Wednesday, February 11, 2009

Malaysiakini : Nyah Nizar dari Perak - Kami sokong KJ


Kalau ikut kemarahan bangsa Melayu kepada sesiapa saja yang menderhaka kepada Raja Melayu dan jika negara kita ini tidak mempunyai undang-undang seperti di zaman dahulu, mungkin telah lama mereka yang menderhaka kepada Raja telah kita kirimkan ke suatu tempat untuk mereka berehat dalam keamanan.

Namun kita masih mempunyai undang-undang. Saranan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin agar Nizar di buang negeri adalah wajar. Tidaklah perlu dipertikaikan siapa KJ untuk menyaran perkara berkenaan, kerana beliau adalah anak melayu yang hidup berbudaya beraja, beliau juga mempertahankan hak budaya Melayu yang turun temurun hidup berbudayakan beraja.

Saranan beliau perlu di pertimbangkan. Jika Nizar menderhaka kepada Sultan Perak, beliau perlu dibuang negeri dan beliau tidak layak tinggal di Perak kerana Perak adalah negeri yang beraja. Mungkin beliau boleh ke negeri-negeri yang mana Raja Negeri berkenaan mahu menerima beliau atau ke negeri yang tidak mempunyai raja seperti Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Melaka.

Kita patut bangga kerana anak Melayu yang berani bangkit mempertahankan Raja-Raja Melayu. Kalau kita terus hipokrates takut akan populariti dalam politik menjadi luntur kerana bercakap yang benar dan memperjuangakan yang benar adalah lebih baik kita jangan berbicara mengenai masalah Melayu dan bangsa Melayu. Kita seharusnya memberikan sokongan padu kepada KJ dan kita seharusnya jangan pertikaikan hak beliau untuk menyarankan agar Nizar di nyahkan dari negeri Perak.

Kita juga harus dapat membezakan antara hasutan dan juga dengan saranan, kita juga harus dapat membezakan ini adalah satu saranan yang serious yang diluahkan dengan niat, ini bukan perkara yang boleh kita permain-mainkan. Ibarat tercemarnya nama kepala Agama Islam di Negeri Perak, Ibarat tercemarnya nama baik pemimpin pertama di negeri Perak. Yang paling menyedihkan lagi, sikap kurang ajar penyokong Nizar yang sanggup menghalang kereta rasmi Sultan, ini adalah sikap yang paling biadab dan seharusnya Nizar bertanggungjawab ke atas perbuatan penyokong beliau. Apa hebat sangat ke Nizar ini, kebal sangat ke Nizar ini. Di sini kami menyokong penuh saranan KJ agar Nizar di buang negeri.

Kalau tidak boleh hormat dengan Raja Melayu, nyah kamu dari negeri Perak Darul Ridzuan. Bukan Perak Darul Karpal Singh atau Perak Darul Lim Kit Siang. Jika dahulu sebelum kepala mereka ini di saiko oleh Anwar Ibrahim, pantang mereka jika Raja Melayu di permainkan, sekarang mereka dah sama dengan Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Mereka penyokong PR dah sekapal dengan Karpal Singh.

Oleh: KPMU

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP