calonkan dirinya utk timb presiden lepas itu tarik balik... maka pecahlah umno - taktik sama di guna adun bota semasa insiden lompat parti baru2 ini ...mungkin idea orang yang sama
ini yang aku tunggu YB KJ turun padang menentang penderhaka SUltan Perak .. kalau ada video ke lagi canti boleh dengar ucapan ,br semangat sikit ..dalam you tube tak ada ke ??
bahasa istana yang digunakan Nizar mmg biadab dan kurang ajar ..kalau zaman dulu la hukuman bunuh la . Mana Raja pun tidak boleh terima sembah derhaka oleh rakyat nya ibarat seperti mahu tunjuk keris di depannya. Nizar tu perbodohkan orang seperti hang ..percaya bulat2
Saya sokong benar tindakan YB Khairy memperjuangkan institusi raja-raja Melayu. Hak raja-raja melayu wajar diperjuangkan. Tetapi mengapa sekarang baru bertindak?
Mengapa tiada tindakan diambil semasa UMNO negeri Terengganu membuat demonstrasi jalanan di hadapan istana Sultan Terengganu membantah calon Menteri Besar yang dikemukakan Sultan Terengganu. Tambahan lagi terang-terang di hadapan mata saya ketika itu sepanduk yang menyamakan baginda Sultan Terengganu dengan haiwan dikibarkan tanpa rasa malu dan takut. Bagi saya, saya sangat malu dan risau ketika itu.
Senario yang sama berlaku di Perlis, semasa perlantikan Menteri Besar negeri tersebut. Secara terus terang mereka demonstrasi di hadapan istana raja Perlis, hanya kerana tidak bersetuju dengan calon pilihan raja Perlis. Bukankah ini tindakan menderhaka?
Mengapa kedua-dua demonstratasi ini tidak dihebahkan di berita, dan penderhaka tersebut tidak dikecam seperti yang berlaku kepada Nizar dan Karpal?
Terus terang saya mengaku saya bangga apabila YB Khairy berkumpul di Ipoh melaungkan Daulat Tuanku, tetapi saya fikirkan elok kita bersikap telus dalam isu ini.
Jangan kita hanya lantang melaung Daulat Tuanku hanya ketika pihak pembangkang yang menderhaka. Kita sepatutnya melaung Daulat Tuanku jika sesiapapun yang menderhaka, termasuklah jika pendehaka itu adalah rakan seperjuangan parti kita sendiri.
Zulfadil
Shah Alam
Posted: 09 Feb 2009 09:22 PM CST
NIZAR BACA TALKIN.SIAP GUNA PEMBESAR SUARA LAGI.NAK MENUNJUK LAH TU BAHAWA DIA BEKAS MB YANG BOLEH BACA TALKIN.SEKARANG NI NIZAR NAMRUD DOK KEMARUK NAK JAWATAN MP BUKIT GANTANG.GILA KUASA MACAM NAMRUD .NAMRUD TAK MAU KELUAR ISTANA DAN NAK LAWAN KUASA ALLAH.
PAS KATA MUFTI PERAK DATO' HARUSSANI GAGAL TEGUR TUANKU PERMAISURI PERAK KERANA TAK PAKAI TUDUNG.TOK GURU HANGPA NIK AZIZ TU HEBAT SANGATKAH ?NIK AZIZ BERANI KE TEGUR TUANKU PERMAISURI KELANTAN?PAKAI TUDUNGKAH DIA?MENGAPAKAH PAS MENGAITKAN ISTANA DALAM PERCATURAN POLITIK PERAK? NIK AZIZ TU YANG GAGAL.NIK AZIZ HANYA BERJAYA JUAL SURAT SYURGA JER PADA RAKYAT MALAYSIA.NIK AZIZ KENA DIDIK PENGIKUT DAN AHLI PAS SUPAYA TAK KURAN AJAR.KALU RASA BAIK SANGAT, BELILAH SYURGA UNTUK AHLI PAS.NIK AZIZ PERLU BERTAUBAT DAN MENANGIS SUPAYA AHLI PAS TAK BERLAGAK SOMBONG.
BPN
Nabi menyuruh kita berjihad mempertahankan hak kita...Jd jika hak kita dinafikan,wajib kita menentangnya...telah termaktub dlm undang2 negeri Perak tentang perlantikan MB, namun ianya tidak diikuti dan dihormati sepenuhnya...semua org di dunia ini memang tidak boleh lari dari peraturan...namun jika pemerintah negeri itu sendiripun tidak mengikut apa yg telah termaktub dlm undang2 tersebut, maka ini bukanlah satu contoh yg baik bagi seorg pemimpin kpd rakyatnya...selagi perlantikan MB Perak tidak mengikut peraturan, selagi itulah YB Nizar adalah MB Perak yg sah...Itu adalah hak beliau dan tk siapa yg bole nafikan perkara ini walaupun org itu adalah sultan...perkara ini adalah jelas...kpd YB Khairy, aku rasa kelakar pulak bile ko dan konco2 ko beria2 benar kononnya nk mempertahankan kedaulatan Sultan Perak...Pade hal konco2 ko jgk la yg menggelar Agong kita yg sekarang ini BINATANG...konco2 ko jgkla yg buat protes dkt Perlis dan Terengganu mengenai perlantikan MB...ko ni KJ memang POYO je lebih...ko tgk dulu org2 ko baru bole nk buat kecoh...
Umno Nak Jadi Hero Apa?-malaysiakini
Jangan jadi Jebat, jangan jadi penderhaka, Nizar penderhaka, Malaysia Tanah Melayu…Ini sebahagian kata-kata yang terpampang dalam demontrasi anjuran Umno. Nampaknya Umno nak jadi hero, tapi dia nak jadi hero apa?
Umno nak jadi hero Melayu, bolehkah?
Di Johor, bukankah ada tanah di negeri itu yang digadaikan kepada warga negara Singapura dan Hong Kong? Orang Umno Johor lebih tahu mengenai keadaan bumi Johor yang tergadai. Adakah Umno lupa bahawa 139,409 hektar Tanah Rezab Melayu telah dibatalkan oleh kerajaan BN dan hanya 77,208 hektar sahaja yang diganti semula.
Kalau anda memandu di lebuhraya, anda pandang bukit-bukau di kiri kanan semasa di negeri Perak. Cuba anda Tanya orang Perak, siapa punya bukit-bukau itu semua. Melayu punya? Nizar bagi?
Bahasa Melayu bagaimana pula? Cendekiawan Melayu dan pencinta bahasa membantah PPSMI. Pedulikah Umno kepada persoalan ini?
Umno nak jadi hero Islam pula, bolehkah?
Lupakah kita kepada usaha Umno untuk menggugurkan perkataan Islam daripada Pas dan pertubuhan lain? Apa reaksi Umno bila Kelantan ingin melaksanakan hudud? Banyak lagilah…
Sekarang, Umno nak jadi hero raja pula, bolehkah?
Siapa tabal raja di bawah pokok kelapa di Kelantan kalau bukan Anuar Musa. Dia orang Pas? Siapa yang hentam Sultan Kelantan dalam isu Lamborghini? Shahidan, Mohd Mat Taib dan Idris Jusoh tentu tahu.
Tapi jangan bimbang wahai Umno, anda boleh jadi hero. Pemimpin anda juga memang hero. Hero apa? Anda tanyalah kepada Tengku Ahmad Rithauddeen. Dia ada jawapannya.
Sekong YB KJ,
PENDERHAKA SEHARUSNYA DIHUKUM!!!!!
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
PATIK SANGGUP BERMATI DARAH UNTUK TUANKU
KARPAL JGNLAH KAMU SESEKALI MENCABAR ATAU MENGHINA SULTAN KAMI!!! INI BUMI BERDAULAT!!!!! BUMI MELAYU YANG BERDAULAT!!!
*insan kerdil*
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Kenapa Nuar lompat lambat,
Senjata dah makan diri
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Bila tewas bisng kiamat
Lupa dia yang memulai
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Nak jadi parti dihormat,
Tadbir tiada otak, tembak kaki
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
999 tanah lama sangat
Macam hidung ditarik babi
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Poket Nger dan Nga sendat,
Nizar boneka nangis sendiri.
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Bila ditegur angkuh sangat
Nizar tak ambik peduli
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Nizar kena terima hakikat,
Bila tak ada majoriti
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Apalah PAS bising sangat
Di Perak cuma 7 kerusi
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
ADUN memang pilihan rakyat
Jawatan MB Sultan beri
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Sultan Azlan amat cekap
Helah Nizar tak sidang lagi
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Kenan Sultan tak dapat,
Lupa kata serah pada duli
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Jangan derhaka tak bertempat
Akhirnya akan makan diri
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Jangan mintak Pilihanraya Cepat,
PR derhaka, rakyat tak bagi
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Parti Islam jangan sesat
Tak baik fitnah, benci, maki
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Sabar dan ajak taubat
Kalau bijak, berpeluang lagi
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Kalau nak kuasa sangat ,
Islam Melayu jangan diketepi
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Kalau nak selamat,
Jangan dibohong Anwar lagi
Sedih melihat Nizar telah dipergunakan oleh Anwar dan DAP,
Harap Nizar dapat mengawal emosi dan bertindak bijak mengikut lunas undang2 negara. Jangan terpedaya buat kali kedua oleh DAP dan PKR
Saya berani menyatakan bahawa penyokong parti tersebut bodoh sombong kerana mereka tidak arif dan tidak memahami hukum dan undang-undang. Atau sengaja mereka buat-buat bodoh.
Sultan Perak bukan calang-calang Sultan. Bagainda adalah bekas Ketua Hakim Negara. Sebut apa saja tentang undang-undang baginda boleh menghuraikan satu persatu mengenai segala bab perundangan tanpa membuka buku-buku rujukan. Segala sumber sudah tersedia ada dalam minda Baginda Sultan.
Pas yang sebaliknya membodohkan diri kerana mempertahankan kedudukan Nizar, sedangkan orang cina, india, punjabi yang rata-rata dari parti terbesar Pakatan Rakyat (DAP) tidak langsung berusaha untuk mempertahan Nizar. Mereka walaupun mempunyai 18 kerusi tetapi mereka bijak melaga-lagakan Pas untuk terus berjuang dan mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Mereka tidur lena di rumah masing-masing dan melayu Pas yang bodoh dan tongong sahaja yang bertegang urat dan kederat mempertahan Nizar dan Pas yang hanya mempunyai 6 kerusi.
Jelas dan nyata Pas bodoh dan kemaruk kuasa, Nizar tidak mempunyai apa-apa erti dalam Dap, hanya kuda ronggeng yang mengjadi patung boneka Dap sahaja.
Wahai melayu penyokong Pas dan Nizar, hentikan kerja bodoh kamu, baliklah ke rumah kamu dan bangunkan ekonomi keluarga kamu. Dap tidak akan memberi kamu wang dan beras untuk anak-anak kamu makan. Ngeh dan Nga akan berangkat naik kapalterbang pergi menyelamatkan diri andainya negeri ini diserang oleh musuh.
Penyokong Pas mempunyai jati diri yang kuat tetapi sayangnya salah tempat. membela Ngeh dan Nga tanpa berfikir panjang.
Mamak kenapa tak buka kes tanah 999 tahun?
Nizar memberikan tempoh pajakan selama 999 tahun kepada penduduk kampung baru kerana berpendapat langkah itu sebagai tidak adil kepada penduduk lain di negeri ini.
Sewajarnya turut mengambil kira penduduk di kawasan penempatan lain seperti bekas tentera dan Polis Khas (SC) yang juga tidak mempunyai geran tanah milik kekal.
Nizar juga tidak adil kepada penduduk seperti bekas tentera yang banyak berjasa kepada negara sewaktu menentang komunis dan darurat dan mereka patut menerima anugerah yang sama dan bukan penduduk kampung baru saja.
Kita melihat penganugerahan itu tidak adil dan ada muslihat politik kerana ia memberi tempoh pajakan begitu lama dan tidak menyeluruh kepada penduduk lain di negeri ini.
lawak la dulu kecik2 daulat tuanku kami sebut ada ulat tuanku. tuanku 2 sapa? sesuka hati ja nak org hormat dia dia x hormat org pun mana adil
Post a Comment