Friday, January 9, 2009

Malaysiakini - Lawatan KJ di Kuala Terengganu 08/01/09

"Kemunculan Khairy telah membawa satu kejutan kepada guru, ibu bapa dan murid yang menghadiri Majlis Menjana Modal Insan Terbilang di Sekolah Kebangsaan Gong Kapas". Kata pengerusi PIBG sekolah tersebut.








Pemuda Umno desak Israel dikenakan sekatan ekonomi

KUALA TERENGGANU: Pergerakan Pemuda Umno mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan ekonomi dengan segera terhadap Israel kerana menceroboh bumi Palestin yang sehingga kini mengorbankan ratusan nyawa.

Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin, berkata pergerakan itu menyokong kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang mahukan PBB mengadakan sidang tergempar, sekali gus membentang satu resolusi untuk masyarakat dunia mendesak sekatan ekonomi terhadap Israel.

"Saya rasa bahawa masa untuk mengutuk sudah terlambat...ratusan rakyat Palestin sudah terkorban nyawa mereka.


"Kalau kita hanya nak minta kutuk serangan itu, ia tidak mencukupi. Kita kena bertindak dan kena bagi kata dua kepada Israel, kalau mereka tidak berhenti serangan di Gaza mereka akan dikenakan tindakan sekatan ekonomi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Menjana Modal Insan Terbilang di Sekolah Kebangsaan Gong Kapas di sini hari ini yang turut dihadiri oleh calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Khairy berkata jika perkara itu tidak dapat dipersetujui, masyakarat dunia melalui perhimpunan PBB harus bertindak untuk membawa satu resolusi yang memberi tekanan kepada kerajaan Amerika Syarikat untuk berbuat demikian.


Jika keadaan itu masih tidak mencukupi, beliau berkata PBB sebagai badan dunia harus membuat ugutan menggunakan campur tangan tentera ke atas Israel untuk membawa ketenteraman di Semenanjung Gaza.



Lawatan Kawasan Peti Undi

Pada pukul 2.00 pm pula Khairy tiba di kawasan Peti Undi Dun Batu Buruk untuk menghadiri sesi perjumpaan bersama pemuda di Kawasan tersebut. Kehadiran beliau di kawasan peti undi Dun Batu Buruk, sedikit sebanyak telah menyuntik semangat Pemuda kawasan tersebut untuk terus menjalankan tugas sebagai jentera Pemuda Umno dengan jayanya. Khairy juga berharap pemuda di kawasan tersebut akan memastikan dan membantu pengundi muda keluar untuk mengundi Calon Barisan Nasional, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh




Khairy turun padang bermain Bola Sepak

Pada sebelah petangnya pula, Khairy turun bersama pengundi muda Chendering untuk bersama-sama bermain bola Sepak di padang bola Chendering. Khairy yang memakai jersi bernombor 10 mewakili pasukan Jaya Bakti menentang Pasukan Raja Baran.

Perlawanan yang senget itu berakhirnya dengan keputusan seri 4-4, Setelah menamatkan perlawan tersebut, Khairy menyampaikan sumbangan cendera mata kepada permain yang menyertai perlawanan tersebut.


















PM minta Masjid adakan solat hajat untuk palastin

Disebelah malamnya pula Khairy menunaikan solat Isyak dan solat hajat berjemaah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan qariah Masjid Engku Long, Kuala Ibai.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat selepas menunaikan solat Jumaat esok bagi mendoakan keamanan di bumi Palestin.

Abdullah berkata beliau telah meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memaklumkan perkara tersebut kepada semua masjid di seluruh negara.

"Saya minta semua umat Islam di negara ini supaya sama-sama mengadakan solat hajat selepas sembahyang Jumaat. Kita doa kepada Allah s.w.t supaya bumi Palestin kembali aman.

"Semoga Allah akan makbulkan doa kita," katanya ketika berucap selepas menunaikan solat Isyak dan solat hajat berjemaah bersama qariah Masjid Engku Long, Kuala Ibai di sini malam ini.

Katanya sebagai umat Islam, pendekatan agama diambil untuk meminta pertolongan daripada yang Esa.

Abdullah berkata bagi membantu mangsa-mangsa yang tertindas di bumi Palestin itu juga kerajaan telah menyalurkan bantuan dana sebanyak RM3.5 juta melalui Mercy Malaysia, sebuah pertubuhan bantuan kemanusiaan sukarela.

Beliau berkata Mercy juga telah mendapat kebenaran daripada kerajaan Mesir yang bersedia membuka laluan sempadannya bagi membolehkan pasukan itu memasuki Semenanjung Gaza.

Lawatan ke kawasan peti undi

Pada jam 9.00 malam, Khairy meneruskan siri lawatannya ke Peti Undi Chendering bersama Pemuda Bahagian Kemaman, dalam lawatan yang ringkas tersebut beliau telah memberi sepatah dua kata kepada jentera di Kawasan tersebut agar bersama-sama memikul tanggungjawab bersama dan memastikan kemenangan kepada Barisan Nasional.

“Yang berat sama dipikul, yang ringan sama di jinjing”, demikanlah ungkapan yang diberikan oleh Khairy. Kepada Jentera Pemuda di kawasan tersebut.






Majlis makan malam ramah mesra kelab belia (MAYC) Kg Chendring

Pada jam 9.30 malam pula Khairy menghadiri Jemputan ke Majlis Malam Ramah Mesra Kelab Belia (MAYC) KG Raja, Chendring, yang turut disertai oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ismail Sabri Bin Yaakob.

Bagaimana pun Khairy yang terlebih dahulu sampai di majlis tersebut, memulakan ucapannya terlebih dahulu sebelum ketibaan Dato’ Seri Ismail Sabri.

Beliau menegaskan kepada pengundi-pengundi yang hadir pada malam itu, jika mahu memilih pemimpin yang boleh memimpin Kuala Terenganu ini biarlah seorang pemimpin yang datang dari parti yang boleh membawa kemajuan dan membangunkan kawasan Terenganu ini.

Khary berkata Negeri Terenganu amat bertuah kerana dahulunya memiliki dua orang Timbalan Menteri yang cukup cakna, banyak membawa pembangunan, senang hendak dapat peruntukkan dan macam-macam lagi, setelah Allahyarham Datuk Razali, meninggal dunia kini tinggal seorang Timbalan Menteri yaitu Datuk Wan Ahmad Farid.

Jika pengundi di Kuala Terengganu memilih Calon Parti PAS hanya semata-mata mahu membangkang Kerajaan, berlakulah satu kerugian, dimana pengundi di Kuala Terengganu sudah tidak mempunyai Timbalan Menteri lagi dan tidak ada seorang pun yang berkedudukan di peringkat kebangsaan yang ada hanyalah seorang Ahli Parlimen yang biasa sahaja.

Jika memilih calon PAS dia hanya akan menjadi Ahli Parlimen Pas, dia tidak boleh buat apa-apa hanya sekadar menjadi ahli Parlimen biasa sahaja, tidak dapat peruntukan apa-apa, tidak dapat membawa pembanguanan di negeri Terengganu,,hanya duduk di Parlimen sebagai seorang ahli pembangkang.

Setelah selesai memberi ucapannya Khairy turut meluangkan masa melawat ke beberapa kawasan peti undi lagi.




















Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP