Malaysiakini : Mukhriz hilang keyakinan...
Hanya sebulan lagi akan berlangsungnya pemilihan UMNO dan jangka waktu mereka yang bertanding kini hanya tinggal sebulan dan mereka perlu menafaatkan masa ini sebaik-baiknya untuk memastikan mereka meraih cukup undian pada tarikh keramat berkenaan.
Seperti yang dijangkakan ketika ini ramailah calon-calon yang cuba menonjolkan diri dan ramai pula yang akan mencari jalan dengan kepakaran mereka untuk menjatuhkan kredibiliti calon yang akan bersaing menetang mereka pada pemilihan ini.
Apa juga kemungkinan, calon-calon bukan saja perlu membuktikan akan kewibawaan mereka tetapi perlu bersedia mentaliti untuk menghadapi serangan-serangan secara peribadi dan juga serangan-serangan yang tidak bermoral dari orang-orang yang tertentu yang mahu melihat calon-calon yang tidak menjadi favourate mereka kecundang dalam pemlihan ini.
Heboh diperkatakan baru-baru ini bahawa ada surat layang yang telah dihantar memburukkan seorang calon MT yang merupakan seorang menteri wanita kepada semua pejabat-pejabat media dengan jahat untuk memastikan calon ini kecunndang dalam pemilihan ini. Inilah gejala yang buruk telah bermula seawal calon-calon yang mahu bertanding menandatangani surat persetujuan untuk bertanding.
Gejala ini sememangnya tidak dapat di elakkan oleh calon-calon yang agak favourate yang mungkin dirasakan boleh menang dalam jawatan yang dipertandingkan. Sukar juga untuk mengesan atau kurang bijak untuk melayan isu-isu sebegini dan sebaiknya, biarkanlah si luncai terjun dengan labu-labunya.
Lagi dilayan lagi menjadi. Berbagai taktik memburukan juga dilakukan dan ada yang cuba melakukan dengan cara reverse saikologi dengan cuba menunjukan baik dan berbudi bahasa kepada pemimpin, sedangkan hakikatnya yang menyeru inilah yang biadab kepada pemimpin yang lebih tua.
Saya tertarik untuk berkongsi dengan pembaca :
1 ) Bagaimana Mukhriz bernain reverse saikologi yang mungkin perancangan ayahnya untuk menghentam KJ secara halus. Sila baca dan fikirkan …. saya juga akan mengulas satu lagi keyataan Mukhriz dalam tulisan saya yang lain apabila dia terus menyerang budak tingkat 4.
Jangan lagi perlakukan Pak Lah seperti mana yang berlaku terhadap Tun Dr Mahathir - Mukhriz
Mukhriz hari ni menyeru anggota UMNO supaya kembali kepada adat Melayu yang menghormati orang tua dan mengenang budi bekas pemimpin mereka. Dalam satu Majlis Mengenal Calon Ketua Pemuda di Kota Baru, beliau meminta diletakkan Pak Lah di tempat yang tertentu sebagai bekas pemimpin. Sebagai bekas pemimpin, beliau harus dibenarkan memberi pendapat, disamping itu, beliau turut menggesa jangan diperlakukan kepada Pak Lah sebagaimana yang berlaku kepada ayahandanya. Secara kebetulan, Dr Mahathir telah disembur dengan ubat pemedih mata di Lapangan Terbang Kota Baru pada tahun 2006 untuk menyampaikan syarahan anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan.Semasa musim pemilihan 2007, satu usaha besar-besaran yang dirancang oleh ahli Majlis Tertinggi telah dilakukan untuk menahan beliau dari menghadiri Persidangan Agung Tahunan UMNO pada akhir tahun 2006.
Sepanjang tahun-tahun 2006 hingga 2008, jemputan kepada Dr Mahathir untuk menyampaikan syarahan kepada ahli-ahli UMNO telah disekat oleh pelbagai pihak dalam UMNO atas arahan oral dari Ibu Pejabat. Sebarang Majlis melibatkannya oleh mana-mana Pertubuhan akan cuba disekat dan dikenakan tekanan untuk membatalkan.
Akhbar-akhbar diarah oleh Dato Kamal Khalid, Ketua Komunikasi di Tingkat 4, Jabatan Perdana Menteri supaya tidak melaporakan sebarang berita melibatkan Dr Mahathir. Editor media perdana akan memutarbelit dan memesongkan berita dan kenyataannya. Namun begitu, pemikiran dan pandangan Dr Mahathir memang dikenyataan dan syarahan beliau diberi liputan meluas oleh laman portal alternatif, laman berita Internet, blog-blog, dan media-media asing.
Ini akhirnya menyebabkan ledakan media alternatif di Internet dan menjadi salah satu penyebab kejatuhan pengedaran dan reputasi media perdana hingga akhirnya penerangan pihak kerajaan tidak dipercayai langsung.
a) Apakah Pak Lah yg menyembur muka Tun?
b) Siapa yang halang Tun hadir perhimpunan UMNO ? Telah siap kerusi khas untuk beliau tapi beliau mahu bertanding G7, mahu duduk dengan perwakilan dan kemudian mempariakan diri sendiri.
3) Jelas dan nyata saya merasakan beliau juga cuba membangkitkan isu yang telah terjawab dalam blog pilihan beliau apabila menuduh Khiary Jamaluddin terlibat dalam projek Lapangan Terbang Tambang Murah Labu yang sebenarnya telah diputuskan oleh Timbalan Perdana Menteri bahawa lapangan terbang itu tidak akan dilaksanakan. baca ini .Oleh kerana tidak ada isu yang boleh dikaitkan dengan Khairy, mereka menimbulkan isu ini untuk terus menghasut para perwakilan membenci Khairy Jamaluddin. Jelas apa yang dapat kita lihat sekarang cara serangan Mukhriz terhadap KJ adalah cara yang terlalu desprate dan beliau telah merasakan bahawa kedudukan beliau sebenrnya telah tengelam dan tergugat. Mukhriz tidak lagi popular kerana dalam jangka waktu masa selepas pancalonan, beliau langsung tidak menonjol dan jelas kelihatan segala kelemahan beliau dalam apa juga gerak yang dilakukan beliau, jika kita bandingkan anatar Mukhriz dan Khir Toyo, nampaknya Khir Toyo lebih menonjol dari Mukhriz dan pertandingan ini telah membuat Mukhriz awal-awal lagi terkeluar. Tony Farnedez juga dalam keyataan beliau dalam Malaysiakini menafikan bahawa KJ adalah salah seorang rakan kongsi dalam Air Asia. Isu ini sebenarnya sudah tertutup rapat untuk dipermainakn atau diperbincangkan.
Mukhriz sebenarnya lemas dalam bayangan ayahnya dan sukar untuk belia keluar dari bayangan ayahnya dan di mulutnya sentiasa menggunakan Ayahnya sebagai senjata mencari simpati, Mungkin sudah menjadi lumrah keluarga Mukhriz suka menyerang dan mengaibkan dan memburukkan orang lain untuk meniti jalan naik.Sebuah blog anotherbrickinwall.blogspot.com yang menjadi balaci kepada Mukhriz telah cuba menjatuhkan imej Naib Ketua Pemuda ini dengan cuba memfitnah pembaca dan perwakilan dengan niat jahat untuk menjatuhkan kredibiliti KJ.
Bukan Mukhriz sahaja Tun juga dapat merasakannya. Nampaknya Mukhriz banyak mengenakam kembali sejarah kepopulariti ayahnya dan juga cuba membakar hati perwakilan dengan cerita-cerita sedih Tun yang kononnya di pariakan, pinjam cakap Tun sendiri yang mahu ahli UMNO panggil dia paria ketika bertanding G7. Tapi ini tak berlaku kerana perkataan itu tidak diguna pakai oleh ahli UMNO yang matang yang mana ianya lenyap ditelan oleh tuan sendiri.
Kami akan terus mengulas, teruskan dan terima kasih kerana melayari laman kami yang kini mencecah ke 160 ribu hits sehari.
Oleh Jack KPMU
Orang Melayu ini perangai suka pada gosip. Mereka mudah percaya dan terpengaruh dengan tukang umpat dan pemfitnah. Kalau tak betul mereka dapat dosa, KJ dapat pahala. Kalau macam ini punya hentam, jangan kata manusia, ‘transformer’ pun boleh berkecai.
Tapi Khairy nampaknya terus steady.
Malah Khairy terus kukuh walaupun sudah empat tahun dihentam oleh berpuluh-puluh bloggers akhbar tabloid dan buku penulis politik secara berterusan. Kalau kita boleh ibaratkan dia sebagai satu transformer, satu skru pun tak tercabut dan satu wayar pun tak putus. Mesti ada sebab kenapa Tuhan lahirkan pemimpin muda yang sekuat ini dalam politik Malaysia.
6 comments:
Khairy Jamaluddin telah melaksanakan tugas beliau sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO dengan baik dan telah menjalinkan hubungan yang rapat dengan ahli-ahli Pemuda UMNO Malaysia .
Tidak ada sebab beliau yang berjaya melaksanakan tanggungjawab walaupun terpaksa menempuh berbagai dugaan dalam kerjaya piolitik beliau tidak mampu untuk memenangi kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Kepada semua calon-calon perwakilan pemuda buat lah pilihan yang bijak dalam menentukan siapakah bakal ketua anda… jangan nilaikan anak siapa.. menantu siapa… anda sendiri menilaikan pucuk kepimpinan… dan saya yakin lagi cukup percaya.. pewakilan adalah daripada golongan yang cerdik pandai dalam menilai siapakah yang bakal akan menjadi ketua mereka.. ketepikan lah buat sementara budaya bodek membodek dalam memilih siapakah yang bakal menerajui pemuda UMNO Malaysia…
1. Suruh TV9 buat Rancangan Hujah sekali lagi dan jemput 3 calon Ketua Pemuda UMNO.
2. Kompom Mukhriz hancur dan terus gagap.
3. Kita nak pilih Ketua Pemuda UMNO dan bukan nak pilih Pengerusi Persatuan orang gagap?
Mukhriz pernah di anggap sebagai biadab dan apabila Pak Lah telah membuat keputusan untuk mengundurkan diri , rakyat mula terasa, merasai , mula membuka mata dan nampak kebaiadaban anak kepada Tun Mahathir ini kepada pemimpin tertinggi UMNO ini.
Kita juga dapat melihat bagaimana , di akhir-akhir pencalonan , Mukhriz agak megah dan ke populariti beliau agak menurun dan kemungkinan Mukhriz tidak akan dapat mempertahankan ke populariti beliau untuk sampai ke garisan penamat.
Jika dikira dengan pencalonan yang beliau dapat , Mukhriz bukan lah calon yang popular sangat kerana lebih dari setengah bahagian tidak mencalonkan beliau.
Kita masih punya masa untuk memilih pemimpin yang terbaik, jangan sampai satu ketika nanti Tun sendiri akan mengumumkan sekali lagi bahawa anaknya bukanlah pilihan yang terbaik dan beliau sekali lagi telah melakukan kesilapan yang besar.
Pemilihan Ketua Pemuda UMNO perlu dinilaikan dengan pemikiran yang terbuka dan perlu dilihat akan kemampuan calon yang bertanding. Ketepikan semua unsur-unsur yang tidak menguntungkan pemuda.
Jika pemuda mahukan satu perubahan dan memantapkan lagi sayap pemuda UMNO. Jika memilih Mukhriz hanya kerana berlandaskan rasa segan kepada Tun dan memilih Mukhriz kerana mahu menyebelahi kekalutan dan krisis antara kedua keluarga ini bererti kita mengadai dan menyambung kemelut pergeseran ini agar berterusan.
Pemuda perlu melihat Khairy dan Mukhriz dari keberkesanan memimpin Pemuda UMNO dan bukan dari isu krisis kedua orang tua mereka.
Mukhriz yang berpayung dan bergantung kepada pengaruh ayahnya tidak mungkin dapat memimpin pemuda secara relevan kerana pengaruh Tun yang terlalu banyak mencampuri urusan kepimpinan UMNO tidak mungkin akan memberikan satu kepimpinan yang positif dan bebas kepada pemuda.
Jelas pencalonan yang di berikan kepada Khairy membuktikan Khairy adalah pemimpin yang sebenarnya tidak bergantung kepada pengaruh bapa mertuanya, apa yang diperolehi adalah hasil terjemahan pemuda UMNO yang telah menilai kebolehan beliau selaku naib ketua pemuda UMNO.
Khairy yang tidak lagi dibayangi dan dilindungi payung bapa mertuanya kini bertanding secara “gentelman” dengan menghidangkan daya dan kebolehan beliau memimpin pemuda UMNO melalui jawatan beliau sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Yang perlu dipilih sekarang adalah Ketua Pemuda UMNO dan bukan anak atau menantu sesiapa.
Pemuda perlu bijak untuk mengasingkan dua keadaan yang berbeza ini dan pemuda perlu memikirkan kepimpinan yang bagaimana yang di perlukan bagi menjadi pemuda sebagai satu sayap yang agresif dan di segani oleh parti lawan.
Ketua Pemuda PAS baru hari ini hantar surat utk berdebat dgn Ketua Pemuda Dato Hisyamuddin ..tetapi oleh kerana Hisyam tiada di Parlimen ,maka KJ dengan berani menerima surat pelawaan itu dari Pemuda PAS .
Muhkriz cakap dalam Hujah sokong PPSMI bg orang melayu lebih berdaya saing tapi aku cadangkan lah Muhkriz ni p berdebat dgn Salahuddin ..pakai bungkuih la ,sudah la cakap pun lambat ..buat malu la inikah bakal ketua pemuda umno ..hehe
Nampak macam kita semua dah hampir nak sesat dan bergaduh sesama sendiri tak tentu hala.
Kalau rasa diri sendiri tak betul maka betulkanlah kalau rasa kita ada buat salah bertaubatlah.
Jawatan adalah tanggungjawab yang perlu dipikul dengan ikhlas dan jujur. Mengapa kita berebut-rebut nakkan jawatan?
Adakah nak membela Agama, Bangsa dan Negara? Jika ya perlukah kita bergaduh sana sini? Yang perlu hanyalah bersatu, bukan bergaduh dan berebut. Kalau kita bagus dengan sendirinya akan terpilih tak perlu nak burukkan orang tu orang ini. Kalau kita jenis yang ingin menarik sokongan baik lupakan, pemimpin yang bagus adalah mereka yang ditolak keatas bukan yang menarik sokongan orang lain dan pijak orang lain untuk tolak dia keatas.
Ingat Tuhan sama, Tuhan itu Maha adil. "What you give you get back", kalau tak didunia diakhirat.
Kita bergaduh sama sendiri tapi orang lain dok gelak kat kita.
Insaflah.....
Sekian
Post a Comment