Tuesday, January 20, 2009

Malaysiakini - KHAIRY MENYALAKAN TANG LUNG DI PEKAN PEDAS

Pekan Pedas, 19 Januari 2009 – Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelma, Saudara Khairy Jamaluddin telah berkesempatan untuk meluangkan masa untuk turun ke Majlis Menghidupkan Lampu Hiasan yang dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Cina Pekan Pedas, Persatuan Murid-murid Tua SJK (C) Pei Hwa, MCA dan Gerakan Rembau.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Tuan Zaifulbahri Bin Idris, ADUN Chembong dan Tuan Haji Mohd Rawi, Pegawai Daerah Rembau serta pemimpin-pemimpin politik Barisan Nasional tempatan. Program menyalakan lampu hiasan ini merupakan satu acara tradisi bagi masyarakat keturunan Tionghwa di sana serta turut diraikan oleh masyarakat Melayu dan India yang tinggal bersama-sama di kawasan tersebut.

Menurut Pengerusi Persatuan Murid-murid Tua SJK (C) Pei Hwa, yang mewakili persatuan-persatuan yang lain, Saudara Ricky Tan cheong Hin dalam ucapannya, Malaysia cukup bertuah kerana setiap perayaan yang ada di Malaysia diraikan oleh semua masyarakat berbilang kaum, dan hubungan harmoni inilah yaang menjadi nadi kepada perpaduan sesama kita.

Sementara Khairy dalam ucapannya pula mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih di atas jemputan dan sambutan yang diberikan oleh masyarakat di sana. Menurut beliau, Tahun Baru Cina yang mendatang diwakili oleh Tahun Lembu, yang boleh disifatkan tahun yang memerlukan kita semua bekerja keras. Beliau juga menegaskan bahawa beliau akan terus bekerja kuat seperti seekor lembu untuk memastikan Parlimen Rembau menerima limpahan pembangunan yang ingin dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Sebagai tanda terima kasih, beliau mengumumkan untuk memberikan peruntukan sebanyak RM4,000.00 bagi menambahkan lagi jumlah lampu hiasan sedia ada. Dan sebagai komitmen beliau dan ADUN Chembong untuk memperbaiki infrastruktur awam di pekan berkenaan, sebanyak RM15,000.00 diberikan kepada mereka.

Pada majlis tersebut juga, Khairy dengan bermurah hati telah menyumbangkan hamper kepada 66 orang warga emas sebagai persiapan mereka menyambut hari perayaan tersebut. Dan sebagai penutup, beliau dan YB Zaifulbahri telah menyampaikan angpow kepada kanak-kanak yang hadir di majlis tersebut, dan kanak-kanak dari keturunan yang lain juga tidak ketinggalan menerima angpow daripada kedua-dua tetamu istimewa itu.

Sumber Rembau News

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP